Iklan

Posted by GameMaster | 11/30/2007 | 0 comments »



RM300 - RM500 SEMINGGU UNTUK MENGHANTAR COMMENT & BULETIN PADA RAKAN² DI..... MYSPACE

" Peluang menjana pendapatan lumayan secara sambilan pada waktu lapang menggunakan Myspace.

Pertama kali dibuka untuk ahli myspace di Malaysia."

Betul Ke Boleh Buat Duit ? Macam Mana?.

Klik pada link dibawah

http://www.myspacemasyuk.com/partner/affil.php?affil=kurama87&site=myspacemasyuk1

Daging Jangat

Posted by GameMaster | 11/29/2007 | 0 comments »



Pernah dengar atau pernah makan daging jangat. Daging ini diambil dari kaki lembu yang tidak dibuang kulit. Bahagiannya dari kuku hingga ke lutut. Mula-mula bahagian ini dipanggang dalam api kemudian dikikis kulitnya. Masa memanggang kulit kaki tadi akan kelihatan seperti hangus, barulah boleh dikikis kulitnya sehingga kelihatan putih. Selepas itu, sejukkan dan dipotong daging tersebut sebesar ibu jari. Kenapa nak panggang samapai hangus. Jawapannya untuk memasakkan daging tersebut dan memudahkan kita mengikis untuk memisah untuk kulit luar. Masa proses membakar dan mengikis, mengambil masa yang agak panjang. Bila hendak dimasak buat gulai, pastikan daging tersebut direndam dahulu. Ia kenyal seperti gula getah. Masakan yang terbagus masak lomak cili apa campur dengan terung masam. Nak tahu hebat tak hebat daging ini cubolah..

Ayam

Posted by GameMaster | 11/27/2007 | 0 comments »



Haa.. sekarang ni musim kenduri kahwin, Saya nak bagi tips nak bakal menantu bagaimana hendak memotong ayam. Cara nak potong ayam potong dua, empat, lapan dan potong 12.

1. Mula-mula kita pilih ayam seekor yang sudah disembelih dan dipotong kepalanya dahulu.
2. Yang kedua potong leher.
3. Kalau nak kerat dua, kerat dada ayam tersebut hingga terbelah dua atau belah tengah pisahkan bahagian atas dan bawah ayam.
4. Untuk memotong empat, ayam yang dibelah dua tadi. Setiap satunya dibelah 2 dan akan menghasilkan 4 bahagian.
5. Dari 4 kerat tadi kemudian dipotong lapan. Mula potong kepak kiri dan kanan dan potong peha kiri dan kanan.
6. Dari 8 kerat tadi dan kemudian dipotong 12. Mula-mula kita potong peha kiri 3 bahagian peha kanan 3 bahagian.

P/S : Kalau bakal menantu lulus memotong ayam ni maka luluslah ujian pertama. Selamat mencuba

Pokok Rumbia

Posted by GameMaster | 11/25/2007 | 1 comments »



Pernahkah anda melihat pokok ini. Kalau anda tak pernah tengok salah siapa. Namanya pokok rumbia @ pokok sagu. Hidup dikawasan berpaya. Nak tahu apa kebaikkannya dan manfaat dari pokok ini.

1. Daun pokok rumbia.
Digunakan untuk membuat atap rumah(itulah rumah papan yang beratapkan rumbia).

2. Pelepah pokok rumbia.
Pelepah rumbia kalau dikerat cantik-cantik dan dicucuk dengan buluh boleh dijadikan rakit. Kanak-kanak zaman dulu kreatif menggunakan pelepah yang sudah kering dikerat-kerat dan dibuat perangkap burung yang dipanggil "jebak". Jebak berbentuk empat segi yang dicantumkan dengan buluh. Selain jebak mereka juga boleh membuat bentuk rangka kapal terbang mengikut model dahulu dan yang popular pada zaman dulu mereka menghasilkan bentuk machine gun yang amat cantik(alat permainan)

3. Batang Sagu.
Sesudah dikopek, kulitnya boleh dialas untuk menutup jalan merah yang lecak.

4. Isi Sagu
Apabila diparut, diperah dengan air akan mendapat sagunya. Ianya boleh dibuat tepung. Enak dibuat lempeng kelapa muda. Enak sungguh. Sagu juga boleh dijadikan gam untuk dibuat pelekat. Sagu diparut halus-halus dan dijadikan makanan ayam dan itik. Selain itu sagu juga menjadi kegemaran lembu dan kerbau. Adakalanya ulat sagu yang warna putih berkepala hitam boleh dijadikan makanan disesetengah tempat di Malaysia. Kalau nak rasa cubalah.

5.Pokok Anak Sagu.
Bila batang kecil dikerat dan akan mengeluarkan cecair seperti gam untuk dijadikan gam tampal kertas pada zaman dahulu. Itulah sagu.

Telur Asin

Posted by GameMaster | 11/23/2007 | 0 comments »



Haaa... Barang makin lama makin naik. Dimanakah hendak kita berjimat. Resepi kali ini agak kecil tapi ia boleh menjimatkan kepada penggemar-penggemar telur itik asin. Sekarang ini sebiji telur asin harganya rm 0.80..

Cara-cara nak buat telur asin

Bahan-bahan.

1. Telur itik (telur itik nila ataupun itik jawa). Angsa boleh tapi telurnya agak besar.
2. Garam secukup rasa (anggaran sekilo ke 2 kilo).
3. Air
4. Botol plastik atau bekas kaca (Macam bekas simpan kuih raya).

Cara-caranya.

1. Dapatkan beberapa banyak telur itik sebanyak mana yang anda suka.
2. Jerangkan air hingga mendidih anggaran 1-3 liter air mengikut jumlah telur.
3. Masukkan garam tadi sehingga larut. Rasa air garam tadi semasin-masin garam yang asal tadi.
4. Angkat dan sejukkan sehingga betul-betul sejuk.
5. Masukkan air garam kedalam bekas atau botol. Dan masukkan telur itik tadi seberapa banyak yang boleh. Kemudian ditutup.
6. Biarkan hingga dua minggu. InsyaAllah telur tersebut akan menjadi lemak dan boleh direbus untuk membuat lauk.
7. Untuk mendapatkan telur yang lebih masin, Biarkan ia rendam selama satu bulan. Terima kasih..

Kucing

Posted by GameMaster | 11/21/2007 | 0 comments »


Ada orang suka bela kucing dan ada orang tak suka kucing. Tapi Nabi Muhammad, kucing adalah binatang kesayangan baginda. Kucing pun ada sakit demamnya. Salah satu daripadanya terminum atau termakan racun. Simptomnya kucing akan muntah-muntah dan pergi ke bilik air untuk minum air kerana suhu badannya meningkat yang amat sangat. Kalau itu petandanya, ia terkena racun. Untuk mengubati kucing tersebut, berilah kucing tersebut minum air kelapa tak kira muda atau tua. Tak kiralah sebeberapa kerap yang boleh sehingga suhu badannya turun. InsyaAllah dengan izin Allah kucing tersebut akan pulih semula.

Pokok Pisang

Posted by GameMaster | 11/20/2007 | 1 comments »



Pokok pisang adalah satu tanaman serba guna daripada pucuknya hinggalah kepada batangnya.

Yang pertama, pucuk pisang @ pisang muda digunakan untuk membuat membalut lemang.

Yang kedua,Daun yang tua untuk dibuat bungkus kuih, nasi lemak, tapai, kuih abuk-abuk, alas kuih bingka dan macam-macam lagi.

Yang ketiga,Pelepahnya boleh dibuat penyepit dodol semasa dodol hendak dimasukkan dalam tampin(orang melaka selalu gunakan).

Yang keempat, Jantung pisang boleh sayur dan ulam tapi bukan semua pisang boleh dimakan jantungnya.

Yang kelima, Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja, boleh dibuat kek atau lepat, direbus dan digoreng. Pisang boleh dibuat gulai juga.

Yang keenam, Zaman hang Jebat di Singapura, Batang pisang dibuat benteng serangan ikan todak di Singapura. Batang pisang juga boleh dibuat rakit, Di Melaka, batang pisang dibuat perhiasan bunga telur dihari perkahwinan. Batang pisang dipotong 1 meter lebih atau boleh juga dihiris kecil-kecil dan dijemur dibuat tali untuk mengikat. Batang pisang juga dulu diguna oleh orang kampung untuk membuat alas kepala untuk memandikan jenazah.

Nasi Kering

Posted by GameMaster | 11/17/2007 | 5 comments »



Nasi Kering merupakan makanan tradisional orang melayu dahulu. Ia juga digelar sebagai kuih. untuk mengelakkan pembaziran, Nasi yang berlebihan dijemur terlebih dahulu didalam dulang @ niru dan dijemur dibawah sinaran matahari yang terik selama 3 hari supaya menjadi betul-betul kering. Nasi tersebut dalam botol sehingga botol tersebut penuh dengan nasi kering.

Proses untuk membuat nasi kering.

1. Pertama kita perlu menggoreng nasi kering tadi sehingga kendengaran bunyi tik tak tik, Nasi tersebut digoreng sedikit demi sedikit. Apabila setelah selesai digoreng, barulah ditumbuk sehingga menjadi tepung.

2. Apabila sudah menjadi tepung, ambil gula melaka, sedikit garam, sepotong halia yang ditumbuk halus, ambil kelapa parut (untuk dibuat inti) dan sedikit air.

3. Serbuk nasi kering tadi dimasukkan dalam lesung bersama halia, gula melaka, kelapa parut, garam sedikit dan air sedikit ditumbuk sehingga lumat dan serata.

4. Kepal-kepalkan sehingga berbentuk bulat seperti kuih bom dan letak diatas piring dan sedia untuk dihidang.

Buluh....

Posted by GameMaster | 11/15/2007 | 4 comments »


Kenalkah anda pokok ini. Ya ia adalah pokok buluh.. Tahukah anda berapa jenis buluh yang ada di Malaysia ?.

Himpunan buluh yang pertama ialah Buluh Betung. Buluhnya agak besar, daunnya halus, ia mempunyai rebung yang manis dan sesuai untuk dijadikan masak lemak serta-merta tanpa perlu direndam. Zaman dulu, laras @ dahan buluh yang kecil adalah salah satu alat permainan anak kecil yang dinamakan laras tembak @ letup-letup yang menggunakan peluru buah cenderai. Yang bagusnya buluh jenis ini sesuai untuk dibuat meriam buluh kerana diameter bulut tersebut tebal dan susah untuk pecah (tidak digalakkan membuat meriam buluh).

Himpunan buluh yang kedua ialah Buluh Sigai. Buluh ini agak panjang dan mempunyai cabang buluh yang agak kuat. Dahulu, buluh jenis ini dibuat seperti tangga untuk memanjat pokok yang tinggi. Contohnya ingin memanjat pokok Enau untuk mendapatkan buahnya, niranya dan mendapatkan daun atap dipokok rumbia yang tinggi. Rebungnya juga boleh dimakan, tetapi agak pahit untuk dimakan. Perlu direndam air dan garam lebih kurang seminggu untuk menghilangkan rasa pahitnya. Daunnya juga agak lebar dan panjang. Boleh dibuat membungkus kuih Cang.

Himpunan buluh galah yang ketiga ialah Buluh Galah. Buluh galah adalah buluh yang agak kecil dari buluh yang disebut tadi. Ia digunakan untuk membuat galah yang panjang. Digunakan untuk penyalai getah keping dirumah asap. Buluh ini juga sesuai dibuat rakit, lidi satey, penyepit ayam percik, buat bakul, serkap, lukar dan perhiasan. Rebungnya boleh dibuat sayur. Prosesnya sama seperti buluh sigai yang disebut diatas.

Buluh yang seterusnya ialah Buluh sungai @ joran. Buluh ini kecil dan sesuai untuk dibuat joran. Daunnya halus. Tiada kegunaan yang dikenalpasti. Hidup ditepi-tepi sungai.

Buluh sumpit mempunyai ruas yang panjang dan mempunyai ukuran yang sama dengan buluh galah. Buluh ini digunakan orang asli untuk membuat sumpit kerana larasnya yang panjang. Sesuai untuk membuat lemang, Daunnya juga sesuai untuk membalut kuih Cang tetapi rebung tidak boleh dimakan.

Buluh yang terakhir ialah Buluh Perimpin, buluh ini serupa macam buluh tetapi agak lembut, lebih besar sedikit dari buluh joran. Hidupnya didalam air ditepi-tepi sungai. Tiada kegunaan yang diketahui. Boleh dijadikan tempat berteduh ikan disungai.

Basikal

Posted by GameMaster | 11/14/2007 | 3 comments »


Basikal era 50-60an salah satu kenderaan yang amat popular, untuk mendapatkan basikal amatlah pedih pada waktu itu. Kalau ada basikal, itulah orang kaya. Tahukah anda bagaimana untuk menunggang basikal. Zaman dahulu, mereka belajar menunggang basikal di jalan-jalan kampung berdekatan. Di Melaka, rumah orang kampung tiang pagar kebanyakkan merupakan pokok dedap. Cara-cara bagaimana belajar menunggang basikal, untuk basikal lelaki sering digunakan.. Mula-mula belajar celah basikal, tangan kiri pegang handle kiri basikal, kanan tangan berpaut pada palang basikal.. risiko jatuh kurang. Langkah yang kedua kita belajar palang basikal. Kedua-dua tangan memegang kiri kanan handle basikal. kadang-kala ada pembantu dibelakang membantu untuk menegakkan basikal. Risiko jatuh amatlah tinggi. Apabila dilepaskan, berkemungkinan jatuh ditepi pagar.. kalau takut jatuh ke tanah kita terpaksa memengang pokok dedap yang berduri untuk mengelakkan jatuh ke tanah. Ada risiko jatuh ke jalan lutut, tangan, siku akan cedera. Tetapi kalau kita tak jatuh kita tak akan pandai meunggang basikal. Langkah yang terakhir, menaiki bom basikal(tempat duduk basikal). Kalau dah berjaya maknanya dah berjaya menunggang basikal. Waktu dulu-dulu bidan kampung atau nurse klinik menunggang basikal perempuan kerana zaman dahulu nurse kampung memakai seragam yang berbentuk mini skirt untuk memudahkan beliau menunggang basikal yang tiada palang berbanding basikal lelaki yang mempunyai palang. Kalau tak percaya cuba tengok filem seniman bujang lapok.. Disitu Allaharyarmah Saloma menunggang basikal..

Rambai

Posted by GameMaster | 11/12/2007 | 0 comments »


Kenal tak pada buah rambai. Ia seakan-akan buah anggur, ketika muda warna hijau dan bila masak putih kuning. Isinya dibahagi 3 didalam. Ada yang manis ada yang sedikit masam. Di Melaka ada kampung nama sungai Rambai ( saya orang Melaka juga ). Daun rambai agak lebar dan panjang. Orang-orang dulu menggunakkan daun ini untuk membungkus tapai pulut dan juga tapai ubi, selain itu daun ini juga digunakan untuk membungkus tempe. itu sebabnya tempe dulu-dulu kita makan mentah-mentah kerana apabila dibungkus dengan daun rambai menyebabkan haba yang terkurung semasa dibungkus menyebabkan kacang menjadi masak dan harum baunya. Buah rambai yang masak, kulitnya dihiris kecil-kecil dibuat gulai masak lemak pedas campurkan dengan ikan sepat kering ( Husshh best gilerr.. ).

Kopi Oh Kopi

Posted by GameMaster | 11/10/2007 | 0 comments »

Dulu-dulu kala kopi bukan sahaja dibuat minuman. Ia juga bagus untuk dibuat ubat sebagai penahan luka. Ambil serbuk kopi tampal dibahagian yang luka InsyaAllah darah akan berhenti

Ular dan Belerang Kuning

Posted by GameMaster | 11/09/2007 | 0 comments »



Untuk mengelakkan dari ancaman ular dikawasan rumah atau kebun tanaman. Dipercayai belerang kuning boleh menghidarkannya. Taburkan belerang kuning disekitar rumah kita ataupun dikawasan kebun kita. InsyaAllah, ular tidak menggangu kita.

P/s sebab tu bila orang berkhemah menggunakkan belerang kuning untuk mengelak ancaman ular..

Kambing Dan Mengkudu

Posted by GameMaster | 11/09/2007 | 0 comments »



Tahukah anda kambing betina kena makan daun mengkudu selepas beranak, Jawapannya

1. Untuk memulihkan balik tenaga selepas beranak.
2. Untuk memulihkan luka dalaman peranakan kambing.
3. Memperbanyakkan susu kambing.

Petai Belalang

Posted by GameMaster | 11/08/2007 | 2 comments »


Pernahkah anda melihat petai belalang. Ia bersaiz lebih kecil dari petai biasa. Ianya boleh didapati di tepi hutan kecil. Boleh dimakan sebagai ulaman dan bijinya bolehh dicampurkan dalam kuah lemak dan sambal tumis. Apabila ia kering diatas pokok, ambil bijinya dan goreng dan kisar seperti biji kopi. Khasiatnya, boleh mengubati kencing manis dan darah tinggi.

Seterika

Posted by GameMaster | 11/08/2007 | 1 comments »

Orang dulu-dulu menggunakan seterika yang dibuat dari tembaga atau besi tulen untuk mendapatkan gosokan yang cantik dan licin. Sebelum memulakan gosokan, ambil daun pisang, Gosokan atas daun pisang dahulu. Ini akan mendapatkan gosokan yang licin dan cantik dan juga untuk mengelakkan permukaan seterika menjadi karat. Ini cara orang dulu-dulu menggosok baju. Anda juga boleh menggunakan cara tersebut untuk seterika elektrik juga..

Sirap Belimbing Buluh..

Posted by GameMaster | 11/06/2007 | 0 comments »


Kenal tak anda pada belimbing buluh.. Ala belimbing yang kita gunakan masak kuah, masak cili api dan macam2 lagi. Tahukah anda bunga belimbing buluh boleh dijadikan sirap. Cara-caranya ambil seberapa banyak bunga belimbing buluh, dibasuh bersih dan dimasukkan dalam cawan. Isikan sedikit air, tanakkan nasi gunakan periuk elektrik atau dapur gas. Letakkan cawan yang berisi bunga tadi ke dalam nasi mula nak kering dan tutup hingga nasi itu masak. Apabila masak, buka anda akan melihat air dalam cawan tadi akan menjadi merah.. Dan itu lah sirap dari belimbing buluh.. Khasiatnya, kalau ada anak-anak kecil yang batuk berpanjangan berikan ia minum sirap tersebut.. InsyaAllah akan sembuh lah penyakit tersebut...

Ikan Keli kampung..

Posted by GameMaster | 11/06/2007 | 0 comments »

Pernahkah anda makan ikan keli kampung. Untuk mengelakkan dari bau hanyir, Petua arwah nenek saya, Dekat insang kepala ikan keli tersebut, ada satu bahagian yang dipanggil telinga ikan keli bersebelahan dengan sengat ikan keli tersebut di kiri dan di kanan, Anda potong sedikit bahagian telinga kiri dan kanan dan anda akan dapati gumpalan lemak kuning kemerahan, Keluarkan lemak tersebut dan buangkan insyaAllah, bau hanyir ikan keli tersebut akan hilang.. Cubalah..

Tips Penggunaan Video Kamera

Posted by GameMaster | 11/04/2007 | 0 comments »


Untuk mendapatkan gambar video yang terbaik.... Anda tidak digalakkan mengambil gambar dari jarak yang jauh begitu juga dengan menggunakan function zoom, kerana ini akan menyebabkan gambar yang anda ambil tadi menjadi pecah bila dimasukkan ke dalam komputer untuk proses penyuntingan.

Info yang boleh dikongsi

Posted by GameMaster | 11/04/2007 | 0 comments »

Jika anda mempunyai info yang menarik dan boleh dikongsi bersama. Bolehlah menghantar ke email di alamat kurama87@gmail.com..

Musim Hujan Dah Mula

Posted by GameMaster | 11/04/2007 | 0 comments »

Pada musim hujan ini, anda digalakkan menjaga kesihatan daripada demam.. Berikutan cuaca di Malaysia ini ialah hutan hujan tropika.. Musim hujan sering melanda negara pada akhir tahun... Pepatah melayu ada berkata sediakan payung sebelum hujan..

Your Jeans, Your Heart

Posted by GameMaster | 11/03/2007 | 1 comments »

You know that being chubby, especially around the waist, is unhealty, Here's a new way to measure the danger: check your jeans. Men with pant sizes 38 inches and over and women sizes 16 and up are at higher risk of heart disease and diabetes, say British researchers.

Why? The bigger your trousers, the more dangerous belly fat you have and the shorter you are, the greater your risk. The American Heart Association says aim for a waist circumference less than 40 inches for men and 35 for women.
-Kelly Cook-

Software untuk Pengeditan Video

Posted by GameMaster | 11/01/2007 | 0 comments »

Ini adalah software video editing yang terbaru dan diupdate..

1. Power Director
2. VideoStudio
3. Pinnacle Studio Ultimate
4. Premiere Elements
5. ShowBiz DVD
6. Easy Media Creator
7. DVD Movie Factory
8. Vegas Movie Studio DVD
9. Nero
10. MoviePlus
11. WindDVD Creator
12. PowerProducer
13. MUvee Auto Producer
14. VideoWave
15. MyDVD Studio
16. Digital Studio
17. Editstudio

Sumber: http://video-editing-software-review.toptenreviews.com/

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight