Melajukan Nokia 6600

Posted by GameMaster | 1/31/2008 | 6 comments »



Salam, pasti anda ingat pada awal blog ini dicipta, saya telah meletakkan post bertajuk bagaimana hendak memformat nokia 6600 anda. Hari ini saya nak berikan lagi satu tips iaitu untuk melajukan nokia 6600 anda. Pasti anda selalu lihat, jika anda menggunakan theme dan kemasukkan mesej yang banyak. Pasti handphone anda akan menjadi berat dan kadang-kala tersangkut. Ok ini tipsnya

1. Pergi ke folder to-do list.
2. Taip Speed dan setkan due date 29/1/2005.
3. Setkan priority high.
4. Setelah selesai jangan keluar dulu.
5. Pergi ke new to-do note dan taipkan qoukie dan setkan due date 29/1/2005.
6. Setkan priority low.
7. Restart semula handphone anda.

P/S: Tips ini juga berguna pada nokia 6670 dan seangkatan dengannya atau lebih dikenali dengan s60.

Ebook DiLancarkan

Posted by GameMaster | 1/29/2008 | 4 comments »



Salam, Sukacita dimaklumkan ebook pertama saya sudah sedia untuk dijual.. Ebook ini dijual dengan harga Rm10..

Kepada sesiapa yang berminat, tempahan boleh dibuat melalui akaun:

Maybank
Nama: Mohd Hakim Bin Johari
No Akaun: 155126961140

Pastikan anda menghantarkan maklumat berikut ke email saya:

Nama Anda

Email Anda

Maklumat Transaksi

Untuk maklumat lanjut sila email kan ke alamat: kurama87@gmail.com

P/S: Saya akan memberikan hadiah sebagai ucapan terima kasih kerana membeli ebook ini nanti..

Siput Sawah

Posted by GameMaster | 1/28/2008 | 14 comments »



Salam, hari ini saya hendak menceritakan sejenis siput yang kita boleh dapati dimusim sawah padi. Siput ini juga terkenal dengan nama "KELINBUAI" dikampung ayah saya.. Siput ini hidup di sawah-sawah padi yang mengeluarkan padi muda. Siput ini berwarna hitam dan berukuran sebesar ibu jari kaki sehinggalah sebesar bola ping pong. Makanan asasi siput ini ialah rumput-rumput dan batang padi. Siput ini membiak dengan cepat semasa padi diubah. Untuk menikmati daging siput ini, kita perlulah memungut siput ini di empangan air sawah dan terusan air sawah. Apabila kita sudah kumpulkan, kulit siput ini agak licin dan berlumut sikit dan perlu dibasuh dahulu. Kemudian kita rebus dengan air biasa seperti kita merebus kerang. Siput ini ada mukanya yang tersendiri. Apabila dah direbus, kita kena kopek kulit siput tadi dan isinya terpaksa dicungkil menggunakan pisau atau batang lidi sate. Setelah habis dikupas, kita perlu membuang bahagian yang lembik dan kita hanya perlu ambil isinya sahaja. Bersihkan dengan air garam dahulu dan kemudiannya dicampur dengan kunyit dan digoreng. Isinya agak liat sedikit, apabila sudah digoreng rasanya agak manis. Lebih enak lagi, boleh digoreng kering bercili ataupun dibuat sambal tumis seperti sambal tumis kerang. Boleh dimakan dengan nasi ketika panas.. Ini sahaja resepi untuk hari ini.

P/S: Siput ini dikatakan juga sebagai mengurangkan penyakit semput. Orang-orang dulu kata lah.

Youtube Downloader (software)

Posted by GameMaster | 1/27/2008 | 4 comments »



Perisian ini membenarkan anda mendownload video dari youtube dan anda boleh menukarkannya kepada format video yang lain.

Anda boleh mendownloadnya disini: http://www.freewarefiles.com/program_6_227_27475.html

Nenas

Posted by GameMaster | 1/26/2008 | 4 comments »


Salam, hidungnya banyak rasanya sedap minuman terkenal, itulah dia nenas. Dari daun hingga ke mempuluh nenas. Semuanya berguna untuk manusia. Antara kegunaan buah nenas ialah:

1. Gulai lemak cili api campur ikan masin kering.
2. Paceri nenas.
3. Boleh dibuat halwa nenas.
4. Orang jawa suka makan nenas dengan rojak jawa.
5. Bila haus blender nenas minum jus nenas.
6. Nenas boleh dimakan begitu sahaja.
7. Nenas diracik saiznya 1 inci lebar dicampur gula pasir untuk hidangan majlis perkahwinan semasa berzanji.
8. Nenas dicampur dengan timun, bawang besar, campur gula, campur cili merah yang dihiris, campur air dan digaul dan namanya jelatah untuk hidangan nasi beriani.
9. Nenas dipotong bulat dibuang mempuluh dibotolkan dan dijadikan kordial jus.
10. Nenas di blender dan dimasakkan dengan gula dan dikacau hingga pekat dan dibuat inti kuih tat.
11. Untuk orang yang memakai susuk, tak boleh makan nenas.
12. Nenas yang terlampau masak, kelihatan seperti nak busuk, orang kata blender airnya dan minum untuk ubat kencing manis.
13. Daun nenas, batang nenas, mempuluh nenas dimesin dan dijadikan hampas untuk dijadikan makanan haiwan.

P/S: Semoga info nenas ini berguna kepada anda..

Lain Yang Di Fikir Lain Yang Dapat.

Posted by GameMaster | 1/24/2008 | 15 comments »


Salam, Kali ini saya nak cerita, cerita ini agak lucu dan....... Tapi saya minta maaf, bukan tujuan saya untuk berbahasa yang tidak bagus. Tapi ini adalah salah satu penawar kepada yang berduka dan juga kepada yang sentiasa yang berfikiran positif. Yang mencerita ini adalah orang kampung.Kita tahu orang kampung banyak tanam pokok buah-buahan seperti pokok jambu air, rambutan, dan lain-lain. Cerita ini berkenaan keluarga dikampung yang agak daif sedikit lah. Ia mempunyai seorang anak perempuan. Anak perempuan ni suka memanjat pokok. Satu hari sedang anak perempuan ni memanjat pokok untuk memetik buah, lalulah seorang lelaki dibawah pokok. Lelaki itu agak terkenal sebagai seorang dermawan dikampung itu. Setiap hari laluan ke surau melintasi pokok tersebut. Pada hari itu ketika nak ke surau, dia pun terlihat budak perempuan tersebut memanjat pokok untuk memetik buah lalu memandang ke atas. Dengan suara yang agak kuat dia menyuruh budak perempuan tersebut turun dari pokok itu dengan segera. Lalu budak itu dengan ketakutan pergi ke orang tua tersebut. Orang tua tersebut tersenyum sambil menyeluk saku bajunya dan mengeluarkan wang dan memberi kepada anak tersebut dan berkata "anak nanti balik rumah beli seluar dalam ya". Lalu dengan gembira anak tersebut balik ke rumah terus menceritakan apa yang terjadi bagaimana beliau mendapat duit tadi kepada ibunya.

Pada keesokkan hari dengan berkain batik, lalu si ibu terus memanjat pokok tersebut. Pada waktu yang sama juga, datanglah dermawan tadi lalu memandang juga ke atas. Dengan muka yang merah padam lalu menyuruh perempuan itu turun. Ketika sampai dihadapan lelaki tersebut, ibu tersebut tersenyum simpul memandang kepada lelaki itu. Dengan tersenyum lelaki itu menyeluk saku......... Kepada bloggers apakah agaknya yang hendak diberi oleh dermawan itu tadi.

P/S: Meh jawab soalan trivia ini lagi..

Sufi - Damasutra (Video Pilihan)

Posted by GameMaster | 1/23/2008 | 5 comments »



Sebuah lagu rock sekitar tahun 90an Damasutra. Meh Flashback balik di zaman 90an

P/S: Sesiapa nak nyanyi tu boleh ada lirik kat bawah tu tapi dalam hati je la.. Kalau ada pengalaman pada zaman-zaman macam ni ke cerita la kat sini sikit..

Ebook

Posted by GameMaster | 1/22/2008 | 0 comments »



Salam kepada semua bloggers sekalian, kami daripada Hakzin Enterprise bakal menerbitkan ebook pertama kami yang berjudul "Panduan Asas Pengendalian Sistem P.A". Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman kami semasa mengendalikan sistem p.a. Buku ini pasti berguna kepada peminat sistem karaoke.

Untuk mendapatkan ebook kami, kami menawarkan harga promosi sebanyak RM10. Buku ini akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Kepada sesiapa yang berminat, tempahan boleh dibuat melalui akaun:

Maybank
Nama: Mohd Hakim Bin Johari
No Akaun: 155126961140

Pastikan anda menghantarkan maklumat berikut ke email saya:

Nama Anda

Email Anda

Maklumat Transaksi

Untuk maklumat lanjut sila email kan ke alamat: kurama87@gmail.com

P/S: Di sebabkan ini adalah ebook pertama kami, komen anda amatlah digalakkan bagi meningkatkan mutu ebook kami di masa hadapan.


Air Jaram

Posted by GameMaster | 1/21/2008 | 5 comments »


Salam, ini adalah salah satu daripada perubatan tradisional. Air jaram ini adalah sesuai untuk menyejukkan panas badan selain daripada air asam jawa ataupun air cap badak. Pada zaman dahulu, kalau orang kata anak kena sampuk, air jaram ini boleh digunakan untuk menghalau setan-setan. Air jaram ini diperbuat daripada:

1. Daun sireh.
2. Daun Durian Belanda.
3. Bawang Kecil.
4. Bawang Putih.
5. Sedikit Beras

Untuk membuat air jaram ini, memerlukan semangkuk besar air (mangkuk nasi) dan masukkan daun sireh, daun durian belanda, bawang kecil, bawang putih dan sedikit beras dan diramas hingga sebati. Dikatakan orang dulu-dulu airnya bertukar kemerah-merahan, mungkin terkena sampuk. Kalau air tersebut tidak bertukar warna, tiada masalah kepada pesakit. Air disapu dari kepala hingga keseluruh badan sehingga basah. Dikatakan juga orang dulu-dulu, InsyaAllah demam panas dan rasukan setan akan sembuh.

P/S: Saya pernah kena demam yang panas masa kecil dahulu dan nenek saya mengubatinya mengunakan air jaram. Alhamdulillah sembuh penyakit.

Mak Andam

Posted by GameMaster | 1/20/2008 | 2 comments »


Salam sejahtera bloggers dan rakan-rakan sekalian. Kisah ini memang kisah benar dari keluarga saya. Kalau masa cuti sekolah, siapakah orang yang paling sibuk sekali. Tentulah mak andam yang sibuk dengan majlis perkahwinan. Tahukah anda keistimewaan mak andam dahulu dan sekarang. Kalau kita tengok mak andam zaman dahulu, berbeza dengan mak andam sekarang ni. Kalau kita tengok majlis persandingan hari ini, mereka lebihkan kepada aksesori luaran sahaja seperti bunga-bungaan, hiasan-hiasan lampu, baju yang mahal dan lain-lain yang tidak ada kena mengena dengan daya penarik pengantin itu sendiri.

Kalau nak di kirakan Mak andam zaman dahulu, itu semua tak penting, yang penting sekali naik seri muka untuk kedua-dua mempelai. Apa yang mak andam dahulu ada ialah sepasang kerusi, pentas untuk pengantin, seberkas bunga, kain hiasan pelamin, dan pakaian pengantin. Tak semewah sekarang. Tetapi ada satu rahsia ataupun keistimewaan mak andam dahulu yang amat penting.

Mak andam dahulu ada kepandaian dalam menyelenggarakan pasangan pengantin. Kadang kala mereka ini ada jampi serapah contohnya menaikkan seri muka kedua-dua pengantin yang jarang ada diketika ini. Itu sebab orang dahulu, seboleh-boleh hendak tengok pengantin bersanding atas pelamin. Sebenarnya mak andam dahulu menyediakan sireh seri muka untuk dikunyah oleh kedua-dua pengantin. Ada juga mak andam yang pandai apabila menyikat rambut pengantin perempuan dan dari situ dia mengetahui pengantin perempuan ini DARA ataupun TELAH DIUSIK. Dari situ juga mak andam terpaksa menaikkan seri muka semasa berhias. Ada sesetengah mak andam yang berilmu memberikan nasihat untuk tanggungjawab rumah tangga kepada pengantin perempuan dan juga akhir sekali macam mana hendak memulakan kehidupan dengan suami.

P/S: Jika sesiapa nak kahwin nanti gunalah khidmat makcik-makcik yang dah berpengalaman .

Boleh Mintak Air

Posted by GameMaster | 1/19/2008 | 17 comments »


Salam, hari ini saya akan menceritakan sebuah kisah dan seperti biasa juga saya memerlukan jawapan daripada anda semua untuk menyelesaikan masalah cerita ini.. Cerita berbunyi begini. Pada satu hari ada seorang pakcik yang bisu sedang menjaga kolam air.. Pakcik tersebut sentiasa berusaha untuk bercakap walaupun sedikit. Jadi beliau mencuba dengan loghat dia sendiri. Dan akhirnya beliau hanya dapat mengucapkan perkataan tidak. Nak dijadikan cerita, ada seorang bujang sedang lalu disitu untuk mengambil air dan terjumpa pakcik tersebut. Adat orang melayu kalau berjumpa dengan orang mesti memberi salam. "Assalamualaikum pakcik, boleh saya tumpang ambil air disini". Dan jawab pakcik tersebut dalam loghat bisunya berkata tidak.. Maka berlari si bujang tadi sambil menangis.

Seperti biasa, kali ini seorang budak kecil pula ingin mengambil air dan seperti biasa juga jawapan yang diberikan tidak. Begitulah seterusnya sehingga 3-4 orang. Datanglah seorang pemuda yang nampaknya boleh membantu. Dia pun mendekati kumpulan orang yang gagal mengambil air tadi. Dan berkata "Apa masalahnya ni". Lalu kumpulan tersebut tadi memberitahu yang ada seorang pakcik bisu tidak membenarkan orang mengambil air di kolam tersebut. Lalu pemuda tersebut menghampiri pakcik tadi dan memberi salam.. Sila berikan jawapan pada soalan ini..

P/S: Soalan kali ni senang sikit. Pemenang akan mendapat hadiah makan dirumah sendiri sampai bila-bila. Hehehe.. Belum ada sponsor lagi nak beri hadiah..

Proton Saga Baru Di Lancarkan.

Posted by GameMaster | 1/18/2008 | 5 comments »

Ini rupa kereta Proton saga baru


Salam.. baru lepas tengok pelancaran model terbaru proton saga kat tv1.. Pandangan saya terhadap kereta ini memang menarik.. Model nampak stylish dan harganya berpatutan.. Memang menarik la rupa kereta ni..

P/S: Kereta ni kalau dapat kat orang bujang memang habis dia bikin kereta ini.. Ada juga yang berkata kereta ni kalau dibikin memang dasyat rupa dia.. Rupa dia kalau modified lebih kurang macam toyota altezza sikit..

Rahsia Tulang Lembu

Posted by GameMaster | 1/17/2008 | 2 comments »


Salam.. Ok hari ini kita cerita pasal tulang lembu.. Biasa kita dengar tulang lembu selalunya dikaitkan dengan sup gearbox. Pada zaman dahulu, sup gearbox telah pun ada tapi namanya lain iaitu kita panggilnya sup tulang. Setiap kali datangnya bulan ramadhan, hari raya puasa dan raya haji. Tulang-tulang ini amat berguna dikalangan masyarakat melayu. Pada yang belum tahu apa yang ada dalam tulang lembu.. Sebenarnya ada sejenis lemak yang dipanggil sum-sum. Apabila dibuat sup dicampurkan dengan cuka sedikit dan kicap sedikit rasanya sungguh enak. Disamping cebisan daging yang ada di tulang lembu tadi. Ia menjadi kegemaran orang melayu dahulu sampailah sekarang.

Adakah anda mengetahui apa akan terjadi pada tulang-tulang ini selepas itu. Dahulu, sebelum ada baja moden untuk membaja sawah. Tulang-tulang ini dikeringkan dan dilonggokan dibawah pokok dan kadang-kala disangkutkan dicelah pokok. Keadaan ini menyebabkan kehadiran serangga yang bernama kerengga. Apabila tulang-tulang ini cukup kering. Tulang-tulang ini akan dibakar sehingga hangus dan lepas disejukkan ditumbuk halus. Selepas proses itu, serbuk tulang tersebut akan dimasukkan ke dalam bekas ataupun lubang yang digali ditanah dan dicampur dengan air. Dengan itu jadilah baja asli untuk penanam sawah padi sebelum benihnya diubah(ditanam) di petak-petak sawah.

P/S: Pada masa itu baja ini memang sesuai untuk padi 6 bulan terutamanya padi malinja.

Lagi Software Percuma Untuk Anda

Posted by GameMaster | 1/17/2008 | 1 comments »

Logon Studio

Salam, hari ini saya ingin memberi lagi software yang berguna untuk anda.. Software ini dinamakan Logon Screen Changer. Kegunaan LSC ini ialah ia menukarkan theme windows xp semasa komputer dibuka.. Kalau biasa sebelum masuk sistem akan keluar screen biru yang tulis windows xp.. Dengan software ini anda dapat mengubah theme tersebut menjadi lebih menarik..

Klik sini untuk download: http://www.stardock.com/products/logonstudio/

Dan untuk skin pula download disini: http://www.wincustomize.com/Skins.aspx?LibID=26

P/S: Rupa screen ini akan bertukar bila anda membuka komputer..

Siapa Lebih Pandai

Posted by GameMaster | 1/15/2008 | 27 comments »


Salam, Ini adalah satu cerita dan saya nak anda semua jawab soalan dari cerita ini.. Ada pakcik, dalam hidup dia tak pernah naik kapal terbang. Satu hari, anaknya yang duduk di Kuala Lumpur telah mengajak beliau ke Kuala Lumpur dari Pantai Timur dengan menaiki kapal terbang. Setelah tiba harinya, masa untuk berlepas menaiki kapal terbang dari pantai timur. Sebelum itu anaknya telah berpesan. Apabila masuk kapal terbang dan nampak tempat duduk dan terus duduk diam-diam. Jangan peduli pun apa orang lain tanya. Hanya menggunakan tangan sahaja memberi salam. Apabila masuk sahaja ke pintu kapal terbang. PakCik ternampak kerusi di hadapan sekali. Terus dia duduk disitu. Dengan tidak bergerak-gerak lah.. Setiap kali orang melintas dihadapannya beliau menghulurkan tangan untuk memberi salam. Di kala itu juga, datanglah seorang pramugari mendekati pakcik tadi, dan berkata " Tempat duduk pak cik ni sebenarnya di belakang bukan di depan". Berulang-kali pramugari meminta pakcik bertukar tempat tetapi pakcik tersebut hanya mendiamkan diri dan membisu seribu kata. Hampa dengan kejadian tadi, pramugari tadi lalu berjumpa dengan pramugara dan pramugara tadi mencuba sekali lagi telah menerangkan pak cik bukan sepatutnya duduk disini. PakCik tadi seperti biasa dan teringat kata anaknya terus membisukan dirinya. Oleh kerana gagal memujuk pakcik tadi.. Pramugara dan pramugari tadi berjumpa dengan pilot untuk menyelesaikan masalah pakcik tadi.. Lalu pilot mendekati pak cik tadi dan berkata " Oh masalah ini".....

P/S: Apakah perkataan yang bakal diajukan untuk pakcik tersebut..

Cendol Pujaan

Posted by GameMaster | 1/14/2008 | 16 comments »



Assalamualaikum kepada bloggers sekalian.. Apa khabar anda hari ini.. Teringat tak nak minum cendol. Cendol buatan sendiri lebih baik daripada cendol beli. Disini saya dengan tulus ikhlas ingin memberi resepi membuat cendol pujaan.

Bahan-bahannya ialah

1. Tepung beras.
2. Tepung kanji ataupun tepung sagu.
3. Air.
4. Beberapa helai daun pandan wangi.
5. Perkakas untuk membuat cendol (Mesin Sanwa).

Cara-cara...

1. Tepung beras dibancuh cair hingga tak melekat pada tangan. Kemudian campur sedikit tepung kanji ataupun tepung sagu.
2. Daun Pandan dikisar halus didalam blender dan kemudian tapis airnya dan masukkan kedalam tepung beras yang telah di kacau tadi..
3. Masukkan sedikit garam secukup rasa..
4. Setelah semua sebati dan warnanya pun cantik kehijau-hijauan pandan dan wangi sekali, Tenggekan di atas dapur. Mula kacau sehingga berkilat.
5. Selepas berkilat, masukkan cendol yang pekat tadi ke dalam mesin sanwa dan mulalah menekan dalam bekas yang mengandungi air.. Jadi cendol tersebut akan jatuh ke dalam air..
6. Dah jadi cendol..

Cara-cara untuk hidangkan

Bahan-Bahan

1. Santan kelapa.
2. Sedikit garam.
3. Gula Melaka.
4. Ais

Biasanya santan dimasak terlebih dahulu dan diisikan garam sedikit. Ambil secawan santan masukkan cendol, gula melaka yang dicairkan tadi dan masukkan ais. Dan hidangkan kepada keluarga.. Kalau kurang gula tambah lagi gula Melaka tu.. Selamat Mencuba..

P/S: Cendol ni kalau makan tengah hari memang best.. lebih-lebih lagi tengah panas..

Senarai Negara Terbersih DiDunia

Posted by GameMaster | 1/14/2008 | 0 comments »

Finland menduduki carta pertama negara terbersih


Salam, hari tu saya dah senaraikan 10 negara yang mempunyai kos sara hidup yang mahal.. Hari ni saya nak listkan 10 negara terbersih di dunia..

1. Finland
2. Norway
3. Canada
4. Sweden
5. Switzerland
6. New Zealand
7. Australia
8. Austria
9. Iceland
10. Denmark
11. United States

Sumber: http://www.aneki.com/cleanest.html

P/S: Hmmm.. Malaysia bila lagi

Ragam Abang Dispatch..

Posted by GameMaster | 1/13/2008 | 0 comments »



Salam, hari ni letak video pulak.. Video ni cerita pasal Mat Dispatch... Mat Dispatch atau posmen lebih kurang sama je kerja diorang. Tugasnya menghantar surat atau barangan. Kalau hantar surat ke apa ke mesti ada halangan macam kena kejar dengan anjing, kena hujan dan bermacam-macam lagi la.. Tapi bagaimana pula dengan video ini..

P/S: ingat senang ke nak jadi mat dispatch atau posmen ni.. hehehe



Salam.. Anda kenal tapai.. Tapai adalah makanan istimewa semasa majlis perkahwinan orang dulu-dulu. Tapai diperbuat daripada pulut,ragi dan juga gula. Ia dibungkus dalam daun pisang dan boleh juga dibungkus dalam balik angin dan juga daun rambai. Untuk menentukan tapai menjadi atau sebaliknya, tidak dibenarkan orang perempuan yang datang bulan untuk bersama membuat tapai. Katanya kalau ada perempuan yang datang bulan, pulut tapai tidak menjadi putih tetapi menjadi merah dan masam. Air tapai tidak boleh diminum. Jadi pantang larangnya disini, untuk membuat tapai yang cantik, pembuat tapai mestilah bersih dari segala kekotoran..

P/S: Tapai ni memang sedap dimakan ketika waktu tengah hari..

Pantun lagi...

Posted by GameMaster | 1/11/2008 | 6 comments »



Pegi ke hulu mengayuh rakit,
mencari kerang berguni-guni,
Dulu sihat sekarang sakit,
Mengapa tiada orang yang ambil peduli.

Daun kelapa dibuat ketupat,
ketupat dibuat sarapan pagi,
Apa pendapat berikan nasihat,
Bakal isteri berjawatan tinggi.

Awan mendung sudah berarak,
cantiknya langit berwarna biru.
Kasihnya isteri lebih ke anak.
Kasihnya ke suami mana nak ngadu.

P/S: Pantun kali ni senang sikit nak jawab berbanding dahulu.. Para bloggers sila jawab..

Segmen I.T

Posted by GameMaster | 1/10/2008 | 2 comments »

Salam hari ini saya nak beri anda software percuma untuk digunakan.. Harap-harap ia dapat memberi manfaat kepada anda semua...


Software 1..
Vista Transformation Pack 7.0- Jika anda ingin theme untuk memiliki windows vista theme tetapi anda hanya menggunakan windows xp.. Banyak ciri-ciri menarik yang terdapat dalam software ini.. Download di sini: http://www.freewarefiles.com/program_2_219_17682.html


Software yang ke 2:
Ad-Aware 2007 free 7.0.2.5- Merupakan perisian anti-spyware yang popular digunakan di seluruh dunia. Anti spyware percuma ini menyediakan pc anda lebih perlindungan daripada penceroboh i.t. Download di sini: http://www.freewarefiles.com/program_17_243_6417.html

P/S: Cukup 2 file untuk didownload untu hari ini.. Pada masa akan datang saya akan tambah lagi.. Lagi satu website ini hanya menyediakan software percuma dan sah dari segi undang-undang.. Tq

Lembu Dan Kerbau.

Posted by GameMaster | 1/09/2008 | 4 comments »



Salam.. Al-kisah cerita ini dari nenek saya dahulu kala, lembu dan kerbau adalah sahabat karib. Sering makan bersama, mandi bersama, duduk di kandang yang sama. Dulu-dulu, kerbau bukannya bewarna hitam tetapi kerbau berwarna-warni. Lembu pula hanya warna kelabu. Oleh kerana sahabat baik. Satu hari lembu bertanyakan kepada kerbau, "Alangkah cantiknya kulit kamu, bolehkah saya meminjamnya sebentar." Keaddan fizikal lembu dengan kerbau ada bezanya. Saiznya besar sikit antara satu sama lain. Lalu kedua sahabat ini pergilah mandi sungai. Selepas puas berendam maka naiklah ke darat. Dan masing-masing menukar kulit masing-masing. Apabila lembu memakai kulit kerbau yang cantik tadi, nampak gelebeh atau longgar sana-sini terutama dibahagian leher dan perut tetapi malangnya si Kerbau setelah menyarung kulit lembu terlalu ketat sehingga nak membukanya semula pun tak boleh. Dicuba-cuba beberapa kali pun tak boleh juga. Lalu menangislah kerbau tersebut dan lari membawa diri. Yang si lembu juga berasa sedih dan rimas kerana lebihan daging yang dia ada.

P/S: Itu sebab lembu dan kerbau keadaan yang serupa keadaan ini sekarang.. Kepada bloggers fikir-fikirkan lah..

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429

Posted by GameMaster | 1/08/2008 | 5 comments »



Assalamualaikum.. pasti anda sudah memeriksa kalender, ya hari khamis ini kita akan menyambut tahun baru dalam islam.. Jadi kita sebagai umat islam, marilah sama-sama menyambut kedatangan tahun baru dengan hati yang terbuka dan mensyukuri nikmat kita yang kita ada sekarang ini..

P/S: Selamat menyambut maal hijrah yang ke 1429 hijrah..

Soalan Trivia

Posted by GameMaster | 1/07/2008 | 12 comments »



Seorang suami kematian isteri yang tersayang... Suami ini amat menyanyangi si isteri yang amat sangat.. Setelah di kebumikan. Oleh kerana teramat sayang, tiap pagi dan petang. Suami tersebut akan kubur si isteri dengan membawa satu jag air. Oleh kerana simpati melihat menantunya berkelakuan yang sebegitu rupa. Ibu mertua pun menasihati agar menantunya kahwin lain.. Untuk mengelakkan si menantu setiap hari menziarah kubur si isteri. Hari ke hari hingga minggu ke minggu. Dan akhirnya si menantu menjawab......

P/S: Agak-agak apa jawapan yang akan diberikan oleh menantunya kepada ibu mertuanya.. Bloggers yang bijak bestari, sila jawab k.

Moscow mendahului kos sara hidup yang tinggi


1. Russia- Moscow
2. United Kingdom- London
3. Jepun- Tokyo
4. Denmark- Copenhagen
5. Ireland- Dublin
6. U.S.A- New York
7. China- Beijing
8. Australia- Sydney
9. Canada- Vancouver
10. South Africa- Johannesburg
11. Argentina- Buenos Aires

Sumber: http://www.finfacts.com/costofliving.htm

Kereta Untuk Dijual

Posted by GameMaster | 1/04/2008 | 2 comments »



Salam kepada bloggers semua.. Disini saya ada dapat pesanan dari rakan saya yang ingin menjual kereta Nissan Cefiro yang telah diconvert menjadi Skyline R32.. Ini gambaran kereta tersebut. Tawaran terhad.. Sebab-sebab dijual kerana pemilik ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara..

Specifikasi : Enjin RB20
Tahun : 1990
Harga : RM 30,000 (Cash and Carry)
Sport Rim dan Ekzos di siapkan sekali..
Good Condition termasuk radio player, sit sport dan macam-macam lagi..
Owner: Perempuan

P/S: Jika berminat sila hubungi Noraini Mohd Razali
Faculty of Mechanical Engineering
Universiti Malaysia Pahang
09-5492247
012-9807116

Uniknya Rumah Orang Melayu Melaka

Posted by GameMaster | 1/03/2008 | 5 comments »



Salam, Ini sejarah yang masih kini terdapat di kampung-kampung orang melayu Melaka. Yang dikatakan unik adalah rumahnya diperbuat daripada papan beratapkan rumbia. Mempunyai beberapa bahagian besar, yang pertama di panggil SENGKUAP. Yang kedua ialah rumah ibu, yang ketiga rumah dapur. Rumah dapur ada 2 bahagian. Yang pertama ruang tamu dan yang kedua untuk bahagian memasak. Yang seterusnya ada anjung dan yang terakhir pangkin. Rumah orang melayu Melaka boleh dimasuki melalui beberapa pintu besar. Yang pertama melalui anjung, melalui pangkin, melalui pintu dapur. Anjung adalah tempat laluan masuk ke sengkuap dan terus ke rumah ibu. Selalunya anjung ini adalah tempat bersembang untuk orang-orang dahulu. Di situ ada sebuah anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Tingginya mengikut tinggi rumah tersebut. Anak tangganya antara lima hingga ke tujuh anak tangga. Oleh kerana rumah orang melayu Melaka agak tinggi, Ada ruang di bawah dipanggil antara tanah dan lantai bawah rumah. Sengkuap adalah tempat untuk orang berkumpul untuk kenduri-kendara. Sengkuap juga ada sebuah para kecil untuk menyimpan barang-barang seperti perkakasan berkebun. Uniknya lagi, rumah orang Melaka hanya ada satu bilik tidur. Ia terletak diruang tengah rumah ibu. Di situ ada 3 pintu besar untuk ke sengkuap, untuk ke bilik, untu ke dapur. Ada tiga tingkap, 2 diruang tengah dan 1 didalam bilik tadi. Selalunya biliknya agak besar dan ruang tengah tadi pun agak besar juga. Kalau majlis perkahwinan, biasanya pelamin di bina disini. Untuk ruang dapur, kita boleh memasuki ruang dapur dibahagian ruang tamu dengan menaiki pangkin, sebelum naik pangkin kita akan jumpa satu tempayan di tepi tangga yang berisi air. Tujuannya untuk membasuh kaki sebelum menaiki ruang tamu tadi melalui pintu besar. Di kawasan ini, kita dapati ada dibuat sebuah loteng tinggi dan tangga yang disediakan mempunyai 7-9 anak tangga mengikut ketinggian rumah. Loteng ini boleh digunakan untuk menyimpan periuk-periuk belanga dan perkakas rumah yang lain. Ada kala loteng ini dibuat tempat tidur, ada cerita juga kalau pemuda-pemuda datang, anak-anak dara dahulu boleh melihat orang-orang yang datang dari atas loteng. Ada jugak dibuat menyimpan barang-barang hantaran. Ruang bawah pula digunakan untuk tempat bersantai. Selain itu kita ada juga para untuk menyimpan barang-barang, dapur untuk memasak, dan juga para-para kecil untuk menyimpan mangkuk. Untuk ke dapur kita juga ada 3 anak tangga. Satu kebaikkan rumah orang Melaka ini adalah, ia tiada tandas dalam rumah. Daun pintu dan daun tingkap banyak diukir berbentuk kerawang bunga. Kalau cermin tingkap di hiasi dengan pelbagai warna. Dan yang terakhir sekali yang agak moden, tangganya tangga batu di sengkuap.

P/S: Untuk bloggers semua nak tahu lebih lanjut, silalah datang ke kampung Melaka terutamanya di Kampung tangga batu.

Minggu Final Exam

Posted by GameMaster | 1/01/2008 | 8 comments »



Salam, untuk sementara waktu ini saya akan menghadapi peperiksaan final exam. Jadi saya akan mengurangkan update pada minggu ini. Doa-doakan lah kejayaan saya k. Jika saya berkesempatan saya tetap akan memberi update.. Tempoh peperiksaan saya hanya seminggu je.. Terima Kasih....

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight