CCleaner 2.07.575

Posted by GameMaster | 4/29/2008 | 0 comments »



Salam, hari ni saya nak bagi lagi software percuma untuk anda semua.. Saiz software ni tidaklah besar sangat. Jadi ianya sesuai untuk didownload dan digunakan bagi memudahkan lagi penggunaan pc anda..

Kalau diikutkan, windows xp yang lama pasti tiada software ccleaner.. Perisian ini hanya untuk win XP yang baru sahaja.. Tapi anda boleh menggunakannya disemua platform.. Jadi saya akan berikan sedikit penerangan tentang perisian ini..

CCleaner 2.07.575 adalah perisian yang mengoptimiskan sistem dan peralatan persendirian. Ianya membuang fail yang tidak digunakan didalam sistem dan ia akan meningkatkan lagi prestasi komputer anda.. Ia dapat memberikan sistem anda ruang yang berharga untuk digunakan untuk perisian lain.. Selain itu iannya juga dapat membuang kesan-kesan aktiviti online seperti internet history...

Download link disini: CCleaner 2.07.575

Perbandingan Dua Motor

Posted by GameMaster | 4/28/2008 | 5 comments »





Salam, hari ni saya ingin memberi sedikit pandangan terhadap motorsikal yang digunakan dijalan raya.. Jadi hari ni saya nak berikan perbezaan dua motorsikal di Malaysia..

Seperti yang kita tahu, banyak kemalangan yang melibatkan penunggan motorsikal di Malaysia.. Jadi apakah punca kemalangan dari kalangan penunggang kerap berlaku.. Jadi saya nak berikan sedikit pandangan dan meminta pula apa pendapat anda tentang motorsikal yang akan saya jelaskan nanti..

Adakah kita selalu mendengar motorsikal berkuasa besar selalu terlibat dalam kemalangan.. Jarang kita dengar.. betul tak.. Mengapa motorsikal berkuasa besar ni jarang terlibat dengan kemalangan.. Motorsikal ini lagi laju berbanding motorsikal yang biasa digunakan oleh penunggang rakyat di Malaysia ini.. Mungkin faktor pembuatan motorsikal mengambil ciri2 keselamatan bagi penunggang..

P/S: Macam mana pun kita sendiri yang patut menjaga keselamatan diri terlebih dahulu..

Hujan Dan Sejuk

Posted by GameMaster | 4/26/2008 | 3 comments »



Salam... berikutan cuaca di Malaysia yang tidak menentu ni.. Hujan turun tanpa disangka walaupun sudah diberikan ramalan cuaca.. Tapi semuannya kehendak tuhan, tiada siapa yang boleh lawan.. Jadi hari ni saya nak bercerita tentang hujan dan sejuk..

Pasti anda perasan bila time hujan je mesti korang semua rasa lapar. Kenapa korang semua rasa lapar dan asyik nak fikir makanan.. Jawapannya. Ketika hujan, badan kita menjadi sejuk dan perlukan haba untuk memastikan suhu badan kita dalam keadaan terkawal. Jadi jika anda mengambil makanan semasa hujan, ianya boleh menambahkan lemak dalam badan anda dan sekaligus menambahkan haba dalam badan anda. Jadi bila time hujan je sila-silalah prepair makan macam maggie ke, kopi ke..

Bila dah hujan pasti anda rasa sejuk, walaupun tak hujan jika anda duduk dalam kawasan penghawa dingin pasti anda terasa ingin membuang air.. Sebab apa ia berlaku. Disini saya ingin berikan sedikit pendapat mengenai fenomena buang air setiap kali sejuk.. Bila badan sudah sejuk.. pasti tiada peluh keluar.. jadi peluh tersebut akan menjadi bahan buangan sebagai tempat menjadi pengganti kulit ketika sejuk..

P/S: kalau panas pula macam mana.. kalau panas dan kekurangan air makan badan anda akan mengalami penyahidratan.. Parah ni..

Nokia..

Posted by GameMaster | 4/24/2008 | 4 comments »




Salam, hari ni saya nak ceritakan serba sedikit mengenai nokia. Mengikut poll yang saya buat baru baru ni nokia menjadi pilihan utama pengguna sebanyak 52% diikuti dengan Sony ericsson sebanyak 40% dan lain-lain sebanyak 8%.. Nokia memang jenama yang telah dikenali dunia..

Jadi tahukah anda sejarah nokia.. Nokia pada asalnya adalah sebuah kilang kayu.. Disini saya letakkan sedikit info pasal sejarah nokia..

Worksyop Getah Finland
(Finnish Rubber Works), nama asal Nokia, telah ditubuhkan sebagai sebuah kilang pulpa oleh Knut Fredrik Idestam, seorang Sweden-Finland, di tebing Jeram Nokia pada tahun 1865. Firma ini kemudian menubuhkan kilang-kilangnya di tempat yang berhampiran pada permulaan abad ke-20, dan memulakan penggunaan nama Nokia sebagai jenama. Tidak lama selepas Perang Dunia I, Worksyop Getah Finland memperoleh kilang-kilang kayu Nokia bersama-sama dengan Worksyop Kabel Finland (Finnish Cable Works), sebuah pengeluar kabel telefon serta telegraf, dan kemudian menggabungkan ketiga-tiga syarikat ini menjadi Perbadanan Nokia pada tahun 1967.

Perbadanan Nokia yang ditubuhkan oleh penggabungan 1967 melibatkan diri dalam banyak sektor, termasuk pengeluaran produk-produk kertas pada satu masa atau yang lain, basikal dan tayar kereta, kasut (termasuk but wellington), komputer peribadi, kabel komunikasi, dan televisyen, serta pengeluaran elektrik, dan sebagainya.(sumber wikipedia)

P/S: Saya pun guna nokia... hehehe

Tips Penjagaan Motorsikal Anda..

Posted by GameMaster | 4/23/2008 | 4 comments »



Salam, dah lama blog ni tidak diupdatekan dengan tips. Jadi hari ni saya ingin berikan sedikit tips untuk menjaga motorsikal anda supaya anda boleh menunggangnya dengan selamat ketika menunggang diatas jalan raya..

Motorsikal perlulah dijaga bagi memastikan ianya tidak membebankan si pengguna jika ia mengalami kerosakkan. Yang paling penting sekali ialah menjaga enjinnya.. Kerana jika enjin tidak dijaga maka tidak boleh berjalanlah motor anda.. Jadi hari ni saya akan senaraikan tips-tips bagi menjaga motor anda..

Tips-tips penjagaan motorsikal:

1. Memastikan minyak 4t anda sentiasa ditukar dalam masa yang ditentukan(mengikut jenis motor anda)
2. Menukar spark-plug motor anda dari menggelakkan enjin motor anda dari semput..
3. Menukar tayar motorsikal anda jika terdapat kekurangan bunga kerana ia memainkan peranan pentin dijalanraya
4. Pastikan air bateri motor anda dalam keadaan yang penuh..
5. Isikan minyak pada rantai anda bagi menggelakkan rantai menjadi panjang dan sporket menjadi tumpul..

Dalam penjagaan motorsikal, motor yang mempunyai 4 lejang perlulah dijaga enjinnya kerana ia motorsikal yang susah dijaga sikit berbanding dengan motor yang mempunyai 2 lejang kerana ianya menggunakan minyak 2t dan 4t..

P/S: Balik sila periksa enjin motor anda.. hehehe

Chef...

Posted by GameMaster | 4/21/2008 | 7 comments »




Salam, hari ni kita cerita pasal tajuk diatas iaitu chef.. Chef bermaksud orang yang memasak secara professional.. Kalau dihotel mesti ada kepala chef yang memantau masakan anak buah.. Biasanya chef jenis ini hanya merasa makanan atau mengambil bauan sudah pasti tahu kualiti makanan tersebut.. Dan biasanya gaji chef ni sangat mahal..

Jadi berbalik pada chef.. Adakah kedai makan menggunakan chef.. Ya sudah pasti.. walaupun sekadar gerai makanan ditepi jalan.. Ia dipanggil tukang masak.. Selalunya tukang masak akan memberi sedikit ilmu makanan kepada pekerja yang memasak digerai tersebut bagi memastikan rasa dan kualiti makanan sama sahaja..

Persoalan saya pada hari ini.. Adakah chef akan berpuas hati dengan masakan diri sendiri.. Kebanyakkan chef selalunya kurang gemar memakan masakan sendiri dan akan membeli makanan dari orang lain yang memasak...

Apa-apa pun kalau mengikut statistik chef dalam dan luar negara, kebanyakkannya orang lelaki yang menjadi chef.. Ini bermakna orang lelaki adalah orang yang paling hebat memasak berbanding perempuan.. (jangan marah..)

P/S: Apa-apa pun masakan ibu adalah yang paling terbaik dan best....

Makanan Orang Malaysia- Cucur Udang

Posted by GameMaster | 4/19/2008 | 4 comments »




Salam, hari ni saya nak beri sedikit info tentang makanan orang Malaysia kita pada hari ini.. Makanan untuk minggu ini ialah cucur udang...

Jemput-jemput udang atau juga dikenali sebagai cucur udang, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Jemput-jemput udang mendapat nama kerana bahan perisa tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut iaitu udang kering atau segar. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

Cucur udang sering dimakan dengan kuah lada, kuah kacang atau dimasak bersama rojak, mi goreng mamak atau pasembur. Sumber Wikipedia..

P/S: Mesti ramai yang gemar makan cucur udang betul tak..

Penakut..

Posted by GameMaster | 4/17/2008 | 9 comments »



Salam, hari ni kita bercerita pasal sifat penakut. Ada orang kata penakut ni tak boleh buat kerja dan macam-macam lagi. Apa yang menyebabkan si penakut ini takut untuk membuat kerja.. Mungkin masalah peribadi.. Selain itu ada juga insan yang takut untuk menghadapi kehidupan pada masa kini kemungkinan terdapat sejarah silam yang menimpa si mangsa..

Bukanlah cerita pasal kekurangan sifat penakut untuk saya ceritakan hari ini.. Hari ini saya ingin memberi pandangan positif terhadap sifat penakut ini.. Kita perlu ingat jangan ingat kita sentiasa selalu berani sahaja..

Antara kelebihan sifat penakut ini adalah:.

1. Tidak berani untuk mencuri.
2. Tidak berani untuk melanggar peraturan di jalan raya.
3. Tidak berani untuk melawan ibu-bapa.
4. Tidak berani membuat kesalahan.
5. Tidak berani untuk membuat orang naik marah..

P/S: Di atas tersebut kelebihan sifat penakut... Jangan ingat sifat penakut adalah negatif sentiasa

Masa...

Posted by GameMaster | 4/15/2008 | 9 comments »




Salam hari ni kita akan bincangkan mengenai tajuk diatas berkenaan dengan masa.. Seperti yang tuan2 dan puan2 tahu kita kini sudah masuk bulan ke 4 dan dah nak masuk bulan ke 5 dah pun..
Kejap sahaja masa berlalu.. Tapi perbincangan kita pada hari ini ialah, betul ke masa tu bergerak laju..

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini kita merasakan kehidupan kita tidak mempunyai masa yang cukup, kadang-kadang terasa pendek sangat waktu ni.. Tahu-tahu je umur dah meningkat.. Bagi yang sibuk mencari rezeki dikota atau dimana-mana sahaja, pasti mereka semua tidak akan cukup masa. Mana taknya, keluar pagi dan pulang ketika matahari dah terbenam dan kadang-kala balik sehingga lewat malam..

Apakah faktor yang merasakan waktu ini cepat dari segi perjalanannya atau kita sendiri yang tak perasan masa bergerak seperti biasa.. Kemungkinan masa ini berlalu dengan cepat mungkin disebabkan faktor suasana tempat kerja, tempat tinggal dan sebagainya.. Kalau diambil kira pada tahun 80an. Waktu pada masa itu bergerak dalam keadaan yang perlahan.. Mungkin kerana pembangunan diwaktu dahulu tidak serancak seperti sekarang. Ambil contoh, kita mungkin akan berasa masa itu lambat bergerak ketika dibulan puasa.. betul tak..

Jika dibandingkan dengan kampung, jika anda pulang ke kampung, anda akan rasa masa itu bergerak dengan perlahan dan hari siang dan malamnya seperti sangat panjang. Sebab apa?. Kemungkinan ini berlaku kurangnya aktiviti seperti yang anda buat di bandar seperti masuk kerja.. Jadi fikir-fikirkan lah..

P/S: Pasti anda pernah mengalami perkara seperti diatas betul tak..

Fix Generic Host For Win32 Process Error

Posted by GameMaster | 4/13/2008 | 4 comments »




Salam, hari ni saya nak bagi tutorial untuk membaiki generic host untuk windows. Ianya bukanlah virus. Tanda-tanda jika anda telah terkena generic host ini adalah anda menyambung sambungan internet anda, tiba-tiba sedang anda guna keluar satu error dan internet anda tidak berfungsi.. Dan anda terpaksa merestartkan semula pc anda.. Disini saya akan bagi 4 cara untuk membaikinya.. (dalam bahasa inggeris)

Solution# 1:

  1. Hop to ‘Run’ and open ‘Regedit’
  2. Navigate to:
    HKEY_LOCAL_MACHINE > SYSTEM > CurrentControlSet > Services > Browser > Parameters
  3. Find the Key
    Name: IsDomainMaster
    and set
    Data: False
  4. Restart Your PC

Solution# 2:

  1. Go to ‘Run’ and open ‘cmd’
  2. Type ‘netsh’ in command console then press enter
  3. Then type ‘winsock’ and press enter and then type reset
  4. Restart Your PC

Solution# 3:

Get the LspFix and follow the steps as directed

Solution# 4:

Get the Microsoft Update Patch and apply it. Thanx to Nirmal for this.

I hope one of these solutions will definitely help you rectify the erorr

Moreover you can always see my old guaranteed post about Fixing Generic Host Error

Pertandingan Di JomGempaq.com

Posted by GameMaster | 4/12/2008 | 0 comments »




Salam, hari ni saya nak berikan anda info pasal forum member saya, beliau telah menganjurkan pertandingan dan hadiah untuk dimenangi..

Slogan tiada yang percuma di dunia tidak boleh digunakan lagi, mengapa?
Kerana setiap forumers di Jomgempaq.com berpeluang memenangi wang
tunai, SECARA PERCUMA bermula Mei ini! Jika Rm50 bukanlah suatu nilai
yang besar bagi anda, maka, persiakan dan berikan peluang pada yang
berminat!

Syarat pertandingan amat mudah! Anda hanya perlu menjadi ahli forum
Jomgempaq dan membuat 200 post berkualiti untuk layak mendapat cabutan
bagi memenangi Rm50! Cabutan bertuah bakal dibuat dua bulan sekali.
Maka, ramai-ramai sertai Jomgempaq dan start membuat massive quality
post sekarang! Anda mungkin antara yang bertuah!

Apa lagi jadi member sekarang dan rebut peluang ini.. Link: Jomgempaq

Darah Tinggi..

Posted by GameMaster | 4/10/2008 | 1 comments »



Salam, ramai orang Malaysia kita pada hari ini sering diserang penyakit darah tinggi. Apakah itu darah tingg..

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi merujuk kepada kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Sumber Wikipedia

Jadi hari ni saya nak beri sedikit pengetahun bagi mengenal pasti orang yang mempunyai penyakit darah tinggi ini dari segi bunyi.. Anda kenal bunyi bass dari speaker atau p.a sistem.. Ada pakar mengatakan orang yang tidak tahan dengan bunyi bass ini dikatakan mempunyai penyakit darah tinggi..

Apakah simpton orang yang tak boleh dengar bunyi bass yang terlebih ini.. Antaranya ialah.. seseorang itu akan berasa pening dan merah muka.. Ini kerana bass menghantar gegaran ke dalam badan seseorang. Orang yang normal boleh mendengar bass dengan kuat berbanding dengan orang berpenyakit darah tinggi

P/S: Dalam info saya yang terdahulu, saya ada letak tips untuk mengurangkan darah tinggi.. Sila rujuk semula..

Kabel Duit

Posted by GameMaster | 4/08/2008 | 2 comments »



Salam semua, pasti anda semua ingin tahu bagaimana hendak mendapat pendapatan melalui blog. Dunia blog pada masa kini kian berkembang dan dikatakan Malaysia merupakan penduduk yang ramai mencipta blog. Blog dicipta untuk menceritakan tentang peribadi, pendapat, pandangan dan macam-macam lagi. Jadi kini dunia blog juga telah digunakan sebagai tapak untuk mempromosi perniagaan seperti ebook, software dan macam-macam lagi. Jadi hari ni saya nak bercerita tentang blog rakan saya dari blog kabel duit.

Blog ini dikarang oleh saudara Anuar yang merupakan masih lagi seorang pelajar. Dahulu kalau tak silap, beliau ada menerbitkan ebook bagaimana pelajar buat RM1xxx dalam masa 18 hari. Beliau telah mengaplikasikan kesemua perkara itu dalam blog beliau.. Sebaik sahaja anda memasuki ke blog saudara anuar, Anda akan dapat lihat pelbagai produk-produk seperti ebook untuk dijual, software, dan beliau juga menyediakan tapak iklan untuk disewa. tetapi bukan itu sahaja, blog beliau kadang-kala menceritakan tentang perkara seperti isu semasa disamping memberikan tips dan info mengenai gadget yang terbaru dipasaran. Jika anda perasan juga, blog beliau menggunakan paparan skrin putih bagi memudahkan pembaca untuk membaca.. Kalau ikut web korporat, putih adalah warna asas dalam mencipta web korporat.

Cadangan saya kepada beliau, kalau ada theme yang lebih menarik, sila gunakan theme yang lebih berbentuk professional. Lagi satu kenapa tak buang simbol blogger kat atas header tu..

Link untuk ke blog ini: Kabelduit

P/S: Blog saudara anuar ni semuanya pasal duit.. hehehe. Apa-apa pun saya selalu singgah kat blog ni.. Anda pula mai la join, masuk tengok..

Argente - Registry Cleaner 1.3.1.2

Posted by GameMaster | 4/07/2008 | 2 comments »




Salam, hari saya nak beri lagi software percuma dari Argente.. Software ini membenarkan anda membersihkan registry dengan selamat dengan hanya beberapa klik. Masalah dari windows registry punca masalah kegagalan sistem dan mesej error dari windows. Dengan menggunakan registry celaner dengan kerap, ia boleh membaiki masalah registry anda. Walaupun komputer anda tak stabil, namun ia mampu memberi kelajuan pada pc anda.

Registry cleaner Argente digunakan sebagai pengesan algotrima untuk prestasi yang lebih tinggi dan mengesan missing dan invalid file dalam registry anda..

Maklumat lanjut dan download disini

P/S: Boleh la betulkan registry anda yang dah lama tak repair tu

Fakta Kiri

Posted by GameMaster | 4/05/2008 | 16 comments »



Salam, hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai fakta kiri sahaja.. Fakta ni saya tengok berdasarkan pemerhatian saya. Jika anda perasan, terdapat benda yang kita gunakan menggunakan arah kiri. Disini saya ingin menyenaraikan dan berkongsi dengan anda semua mengenai kiri atau left

1. Jika anda anda perasan, anda selalu menggunakan lampu isyarat kiri berbanding lampu isyarat kanan.
2. Ramai diantara kita memakai jam di sebelah tangan kiri..
3. Jika anda perasan, anda selalu menggunakan stesen minyak disebelah kiri.
4. Kebanyakkan pelukis-pelukis yang terkenal menggunakan tangan kiri untuk melukis.
5. Anda memandu menggunakan gear disebelah kiri.

P/S: Ada tambahan sila tambah kat sini ya..

Mid Term Exam

Posted by GameMaster | 4/04/2008 | 2 comments »


Salam, hari ni saya ingin restkan dulu buat posting sampai hari ahad petang.. Berikuta esok adalah hari peperiksaan.. Walaupun tiada post baru dalam masa dua hari ni, anda boleh membaca post-post yang terdahulu.

Lepas midterm ni ok balik..

Friend Korner Dapat Partner ?..

Posted by GameMaster | 4/03/2008 | 2 comments »

Salam, hari ni seperti tajuk diatas forum saya telah melakukan kerjasama dengan boraksakan forum untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung dan ahli forum.. Perjanjian ini telah dipersetujui pada malam tadi dan telah mendapat persetujuan antara kedua-dua belah pihak.. Dengan ini dengan rasminya friendkorner dan boraksakan telah join venture demi memartabatkan forum selain dunia blogger..




Mari meriahkan dunia forum.. Yang telah join terima kasih banyak2

Link frienkorner: Frienkorner
Link Boraksakan: Boraksakan

P/S: Still lagi mencari ahli supaya meramaikan forum ini..

Bateri Kereta

Posted by GameMaster | 4/01/2008 | 6 comments »



Salam, saya memohon maaf jika komen anda tidak dibalas berikutan gangguan internet dikawasan saya.. Jadi hari ni saya akan beri tips untuk hari ni.. Ok kita mulakan dengan baca bismillah dulu.. Pernahkah anda mengisi air bateri kereta atau motorsikal anda. Kalau pernah, anda pasti pernah melihat karbon bewarna biru cair dekat kawasan skru wayar.. Jika anda pernah nampak.. pasti anda ingin membuang karbon tersebut... Hendak membuang karbon tersebut sangat senang dan akan menjadi sukar jika ia tidak dilakukan dengan betul. Jika anda membersihkan tanpa pengetahuan.. Kemungkinan skru anda pasti rosak dan wayar anda akan putus..

Jadi disini saya nak beri tips yang paling senang untuk menanggalkan karbon tersebut tanpa merosakkan wayar mahupun skru.. Caranya buka bateri tersebut terlebih dahulu daripada tempat bateri(untuk motor), untuk kereta tak payah sebab bateri kereta still kat ruang dia. Caranya tuangkan air panas ditempat karbon tersebut berkumpul dan anda akan lihat karbon tersebut hilang dan tanggal terus dari bateri anda..

Selamat mencuba.

P/S: Pastikan air bateri anda sentiasa penuh untuk memastikan jangka hayat bateri anda..

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight