Mentalam Durian Kepala Bergoyang

Posted by GameMaster | 5/31/2008 | 1 comments »



Salam.. hari ini saya berikan resepi tradisional orang dulu-dulu.. Resepinya ialah mentalam durian.


Bahan-bahannya

1. Gula secukup rasa.
2.Tepung beras 1 kilo
3. Kelapa dua biji
4. Durian secukup rasa.
5. Gula Merah
6. Gula Pasir
7. Garam secukup rasa.
8. Air.

Cara-cara

1. Asingkan santan cair dengan pati santan kira-kira semangkuk
2. Santan yang cair tadi dibancuh dengan tepung supaya ia tidak cair dan tidak pekat..
3. Asingkan tepung yang dibancuh tadi menjadi dua bahagian.. Satu untuk kepala satu untuk dasar.
4. Masakkan gula merah dengan gula putih.. Pastikan ia tidak cair sangat.
5. Isi durian tadi hendaklah diasingkan dari bijinya.. Ambil isi sahaja..
6. Kacau isi durian di dalam mangkuk supaya ia rata. (Guna mesin pengisar)
7. Tepung untuk dasar dicampur dengan sedikit garam.. Manakala tepung untuk kepala pula kita campurkan dengan durian, gula, tepung dikacau hingga sebati.. Dan masukkan santan pati tadi dalam bancuhan kepala tadi.
8. Kukus bahagian dasar dahulu dalam loyang sampai tepung tersebut berkilat dan kemudian campurkan adunan bahagian kepala tadi dan tutup loyang tadi sehingga ia masak.

Selamat mencuba..

Tips pengiklanan..

Posted by GameMaster | 5/29/2008 | 2 comments »



Salam, jika anda mempunyai sebarang produk untuk dijual. Pastinya ia memerlukan promosi serta pengiklanan yang berkesan.. Tapi bagaimanakah hendak mempromosikan barangan anda dengan kos yang berpatutan

Antara langkah2 yang pernah saya buat ketika hendak mempromosikan produk saya dulu adalah..

1. Memberitahu kepada rakan-rakan yang terdekat.
2. Membuat pamplet atau brosur untuk diedarkan.
3. Jika mampu sewa ruang iklan dari majlis perbandaran dan paparkan ditaman-taman berdekatan anda..
4. Membuat bisnes kad.
5. Buat website atau blog sebagai medium pengiklanan diinternet.
6. Memberitahu melalui emel.

P/S: Cubalah try dengan antara cara diatas..

Free Download: FLV Player 2.0.24

Posted by GameMaster | 5/28/2008 | 1 comments »

From Martijn de Visser: FLV Player is a tool to play Flash FLV and H.264 (MPEG-4) videos with. This utility can come in handy when viewing many FLV and/or H.264 files, as it doesn't require the Adobe Flash IDE. The installer comes with optional FLV file-association, so double clicking an FLV file opens and plays the file in FLV Player. Version 2.0.24 adds support for the newly added H.264 (MPEG-4) format in the Adobe Flash Player and fixes bugs.

Download Link: FLV Player 2.0.24

Source: Download.com

Misteri Disebalik Nyanyian

Posted by GameMaster | 5/27/2008 | 5 comments »



Salam, hari ni kita cerita pasal misteri sedikit. Cerita ini mungkin memerlukan jawapan anda untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemuda ini...

Cerita macam ni, cuaca diluar gelap dan guruh berdentum, maka pemuda ini duduk dirumah dengan rasa seram.. Tiba-tiba beliau mendengar orang tengah menggosok gigi di dalam bilik air.. Kalau gosok gigi tu perkara biasa, tetapi yang menyeramkannya ialah orang yang berada didalam bilik air ini menggosok gigi sambil menyanyi..

Semakin kuat orang yang menggosok gigi ni menyanyi.. Aku bertanya.. Adik aku ke kat dalam bilik air tu... Jadi apa jawapan anda pada kes misteri ini..

P/S: Jawab jangan tak jawab..

Game Review: Iron Man

Posted by GameMaster | 5/26/2008 | 3 comments »



Description


Iron Man, one of Marvel’s most indestructible Super Heroes, is blasting onto video game platforms and the big screen next year. The epic, action-packed Marvel Studios production will be directed by John Favreau and stars Robert Downey Jr., Jeff Bridges, Terrance Howard and Gwyneth Paltrow. This third-person action game will immerse players in explosive militaristic combat from the film with loads of additional content created exclusively for the game.

Also Available on: 360, MB, NDS, PS2, PS3, PSP, WII

Peniaga Kecil-kecilan

Posted by GameMaster | 5/25/2008 | 1 comments »



Salam, hari ni saya akan memberikan sedikit tips kepada peniaga-peniaga kecil-kecilan yang meniaga kuih diwaktu pagi.. Jika dilihat oleh kita sendiri melakukan perniagaan seperti ini amat lari jika kena pada tempatnya.. Selalunya orang yang meniaga kuih2 atau roti canai selalunya berdekatan dengan kawasan perumahan. Tapi jika dilihat oleh kita sendiri, dalam satu taman perumahan itu sendiri terdapat ramai lagi peniaga kuih disekililing taman perumahan tersebut.. Ia juga akan menyukarkan anda melariskan makanan, lebih-lebih lagi harga makanan sudah meningkat sekarang.. Jika anda sudah lama meniaga disini saya ingin memberikan sedikit tips mengenai mengekalkan pelanggan anda..

Antara cara-cara yang boleh dilakukan..

1. Mengekalkan saiz kuih anda seperti biasa walaupun harga barang meningkat..
2. Gunakan bekas kuih yang nampak kuih dari luar.. Memudahkan pembeli
3. Jika boleh, buat kuih yang berwarna-warni seperti kuih puteri ayu bagi menarik pembeli..
4. Sambut dengan salam kepada pembeli.
5. Jika anda seorang lelaki, sila gunakan topi manakala jika anda wanita, gunakan perempuan bagi menjaga kebersihan..

P/S: Selamat berniaga

Looking For MP3 And Digital Media Players

Posted by GameMaster | 5/24/2008 | 0 comments »



Are you looking you for an mp3 player for working out.. If yes, we are here providing you with various of design and branded mp3 player for you...

Hereabout we list 10 types of good mp3 player for you all.. You can purchase them from us, give reviews and vote for the best mp3 player.. With affordable price, i think you can buy it for 100% satisfaction guarantee..

Our website look is simple yet easy to navigate. It is clean and contain lots of summarized information that can ease you.

Come and get your mp3 player today at: Wize.com





Pulau Batu Puteh sah milik Singapura

Posted by GameMaster | 5/23/2008 | 2 comments »



KUALA LUMPUR: Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura selama 28 tahun hari ini kini disahkan milik Singapura selepas ia diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Keputusan ICJ itu akan disampaikan oleh Naib Presiden Mahkamah itu, Hakim Awn Shawkat Al Khasawneh yang juga Pemangku Presiden, tepat jam 5.50 petang.

Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1, mulai kira jam 4 petang ini.

Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca (bahasa Portugal untuk "Batu Putih") adalah sebuah pulau tunggul sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor, Malaysia.

Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km dari Pengerang dan 64 km ke timur Singapura dan hanya 20 minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang, Johor.

Pertikaian kedaulatan pulau itu antara isu kedua-dua negara yang berlarutan hampir 28 tahun.

P/S: Apa pandangan anda semua..

Soalan Trivia: Cahaya

Posted by GameMaster | 5/23/2008 | 4 comments »



Salam, bayangkan anda didalam sebuah hutan.. Hari semakin gelap. Tiba-tiba anda terlihat sebuah banglo yang amat besar. Anda pun memasuki rumah banglo tersebut dengan rasa yang curiga dan sedikit gementar.

Diatas meja terlihat lampu gasolin manakala di ruang tamu terdapat sebatang lilin dan didapur terdapat berberapa batang anak mancis dalam kotak. Hari semakin gelap dan aku memerlukan cahaya bagi menerangi rumah ini..

Jadi soalannya disini, Antara ketiga-tiga bahan ini, yang mana satu boleh memberi cahaya bagi menerangi rumah itu..

P/S: Jawab jangan tak jawab... Soalan trivia kali ni susah skit..

Want to make money, come take part with affiliate system on us at mailboxixchange.. You only should register and start business. After registering you too would be able to get usd 20 for free..

For your knowledge.. We are the contributor of these mailboxes.. There are many type and different kind mailbox and form we produce for you.. Like residential mailboxes and commercial mailboxes. And the price are more cheaper than other retailer. After your sale hit usd 50, we will send stated cheque to-you.

So what are you waiting anymore, come make money with mailboxixchange.. If there were any problem, you can contact we on line toll free in (800) 448-2870.. Thank you

Kaedah Menyalakan Api Tanpa Mancis

Posted by GameMaster | 5/21/2008 | 5 comments »



Salam, semalam saya ada tengok discovery channel tengok rancangan Mythbuster.. Terkejut juga bila kajian dibuat berkaitan dengan teknik menyalakan api.. Kaedah menyalakan api pada masa terdesak, anda bolehlah menggunakkan cara yang dibawah ini.. Cuma halakan cahaya matahari pada bahan-bahan dibawah ini..

1. Dengan senapang atau pistol..
- Setiap tembakan mengeluarkan haba yang panas yang mampu menjanakan api pada jerami.

2. Ais jernih
- Ais jernih juga dapat menyalakan api kerana fungsi ia sama seperti kanta.. Susah sikit nak cari ais ini... Ais ini biasa digunakan dalam membuat tugu berkaca...

3. Kanta.
- Perkara asas dalam penyebaran cahaya menggunakan medium matahari..

4. Bateri.
- Bateri juga mampu menjanakan elektrik lalu menjanakan api..

5. Gunakan tin minuman..
- Gosokkan bawah tin tersebut dengan coklat sehingga berkilat dan cari cahaya matahari dan pantulkan pada kertas atau jerami.

P/S: Kenapa tak percaya ke

Avg 8.0 Free Edition

Posted by GameMaster | 5/20/2008 | 7 comments »



Salam, hari tu saya ada buat review pasal avg 8.0. Tapi tu yang kena beli lesen.. Jadi disini saya letakkan sedikit review dan link untuk mendownloadnya sekali..

Features:

  • Automatic update functionality
  • The AVG Resident Shield, which provides real-time protection as files are opened and programs are run
  • The AVG E-mail Scanner, which protects your e-mail
  • The AVG On-Demand Scanner, which allows the user to perform scheduled and manual tests
  • Free Virus Database Updates for the lifetime of the product
  • AVG Virus Vault for safe handling of infected files
  • Great customer satisfaction!
Please note that any previous version of AVG Free will be un-installed automatically during the installation of the new AVG Free.

Download link: Avg 8.0 free edition

P/S: Review hari ni dalam bahasa english.. Harap faham k.. Review lama saya ada translate..

Makanan Orang Malaysia: Tempoyak

Posted by GameMaster | 5/19/2008 | 12 comments »



Tempoyak
diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan di simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai tempoyak. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.

Tempoyak didapati mempunyai kandungan bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh. atau API 50 CH.

Sumber Wikipedia


P/S: Sapa minat tempoyak kat sini

Free Sudah..

Posted by GameMaster | 5/18/2008 | 7 comments »



Salam... Tamat sudah bagi exam untuk sem nih.. Jadi lepas ni saya akan sentiasa update blog ini dan akan memasukkan lebih banyak input yang menarik untuk anda semua..

Mana Satu Pilihan Anda

Posted by GameMaster | 5/17/2008 | 2 comments »



Salam, hari ni saya buat post sebab ada kesempatan hari ni.. Ok di waktu sekarang ni kita memerlukan banyak duit dalam kehidupan kita termasuklah belanja harian, sewa rumah, kereta, loan, makanan dan macam-macam lagi.. Jadi hari ni saya ingin berkongsi sedikit mana satu pilihan anda..

Barangan pertama yang hendak saya kongsikan ialah, Penyapu.. Mana satukah penyapu yang anda guna.. Penyapu lidi atau penyapu bulu. Jika diikutkan harga.. Penyapu lidi lebih murah dan tahan lama berbanding dengan penyapu yang berbulu kerana penyapu bulu ini tidak boleh kena air dan bulu mudah gugur.. Jangka hayatnya juga pendek..

Barangan kedua pula adalah lampin bayi.. Mana satu anda gunakan.. Jika anda menggunakan lampin anda adalah seorang yang berjimat.. Lampin bayi boleh dibasuh dan digunakan semula tanpa masalah.. Berbanding dengan pampers, anda hanya boleh menggunakan sekali setalah digunakan. Malah harganya pun mahal..

P/S: Cukup dua barangan saya sediakan hari ni..

Out Untuk Final Exam

Posted by GameMaster | 5/14/2008 | 7 comments »



Salam.. hari ni last post untuk minggu ini kerana minggu ini saya akan menghadapi minggu final exam mulai esok sampai hari ahad.. Walaubagaimanapun saya tetap akan menjengah blog ini dan memberi respon kepada anda semua.. Sambil-sambil tu baca la post yang terdahulu sambil dengar radio.. Tq

Fenomena Elektrik

Posted by GameMaster | 5/13/2008 | 5 comments »



Salam, cuba anda bayangkan jika bekalan elektrik seluruh dunia terputus akibat daripada bencana seperti kerosakkan generator elektrik seluruh dunia atau terkena tempias dari ribut matahari.. Apakah akan terjadi pada kehidupan dimuka bumi ini..

Ahli saintis meramalkan yang fenomena ini akan berlaku dalam masa yang tidak lama lagi berikutan daripada salah satu fenomena iaitu ribut matahari.. Ribut matahari ini akan membebaskan tenaga hingga ke bumi dan akan merosakkan seluruh penjana elektrik didunia..

Sekiranya perkara ini berlaku, sudah tentu kita akan mendapat bencana seperti penyakit yang berleluasa dan kebuluran kerana elektrik tiada untuk menghasilkan makanan ataupun produk..

P/S: Kalau tak silap, discovery channel ada menyiarkan siaran seperti yang saya cakapkan ini.. Apa-apa pun kita sebagai manusia haruslah bersedia dan berdoa..

Blog Under Construction

Posted by GameMaster | 5/12/2008 | 3 comments »



Salam, hari ni blog dalam pembaikpulih.. tapi anda boleh melayari blog ni tanpa masalah.. Terdapat banyak link yang saya terpaksa delete buat sementara waktu dan akan dimasukkan semula bila semua telah selesai.. Tq

Ruang Iklan Untuk Disewa..

Posted by GameMaster | 5/11/2008 | 9 comments »


Salam, saya telah menyediakan beberapa ruang iklan untuk disewa kepada anda yang mempunyai produk, mempromosi laman web, dan apa2 yang boleh dipaparkan disini sebagai pengiklanan..

Anda mempunyai produk untuk diiklankan.. Saya sedia membantu anda dari segi pengiklanan diblog ini untuk anda.. Ruang iklan yang saya sediakan adalah bersaiz button atau kalau ikut diameter, saiznya adalah 125x125 px

Syarat-Syarat untuk memohon ruang iklan..

1. Iklan anda tidak mempunyai unsur lucah atau bahan yang boleh menggangu kententeraman pembaca.
2. Tidak dibenarkan memberi link yang membawa pelawat kepada alamat seperti laman lucah atau virus..


Cara-cara memohon

1. Pastikan anda mempunyai bahan untuk diiklankan..  
2. Berikan imej produk atau promosi untuk diiklankan beserta dengan alamat website anda..

3.Digalakkan memberi saiz 125x125 bagi memudahkan proses meletakkan iklan.. 
4.Dan berikan juga link anda.. (format imej yang dibenarkan seperti gif, jpeg, png)  
5. Hantarkan maklumat tersebut ke alamat email berikut.. kurama87@gmail.com..

Apakah Kebaikkan iklankan produk anda disini..

1. Kebanyakkan pelawat blog ini dari Malaysia..
2. Kebanyakkan Pembaca biasanya friendly..
3. Kebanyakkan pembaca adalah golongan orang yang bekerja..

Harga iklan untuk ditempah selama sebulan adalah RM 10.. Maklumat lanjut hantar email. Tq

Download Untuk Handphone Anda

Posted by GameMaster | 5/09/2008 | 2 comments »



Salam, hari ni saya nak berkongsi dengan anda tentang mendownload software, music, game, video, theme untuk handphone anda secara percuma.. Saya akan membawa anda ke laman web dimana terdapat beribu-ribu fail untuk dimuat turunkan ke handphone anda..

1. Mobile9

Mobile9 merupakan laman web untuk semua jenis handphone yang lama hingga terkini.. Laman ini tidak memerlukan pendaftaran.. Anda hanya pilih jenis handphone anda dan download.. Saya telah menggunakan laman web ini sebagai menjadikan handphone saya menjadi menarik dan bergaya dengan theme, game, ringtone dan macam lagi..

Lawati sekarang di Mobile9

2. Zedge..

Zedge juga merupakan laman web untuk handphone yang sesuai.. Laman web ini agak menarik kerana anda sendiri boleh mencipta ringtone, theme, video untuk kegunaan sendiri atau dikongsi bersama member yang lain.. Laman web ini memerlukan pendaftaran sebagai untuk menjadi member.

Lawati sekarang di zedge

P/S: Mari mendownload..

Belimbing Jeruk

Posted by GameMaster | 5/07/2008 | 9 comments »




Salam, kali ni saya akan ceritakan bagaimana hendak membuat jeruk belimbing buluh.. Resepi orang dulu-dulu nih.. Untuk pengetahuan para bloggers, belimbing ada dua jenis pertama jenis yang berwarna putih dan satu lagi berwarna hijau.. Ia ada perbezaan.. Yang putih kurang masam manakala yang berwarna hijau memang masam.. Tetapi kedua-duanya amat sesuai untuk dibuat jeruk belimbing..

Ambil setengah kilo belimbing buluh yang agak besar dan potong hujung dan pangkal buah belimbing.. Basuh bersih-bersih... Dan masukkan kedalam botol plastik, atau pun balang kaca.. Perap dahulu dengan garam sehingga air belimbing itu keluar. perap sehingga kecut dan masukkan satu sudu kecil cuka dan masukkan air sehingga tenggelam belimbing tadi.. Setelah tiga atau empat hari, bolehlah dihidang bersama belacan bakar atau belacan goreng.. Dinasihatkan makan bersama nasi yang masih panas.. InsyaAllah anda akan mendapat khasiat yang tinggi dari belimbing tadi..

P/S: Selamat mencuba.. Orang perempuan mesti suka..

Laptop Vs Desktop

Posted by GameMaster | 5/05/2008 | 4 comments »




Salam, manakah pilihan anda.. Komputer riba atau komputer meja.. Disini saya akan memberikan sedikit pandangan terhadap dua jenis komputer ini secara ringkas.. Jika anda memilih komputer riba a.k.a laptop, ianya keputusan yang agak baik..

Laptop dapat digunakan dalam keadaan mudah alih.. Kerana kita boleh membawa laptop ke mana sahaja tanpa sebarang masalah.. Dari segi prestasi pula, laptop sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang terhad.. Lagi satu kelebihan laptop ini adalah, anda dapat menggunakan internet percuma jika kena pada tempatnya..

Bagaimana pula dengan komputer meja a.k.a desktop. Komputer meja ini adalah komputer kegemaran saya kerana ianya boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.. Selain itu prestasi komputer ini boleh diupgrade tanpa had.. Selain itu komputer jenis ini juga sesuai untuk bermain game.. Tapi jika anda seorang ahli perniagaan, laptop adalah kepastian dan jika anda seorang video editing, makan komputer meja adalah pilihan anda..

Alternatif Barang Naik

Posted by GameMaster | 5/02/2008 | 5 comments »



Salam, hari ni kita berbincang dalam dunia semasa.. Seperti yang kita tahu, harga makanan di Malaysia kini semakin meningkat.. Baru-baru ni harga beras mendadak naik disebabkan faktor dunia..

Jadi hari ni saya akan menceritakan serba-sedikit tentang makanan orang-orang dulu yang boleh digunakan dalam situasi sekarang.. Harap-harap ia dapat menjimatkan pendapatan isi rumah.. Jadi sesiapa yang ada tanah dibelakang rumah bolehlah mempraktikan sedikit tips yang akan saya berikan ini.

Antara tipsnya ialah..

1. Menanam jagung.
2. Menanam pisang.
3. Menanam cili padi.
4. Menanam ubi.
5. Menanam keladi..

Hari ini saya akan menceritakan tentang keladi.. Menanam keladi adalah satu kemestian bagi orang-orang dulu untuk makan. Makan keladi sebagai makanan sampingan adalah biasa bagi orang-orang dulu.. Menanam keladi tidaklah susah.. Anda cuma perlu menggali tanah dan tanam keladi.. Hasil keladi akan didapati dalam masa 6 bulan.. Antara keladi yang popular adalah keladi pongkes.. Keladi pongkes berbuah dalam kuantiti yang agak banyak.. kadang-kala mencapai dalam 40 kg.. Itu lah dinamakan keladi pongkes.. Harap dengan info ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada anda..

P/S: Jika berbakti pada tanah ianya akan menfaatkan kita..

Tutorial Mercury Card Trick

Posted by GameMaster | 5/01/2008 | 3 comments »



Salam, hari ni saya nak bagi lagi tutorial kepada peminat-peminat setia magic.. Tutorial ini dinamakan Mercury. Sebelum ini saya sudah menyediakan tutorial untuk membuat kad yang dipilih oleh audien..

Jika diberikan tahap.. Tutorial yang lama dalam kategori jenis yang senang.. Kalau ikut skala 2/10.. Jadi untuk tutorial kali ini memerlukan pemerhatian dan kecekapan tangan dan tak kurang juga latihan..

Sebelum ni saya ada terjumpa web yang khas untuk peminat-peminat magician untuk memiliki kad dari luar negara seperti kad jenis bicycle keluaran ellusionist.. Website ini dibina khas dan anda boleh membeli peralatan magik disana.. Harga berpatutan..

Link ke kedai magik.. Magicgarage

P/S: Saya pun dalam proses nak membeli satu kad deck dari magicgarage.. Kepada peminat magik ianya satu tempat untuk dilawati..

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight