Banjir di dua negeri semakin buruk

Posted by GameMaster | 11/30/2008 | 4 comments »



KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk apabila jumlah yang terpaksa dipindahkan meningkat manakala di Pahang tidak banyak berubah.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat mendadak kepada 1,743 orang petang semalam berbanding 295 orang pada tengah harinya, manakala di Kelantan 794 orang, meningkat daripada 109 orang pada sebelah pagi dan di Pahang hanya 25 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Terengganu memberitahu, daripada jumlah itu, 954 mangsa di Besut, Hulu Terengganu (376), Setiu (325) dan Marang (88).

“Sebanyak 10 pusat pemindahan telah dibuka di Besut sehingga pukul 5 petang semalam manakala empat di Hulu Terengganu, lima di Setiu dan dua di Marang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jalan yang ditutup setakat ini ialah Jalan Kuala Ping ke Kuala Berang di Kilometer 28, Jalan Kuala Berang-Sungai Tong, Jalan Kuala Berang-Kampung Kepah, yang semuanya ditenggelami air antara 0.5 dan 2 meter.

Di Kelantan pula, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir malam tadi memberitahu, seramai 2,397 orang dari tiga jajahan iaitu Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli dipindahkan

“Jeli paling serius dengan 2,048 mangsa dipindahkan,” katanya sambil menambah antara jalan yang ditutup ialah laluan utama Kota Bharu-Kuala Krai dan Jeli-Dabong.

Dua laluan utama menuju ke jajahan Jeli dan Kuala Krai juga ditutup berikutan air mula naik setinggi satu meter.

Sumber: Kosmo

Jom Join Komuniti

Tips Nak Improved English

Posted by GameMaster | 11/28/2008 | 2 comments »



Salam.. Hari ni saya nak bagi tips berkaitan bagaimana kita hendak meningkatkan penggunaan bahasa english dalam kehidupan seharian kita.. Kita pun sudah sedia maklum berapa pentingnya bahasa inggeris ni kan.. Jadi kat bawah perenggan ni nanti saya akan listkan beberapa tips bagaimana nak improved kan english kita..

Antara tips-tipsnya ialah:

1. Bergaul dengan rakan-rakan yang pandai bercakap english.
2. Beli bahan bacaan dalam berbahasa inggeris.
3. Praktiskannya di hadapan cermin setiap hari jika anda malu nak cakap dengan orang.
4. Jika anda sudah mampu memahirkannya sedikit praktikkannya dengan bercakap dengan rakan-rakan yang pandai berbahasa english.
5. Banyakkan rujuk kamus jika anda kurang faham dengan perkataan tersebut
6. Kalau anda jenis yang kurang sikit nak baca bahan bacaan dalam english ni.. Anda boleh ikut cara saya.. Tonton video english.. Subtitle bahasa melayu tutup.. Tapi saya senang. Tapi paling senang sekali kalau anda nak cepat paham tonton rancangan kartun atau anime kat tv.. Kejap je anda boleh pandai nanti.. Bukan setakat english.. Kadang-kadang bahasa jepun anda boleh cakap sikit-sikit.

CCleaner 2.14.750

Posted by GameMaster | 11/26/2008 | 0 comments »



Salam.. Hari ni saya nak bagi lagi anda software free untuk kegunaan pc anda.. Detail kat bawah ni..

Cleans the following:

* Internet Explorer: Temporary files, URL history, cookies, Autocomplete form history, index.dat.
* Firefox: Temporary files, URL history, cookies, download history.
* Opera: Temporary files, URL history, cookies.
* Windows: Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files and Log files.
* Registry cleaner: Advanced features to remove unused and old entries, including File Extensions, ActiveX Controls, ClassIDs, ProgIDs, Uninstallers, Shared DLLs, Fonts, Help Files, Application Paths, Icons, Invalid Shortcuts and more... also comes with a comprehensive backup feature.
* Third-party applications: Removes temp files and recent file lists (MRUs) from many apps including Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, Netscape, MS Office, Nero, Adobe Acrobat, WinRAR, WinAce, WinZip and many more...
* 100% Spyware FREE: This software does NOT contain any Spyware, Adware or Viruses.


Download Link: CCleaner

Gempar Meteor Jatuh

Posted by GameMaster | 11/24/2008 | 2 comments »



EDMONTON – Satu cahaya meteor menyebabkan satu siri panggilan kecemasan dilaporkan kepada polis di bandar Edmonton, Alberta, Kanada pada Khamis lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang petani, Marcel Gobeil berkata, pada mulanya meteor itu kelihatan seperti percikan bunga api dan mempunyai pelbagai warna di angkasa.

“Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini, ia berwarna hijau, dan biru seterusnya bertukar menjadi merah. Ia sungguh besar,” katanya.

Pihak perkhidmatan kecemasan di wilayah Alberta menerima banyak panggilan bermula pada pukul 5.30 petang waktu tempatan pada Khamis lalu dengan terdapat laporan terdengar satu dentuman.

Polis juga tidak meragui laporan itu kerana satu rakaman video dari sebuah kereta polis berjaya merakamkan insiden tersebut di Edmonton.

Imej video itu menunjukkan satu cahaya kecil menjelma di angkasa sebelum menjunam ke arah Bumi dan hilang dalam satu letupan cahaya selama lima saat.

Beberapa pakar astronomi akan mengkaji pita rakaman dan laporan saksi bagi menentukan lokasi meteor itu jatuh walaupun seorang saintis di Edmonton, Alister Ling menyatakan ia mungkin berlaku di tengah Alberta.

Seorang profesor di Universiti of Alberta, Chris Herd berkata, meteor itu mungkin seberat beberapa tan dan panjang satu meter. – Agensi

Anggap ibu bapa kafir

Posted by GameMaster | 11/22/2008 | 6 comments »



KUALA LUMPUR - Sesiapa yang tidak menjadi pengikut Ajaran MLM kesemuanya dianggap kafir termasuk ibu bapa dan adik- beradik sendiri.

Tidak cukup dengan itu, sesiapa yang tidak menjadi pengikut mereka juga tidak layak meraikan Hari Raya dan menganggap korban haiwan ternakan sempena Hari Raya Korban sesuatu yang sia-sia.

Itu antara yang diajar oleh pentilawah (penceramah) Ajaran MLM seperti didakwa bekas pengikutnya, Remy, 20-an.

"Menurut mereka, daripada menyembelih korban baik wang itu disumbang untuk dana pembentukan kerajaan Islam yang baru,'' ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya lagi, selain itu, para pengikut juga diminta mengganggap setiap pentilawah sebagai nabi dan jangan sesekali mengingkari arahannya.

"Sememangnya pentilawah memang petah berkata-kata dan bijak memanipulasi tafsiran ayat al-Quran jika ada perkara yang kami bantah.

"Sebagai umat Islam, sudah pastinya apabila disebut tentang apa juga yang terdapat dalam al-Quran, pastinya tiada apa yang boleh dipersoalkan," akui Remy.

Menurutnya, pentilawah ajaran sesat itu biasanya menyalahgunakan maksud ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai senjata 'meracuni' fikiran ahli-ahlinya.

"Sebagai contoh, kerajaan Islam tulen yang hendak dibina oleh 'Ajaran MLM' pada 2015 juga akan dikaitkan sebab perlu adanya kerajaan itu dengan petikan ayat al-Quran begitu juga perlunya 'berhijrah' ke sana," katanya.

Sumber: Kosmo

Ni apa punya ajaran daa.. Scam betol..

Membuang Kutil Pada Kucing

Posted by GameMaster | 11/20/2008 | 0 comments »



Salam.. Hari ni saya nak bagi satu lagi tips untuk binatang peliharaan anda.. Hari ni tipsnya ialah bagaimana hendak membuang kutil di telinga atau di badang kucing.. Apakah punya kutil ni terjadi.. Mungkin kucing ni kerap bermain kotoran diluar rumah agaknya.

Ok.. Caranya ialah.. Jika anda memasak ikan didapur.. Tak kiralah ikan kembung ke ikan masin ke ikan apa ke.. Setelah anda habis menggorengkan ikan tersebut.. Sejukkan minyak goreng ikan tadi dan kemudian sapukan pada tempat yang kena kutil tadi.. Kutil yang keras tadi akan menjadi lembut dan teruskan membuat begitu sampai elok kucing tersebut...

Jom Join Komuniti.. Klik Sini

Payment Ketiga Dari Freebieswebmaster

Posted by GameMaster | 11/18/2008 | 0 comments »



Salam.. hari ni saya nak kongsikan lagi kepada anda semua.. Hari ni saya baru sahaja terima payment ketiga dari Freebieswebmaster. Walaupun tak banyak kira ok la dapat duit sikit-sikit..

Jadi jika anda hendak join program ni.. Anda boleh lakukannya disini.. Tetapi tak pasti pula jika diorang bukak lagi permohonan ni.. Anda cubalah

Apa itu freebies4webmaster ni anda boleh rujuk kat sini.. Freebieswebmaster



PUTRAJAYA: Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok.

Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.15 seliter kepada RM2, RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Manakala diesel pula daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Ia adalah penurunan kali kelima dibuat dengan pelarasan terakhir pada 1 November lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter.

Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan media di sini.

Harga bahan api itu telah dinaikkan sebanyak 78 sen sejak Jun lalu.

Penurunan sebelum ini dibuat pada 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober dan 1 November.

Template Pilihan Gamemaster

Posted by GameMaster | 11/14/2008 | 2 comments »



Nama layout: Snail
Download Link: Snail



Nama layout: Blueweed
Download link: Blueweed

Tips Meningkat Page Ranking Anda

Posted by GameMaster | 11/12/2008 | 11 comments »



Salam.. Hari ni saya nak bagi tips sikit kepada sesiapa yang diluar sana gemar mengumpul angka ni.. Jadi tips hari ini seperti tajuk diatas iaitu bagaimana hendak meningkatkan page ranking blog anda yang sedia ada sekarang ni..

Tips untuk menaikkan page ranking ini sebenarnya tidak lah susah seperti yang di katakan ramai orang.. Ok.. Antara tips-tipsnya ialah..

1. Menggunakan tajuk atau keyword yang mahal.. Apabila tajuk blog anda mahal.. Sudah tentu akan menarik ramai pengunjung ke blog anda.. Keyword ini boleh dicari di internet..
2. Meninggalkan mesej-mesej di blog-blog rakan yang mempunyai page ranking yang lebih tinggi dari blog kita.. Google akan mengindexkan kiraan tersebut pagi permarkahan blog anda..
3. Submit blog anda dimana-mana link submiter memudahkan google mengindex blog anda..
4. Membuat link exchange dengan member blog yang lain.
5. Memberi komen di setiap blog rakan-rakan anda.. Ini penting bagi meningkatkan lagi link blog anda.



KUALA LUMPUR: Walaupun potongan harga yang diberikan oleh kira-kira 4,500 pengusaha restoran mamak dan India tidak seperti yang diharapkan kebanyakan orang, namun itu sudah mencukupi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Potongan harga 10 sen untuk roti canai dan teh tarik dan 20 sen untuk sepinggan nasi kandar memberi peluang kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) membantu golongan itu meningkatkan kuasa membeli mereka.

Timbalan Presiden PRIMAS, T Muthusamy, berkata keputusan menurunkan harga itu dicapai anggota persatuan itu berikutan keputusan kerajaan menurunkan harga minyak baru-baru ini iaitu pada 1 November lalu.

Baca Lagi Di sini

Repair Favicon Anda.

Posted by GameMaster | 11/08/2008 | 2 comments »



Salam.. Jika anda perasan sebelum ini.. Banyak favicon blog tidak kelihatan dan hanya menunjukkan semula lambang blogger.. Jadi hari ni saya akan berikan tutorial untuk anda menyelesaikan masalah ini.. Kredit untuk bloggerbuster.

Ok.. Senang sahaja.. Anda login semula ke dalam akaun anda dan klik edit html. Cari semula favicon lama anda dan tukarkannya dengan yang baru.. Sila ikut arahan dibawah ini.

[link href='http://www.blogger.com/favicon.ico' rel='icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/]

Tukarkan http://www.blogger.com/favicon.ico dengan link imej favicon anda.. Dan anda telah selesai.. Favicon saya telah kembali semula.. :D

Tukarkan [] dengan <>

Ashampoo Burning Studio 6.75 FREE

Posted by GameMaster | 11/06/2008 | 0 comments »




Salam. Hari ni saya nak bagi lagi kepada anda software percuma pilihan saya.. Software ini adalah untuk burner tools pada pc anda..Sila baca review di bawah ini untuk maklumat lanjut..

What`s new:

* Multi-disc file backup and restore on CDs, DVDs and Blu-ray discs
* Create compressed backup archives with powerful password protection
* Split archives automatically across multiple CDs, DVDs or Blu-ray discs
* Restore archive contents to their original locations
* Integrated Audio CD ripper – store your audio tracks as MP3, WMA or WAV files
* New option for setting the number of copies you want to burn (available for all disc formats)
* Discs can now be verified immediately without being ejected first (if the drive supports this feature)
* Numerous other small improvements that make the program easier to use and more effective

Download Link: Ashampoo Burning Studio

Petua Memancungkan Hidung Anak Anda

Posted by GameMaster | 11/04/2008 | 0 comments »



Salam.. Hari ni saya nak beri petua oleh orang-orang dulu lah.. Untuk mendapatkan hidung yang mancung. Bayi yang baru lahir hendaklah diurut dan ditolak sedikit dengan menggunakan ibu jari di langit-langit bayi. Urut sampai anak anda hingga tumbuh gigi.. Tujuannya ialah kerana langit-langit bayi masih lembut.. Orang dewasa tu tak boleh la.. Next tips pulak macam mana nak buat kening anak anda macam kening awie.. Ok tak..

P/S: Siapa hidung anak dia mancung kat sini.. :D

Tutorial Iklan Leaderboard

Posted by GameMaster | 11/02/2008 | 4 comments »



Salam.. Hari ni saya nak bagi sedikit tutorial kepada sesiapa yang baru dalam dunia berblogging ni.. Tutorialnya ialah meletak iklan nuffnang, adsense, advertlets atau apa sahaja iklan bersaiz 768x90(leaderboard) di atas header atau kedudukannya paling di atas sekali..

Bagaimana caranya:

Tutorial ni khas untuk mereka yang menggunakan blogspot sebagai platform mereka..

1. Anda masuk ke dalam akaun blogger anda.
2. Klik template > klik edit html.
3. Didalam ruangan kotak edit html tersebut.. Anda gunakan shortcut key mencari iaitu ctrl+f dan kemudiannya anda taip [body] di kotak tersebut dan enter
4. Anda letakkan kod iklan anda tadi selepas [body].
5. Kemudian savekan dan anda sudah memasang iklan tersebut di blog anda..

Sila gantikan kod [] kepada <> kerana disini auto detect html.. :D

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight