DAVOS - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin bertindak meninggalkan Forum Ekonomi Dunia semasa sidang sedang berlangsung di Switzerland setelah bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik Gaza.

Dalam situasi dramatik di Davos, Erdogan berjalan melintasi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan beberapa anggota panel lain.

"Saya tidak fikir akan kembali ke Davos selepas ini setelah anda tidak membenarkan saya bercakap," kata Erdogan.

Beliau turut mengkritik para pegawai delegasi antarabangsa dan ketua korporat kerana memberi tepukan gemuruh terhadap ucapan emosi Peres yang mempertahankan tindakan Israel membunuh lebih 1,300 penduduk Gaza.

Turki adalah antara beberapa buah negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan sebelum ini pernah memohon kepada PBB untuk menyertai misi pengaman Asia Barat.

"Saya sangat dukacita kerana ramai bertepuk tangan dengan apa yang anda katakan kerana hakikatnya ramai penduduk (Gaza) mati," jerit Erdogan kepada Peres sebelum dihalang oleh moderator.

Ki-moon meminta Israel untuk menamatkan sekatan terhadap Gaza dan meminta Hamas menamatkan keganasan serta memperbaharui usaha dunia Arab untuk menyatukan kembali beberapa kumpulan Palestin.

Sementara itu di Gaza, Erdogan menerima pujian daripada penduduk Palestin kerana tindakannya memulaukan Peres.

Penduduk Gaza yang mendiami kem pelarian Jebaliya mengibarkan bendera Turki di tapak runtuhan masjid yang musnah dibedil Israel.

Erdogan turut disambut sebagai wira oleh sebahagian besar penduduk apabila beliau tiba di Turki selepas menghadiri forum ekonomi dunia itu. - Agensi

Apa Itu Blog

Posted by GameMaster | 1/29/2009 | 2 comments »



Salam.. Ramai diantara anda yang membuat blog untuk mendapatkan kepuasan dalam dunia penulisan.. Ada juga yang menulis blog sekadar untuk meluahkan rasa hati.. Dalam dunia zaman sekarang ini.. Nenek-nenek dikampung pun berkemungkinan mempunyai blognya sendiri.. jangan tak percaya pula..

Ok.. Apa itu sebenarnya blog.. Blog adalah salah satu medium yang berupa sebuah laman website mini yang didalamnya mempunyai pengisian bercerita.. Ada juga yang menulis blog untuk memulakan perniagaan..

Adakah anda mempunyai blog.. jika ya kekalkan penulisan anda kerana ianya mungkin diminati oleh pembaca lain.. Ramai pengguna diinternet menggunakan medium blog untuk mencari maklumat seperti politik, isu semasa, tips dan petua dan pelbagai..

Jadi terdapat beberapa platform untuk anda membuat blog bagi yang masih belum memiliki blog.. Antaranya adalah:.

1. Blogger
2. Wordpress
3. Blogdrive
4. Blogmas

Jika ada masa nanti.. Saya kongsikan bagaimana hendak membuat duit menggunakan blog dan menjana trafik..



KUALA LUMPUR – Fenomena gerhana matahari yang jarang-jarang terjadi berulang lagi tahun ini tetapi agak berbeza dengan keadaan di Indonesia.

Ini kerana, rakyat Malaysia hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa berbanding di Indonesia yang mengalami gerhana matahari cincin.

Menurut Pengarah Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dr. Azhari Mohamed, keadaan itu disebabkan laluan gerhana yang terjadi kali ini berada berdekatan dengan negara tersebut.

“Garisan laluan bulan berada betul-betul atas langit Indonesia, jadi hanya mereka yang dapat lihat keadaan bulan menutupi matahari sehingga kelihatan seperti cincin,” ujarnya kepada pemberita pada majlis Solat Sunat Gerhana Matahari dan Cerapan Gerhana Matahari di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam.

Azhari berkata, kali terakhir gerhana matahari cincin dapat dilihat di Malaysia pada 1998 dan fenomena itu memang dinanti kerana keadaannya lebih cantik berbanding gerhana matahari separa.

Sumber: Kosmo

P/S: semalam punya tunggu takde pulak.. Bulat je matahari tu..

Salasilah Keluarga

Posted by GameMaster | 1/25/2009 | 4 comments »



Salam.. Lama blog ni tak diisi dengan content dari saya sendiri.. Sibuk sikit semejak dua menjak ni.. Ok.. Hari ni saya nak buat satu topik perbincangan.. Jom kita bincangkan.. Soalannya.. :.

Betul ke kalau dalam keluarga anda, jika yang lahir diatasnya perempuan, dan diikuti perempuan kemudian lelaki.. Perangai anak lelaki tersebut akan dipengaruhi oleh anak perempuan yang dilahirkan dahulu..

Dan jika keluarga anda, jika yang lahir diatas adalah lelaki, diikuti lelaki dan kemudian perempuan.. Anak perempuan tersebut akan mengikut perangai abang-abangnya yang lebih sifat kelakian.. Betul ke.. jom bincangkan..

Batu pula jadi merah

Posted by GameMaster | 1/24/2009 | 4 comments »



LUMUT - Selepas fenomena air laut bertukar warna di perairan Pulau Pangkor, batu-batu di pesisir pantai Sungai Dinding dekat sini pula dikesan bertukar warna kemerah-merahan semalam.

Penyelia Lumut International Yacht Club, Aziz Syawal, 49, berkata, kejadian seumpama itu sebelum ini tidak pernah berlaku.

"Dulu, kebanyakan batu di sepanjang benteng mencegah hakisan di sini hanya berlumut dan berwarna krim. Bagaimanapun saya terperanjat selepas mendapati banyak batu di sini mula bertukar warna kemerah-merahan pula.

"Mungkin ia ada kaitan dengan kejadian 'laut merah' yang berlaku di perairan Sungai Dinding sekarang ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Monkey Audio 4.3

Posted by GameMaster | 1/23/2009 | 0 comments »



Monkey’s Audio is a fast and easy way to compress digital music. Unlike traditional methods such as mp3, ogg, or lqt that permanently discard quality to save space, Monkey’s Audio only makes perfect, bit-for-bit copies of your music. That means it always sounds perfect – exactly the same as the original. Even though the sound is perfect, it still saves a lot of space. (think of it as a beefed-up Winzip™ for your music)

The other great thing is that you can always decompress your Monkey´s Audio files back to the exact, original files. That way, you´ll never have to recopy your CD collection to switch formats, and you´ll always be able to recreate the original music CD if something ever happens to yours.

Download Link: Monkey Audio 4.3

Bantah harga gula naik

Posted by GameMaster | 1/22/2009 | 2 comments »

KUALA LUMPUR - Bukan masanya untuk naik harga.

Itu pandangan Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Bahrim A. Razak mengenai kemungkinan harga gula dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Katanya, walaupun ia sekadar kemungkinan, tindakan memaklumkan perkara tersebut terlalu awal kepada umum adalah tidak adil terutama kepada masyarakat kaum Cina.

Katanya, apabila kerajaan berbuat demikian sudah pasti akan berlaku masalah kekurangan gula ekoran tindakan sesetengah peniaga yang mahu mencari keuntungan dengan cara menyorokkan bekalan bahan tersebut.

"Ia tidak wajar dan situasi itu sekadar mencetuskan kemarahan pengguna terutama pengguna kaum Cina," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ujar Bahrim, kerajaan patut rasional berhubung cadangan itu kerana permintaan gula pada musim perayaan akan naik secara mendadak.

Ilham miliki wajah seiras Obama

Posted by GameMaster | 1/19/2009 | 4 comments »



JAKARTA – Yang pasti, seorang jurugambar majalah di Indonesia, Ilham Anas tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di White House, Washington, esok.

Ini kerana sekiranya beliau hadir, sudah pasti dirinya juga menjadi perhatian orang ramai kerana memiliki wajah seiras dengan Obama.

Ilham, 34 tahun, memiliki wajah seperti Obama jika dipandang dari beberapa sudut.

Dia menjadi terkenal di Indonesia selepas Obama menang dalam pilihan raya Presiden, November tahun lalu.

Ilham kini hidup senang dan menerima bayaran lumayan dengan hanya berlakon sebagai Obama dalam satu iklan televisyen.

Obama sendiri memiliki ramai peminat di Indonesia kerana pernah menetap di Jakarta selama empat tahun apabila ibunya, seorang warga AS, Ann Dunham mengahwini Lolo Soetoro iaitu seorang rakyat Indonesia beragama Islam.

Dunham berkahwin dengan Lolo selepas bercerai dengan bapa kandung Obama yang berasal dari Kenya.

“Apabila Obama menang, rakan-rakan sekerja saya melakukan jenaka terhadap saya – mereka menyuruh saya memakai sut dan tali leher sebelum merakam gambar saya yang berlagak sebagai Obama,” katanya yang lahir di Bandung.

Sumber: Kosmo

Anak `krok'

Posted by GameMaster | 1/19/2009 | 2 comments »

ALOR STAR: Segelintir individu di negeri ini gemar membela ‘anak krok’ iaitu sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusia yang sudah meninggal dunia walaupun dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit.

Alat pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan.

Ia antara syarat pemilikan alat pemujaan itu yang kini popular di kalangan bomoh kerana konon mampu mendapat kekuatan luar biasa dan didakwa lebih hebat daripada toyol.

Malah, ada bomoh sanggup memiliki hingga 12 anak krok tanpa mempedulikan perbuatan seperti itu bersifat tahyul dan khurafat.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Nooh Gadut, mengingatkan pengamal perubatan tradisional atau bomoh yang menggunakan kaedah rawatan bertentangan dengan ajaran Islam adalah haram

Sumber: harian metro

Makan betik boleh awet muda

Posted by GameMaster | 1/17/2009 | 4 comments »



KUALA LUMPUR - Seseorang yang ingin kelihatan muda rupa-rupanya tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pelbagai jenis kosmetik, sebaliknya memadai dengan hanya memakan betik.

Menariknya, betik yang dimakan bukan setakat berupaya memenuhi keperluan nutrisi harian sesiapa yang memakannya tetapi juga mampu mengekalkan seseorang itu awet muda.

Kenyataan itu disokong oleh pensyarah dari Jabatan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Azizah Abdul Hamid yang menyatakan kandungan komponen aktif dalam buah-buahan seperti betik mampu mengurangkan tindak balas pengoksidan.

"Tindak balas pengoksidan mampu menjadikan kulit seseorang berkedut selain mengundang tompok-tompok hitam tetapi dengan adanya komponen aktif iaitu sebatian fenolik, ia akan bertindak sebagai antipengoksidan yang melambatkan proses penuaan,'' katanya selepas seminar bertajuk Optimization of Nutraceutical Processing Using Parameter Estimation di UPM semalam.

Menurut Azizah, selain berguna sebagai agen antipenuaan, betik juga berperanan untuk menghalang kanser seperti kanser prostat, penyakit berkaitan jantung dan penyakit alzheimer.

Selain betik, buah-buahan lain yang turut memberikan kelebihan yang sama kepada manusia ialah jambu batu isi merah, buah naga isi merah, ubi keledek serta kelompok herba seperti pegaga dan mengkudu.

Sumber: Kosmo

Tips For Buying Car DVD Players

Posted by GameMaster | 1/16/2009 | 0 comments »



Do you planning to install DVD Player in your car.. There are various kind of DVD player in the market such as Sony, Pionner, JVC and others.

But, to install the DVD player in your car.. You must need money. So with the money you can budget what brand of DVD player that you to buy.But we provide you like advisory service to you if you want to buy or install new DVD player in your car.

What we guiding you.. Here, below some tips we guide you

1. Tips how to buy a good DVD Player with your budget.
2. Tips for buying type of DVD player.. There are many type of DVD player like portable DVD player, Ceiling mount DVD player,in Dash DVD player, Headrest Style Monitors..

So need more tips.. Come and visit us now.

Manchester United jelajah Asia

Posted by GameMaster | 1/15/2009 | 1 comments »



MACAU - Kelab gergasi England, Manchester United akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 26 Julai depan untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Pilihan Malaysia sama ada di Stadium Nasional, Bukit Jalil atau di Stadium Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, David Gill semalam mengumumkan program Jelajah Asia Manchester United 2009 yang merupakan kunjungan kelima kelab berkenaan ke benua Asia sepanjang sedekad lalu.

"Jelajah kami ke Asia sentiasa istimewa. Suasana meriah peminat begitu menakjubkan. Ia akan memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan wira pujaan mereka beraksi di bumi sendiri.

"Jelajah kali ini juga melibatkan lokasi baru iaitu Indonesia," katanya.

Red Devils dijadualkan berlepas dari Manchester pada 16 Julai depan dan akan singgah di lokasi pertamanya di China yang tarikh perlawanannya akan ditetapkan dalam masa terdekat ini.

Dari China, pasukan tersebut akan bertandang ke Seoul, Korea Selatan dan beraksi di Stadium Piala Dunia pada 20 Julai.

Kemudian United akan singgah di Jakarta untuk menentang skuad pilihan Liga Super Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 24 Julai.

United mengakhiri jelajah mereka di Kuala Lumpur untuk bertemu skuad Pilihan Malaysia sama ada di Stadium Nasional, Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam pada Ahad, 26 Julai. - Agensi

Sumber: Kosmo

Perpindahan Blog Anime Ke Wordress

Posted by GameMaster | 1/13/2009 | 3 comments »



Salam... Jika ada diantara anda yang selalu memasuki blog anime saya.. Dukacitanya blog tersebut telah diblock oleh google pagi ini kerana melanggar peraturan.. Peraturan apa pun saya tak tahu.. Dia kata buat double posting yang sama.. Tu je salah dia.. Tanpa membuang masa nak request blog tu balik.. Saya telah pun membeli hosting pada hari ini..

Kini blog saya telah selamat berpindah ke laman baru yang menggunakan hosting sendiri.. Ini merupakan hosting ke 2 saya..

Jom lawat blog baru.. :D

Your Animanga Online

Utorrent

Posted by GameMaster | 1/11/2009 | 3 comments »



Salam hari ni saya nak bagi anda tips bagaimana hendak memaksimakan kelajuan utorrent ketika anda memuat turun fail dari utorrent ini.. Utorrent ini adalah satu platform dimana anda boleh mendownload pelbagai benda seperti anime, software, movies dan macam-macam lagi..

Jadi untuk mendapat kelajuan yang cukup bagi mempercepatkan muat turun fail anda ialah..

1. Dalam torrent, terdapat leech dan seeds. Yang bermaksud leech yang banyak ramai yang sedang mendownload fail tersebut dan sebaliknya untuk seeds.. Jika ramai leech, fail tersebut akan menjadi laju untuk didownload.
2. Torrent boleh ditutup jika anda tidak mahu menggunakan komputer pada waktu itu, kerana ia akan menyambung semula setelah anda membuka komputer..
3. Tips ikhlas dari saya.. Nak lebih laju, anda buka torrent dan download fail, kemudian anda jangan main internet(tak buat pun takpe.) dan gantikan anda main game ke tengok movie ke kat PC supaya muat turun fail anda tadi akan menjadi lebih cepat berbanding jika anda menggunakan internet..

Download Link: Utorrent

Untuk maklumam anda semua, setelah anda habis mendownload fail, dinasihatkan jangan membuang link tersebut kerana ramai lagi member lain yang sedang mendownload.. Kalau graf download tu dah lebih 50% boleh buang..



KUALA LUMPUR - Penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pengkaji Korea Selatan berjaya mengukuhkan keyakinan umum terhadap khasiat herba kacip fatimah dengan penemuan agen antipenuaan yang merangsang pertumbuhan kolagen dan bertindak sebagai antioksida.

Kajian sejak 2007 oleh Profesor Fakulti Kejuruteraan Kimia UTM, Dr. Mohamad Roji Sarmidi dengan Profesor Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Biokimia Universiti Dongguk, Korea Selatan, Dr. Chan Seo Par itu mendapati pokok herba tersebut juga berkesan memutihkan kulit.

Naib Canselor UTM, Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, kajian terhadap ekstrak bahan kimia daripada daun kacip fatimah menghalang penghasilan melanin yang menggelapkan kulit serta memulihkan kesan radang pada kulit akibat terdedah lama kepada cahaya matahari.

"Selama ini kacip fatimah lebih dikenali sebagai penguat kesihatan wanita, tetapi hasil kajian kami ini adalah yang pertama direkodkan mengenai kesannya mencantikkan kulit," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, pakar Universiti Dongguk dipilih kerana mereka mempunyai makmal kemujaraban dalam penghasilan bahan kosmetik yang tidak terdapat di Malaysia.

Mohamad Roji menjelaskan, ekstrak kacip fatimah tidak mengandungi bahan toksik dan sesuai untuk kulit manusia.

"Ia telah diuji dalam makmal pada sel kulit manusia dan didapati sangat berkesan melambatkan proses penuaan," katanya.

Sumber: Kosmo

Geng Serbuk Kari pula musnah

Posted by GameMaster | 1/08/2009 | 1 comments »



PETALING JAYA - Baru sebulan belajar mencuri kenderaan sudah kena cekup.
Demikian nasib dua beradik dan seorang lelaki lain yang dikenali sebagai Geng Serbuk Kari yang baru berjinak-jinak dengan jenayah mencuri kereta.

Geng tersebut diketuai lelaki berusia 32 tahun yang dilepaskan daripada hukuman penjara awal Disember tahun lalu kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan samun.

Geng tersebut dinamakan Geng Serbuk Kari berikutan modus operandi yang menggunakan serbuk kari.

Serbuk kari yang menjadi pilihan ahli kumpulan tersebut ialah serbuk kari cap ayam atau ikan.

Tujuan mereka menggunakan serbuk kari adalah untuk memedihkan mata mangsa sebelum mereka melarikan kenderaan yang menjadi sasaran.

Geng Serbuk Kari itu tiada kaitan dengan Geng Jongos yang ditumpaskan polis Kuala Lumpur atau kumpulan mencuri kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed memberitahu pemberita di sini semalam, tangkapan pertama melibatkan ketua kumpulan itu dilakukan di tempat letak kereta di Subang Permai pada pukul 2 pagi 29 Disember.

Sumber: Kosmo

Tayar Bengkak

Posted by GameMaster | 1/06/2009 | 7 comments »



Salam.. hari ni saya kongsikan pula punca antara penyebab tayar anda menjadi bengkak. Pasti anda pernah menukar tayar dan kemudia beberapa bulan tayar itu menjadi bengkak. Ok hari ni saya nak bagi tips bagaimana hendak mengelak tayar bengkak ini..

Punca tayar bengkak ni senang je nak cari puncanya.. Logam yang didalam tayar anda tersebut telah bengkok.. Apa yang menyebabkan logam dalam tayar tu bengkok ?. Puncanya ialah anda selalu sangat melanggar lubang yang berada diatas jalan raya. Tak nak tayar anda bengkak berhati-hati sikit bila jalan kat tempat berlubang..

Selain itu juga, angin memainkan peranan penting dalam penjagaan tayar.. Tayar ini tidak boleh diisi dengan terlalu banyak angin kerana tayar ini akan berpusing diatas jalan raya yang cuaca kat Malaysia ni panas.. Sekarang ni kat stesen minyak dah ada pam automatik.. Tekan je butang dah siap..

Ah-Ha- Meminang..

Posted by GameMaster | 1/04/2009 | 3 comments »



Komedi Lawak Dari Afdlin Shauki dan rakan-rakan..

Entri hujung minggu.. :D

Dua Jenis Gemuk

Posted by GameMaster | 1/02/2009 | 7 comments »



Salam.. hari ni saya nak kongsikan kepada anda tentang kategori gemuk dalam badan kita ini.. Seperti yang umum kita tahu.. Terdapat dua kategori am berkaitan dengan gemuk ini.. Dua kategori tersebut adalah..

1. Gemuk Air.
2. Gemuk Daging.

1. Gemuk Air merupakan gemuk yang disebabkan banyak meminum air. Gemuk ini boleh dibezakan dengan gemuk air kerana gemuk air ini menyebabkan kulit badan mudah bergetar..

2. Gemuk Daging merupakan gemuk yang disebabkan banyak makan daging atau lemak. Gemuk jenis ini dapat dikesan dengan kulit badan anda menjadi sedikit tegang berbanding dengan gemuk air..

Israel masih belum puas

Posted by GameMaster | 1/01/2009 | 0 comments »



GAZA - Israel semalam menolak gesaan untuk mengadakan gencatan senjata dengan kerajaan Hamas kerana mendakwa situasi semasa di Gaza kurang sesuai bagi tujuan tersebut walaupun angka kematian mencecah 387 manakala lebih 800 yang lain cedera.

Rejim Zionis sebaliknya bertindak memperhebatkan persediaan untuk melakukan serangan darat selepas beberapa roket jarak jauh Hamas mengenai sebuah kawasan yang padat dengan penduduk di Israel.

"Jika keadaan berubah dan kami berpendapat penyelesaian diplomatik mampu menjamin keselamatan penduduk di selatan Israel, kami akan mempertimbangkannya. Bagaimanapun, pada masa ini, keadaan itu tidak berlaku," kata seorang pembantu Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Perancis untuk mengadakan gencatan senjata selama 48 jam bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar kepada 1.5 juta penduduk Gaza.

Kuasa-kuasa asing sudah meningkat tekanan terhdap kedua-dua belah pihak supaya menghentikan serangan.

Bagaimanapun, kemarahan penduduk Yahudi berhubung serangan roket yang semakin jauh ke dalam wilayah Israel dibimbangi akan menyebabkan Tel Aviv memperhebatkan serangan ke atas Hamas.

Bedilan roket Hamas turut mengenai bandar Beersheba yang berada 40 kilometer dari Gaza manakala tiga orang awam dan seorang askar Israel maut dalam serangan balas Hamas.

Berikutan perkembangan tersebut, deretan kereta kebal Israel bersiap sedia untuk menceroboh Gaza manakala pejuang-pejuang Hamas pula menanam periuk api bagi menghalang kemaraan tentera Yahudi.

- Reuters

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight