Ekzos Fan

Posted by GameMaster | 3/31/2009 | 1 comments »



Salam, tahukah anda jika komputer desktop yang berada dirumah anda tidak memiliki ekzos fan, Prestasi komputer anda akan mula jatuh dalam jangka masa 30 minit setelah anda membukanya. Ini kerana, fungsi ekzos fan ini adalah mengeluarkan haba yang berpusing didalam casing cpu anda terus keluar melalui ekzos fan.

Mesti ada yang bertanya, fan dari motherboard pun dah cukup. Fan untuk motherboard adalah hanya untuk menyejukkan processor yang kepanasannya memang panas, boleh siap goreng kentang lagi kalau letak minyak masak. Jadi kepada sesiapa yang belum memasang ekzos fan, anda bolehlah melakukannya dirumah, senang sahaja pemasangannya.

Sebahagian Kuala Lumpur bergelap

Posted by GameMaster | 3/29/2009 | 10 comments »



DEMI BUMI. Malaysia turut bergelap malam tadi bagi meraikan Earth Hour 2009 di mana ribuan penghuni rumah dan pemilik bangunan menyertai jutaan penghuni dunia yang lain memadamkan suis lampu mereka selama sejam.

Di Kuala Lumpur yang selama ini disimbahi cahaya lampu pelbagai warna turut bergelap.

‘Earth Hour’ yang mula diperkenalkan di Sydney, Australia dua tahun lalu merupakan agenda penting sebagai tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan pemanasan iklim di peringkat global.

Sebanyak 84 buah negara, 2,848 bandar, 6,299 organisasi dan 21,014 perniagaan di seluruh dunia menyertai program tersebut dan satu bilion penduduk dari 1,000 bandar seluruh dunia disasarkan memberikan sokongan terhadap program tersebut.

Malaysia yang tidak ketinggalan dalam menunjukkan sokongannya dengan menyasarkan lebih 5 juta rakyat pelbagai kaum menyahut seruan kempen itu.

Antara kawasan yang bergelap ialah Menara Kembar Petronas, Sunway Pyramid, Mid Valley, Hotel Marriot, Hotel Hilton, Angkasapuri, Menara Kuala Lumpur, Menara Maybank, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka serta beberapa bangunan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Penduduk di kawasan perumahan dan perniagaan turut disarankan memadam lampu yang tidak digunakan, memadam perkakasan elektrik dan mengurangkan penggunaan air panas.

P/S: anda tutup api tak malam tadi.. :D

Klinik sedut lemak mula disiasat

Posted by GameMaster | 3/27/2009 | 3 comments »



KUALA LUMPUR - Seramai 13 anggota Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan ke atas klinik yang menjalankan rawatan menyedut lemak sehingga menyebabkan seorang wanita menemui ajalnya.

Pasukan tersebut datang ke klinik itu menaiki dua buah kenderaan iaitu Toyota Harrier dan Toyota Unser pukul 11.45 pagi dan keluar empat jam selepas itu.

Turut dibawa keluar dua buah beg dan satu kotak putih yang dipercayai berisi barang kes berkaitan dengan kematian Noraini Mohd. Ghazali.

Mereka enggan memberi komen kepada media tetapi Kosmo! difahamkan, siasatan tertumpu kepada pusat rawatan yang terletak di tingkat satu bangunan empat tingkat itu. Tingkat satu itu dipercayai dijadikan tempat membuat rawatan menyedut lemak.

Di pintu bilik itu hanya diletak gambar untuk rawatan bagi mencantikkan wajah serta membuang garisan yang terdapat pada mata serta dahi. Turut ditampal satu notis amaran sinaran laser.

Mengikut sumber UKAPS, bilik rawatan membuang lemak di tingkat satu tersebut tidak ada lesen kecuali klinik yang beroperasi di tingkat bawah.

"Bilik rawatan di tingkat satu terlindung dan ia bukan klinik biasa seperti klinik di tingkat bawah yang diberi lesen,'' kata beliau di sini semalam.

RazakSat dipasang, diuji hari ini

Posted by GameMaster | 3/25/2009 | 1 comments »



SHAH ALAM - Peralatan satelit kedua negara, RazakSat akan dipasang dan diuji hari ini sebelum dilancarkan secara rasmi ke orbit Hampir Khatulistiwa (NEqo) dari tapak pelancar di Bucholz Army Airfield, Pulau Kwajalein berhampiran Guam, Amerika Syarikat pada 21 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB), Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad memberitahu, kerja-kerja pengujian melibatkan perkakasan dan perisian satelit itu dilakukan bagi memastikannya dapat berfungsi sepenuhnya sebelum dilancarkan.

Katanya, enam jurutera pakar daripada ATSB telah memulakan kerja-kerja pemunggahan peralatan satelit tersebut semalam setelah tiba di Kepulauan Kwajalein kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan), kelmarin.

"Mereka kini giat memunggah peralatan RazakSat daripada kontena yang diterbangkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum komponen satelit itu dipasang dan diuji,'' katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Ahmad Asbirin, selepas kerja-kerja pemasangan selesai, pihaknya akan melakukan kerja-kerja integrasi dengan dua lagi satelit kecil iaitu CubeSat dan InnoSat untuk tujuan penyelidikan selain berfungsi menstabilkan kedudukan RazakSat yang bakal berada di orbit NEqo.

"Selepas proses integrasi dua satelit kecil itu, kita akan jalankan ujian pembakaran roket pada 13 April ini dan selepas itu kita harap misi ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan.

Tips Elak Minyak Panas Masa Memasak

Posted by GameMaster | 3/23/2009 | 0 comments »



Salam.. Hari ni ringkas sahaja post yang saya akan update.. Tips dari mak saya.. Bagaimana hendak mengelakkan diri dari terkena minyak panas ketika memasak ayam, ikan atau apa sahaja yang minyak masak ini sering terperecik keluar..

Tipsnya, anda hanya perlu menggunakan penutup periuk dan tutupkan diatas kuali tersebut hingga makanan yang digoreng tadi habis digoreng dan minyak tersebut akan tidak aktif jika ianya sudah masak..

Internet Disconnect

Posted by GameMaster | 3/20/2009 | 2 comments »



Salam.. Adakah anda selalu menghadapi masalah internet selalu disconnect secara tiba-tiba dan anda terpaksa restart pc anda semula untuk menggunakan internet. Dahulu, saya juga mengalami masalah ini dan terjumpa satu tips yang boleh membantu anda.

Menggunakan internet kalau asyik putus-putus, pasti membosankan anda. Kalau ada hammer kat sebelah tu dah lama monitor pc tu pecah..

Cara-caranya

1. Anda klik start dan pergi ke control panel.
2. Kemudian klik pada windows firewall.
3. Dan turn on kan firewall anda dan anda sudah membaiki semula connection internet anda.

Menjana Trafik Ke Blog Anda

Posted by GameMaster | 3/17/2009 | 2 comments »



Salam, hari ni saya nak kongiskan dengan anda semua bagaimana hendak menjana trafik sekali gus boleh menjana sedikit kewangan dari blog kesayangan anda. Ada 2 cara disini yang akan saya kongsikan. Cara-caranya ialah

1. Blog diibaratkan sebagai Pasar raya. Apakah yang akan berlaku jika pasar raya membuat jualan barangan promosi dengan diskaun yang menarik, sudah tentu ramai yang akan berpusu-pusu menuju ke pasar raya tersebut.

Ini sama juga dengan blog anda, jika blog anda mempunyai cerita-cerita yang menarik, sudah tentu pelawat akan memasuki blog anda. Pemilihan cerita yang menarik boleh dipilih melalui menonton tv, membaca akhbar dan cari cerita yang panas yang membuatkan bila guna search engine, keyword tersebut akan terpapar dan blog anda tersenari di dalam index google mahupun yahoo.

2. Blog juga boleh diibaratkan seperti majlis orang kahwin. Sebelum tuan rumah membuat majlis orang kahwin, sudah tentu mereka akan mengedarkan kad-kad kahwin kepada jiran-jiran atau saudara mara dan sahabat andai.

Sama juga seperti blog. Anda boleh menggunakan cara yang sama dengan membuat promosi blog anda di blog atau forum diluar sana.


Iklan Teks.
1. Komuniti Online Anda
2. Your Online Anime And Manga

Perkhidmatan Dari AnonymZ Enterprise

Posted by GameMaster | 3/16/2009 | 0 comments »



Pengiklanan Dari Rakan Saya.. Berminat boleh hubungi beliau

SERVICE 1 - Pembersihan hardisk dari data-data yang telah korang delete/format yang mana korang sangkakan korang dah delete/format. Service ini sangat penting terutama jika korang nak jual storage korang kat customer atao orang lain bagi mengelakkan disalah gunakan.

Servis storage yang terdapat adalah seperti berikut :-
- PC korang sendiri
- Hardisk dan Portable Hardisk
- Memori Kad - SD, MMC, Micro SD, XD, Micro Stick, Micro Stick Pro Duo dan yang sewaktu denganya
- Thumb Drive/Pendrive
- MP3/MP4 Player
- Dan ape jua jenis storage yang boleh connect ke pc korang

SERVICE 2 - Mendapatkan kembali data-data yang telah korang delete atau format atauun lebih kritikal terformat partition, mesti tension kan. JANGAN RISAU untuk itu AnonymZ Ent boleh menyelamatkan kembali data-data yang telah korang deleted atau formated tu. capasity data yang boleh diselamatkan adalah sehingga melebihi 100GB

Servis storage yang terdapat adalah seperti berikut :-
- PC korang sendiri
- Hardisk dan Portable Hardisk
- Memori Kad - SD, MMC, Micro SD, XD, Micro Stick, Micro Stick Pro Duo dan yang sewaktu denganya
- Thumb Drive/Pendrive
- MP3/MP4 Player
- Dan ape jua jenis storage yang boleh connect ke pc korang

SERVICE 3 - Pembaikpulihan gambar-gambar dari file *.jpeg,*.jpg,*.bmp dan lain-lain jenis image file. Servis ini bukanlah untuk membaiki gambar yang sudah rosak, TETAPI adalah membaik file yang dinyatakan tadi telah corrupted dimana gambar tersebut hanya keluar separuh atau pecah dari gambar yang sepatutnya.

Terima kasih
AnonymZ Enterprise
0192331767, 0122283842

Pankun And James

Posted by GameMaster | 3/15/2009 | 0 comments »



Salam.. Semalam saya ada melayari youtube dan terjumpa cerita menarik tentang Pankun dan James ni.. Mereka berdua ni bukan orang tetapi seekor chimpazi dan seekor anjing bulldog yang berkawan baik.

Dahulunya Pankun ini dilatih oleh seorang pakcik yang bernama Ken Shimura kalau tak silap.. Selepas 3 tahun melatih chimpazi ini, kerajaan Jepun telah mengambil Pankun untuk diletakkan di Zoo.. Tapi bukan sebagai binatang tontonan.. tetapi sebagai aset di Zoo tersebut.

Jom Layan Video Kat Bawah ni.

Bill Gates kembali orang terkaya

Posted by GameMaster | 3/13/2009 | 4 comments »



NEW YORK 12 Mac - Pengasas Microsoft Corp., Bill Gates kini kembali menduduki takhta teratas senarai individu terkaya di dunia pada tahun lalu, apabila mengatasi pelabur terkenal, Warren Buffett.

Senarai itu dikeluarkan oleh majalah Forbes ketika kemelesetan kewangan global menyebabkan jutawan dunia mengalami kerugian sebanyak tinggi AS$2 trilion (RM7.35 trilion).

Bilangan jutawan dunia berkurang sebanyak hampir satu pertiga kepada 793 orang pada tahun lalu, kebanyakannya di Rusia, India dan Turki.

Gates sekali lagi menjadi lelaki terkaya di dunia dengan aset berjumlah AS$40 bilion (RM147.4 bilion) selepas jatuh ke tangga ketiga pada 2007 semasa mempunyai aset AS$58 bilion (RM213.6 bilion).

Buffett yang menduduki tangga pertama sebelum ini dengan kekayaan bernilai AS$62 bilion (RM228.3 bilion), kini jatuh di tempat kedua dengan aset berjumlah AS$37 bilion (RM136.6 bilion).

Tempat ketiga dimiliki oleh taikun telekomunikasi dari Mexico, Carlos Slim dengan aset berjumlah AS$35 bilion (RM129.2 bilion) berbanding AS$60 bilion (RM221.5 bilion) tahun lalu.

Secara keseluruhannya, tiga jutawan teratas dalam senarai Forbes ini kehilangan sebanyak AS$68 bilion (RM250.6 bilion) semasa Forbes menyiapkan senarai jutawan dunia sehingga 13 Februari lalu.

Ketua Eksekutif Majalah Forbes, Steve Forbes berkata, tidak ramai yang bersedih dengan apa yang dihadapi para jutawan, namun ekonomi terjejas apabila ahli perniagaan berdepan dengan masalah.

Editor kanan Forbes, Luisa Kroll berkata, ini adalah kali pertama kekurangan jutawan berlaku sejak tahun 2003.

Beliau juga berkata, ahli perniagaan India, Anil Ambani yang menonjol pada tahun lalu, jatuh teruk kali ini dengan kehilangan aset berjumlah AS$32 bilion (RM118.2 bilion). Dari tempat keenam, Anil jatuh ke tangga ke-34 dengan aset berjumlah AS$10.1 bilion (RM37.3 bilion).

Kroll berkata, sebelum ini empat rakyat India tersenarai dalam 10 individu terkaya, namun kini hanya tinggal dua orang.

Bandar New York juga telah menggantikan Moscow sebagai bandar jutawan setelah ibu negara Rusia itu mengalami kejutan dengan bilangan jutawan jatuh kepada 32 daripada 87 orang. - Reuters

Masalah Internet

Posted by GameMaster | 3/12/2009 | 2 comments »



Salam.. Setelah 3 hari ditempat saya yang mengalami masalah connection dengan streamyx.. Hari ni saya dapat beroperasi semula dalam menulis blog. Sebelum ini saya menghadapi kesukaran untuk melayari laman web seperti google, gmail, adsense dan lain-lain termasuk juga laman blog saya yang lain.

Pada petang semalam saya ada menghubungi Telekom Center dan mereka mengatakan memang berlaku gangguan internet di tempat saya.. Dan saya mencubanya dalam pukul 11 malam tadi dan ianya telah beroperasi dengan semula.

Video Sepah Final

Posted by GameMaster | 3/11/2009 | 2 comments »

Salam Maulidur Rasul

Posted by GameMaster | 3/08/2009 | 0 comments »




Salam Maulidur Rasul

Sepah Juara Raja Lawak Musim Ketiga

Posted by GameMaster | 3/07/2009 | 2 comments »



PETALING JAYA, 7 MAC 2009: Kumpulan trio Sepah dinobatkan sebagai juara Raja Lawak 3 sekali gus mengetepikan 2 saingan mereka, Jihan dan Amir, dalam peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam tadi.


Sepah yang dianggotai 3 anak jejaka dari Johor - Shahmira Muhamad, 25 (Shuib), Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep, 24), 24, dan Mohd Noor Murad (Mamat, 24) - mendahului dengan markah 48.12 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton rancangan popular itu.


Mereka membawa pulang sebuah kereta Citroen Picasso, wang tunai bernilai RM20,000, produk elektrik dan trofi sumbangan Astro.

Peserta wanita tunggal, Nuur Jihan Musa, memenangi tempat kedua dengan undian SMS sebenyak 30.82 peratus. Jihan membawa pulang sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, produk elektrik dan trofi.


Peserta yang sinonim dengan tagline I'm Sorry, Amir, bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tempat ketiga dengan undian SMS sebanyak 21.07 peratus. Anak jati Kelantan itu memenangi wang tunai bernilai RM8,000, barangan elektrik serta trofi.

Mengulas kejayaan mereka, anggota Sepah berkata, mereka tidak pernah memikirkan sangat soal mahu menjadi juara kerana bagi mereka, mutu persembahan pada setiap minggu adalah lebih penting. Lagi



Sumber: Murai

Kadar pinjaman turun

Posted by GameMaster | 3/05/2009 | 0 comments »



KUALA LUMPUR - AmBank Group dan Bank Islam semalam mengumumkan penurunan kadar pinjaman bagi merendahkan kos pembiayaan pelanggan masing-masing.

AmBank dalam satu kenyataan semalam berkata, ia menurunkan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 45 mata asas (bps) kepada 5.55 peratus setahun daripada paras semasa 6.00 peratus.

AmBank berkata, BLR yang disemak semula itu akan berkuat kuasa 10 Mac ini.

Ia berkata, semakan semula itu dibuat berikutan penurunan Kadar Dasar Semalaman Bank Negara Malaysia sebanyak 50 bps kepada dua peratus dan pengurangan keperluan rizab statutori daripada dua peratus kepada satu peratus minggu lepas.

Bank Islam pula menurunkan Kadar Pembiayaan Asasnya (BFR) sebanyak 40 mata asas kepada 5.55 peratus daripada 5.95 peratus, berkuat kuasa 16 Mac. - Bernama

Loading Page

Posted by GameMaster | 3/03/2009 | 0 comments »



Salam.. Hari ni saya ingin kongsikan dengan anda sebuah laman web yang mungkin dapat membantu anda untuk melajukan loading page di blog atau web anda.. Secara kasarnya, widget yang terdapat didalam blog anda kadang-kadang menyebabkan blog anda menjadi lambat..

Dengan memeriksanya dilaman web ini, anda boleh mengenal pasti apakah punca yang menyebabkan laman anda menjadi berat dan anda boleh mengambil tindakan ke atasnya.. Ada widgetnya dari widget advertisement, dan ada juga kadang-kadang dari shoutboxnya..

Jom Check disini: Loading Page Time Checker

Iraq sedia kawal negara

Posted by GameMaster | 3/01/2009 | 1 comments »



BAGHDAD - Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki semalam menyatakan anggota keselamatan negara itu sudah bersedia untuk mengambil alih tugas daripada tentera Amerika Syarikat (AS).

Kata Nouri, dalam satu perbualan telefon kelmarin, Presiden AS, Barack Obama turut bersedia memberi kemudahan peralatan ketenteraan dan senjata kepada Iraq untuk menentang pemberontakan serta ancaman luar.

Obama kelmarin menyatakan AS akan menamatkan operasi ketenteraan di Iraq dalam tempoh 18 bulan. Bagaimanapun, 50,000 anggota tenteranya akan terus bertugas untuk setahun selepas itu.

Washington berikrar untuk berundur pada 31 Ogos 2010 dan keluar sepenuhnya menjelang akhir 2011.

Pengumuman Obama itu bagaimanapun menerima reaksi berbeza-beza daripada anggota Parlimen Iraq.

Pengikut ulama Syiah, Muqtada al-Sadr tidak berpuas hati kerana 50,000 anggota tentera AS masih berada di Iraq.

Anggota Parlimen kanan berfahaman Sunah, Adnan Pachachi berkata, pihak berkuasa perlu memastikan seluruh negara selamat berikutan majoriti anggota keselamatan Iraq berfahaman Syiah.

"Dalam tempoh dua tahun ini, Iraq perlu mewujudkan anggota keselamatan yang mempunyai kesetiaan terhadap negara dan bukannya terhadap fahaman mazhab," katanya.

Sementara itu di North Carolina kelmarin, Obama menyatakan 142,000 anggota tentera AS berada di Iraq manakala 4,250 anggota terbunuh sejak operasi ketenteraan bermula pada 2003.

Kata Obama, tamatnya perang di Iraq menandakan bermulanya era baru diplomasi AS di Asia Barat. - Agensi

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight