Ikon permotoran AS isytihar bankrap

Posted by GameMaster | 6/02/2009 | 0 comments »




WASHINGTON - Simbol permotoran Amerika Syarikat (AS), General Motors (GM) mengisytihar muflis semalam dalam perkembangan yang disifatkan sebagai tamparan hebat ke atas industri automotif negara berkenaan.

Berikutan pengumuman tersebut, kerajaan AS akan mengambil alih pengurusan GM yang sejak bertahun-tahun lalu merupakan syarikat terbesar di dunia dan merupakan mercu tanda kemakmuran ekonomi AS.

"Perisytiharan itu membawa impak besar ke atas AS kerana GM lebih daripada

sekadar sebuah syarikat, ia dianggap ikon negara," kata seorang profesor Universiti Clark, Gary Chaison.

Semalam, beberapa pegawai kanan AS berkata, mereka berharap proses pertukaran pengurusan itu akan berjalan lancar dan memakan masa di antara 60 hingga 90 hari.

Selepas tempoh tersebut, GM akan bebas daripada perlindungan muflis dan muncul sebagai sebuah syarikat yang lebih tersusun.

Kerajaan AS akan menyuntik dana tambahan AS$30.1 bilion (RM104.4 bilion) bagi membantu penstrukturan semula GM di bawah perlindungan mahkamah dan akan mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut.

Sebelum ini kerajaan AS sudah memberikan pinjaman mencecah AS$19.4 bilion (RM67.2 bilion) kepada GM.

Turut menyumbang bantuan kewangan termasuk kerajaan Kanada dan kerajaan wilayah Ontario yang memiliki beberapa kilang syarikat berkenaan. - AFP

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight