Memerlukan Processor Lama

Posted by GameMaster | 9/21/2008 | 9 comments »



Salam.. kepada sesiapa yang memiliki komputer yang lama dan mempunyai processor pentium 2 atau celeron ataupun jenis soket 434, jikalau ada saya akan upgradekan processor sahaja kepada processor yang lebih baik.. Macam tukar suka sama suka la.. Kalau ada PM saya.. Area Seremban sahaja..

URGENT: Sapa ada ni sila2 PM saya.. Dapat processor baru yeaa.



Salam.. hari ni saya nak bagi tips pula.. Pernahkah anda ingin menukar sticker dimotor anda sendiri.. Mana la tahu anda baru menukar set baru motor anda ke.. Dan memerlukan sticker bagi menampakkan lagi keceriaan pada motor anda..

Kalau nak diikutkan, jika anda membeli dan mengupah orang lain, ianya sudah membazir.. Anda boleh melakukannya dirumah.. Anda boleh membeli sticker dengan harga yang murah di kedai spare part.. Bagaimana caranya..

Caranya.. Anda hanya perlu menggunakan sabun buku dan bancuhkan dengan air sedikit.. Dan kemudiannya gosokkan pada badan motor anda.. Selepas itu, tampal sticker anda dan anda tunggu ianya kering. Kelebihan menggunakan teknik ini adalah, jika anda berasa sticker anda senget anda boleh mengubahnya sebab ianya berkeadaan licin disebabkan buih tadi.. Dan anda tak perlu risau pasal pelekat tersebut tidak akan tercabut, malah akan memperkuatkan lagi sticker anda...

P/S: Cubalah.

Soft, Medium, Hard Suspension

Posted by GameMaster | 9/18/2008 | 2 comments »



Salam.. hari ni saya berkongsi sedikit mengenai jenis suspension kereta anda ini.. Terdapat beberapa jenis dan diantaranya adalah soft, medium, dan hard.. Apakah yang dimaksudkan dengan soft, medium, dan hard ini.. Adakah soft bermaksud sangat lembut atau hard terlalu keras..

Jadi saya akan berkongsi sedikit mengenai jenis-jenis suspension ini..

1. Jenis Soft.
Jenis soft digunakan di kebanyakan kenderaan di Malaysia.. Soft atau dalam bahasa malaysia lembut adalah suspension yang menyerap hentakan atau tekanan kenderaan anda menjadi lebih lembut dan tidak mengganggu penumpang atau pemandu..

2. Jenis medium..
Jenis medium pula adalah jenis kenderaan yang lebih berbentuk kepada racing ataupun sesuai untuk jalan berlekuk.. Suspension ini jarang digunakan dalam kenderaan komersial..

3. Jenis Hard.
Suspension jenis ini merujuk kepada kenderaan yang berat atau besar kerana ianya digunakan untuk mengangkut barang.. Pemandu yang berada didalam kenderaan ini kadang-kala berasa sakit juga ketika melanggar lekuk atau bonggol jalan..

P/S: Agak-agak kenderaan anda yang mana satu..

Comment Box Dari IntenseDebate

Posted by GameMaster | 9/17/2008 | 5 comments »



Salam.. hari ni saya telah terjumpa sesuatu yang menarik mengenai intense debate ini.. Apa yang saya perhatikan ialah intese debate ini adalah satu laman yang menyediakan perkhidmatan comment mesej ala-ala wordpress di dalam blogspot anda..

Sistem pemasangan yang mudah dan senang akan membolehkan anda memasang intense debate ini dalam blog anda dalam masa 5 minit.. Selain itu, kelebihan lainnya pula adalah, jika ada member yang telah sign in dalam intense debate ini, jika mereka memberi komen, avatar yang mereka pilih akan dipaparkan.. Selain itu, anda juga boleh mengurus komen di intense debate seperti moderate comment, delete comment..

Jika blog anda yang telah diupgrade dan tak menggunakan template classic.. Anda boleh menggunakannya manakala jika anda menggunakan sistem blogger classic maka anda tidak dapat mencubanya.. Untuk mencubanya klik sini intensedebate

P/S: Saya telah memasangnya didalam blog fulhamfc saya.. Anda boleh tengok dan cuba jika berminat.. Kalau perlu juga.. Saya akan memasangnya disni..

Jenis Perniagaan Di Bulan Ramadhan

Posted by GameMaster | 9/16/2008 | 4 comments »



Salam.. hari ni saya kongsikan sedikit tentang perniagaan yang dapat kita saksikan ketika bulan ramadhan.. Memang tak dinafikan dalam bulan ramadhan ni ramai orang yang mengambil peluang untuk meniaga bagi mencari sedikit modal.. Di bawah.. saya akan senaraikan perniagaan yang dilakukan ketika bulan ramadhan dan ianya sangat menjana keuntungan..

Jenis-jenis perniagaan yang sering dilihat ketika ramadhan.

1. Meniaga di bazar ramadhan..
2. Menjahit pakaian..
3. Menjual kuih-kuih dan biskut.
4. Menjual lemang.
5. Ada orang yang menjual kain-kain seperti langsir, kusyen dan macam-macam lagi..

P/S: Sememangnya banyak pilihan yang anda boleh pilih pada bulan ramadhan ni.. Jangan sampai membazir sudah..

Lagu Raya

Posted by GameMaster | 9/15/2008 | 7 comments »







Lagu no 1: Lagu balik kampung
Lagu no 2: Salam dunia

P/S: Saja je letak lagu raya beri feel sikit dah nak raya ni.. Layan lagu tu..

Taufan Ike badai pantai timur Texas

Posted by GameMaster | 9/14/2008 | 0 comments »



HOUSTAN, Amerika Syarikat (AS) 13 Sept. - Taufan Ike mula membadai kawasan pantai berhampiran Houston semalam dan memberi ancaman kepada bandar keempat terbesar di AS itu serta kawasan sepanjang Teluk Mexico.Ike yang kini menjejaskan satu perlima daripada kawasan pengeluaran minyak AS, menghampiri Pulau Galveston dengan kekuatan pada Kategori 2 sekitar pukul 2.10 pagi (3.10 petang ini waktu Malaysia) dengan kelajuan angin 175 kilometer sejam.

Ia kini dikatakan hanya perlu mencapai tambahan kekuatan satu kilometer sejam lagi untuk berada pada Kategori 3, lapor Pusat Taufan Kebangsaan.

Ike dijangka menjadi taufan terburuk yang pernah melanda Texas dalam tempoh hampir 50 tahun dan merupakan taufan terbesar yang melanda bandar AS sejak Taufan Katrina membadai bandar New Orleans pada akhir 2005.

Ia menyebabkan ombak setinggi enam meter yang menghempas benteng setinggi lima meter yang dibina untuk melindungi Houston daripada bencana ribut atau taufan selepas bandar itu dibadai taufan pada 1900 yang menyaksikan sekurang-kurangnya 8,000 penduduk terbunuh.

Ancaman Ike menyebabkan pihak berkuasa menutup 17 loji pembersih minyak selain menyaksikan sebuah dermaga di Galveston musnah.

Pusat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menjangkakan taufan tersebut boleh menenggelamkan lebih 100,000 dan menyebabkan banjir di kawasan berhampiran pantai sepanjang 160 kilometer itu.

Lebih sejuta penduduk Texas diarahkan berpindah secara mandatori berikutan kebimbangan ancaman Taufan Ike tersebut.

- Reuters

Sumber: Utusan Malaysia..

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight