KUALA LUMPUR - Sesiapa yang tidak menjadi pengikut Ajaran MLM kesemuanya dianggap kafir termasuk ibu bapa dan adik- beradik sendiri.
Tidak cukup dengan itu, sesiapa yang tidak menjadi pengikut mereka juga tidak layak meraikan Hari Raya dan menganggap korban haiwan ternakan sempena Hari Raya Korban sesuatu yang sia-sia.
Itu antara yang diajar oleh pentilawah (penceramah) Ajaran MLM seperti didakwa bekas pengikutnya, Remy, 20-an.
"Menurut mereka, daripada menyembelih korban baik wang itu disumbang untuk dana pembentukan kerajaan Islam yang baru,'' ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya lagi, selain itu, para pengikut juga diminta mengganggap setiap pentilawah sebagai nabi dan jangan sesekali mengingkari arahannya.
"Sememangnya pentilawah memang petah berkata-kata dan bijak memanipulasi tafsiran ayat al-Quran jika ada perkara yang kami bantah.
"Sebagai umat Islam, sudah pastinya apabila disebut tentang apa juga yang terdapat dalam al-Quran, pastinya tiada apa yang boleh dipersoalkan," akui Remy.
Menurutnya, pentilawah ajaran sesat itu biasanya menyalahgunakan maksud ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai senjata 'meracuni' fikiran ahli-ahlinya.
"Sebagai contoh, kerajaan Islam tulen yang hendak dibina oleh 'Ajaran MLM' pada 2015 juga akan dikaitkan sebab perlu adanya kerajaan itu dengan petikan ayat al-Quran begitu juga perlunya 'berhijrah' ke sana," katanya.
Sumber: Kosmo
Ni apa punya ajaran daa.. Scam betol..
Salam.. Hari ni saya nak bagi satu lagi tips untuk binatang peliharaan anda.. Hari ni tipsnya ialah bagaimana hendak membuang kutil di telinga atau di badang kucing.. Apakah punya kutil ni terjadi.. Mungkin kucing ni kerap bermain kotoran diluar rumah agaknya.
Ok.. Caranya ialah.. Jika anda memasak ikan didapur.. Tak kiralah ikan kembung ke ikan masin ke ikan apa ke.. Setelah anda habis menggorengkan ikan tersebut.. Sejukkan minyak goreng ikan tadi dan kemudian sapukan pada tempat yang kena kutil tadi.. Kutil yang keras tadi akan menjadi lembut dan teruskan membuat begitu sampai elok kucing tersebut...
Jom Join Komuniti.. Klik
Salam.. hari ni saya nak kongsikan lagi kepada anda semua.. Hari ni saya baru sahaja terima payment ketiga dari Freebieswebmaster. Walaupun tak banyak kira ok la dapat duit sikit-sikit..
Jadi jika anda hendak join program ni.. Anda boleh lakukannya disini.. Tetapi tak pasti pula jika diorang bukak lagi permohonan ni.. Anda cubalah
Apa itu freebies4webmaster ni anda boleh rujuk kat sini.. Freebieswebmaster
PUTRAJAYA: Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok.
Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.15 seliter kepada RM2, RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.
Manakala diesel pula daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.
Ia adalah penurunan kali kelima dibuat dengan pelarasan terakhir pada 1 November lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter.
Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.
Penurunan harga minyak itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan media di sini.
Harga bahan api itu telah dinaikkan sebanyak 78 sen sejak Jun lalu.
Penurunan sebelum ini dibuat pada 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober dan 1 November.
Salam.. Hari ni saya nak bagi tips sikit kepada sesiapa yang diluar sana gemar mengumpul angka ni.. Jadi tips hari ini seperti tajuk diatas iaitu bagaimana hendak meningkatkan page ranking blog anda yang sedia ada sekarang ni..
Tips untuk menaikkan page ranking ini sebenarnya tidak lah susah seperti yang di katakan ramai orang.. Ok.. Antara tips-tipsnya ialah..
1. Menggunakan tajuk atau keyword yang mahal.. Apabila tajuk blog anda mahal.. Sudah tentu akan menarik ramai pengunjung ke blog anda.. Keyword ini boleh dicari di internet..
2. Meninggalkan mesej-mesej di blog-blog rakan yang mempunyai page ranking yang lebih tinggi dari blog kita.. Google akan mengindexkan kiraan tersebut pagi permarkahan blog anda..
3. Submit blog anda dimana-mana link submiter memudahkan google mengindex blog anda..
4. Membuat link exchange dengan member blog yang lain.
5. Memberi komen di setiap blog rakan-rakan anda.. Ini penting bagi meningkatkan lagi link blog anda.
Roti canai, teh tarik, nasi kandar turun harga mulai hari ini
Posted by GameMaster | 11/10/2008 | 3 comments »
KUALA LUMPUR: Walaupun potongan harga yang diberikan oleh kira-kira 4,500 pengusaha restoran mamak dan India tidak seperti yang diharapkan kebanyakan orang, namun itu sudah mencukupi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Potongan harga 10 sen untuk roti canai dan teh tarik dan 20 sen untuk sepinggan nasi kandar memberi peluang kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) membantu golongan itu meningkatkan kuasa membeli mereka.
Timbalan Presiden PRIMAS, T Muthusamy, berkata keputusan menurunkan harga itu dicapai anggota persatuan itu berikutan keputusan kerajaan menurunkan harga minyak baru-baru ini iaitu pada 1 November lalu.
Baca Lagi Di sini
| fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
| Flights to Colombo | Cologne Flights | |
| Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight | |