JODOH jurulatih B. Sathianathan bersama skuad bola sepak kebangsaan nampaknya masih lagi panjang.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk melanjutkan kontrak Sathia tetapi dengan syarat tidak melebihi setahun.
Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan kontrak bekas jurulatih skuad bawah 23 itu yang akan tamat hujung bulan ini tidak akan disambung gara-gara prestasi hambar skuad negara pada Kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) baru-baru ini.
Namun, setelah Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah mendengar sendiri laporan daripada pengurus pasukan negara, Datuk Soh Chin Aun, FAM akhirnya bersetuju untuk memberi satu lagi peluang kepada Sathia membuktikan keupayaannya.
Begitupun, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin memberitahu bahawa tempoh kontrak Sathia akan dinilai berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh FAM iaitu melihat kedudukan negara dalam ranking dunia dan juga prestasi pada pusingan Kelayakan Piala Asia yang bermula Januari sehingga November tahun hadapan.
"Setelah Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan yang diketuai Tuanku Presiden mendengar laporan daripada Datuk Soh Chin Aun, FAM bersetuju untuk melanjutkan kontrak Sathianathan secara bersyarat," kata Khairy pada sidang media di Wisma FAM semalam.
Lagi berita Di Sini
Salam.. Hari ni saya hendak berkongsi dengan anda sebuah laman web yang menyedikan perkhidmatan mereka banner bersaiz 468x60.. Perkhidmatan ini adalah percuma.. Banyak design-design banner yang boleh anda pilih jika anda tidak mahir menggunakan software seperti adobe photoshop untuk mereka bentuk banner anda.. Anda boleh melakukannya di addesigner..
Antara kelebihan yang lainnya adalah.. Ia mempunyai banner yang bergerak(animasi). Sangat mudah untuk membuatnya dan boleh siap dalam masa 5 minit.. Banner ini sesuai jika anda ingin mempromosikan produk anda dan anda tidak mempunyai banner buat sementara waktu ini..
Design Banner Anda Disini: Addesigner
KUALA LUMPUR - Penggunaan biodiesel akan dijadikan mandatori bagi sektor pengangkutan dan perindustrian menjelang Januari 2010, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui semalam.
Katanya, mulai Februari tahun depan, kenderaan kerajaan akan mula menggunakan jenama Envo Diesel Esther (B5), yang merupakan satu adunan lima peratus minyak sawit dan 95 peratus diesel.
"Menjelang 2010, dianggarkan 500,000 metrik tan biodiesel dari minyak sawit akan diperlukan,'' katanya selepas melancarkan B5 bagi kenderaan yang menggunakan diesel di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.
Katanya, harga B5 akan ditetapkan sebanyak RM1.95 seliter, dengan kerajaan memberikan subsidi lima sen seliter.
Sumber: Kosmo
Salam.. Hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua khususnya pengguna blogspot.. Saya ada mencipta templates untuk blogger yang diubahsuai codingya dari template asal dari minima white.. Jadi template ni dah lama saya guna pakaikan.. Jadi jika anda berminat untuk mendownloadnya anda boleh mendownloadnya.. Biasa-biasa je theme ni.. :D Saya ada submit kat btemplates..
Download Link: Dark Brown
Demo Link: Variety Animanga
Untuk pengetahuan anda juga, Blog anime ini adalah kelolaan saya juga.. :D kira ada banyak juga blog ni.. Cuma kat blog anime ni dah lama guna, banyak tukar latar belakang dan sedikit penambahan..:D
Mungkin lepas habis kolej nanti sambung balik cipta templates.. :D
Salam.. Pernahkah anda mengalami masalah diatas.. Masalah ini berlaku ketika anda ingin membuka cd-rom di pc anda dan tiba-tiba ia tidak terkeluar dan berkemungkinan tersekat. Apakah punya jadi begini.. Kemungkinan puncanya adalah terkena habuk dan lama tidak digunakan.. Jadi macam mana penyelesaiannya jika masalah tersangkut ini berulang dan anda ingin mengeluarkan cd didalamnya..
Caranya.. Anda amik sebatang jarum, dan kemudian anda akan nampak lubang kecil di sebelah suis pembuka cd tersebut..Cucuk jarum tersebut diruang kecil sampai cd anda keluar.. :D
Salam.. hari ni saya akan berikan tips berkenaan dengan Youtube yang lembab.. Banyak faktor yang menyebabkan youtube ini menjadi lembab dan antaranya ialah..
1. Line internet yang tidak mengizinkan.
2. Video tersebut di lawati oleh ramai pelawat dalam satu-satu masa.
3. Kemungkinan video itu telah lama.
4. Video tersebut mengalami kerosakkan.
Jadi caranya nak tengok video youtube dengan laju adalah.
1. Periksa line internet anda dahulu..
2. Gunakan youtube downloader untuk muat turun video.
Nak download youtube downloader.. Klik sini
Salam.. Hari ni saya kongsikan kenapa ada sesetengah rumah teres atau banglo dan macam-macam rumah lagi.. Kenapa harga mereka tak sama.. Memang kita akui rumah teres yang dibina di kawasan pedalaman atau dalam kawasan kampung harganya murah sedikit berbanding dibandar.. Kita kongsikan apa punca rumah di bandar mahal sedikit dari kawasan kampung atau pedalaman.. Ini tidak termasuk harga pembinaan..
Sudah tentu jawapannya adalah faktor kemudahan..
1. Kemudahan Klinik
2. Masjid
3. Stesen Petroleum
4. Bank
5. Pasar Raya
6. Sekolah
Walaubagaimana pun.. Duduk dikawasan pedalaman pun ada kelebihannya.. Antara kelebihannya adalah kawasan kediaman anda lebih tenang kerana tidak sesibuk bandar.. Udara dikampung juga lebih segar.. Dan ramai warga kota yang telah membina atau membeli rumah dikawasan pedalaman.. :D
- Fenomena Bulan Senyum 1 Disember
| fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
| Flights to Colombo | Cologne Flights | |
| Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight | |