Jom Join

Posted by GameMaster | 2/11/2009 | 2 comments »



Salam.. Setelah dibina semula pada minggu lepas akibat kerosakkan pada server lama, Jadi Friend Korner yang baru telah dibina semula.. Oleh kerana masih baru dan memerlukan ahli bagi memastikan forum ini terus meriah.. Jadi kepada yang masih baru dengan Friend Korner ini.. Anda boleh rujuk post yang terdahulu.. Taip je friendkorner kat search box..

Reward yang mendaftar awal sehingga minggu ini.. Anda akan diberikan jawatan moderator yang berfungsi untuk menjaga topik atau thread dikawasan yang telah ditetapkan..

Jom Join Forum: Friendkorner

Gadis Malaysia cuba dilacur

Posted by GameMaster | 2/10/2009 | 3 comments »



KUALA LUMPUR - Seorang gadis Malaysia terpaksa meredah hutan, sawah dan kubur pada waktu malam semata-mata melarikan diri daripada dijadikan pelacur di Modung, Jawa Timur Indonesia baru-baru ini.

Itulah pengalaman yang ditempuh Iswatun Hasanah Musbahuddin, 17, dari Pantai Dalam di sini yang dilarikan selama 24 hari ke negara jiran itu sejak 12 Januari lalu.

Semasa berada dalam 'tahanan', gadis yang masih belajar di tingkatan lima itu dikurung di dalam dua buah rumah selama sembilan hari.

Gadis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati lokasi dia dikurung kerana kedudukan rumah tersebut yang jauh terletak di dalam hutan selain dia dibawa ke situ pada waktu malam.

Sebaik dapat melarikan diri, dia terus ke Balai Polis Polsek Modung yang terletak kira-kira 20 kilometer iaitu mengambil masa selama tiga jam perjalanan untuk sampai dari lokasi dia dikurung.

Dia kini selamat dan berada di satu lokasi yang dirahsiakan di Indonesia sebelum dihantar pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

Ketika dihubungi, Iswatun berkata, dia mulanya dibawa oleh seorang lelaki yang dikenalinya menaiki bas dari Puduraya pukul 10 malam pada 13 Januari lalu menuju ke Johor Bahru.

"Ketika itu, saya tidak tahu yang dia hendak bawa saya ke Indonesia kerana dia hanya memberitahu dia hendak membawa saya ke suatu tempat yang dirahsiakan kononnya untuk membuat kejutan,'' katanya.

96 maut kebakaran di Australia

Posted by GameMaster | 2/09/2009 | 0 comments »



KINGLAKE - Sekurang-kurangnya 96 orang maut manakala sejumlah bandar hangus dijilat api dalam kebakaran hutan terburuk di Australia yang disifatkan oleh Perdana Menteri Kevin Rudd semalam bagaikan api dari neraka.

Sejumlah mangsa meninggal dunia di dalam kereta ketika mereka cuba melarikan diri dari api yang menggunung itu manakala sesetengahnya rentung dijilat api.

Setakat semalam terdapat 26 kebakaran hutan masih berlaku di sekitar bandar Victoria, dalam negeri Melbourne manakala 53 kebakaran lagi berlaku di negeri jirannya, New South Wales.

Beberapa kebakaran itu yang bermula di sini, kira-kira 15 kilometer dari Victoria, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Lebih 700 buah rumah hangus dalam kebakaran hutan itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Victoria, Kieren Walshe, sebahagian kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat.

Beliau memberi amaran pencetus kebakaran hutan itu akan didakwa kerana melakukan pembunuhan jika ditangkap.

Kebakaran hutan di tenggara Australia itu telah memusnahkan kawasan sekitar 3,000 kilometer persegi atau lebih tiga kali ganda saiz pulau Hong Kong.

Beribu-ribu anggota bomba bertungkus lumus cuba mengawal api daripada terus merebak dalam kebakaran yang masih belum dapat dikawal itu.

Beribu-ribu mangsa bersesak-sesak mencari perlindungan di dewan orang ramai, sekolah dan tempat-tempat lain ketika askar dan anggota bomba bergelut cuba memadamkan kebakaran.

"Keadaan di sini seperti di Hiroshima atau selepas letupan bom nuklear," kata seorang penduduk Kinglake, Chris Harvey.

Ketika kebakaran hutan melanda tenggara negara itu, utara Australia pula menghadapi banjir akibat hujan lebat dengan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika membawa anjingnya bersiar-siar. - Agensi

Membina Jenama Anda Di Internet

Posted by GameMaster | 2/07/2009 | 0 comments »



Salam. Hari ni saya akan berkongsikan apa itu membina jenama anda di internet.. Memang ramai yang kita tahu, mereka telah menggunakan dunia blog sebagai tempat untuk menjalankan perniagaan.. Disitu juga mereka telah membina sebuah nama untuk produk mereka tersebut.. Dan pastinya ianya menggunakan laman web/blog.

Jadi, kini ramai generasi muda-mudi telah menggunakan blog sebagai satu tempat untuk mereka mencari rakan dan pelbagai lagi. Penggunaan nama domain yang sesuai juga turut akan membantu anda membina jenama anda diinternet.. Jika nama domain yang anda inginkan telah digunakan.. Carilah nama domain yang sesuai bagi membina jenama anda..

Digalakkan menggunakan nama sendiri jika anda seperti ilhamilham.com ke abuali.net ke.. Ianya lebih komersial digunakan kerana ianya menggunakan nama anda.. Kenapa saya tak menggunakan nama sendiri untuk blog ni.. Saya sebenarnya menggunakan nama hakzin ni sempena nama syarikat kecil-kecilan saya.. Terdapat juga brand-brand lain yang saya telah cipta antaranya ialah.

1. Friendkorner (Forum Friendkorner terpaksa di jenamakan semula kerana mengalami masalah. Tetapi ianya tidak mengambil masa yang lama.)
2. Variety-Animanga

800,000 pelajar IPT ada kerja

Posted by GameMaster | 2/05/2009 | 1 comments »



IPOH - Kementerian Pengajian Tinggi percaya lebih 800,000 pelajar yang sedang mengikuti kursus di institusi pengajian tinggi (IPT) akan mendapat pekerjaan walaupun pertumbuhan ekonomi negara bakal menyaksikan kemelesetan pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluang pekerjaan dan perniagaan baru masih dibuka di negara ini walaupun sektor swasta sudah mula bertindak mengurangkan kos pengeluaran dan membuang pekerja mereka.

Katanya, berasaskan kajian kementerian sejak beberapa tahun lalu menunjukkan kira-kira 80 peratus graduan berkelulusan diploma dan ijazah sarjana muda sudah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian masing-masing.

"Sebenarnya, graduan bidang kesusasteraan yang membuat pengkhususan Geografi menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan sehingga kini.

"Jadi semua universiti digalakkan mengadakan program keusahawanan di kalangan pelajar kerana peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan dalam negara masih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) di sini semalam.

Apa Itu FrostBite?

Posted by GameMaster | 2/03/2009 | 0 comments »



Salam.. hari ni saya akan kongsikan apa itu frostbite.. Frostbite adalah salah satu penyakit yang menyebabkan kecederaan kritikal pada kulit dan lain-lain tisu oleh kerana disebabkan kesejukan yang melampau.

Berlakunya frostbite ini adalah pada permukaan yang terdedah dan luas.. Terdapat beberapa peringkat untuk frostbite ini.. Salah satunya ialah frostnip yang biasa berlaku pada pendaki-pendaki gunung yang mendaki dalam altitud yang tinggi dan sejuk.

Cara-cara untuk memulihkannya bergantung kepada kecederaan seseorang.. Jika boleh diselamatkan.. Ianya boleh dilakukan dengan memanaskan tempat serangan frostbite pada tubuh anda..

Pernah juga try masa buat ais.. Bila nak keluarkan dari bekas.. Try pegang lama-lama ais tersebut ianya akan melekat ditangan anda..

Penduduk gempar dengan penemuan 'pocong'

Posted by GameMaster | 2/01/2009 | 3 comments »



KOTA TINGGI - Penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini digemparkan dengan satu kejadian aneh lewat petang kelmarin, ekoran penemuan lima objek menyerupai 'pocong' terdampar di tebing Sungai Johor.

Menurut dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, dari Kampung Tembioh dekat sini, mereka terkejut apabila terlihat objek tersebut yang tiba-tiba timbul dan 'melanggar' paha kanannya ketika sedang asyik menjala ikan di tebing sungai berkenaan.

Mohd. Izzuddin berkata, sudah menjadi kebiasaan bila ada masa terluang beliau bersama rakannya akan menjala ikan di tepi sungai itu tetapi belum pernah terjumpa perkara aneh seperti itu sebelum ini.

Menurutnya, mereka mula turun menjala kira-kira pukul 6 petang dan sebaik tiba di tebing berhadapan dewan badminton di sini, tiba- tiba dia terhidu bau yang agak wangi seakan- akan bunga kemboja atau kapur barus tetapi tidak mengendahkannya.

"Apa lagi, saya dan rakan (Mohd. Razif) bagaikan tergamam seketika dan bergegas naik ke darat ekoran terperanjat sebaik terlihat benda itu,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.

"Ekoran kejadian itu saya terus menceritakannya kepada rakan-rakan lain tetapi mereka tidak mempercayainya sehinggalah muncul empat lagi objek yang serupa semalam tidak jauh dari tempat 'pocong' pertama ditemui."

Menurut Mohd. Izzuddin lagi, kelima-lima objek itu kelihatan seolah-olah seperti mayat yang telah lengkap dikafan dengan kain putih.

Sumber: Kosmo

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight