Ulser Mulut

Posted by GameMaster | 4/10/2009 | 8 comments »



Salam. Adakah anda pernah mengalami ulser mulut dimana, terdapat sedikit tompokan putih di bibir anda dan pastinya ia mengundang rasa yang sakit ketika anda hendak menjamah makanan. Apakah punya sebenar penyakit ulser mulut ini. Ada yang mengatakan ianya berpunca dari kekurangan zat, stress, jangkitan, Rawatan radiasi.

Tetapi dari pendapat saya sendiri, punca terjadinya ulser mulut ini berkemungkinan berpunca dari berus gigi yang telah lusuh dimana ianya dimasuki bakteria dan kerap mengunyah air batu yang sejuk.

Bagaimanakah cara-caranya untuk mengatasi masalah ini. Kalau diikutkan lumrah alam. Ianya akan baik dalam masa seminggu dan kalau lebih dari sebulan tu. Kena bawa pergi hospital.

Cara-cara mengatasi.

1. Gunakan perubatan seperti gel untuk penyakit ulser ini yang boleh didapati dari farmasi atau klinik.
2. Minum air yang bersih dan dimasak.
3. Kurangkan makanan yang boleh mengundang pedih ulser mulut seperti makanan bersambal dan bergaram.
4. Kumur mulut dengan air suam-suam panas atau gunakan listerin.
5. Ini cara saya.. Gunakan air campuran garam dan kumurkan. Kalau nak lebih best. Letak garam di tempat ulser tersebut. Pedih akan hilang dalam masa 10 - 15 minit. Lepas tu pedih balik.
6. Counter balik penyakit ini dengan menjaga kebersihan.

P/S: Sebenarnya baru je minggu ni kena.. Dah nak baik dah.. Tu yang teringat nak berkongsi post ni.

Fast and Furious 4 Trailer

Posted by GameMaster | 4/08/2009 | 2 comments »

Harga ayam naik

Posted by GameMaster | 4/08/2009 | 2 comments »

KUALA LUMPUR 7 April - Harga ayam hidup naik daripada RM3.30 sekilogram kepada RM3.70 sekilogram, harga borong ayam hidup naik daripada RM4 sekilogram kepada RM4.40 sekilogram.

Harga runcit ayam hidup naik daripada RM4.70 sekilogram kepada RM5.10 sekilogram.

Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata harga borong ayam bersih naik kepada RM5.20 daripada RM4.70 sekilogram. Harga runcit ayam bersih (standard) dengan kaki, kepala, hati dan hempedal naik kepada RM6 sekilogram daripada RM5.55 sekilogram.

Harga runcit ayam bersih (super) tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal berharga RM6.70 sekilogram.

Menurut kenyataan itu harga runcit ayam bersih dengan sijil Tanda Kesihatan Veterinar (VHM) Super tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal berharga RM7.40 sekilogram.

Harga terbaru ayam ini berasaskan pada faktor permintaan dan bekalan semasa. - BERNAMA

Bukit Gantang

Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.

Batang Air


LUBOK ANTU: Calon Barisan Nasional (BN), Malcolm Mussen Lamoh menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air dengan memperoleh majoriti 1,854 undi mengalahkan pencabarnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang.

Malcolm Mussen memperoleh 3,907 undi, manakala calon PKR, Jawah Gerang hanya mendapat 2,053 undi.

Pengumuman keputusan pilihan raya itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nelson Mujah Girie tepat jam 7.45 malam di Pusat penjumlahan undi Kompleks Sukan Lubok Antu, di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada BN pada 24 Februari lalu, selepas sembilan bulan koma akibat serangan angin ahmar.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Datuk Dublin Unting Ingkot menang dengan majoriti 3,295 undi mengalahkan Nicholas Bawin Anggat daripada SNAP dengan 2,489 undi.

10 Stadium Terbesar Di Dunia

Posted by GameMaster | 4/05/2009 | 5 comments »


Salam. hari ni saya nak kongsikan info menarik iaitu 10 Stadium Terbesar Di Dunia.

1. Stadium Rungnado May Day dengan kapasiti 150,000 orang.
2. Stadium Salt Lake dengan kapasiti 120,000 orang.
3. Stadium Eztadio Azteca dengan kapasiti 114,465 orang.
4. Stadium Michigan dengan kapasiti 107,501 orang.
5. Stadium Beaver dengan kapasiti 107,282 orang.
6. Stadium Jonalista Mario Filho dengan kapasiti 102,045 orang.
7. Stadium Ohio dengan kapasiti 102,329 orang.
8. Stadium Neyland dengan kapasiti 102,037 orang.
9. Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti 100,200 orang
10. Stadium Melbourne Cricket Ground dengan kapasiti 100,000 orang.

Sumber: Majalah Apo?

Abdullah serah tugas kepada Najib

Posted by GameMaster | 4/03/2009 | 4 comments »



PUTRAJAYA: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan nota serah tugas kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru pada majlis khas di Pejabat Perdana Menteri di sini pada jam 4.50 petang tadi.

Majlis simbolik itu melengkapkan peralihan kuasa secara aman antara beliau dan Najib yang dianggap hadiah amat berharga daripada seorang pemimpin berjiwa besar kepada rakyat.

Hadir sama menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah isteri Abdullah, Tun Jeanne Abdullah, dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pagi tadi, Najib mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Abdullah dan Jeanne pula masing-masing dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara dan Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong.

Telinga Di Masuki Air

Posted by GameMaster | 4/02/2009 | 3 comments »



Salam. Adakah anda mengalami masalah air memasuki telinga anda ketika berenang, mandi. Jika ya ada cara mudah untuk mengatasi masalah ini.. Caranya dengan menggunakan air juga..

Jika telinga anda telah dimasuki air, ambir setitis air ditangan anda dan titiskan ke tempat lubang telinga yang dimasuki air. Dan anda akan rasa sedikit haba dan selepas itu anda sudah mengatasi masalah anda. Ulang perkara yang sama jika terdapat lagi sedikit sisa air ditelinga anda. Kedudukan kepala mestilah air yang dititiskan tadi dapat memasuki lubang telinga anda tadi.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight