Jika anda ingin memerlukan perkhidmatan Unit Trust Consultant.. Anda boleh menghubungi Thomas Hor Thim Futt h/p:017-6711005 @ tel: 06-6771144 atau emel di thor@myjaring.net

Cara mengatasi komputer menjadi lambat

Posted by GameMaster | 10/30/2007 | 1 comments »

1. Pastikan anda menggunakan anti virus yang sebaiknya untuk mengelakkan komputer anda dijangkiti virus.
2. Pastikan juga anda membuat partition untuk melancar kan penggunaan komputer anda..
3. Jika komputer anda telah menjadi lambat.. sila defragment disk komputer anda...
4. Pastikan komputer anda juga diupdate kan dengan gadget baru...

Petua

Posted by GameMaster | 10/28/2007 | 0 comments »

1. Pukau

Nenek saya pesan.. kalau kita nak elakkan dari terkena pukau dirumah.. Belalah ikan puyu@betuk didalam akuarium ke.. Insyaallah pukau tidak akan menjadi....

2. Minum teh

Ermm. lazatnya teh.. untuk dapatkan minuman teh o yang lazat... rendam teh dahulu sehingga warna teh menjadi serata. Kemudian dimasukkan gula.. Kalau rendam teh bersama gula enaknya tiada... Cuba lah kalau ingin tahu

3. Daging lembu

Daging lembu tempatan, harga nya mahal manakala daging lembu dari India lebih murah tapi ianya liat dan keras untuk dimasak. Untuk melembutkan.. rebus bersama dengan daun mangga mengikut kuantiti daging yang direbus.. Apa jenis daun mangga pun boleh

Mari Berpantun

Posted by GameMaster | 10/24/2007 | 0 comments »

Ini adalah salah satu pantun dari warisan Tok Sidang dikampung saya di Melaka, Pantun ini di gunakan semasa meminang. Pantunnya berbunyi begini:

(Soalan)
Kain batik panjang sebelit,
Boleh dibuat talinya timba,
Kalau jalan tak berbelit,
Dah lama kita tiba.

(Jawapan)
Pisang serendah masaknya hijau,
Nanti layu tak layu,
Tinggi rendah kami meninjau,
Nanti lalu tak jugak lalu


Kalau anda berminat berpantun.. Bolehlah dikongsi bersama... Selamat berpantun

Harimau Oh Harimau

Posted by GameMaster | 10/24/2007 | 1 comments »


Kisah ini kisah benar. Datangnya dari maklang saya. Umur 62 tahun, Anda tahulah orang dulu2 kerjanya menoreh getah, Tahun 70an, tiada kemudahan seperti elektrik, jalan raya kurang. Pekerjaannya di mulakan pada pukul 5.30 pagi.Tahulah pokok getah banyak semak samun. Peralatan menoreh seperti pisau getah atau calong (tin yang diikat dipinggang untuk mengutip getah sekerap).

Kira-kira pukul 6 pagi atau sudah terang tanah... tiba-tiba, Maklang saya terdengar sesuatu memijak ranting. Bunyinya seperti ranting patah. Rupa-rupanya apabila Maklang tertoleh sesuatu benda bergerak hampir dengan Maklang kira-kira 2 meter, Maklang tergamam seketika. Lalu dia melihat harimau yang besar yang matanya tertutup berjalan melintasi Maklang( Agaknya harimau tu mengantuk kot), kira-kira hampir 30 meter daripada maklang, harimau itu masih berjalan sambil menutup mata. Maklang memerhatikan harimau itu dari belakang yang sedang berlalu, Dengan ekornya yang panjang yang mencecah ke tanah. Dengan tak diduga. Maklang menjerit dan mengetuk tin yang berada dipingganya.

Apabila harimau itu terdengar bunyi bising yang amat kuat, harimau itu berlari dengan sekuat-kuatnya akibat terperanjat yang amat sangat, tetapi... Harimau itu berhenti dan menoleh ke arah Maklang saya.. Maklang tergamam dan berserah kepada Allah. Oleh kerana Allah masih sayangkan Maklang, maka harimau itu berlalu tanpa mengapa-apa kan Maklang. Akhir kata dari Maklang.. Harimau itu terlewat bangun pagi (kesiangan). Sampai sekarang Maklang masih ingat cerita itu lagi.

Petua lagi..

Posted by GameMaster | 10/22/2007 | 1 comments »

1.Kuih bahulu,

Untuk menghilangkan bau hanyir telur, Apabila telur ayam dipecahkan, sila buangkan pusatnya ( Dekat dengan mata telur), Insyaallah kuih akan wangi. Dan satu lagi untuk merangupkan kuih bahulu tadi, Sila bancuh dengan gula batu yang telah dihancurkan...

2.Pucuk papaya

Untuk menghilangkan rasa pahit, rebus pucuk papaya bersama dengan daun senduduk, ambillah 2-3 tangkai, pastikan daun warna hijau bertukar menjadi coklat. Basuh pucuk papaya dengan air bersih, Insyaallah rasa pahit akan hilang.. Cubalah

Petua orang-orang tua

Posted by GameMaster | 10/18/2007 | 1 comments »

1.Untuk penyakit darah tinggi. Ambil 5-7 helai daun ceri, dibasuh bersih. Sediakan satu cawan air panas, Rendamkan daun ceri tadi hingga sejuk. Amalkan meminumnya, insyaallah penyakit darah tinggi akan berkurangan. Selamat mencuba

2. Untuk mengelakkan dari panas badan ketika makan durian, Ambil secawan air suam tuangkan di dalam pangsa durian. InsyaAllah panas badan akan berkurangan..

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight