

Salam, untuk kali ini saya nak bagi anda semua dengan soalan perah otak.. Soalannya begini kalau sebiji tembikai jatuh menghempap kepala dengan dengan sebiji buah kelapa muda hempap kepala, yang manakah yang paling sakit. Jadi anda fikir-fikirkan jawapannya ya..
P/S: Ha sila-sila jawab-jawab
Untuk pengetahuan anda semua, buah ini juga menjadi kegemaran pelanduk, tenggiling dan juga landak. Kalau anda terjumpa diladang getah, cuba-cubalah..
P/S: Saya bernasib baik dapat jumpa gambar pokok ni.. Dalam bahasa lain pokok ni bernama Cucurligo Latifolia..

Salam, Sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Lagu ibu nyanyian Exits dan lagu terawal untuk ibu dinyanyikan oleh P.Ramlee. Jadi ibu satu perkataan murni kepada semua insan didunia ini tak kiralah ibu itu dipanggil mama,emak, mummy. Disini saya ingin menerangkan keistimewaan perkataan ibu ini.
1. Kalau kita tengok pada diri sendiri, kita 4 ibu jari. Ada tak orang panggil bapa jari.
2. Kalau kita pergi KL apa kita panggil kat KL tersebut.. Kita panggil ibu kota.
3. Sampai di KL dan terasa lapar, beli roti dan roti di buat daripad Ibu Roti.
4. Apa tujuan pergi KL.. Nak lapor diri- Kat mana- Ibu Pejabat Polis.
5. KL ialah apa.. KL adalah Ibu Negara Malaysia.
6. Dari KL kita nak ke langkawi. Kita naik apa.. Kita Naik Ibu Pesawat Mas.
7. Kalau nak meniaga- Kita guna Ibu Duit...
P/S: Kalau ada tambahan nanti saya tambah lagi..
Salam, hari ni saya ingin berceritakan tentang PC Analyser.. Apa itu PC analyser ?. PC Analyser merupakan satu peralatan yang mampu mengesan kerosakkan pada motherboard komputer meja anda (laptop tak pasti). Jika motherboard anda tidak berfungsi atau anda tidak tahu apa masalah motherboard anda, anda hanya perlu masukkan PC Analyser (seperti kad grafik) ke dalam slot motherboard pc anda.. Setiap masalah yang dikenal pasti akan diberikan dalam bentuk nombor di L.E.D pada pc analyser anda.. Setiap nombor yang dikeluarkan adalah masalah yang dihadapi pada pc anda.. Anda boleh merujuknya pada nota yang diberikan..
Dengan adanya teknologi seperti ini, anda boleh melakukannya dirumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membaiki komputer anda. Lagi satu, kad ini juga harganya dalam lingkungan bawah RM 50. Penggunaannya amat mudah dan ringkas. Pada pengguna komputer anda boleh cari benda ni di kedai komputer ataupun di Lelong.com.my
P/S: Dengan adanya teknologi yang canggih sekarang ni, penggunaan komputer makin menjadi senang.

Salam, hari ni saya akan bercerita info tentang walkie talkie.. Walkie talkie memang banyak kegunaannya dan ianya memudahkan komunikasi dalam jarak pertengahan. Walkie talkie kita sering lihat di upcara atau majlis seperti konsert, majlis orang kahwin dan lain-lain acara. Tapi tahukah anda, untuk memiliki walkie talkie ini anda memerlukan lesen daripada polis kalau tak silap.. Kenapa perlu meminta lesen untuk memiliki walkie-talkie ini.. Antara sebab-sebabnya ialah:
1. Kerana ia akan menggangu signal komunikasi di udara..
2. Sebagai contoh, jika anda menggunakan walkie talkie, dan pada masa yang sama ada orang lain menggunakan walkie talkie dan ia akan menyebabkan gangguan.
3. Boleh menggangu kerja polis ketika dalam proses penyiasatan..
P/S: Ya tak ya juga kan.. Gangguan signal akan berlaku jika terdapat dua atau lebih pengguna walkie talkie dalam jarak yang hampir..
P/S: Teknik ni senang je nak buat.. Cuba perhatikan betul-betul kad tu macam mana di letak dan dibuat.. Saya dah buat teknik ni kat rakan-rakan saya menjadi.. Anda pula bagaimana

Salam, hari ini saya masih lagi menceritakan makanan-makanan lama terdiri daripada buah belimbing buluh, Sekiranya anda ingin mengetahui 2 jenis belimbing buluh yang ditanam. Satu yang berjenis besar saiznya. Jenis ini berwarna putih dan agak kurang masam. Belimbing yang kedua pula bewarna kehijauan dan lebih masam. Untuk jenis hijau, ia sesuai untuk membuat halwa dan juga sesuai untuk dibuat gulai lemak telur ikan, gulai lemak telur itik. Pada masa dulu, jenis belimbing yang hijau ini, banyak dibuat jeruk.
Apabila sudah menjadi jeruk. Ia amat enak dimakan bersama dengan belacan panggang ataupun belacan goreng dicampur dengan cili api. Seperti mana yang saya katakan dulu, Bunga belimbing boleh dibuat sirap untuk mengurangkan batuk. Usia pokok belimbing boleh bertahan sehingga 100 tahun. Daun belimbing juga boleh digunakan untuk ubatan tradisional untuk demam campak. Daunnya digiling lumat dicampur dengan sedikit beras dan mata kunyit dan disapu dibadan yang kena demam campak.. InsyaAllah akan sembuh penyakit..Selamat Mencuba..
| fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
| Flights to Colombo | Cologne Flights | |
| Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight | |

