KUALA LUMPUR - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran sahaja.
Itulah angka yang ideal kepada tokoh akademik, Prof. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim apabila merujuk kepada cadangan kerajaan untuk mengkaji mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon peperiksaan tersebut.
"Mereka (pelajar) sekarang belajar macam robot, tak ada masa untuk berfikir kerana asyik menghafal.
"Ini bukan teknik sebenar untuk belajar kerana peperiksaan bukanlah untuk menguji ingatan tetapi sejauh mana pelajar faham dan berhujah menerusi jawapan yang diberi,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian itu mungkin dibuat kerana amalan membenarkan calon SPM mengambil sehingga 20 mata pelajaran menyebabkan timbul masalah termasuk pemilihan bagi biasiswa kerajaan.
Kay Kim menyokong cadangan kajian itu kerana bimbang pelajar yang dibebani dengan terlalu banyak mata pelajaran akan hilang fokus terhadap aktiviti lain termasuk kokurikulum.
Seorang lagi tokoh akademik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pula berpendapat, jumlah A dalam peperiksaan bukan kaedah terbaik menentukan tahap kecerdasan pelajar.
"Kecemerlangan juga diukur melalui banyak aspek lain termasuk penglibatan dalam aktiviti di sekolah,'' katanya.
PETALING JAYA - Pengusaha ternakan ikan keli di negara ini perlu mempunyai sijil halal yang sah kerana mereka juga bertindak sebagai pembekal yang memasarkan produk itu kepada pihak lain seperti peruncit.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, walaupun permohonan sijil halal di kalangan penternak ikan tidak diwajibkan namun sebagai pembekal, mereka seharusnya bertanggungjawab mendapatkan sijil berkenaan.
"Sebagai pembekal, mereka mesti ingat kalau mereka tak ada sijil halal, tidak boleh bekalkan sesuatu barang itu kepada para peruncit yang menyediakan bahan-bahan halal," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai 10 kolam ternakan ikan keli di Ipoh yang didakwa penduduk dicemari dengan air sisa kumbahan dari ladang ternakan babi berhampiran.
Jamil bagaimanapun memberitahu, pihaknya bersedia untuk melakukan siasatan di tapak 10 kolam ternakan ikan keli tersebut.
Adakah anda mempunyai masalah dengan membuat blog. Walaupun anda sudah membina blog anda, tetapi blog anda masih lagi belum boleh dikatakan blog yang baik. Anda mungkin memerlukan tips-tips untuk memajukan blog anda.
Jadi jika anda ingin memulakan kembali dan menjadikan blog anda yang baik dari segi kualitinya. Sila klik link dibawah atau imej diatas.
Download Link: Pakej Tips Percuma
PUTRAJAYA - Orang ramai bakal mempunyai lebih pilihan dalam penggunaan petrol apabila kerajaan memperkenalkan minyak baru iaitu petrol tanpa plumbum RON 95 dengan harga RM1.75 seliter berkuat kuasa mulai 1 September ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengenalan petrol RON 95 yang disubsidikan kerajaan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara bagi menggantikan penggunaan petrol RON 92.
"RON 95 ialah minyak berkualiti, kurang mencemarkan udara dan harganya lebih rendah berbanding RON 92.
"Kerajaan memberi subsidi 3 sen untuk setiap liter untuk minyak RON 95,'' katanya selepas merasmikan penjualan petrol RON 95 di Stesen Minyak Petronas 9D di Presint 9 di sini semalam.
Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Pengerusi Petronas Dagangan Berhad, Datuk Anuar Ahmad.
Ekoran pengenalan petrol baru itu, Ismail memaklumkan, petrol RON 97 yang digunakan ketika ini akan dijadikan produk premium bermula September ini dan dijual pada harga baru iaitu RM2 seliter berbanding RM1.80 ketika ini.
"Pengguna tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga RON 97 kerana petrol RON 95 sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan di negara ini termasuk kereta mewah,'' jelas beliau.
DUBAI - Pihak berkuasa Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menangkap seorang kerabat diraja berikutan tuduhan mencederakan seorang lelaki.
Agensi berita WAM melaporkan anggota kerabat itu, Sheik Issa bin Zayed Al Nahyan ditahan pihak pendakwa raya selepas beberapa pegawai melancarkan siasatan jenayah secara rasmi.
Siasatan terhadap Sheik Issa dilakukan setelah satu klip video menunjukkan dia meliwat seorang lelaki dan memukul seorang lelaki lain terbongkar.
Satu pengumuman Jabatan Kehakiman Abu Dhabi menyatakan Sheik Issa mungkin dibicarakan di sebuah mahkamah secara terbuka.
Kes berkenaan mungkin menjadi kes pertama di UAE yang secara tradisi menunjukkan keluarga diraja 'kebal' daripada pendakwaan undang-undang.
Dakwaan penderaan terhadap Sheik Issa muncul buat pertama kali tahun lalu setelah rakan perniagaan beliau di Texas, Bassem Nabulsi mengemukakan saman terhadapnya di Amerika Syarikat (AS).
- AP
| fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
| Flights to Colombo | Cologne Flights | |
| Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight | |