Ok.... Zaman dahulu daging adalah makanan utama semasa hari perayaan baik hari raya aidilfitri mahupun hari raya korban. Memakan daging adalah satu kepastian. Untuk mengelakkan kolestrol yang tinggi apa yang kita boleh buat belilah daging sekilo ataupun lebih. Kalau nak potong besar ke potong kecil ke ikut suka anda. Kalau tak potong pun takpe, bersihkan daging tersebut bersih-bersih dan tenggekan air panas dan masukkan daging tersebut. Rebuskan daging tersebut hingga empuk jangan lupa isikan sedikit garam secukup rasa. Ambil kicap dibancuh dengan cuka(kalau boleh makan cuka isikan). Cuka boleh digantikan dengan air limau kasturi. Rasa masin-masin masam. Kalau hendak pedas tambahlah cili api. Ambil daging yang dah empuk tadi. Boleh guna tangan untuk meleraikan daging tadi ataupun menggunakan pisau untuk memotong daging tersebut. Cicah ia kedalam kuah kicap tadi. Disitulah akan nampak kehebatan rasa daging tersebut. Kuah rebusan daging tadi bolehlah dibuat sup atau dibuat makan dengan nasi. Cubalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
Flights to Colombo | Cologne Flights | |
Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight |
Nenek saya paling suka buat daging rebus. Letak daging, garam, bawang dengan potongan kentang. Rebus dalam 20 minit sampai mendidih lepas tuh makan dengan nasi campur kicap.... sedap...
memang sedap