Salam, hari ini saya akan menceritakan sebuah kisah dan seperti biasa juga saya memerlukan jawapan daripada anda semua untuk menyelesaikan masalah cerita ini.. Cerita berbunyi begini. Pada satu hari ada seorang pakcik yang bisu sedang menjaga kolam air.. Pakcik tersebut sentiasa berusaha untuk bercakap walaupun sedikit. Jadi beliau mencuba dengan loghat dia sendiri. Dan akhirnya beliau hanya dapat mengucapkan perkataan tidak. Nak dijadikan cerita, ada seorang bujang sedang lalu disitu untuk mengambil air dan terjumpa pakcik tersebut. Adat orang melayu kalau berjumpa dengan orang mesti memberi salam. "Assalamualaikum pakcik, boleh saya tumpang ambil air disini". Dan jawab pakcik tersebut dalam loghat bisunya berkata tidak.. Maka berlari si bujang tadi sambil menangis.
Seperti biasa, kali ini seorang budak kecil pula ingin mengambil air dan seperti biasa juga jawapan yang diberikan tidak. Begitulah seterusnya sehingga 3-4 orang. Datanglah seorang pemuda yang nampaknya boleh membantu. Dia pun mendekati kumpulan orang yang gagal mengambil air tadi. Dan berkata "Apa masalahnya ni". Lalu kumpulan tersebut tadi memberitahu yang ada seorang pakcik bisu tidak membenarkan orang mengambil air di kolam tersebut. Lalu pemuda tersebut menghampiri pakcik tadi dan memberi salam.. Sila berikan jawapan pada soalan ini..
P/S: Soalan kali ni senang sikit. Pemenang akan mendapat hadiah makan dirumah sendiri sampai bila-bila. Hehehe.. Belum ada sponsor lagi nak beri hadiah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
Flights to Colombo | Cologne Flights | |
Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight |
No idea. Nanti nak PK...
ok.. sila cuba ya
Hah... tunggu orang kasi jawapan dululah.
tanya kat pakcik tu: "Pakcik ke tuan kolam ni?". .. lepas tu.."kena bayar ke?" .. lepas tu.."kami nak ambil air kat sini, pakcik marah ke?..
jawapan pakcik tu , kita dah tahu..
Salah juga pakteh.. Pakcik tu bisu. Macam mana dia nak cakap dengan pemuda tu.. Yang dia tahu sebut tidak je.. Cuba lagi
ermm kena pk bebanyak kali dulu ni.. soklan trick gak ni :D
Memang soalan trick.. Tapi saya rasa mesti ada orang boleh jawab punya
tanya kat pakcik tu, "pakcik boleh tak kalau saya TAK ambik air kat kolam ni?"...
kan settle masalah diorang :)
Tak boleh gak.. Ada jawapan lain lagi
Pemuda tu tanya, "Pakcik marah tak kalau saya ambil air kat sini?"
Boleh terima jugak la jawapan ni.. tapi ada ayat yang lebih tepat lagi tak
ni jawapan aku
Ni kolam air pak cik ke?
hahaha
lupe nak tambah..
dah pakcik jawab tidak..
so suke ati laki tu la nak amik air sbb bukan air pak cik punye haha
Jawapan yang hampir tepat adalah jawapan saudara hafiz xy..
jawapannya,,
"pakcik2,kalau pakcik bagi kitorang ambik air, pakcik kata TIDAK, kalau pakcik tak bagi, pak cik kata YA,"
kan settle...wakaka
Pakcik tersebut hanya boleh cakap tidak sahaja.. Bagaimana budak2 tu hendak ambil air. hehehe
"Adakah pakcik akan halang saya ambil air kolam ni?