Pegi ke hulu mengayuh rakit,
mencari kerang berguni-guni,
Dulu sihat sekarang sakit,
Mengapa tiada orang yang ambil peduli.
Daun kelapa dibuat ketupat,
ketupat dibuat sarapan pagi,
Apa pendapat berikan nasihat,
Bakal isteri berjawatan tinggi.
Awan mendung sudah berarak,
cantiknya langit berwarna biru.
Kasihnya isteri lebih ke anak.
Kasihnya ke suami mana nak ngadu.
P/S: Pantun kali ni senang sikit nak jawab berbanding dahulu.. Para bloggers sila jawab..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
Flights to Colombo | Cologne Flights | |
Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight |
Berlenggang Si Salmah dan Si Salmi,
Pergi bersama ke Pekan Rabu;
Kasihnya isteri, tumpah ke suami,
Kasihnya suami ke bantal kekabu.
Boleh gitu gamemaster?
Terima Kasih kerana membalas pantun Encik Azlanlin
Ke pasar mencari penyapu lidi,
Lalu di hutan banyak duri;
Memang orang tak ambil peduli,
Kerana sibuk nak post entri.
Bermandi-manda di tepi perigi,
Untuk membersih badan berdaki;
Biar si isteri berjawatan tinggi,
Asal si suami tak goyang kaki.
Harum baunya si bunga melati,
Sudahlah harum tidak berduri;
Si suami jangan susah hati,
Kasihkan kembali ke anak isteri.
Pandai juga tuan hamba berpantun ye hafiz xy.. Nice try
Brighton's beach beautifully enchanting
Whistling breeze so cool and chilly
Day and nite surfing and chatting
Leaving spouse a life with no quality!
Bubbly mood shopping for grocery
Taking rice with crunchier celery
Good for hubby,good for fmly
Having a wife that higher salary.
Baking pie ,tart and cookies
Wearing gloves with the shade of blue
The love of wife more to kiddies
The love of hubby DIY what to do!
..hehhehe Have a good w/end!
Thanks for reply the pantun in english.