Salam, Ini adalah satu cerita dan saya nak anda semua jawab soalan dari cerita ini.. Ada pakcik, dalam hidup dia tak pernah naik kapal terbang. Satu hari, anaknya yang duduk di Kuala Lumpur telah mengajak beliau ke Kuala Lumpur dari Pantai Timur dengan menaiki kapal terbang. Setelah tiba harinya, masa untuk berlepas menaiki kapal terbang dari pantai timur. Sebelum itu anaknya telah berpesan. Apabila masuk kapal terbang dan nampak tempat duduk dan terus duduk diam-diam. Jangan peduli pun apa orang lain tanya. Hanya menggunakan tangan sahaja memberi salam. Apabila masuk sahaja ke pintu kapal terbang. PakCik ternampak kerusi di hadapan sekali. Terus dia duduk disitu. Dengan tidak bergerak-gerak lah.. Setiap kali orang melintas dihadapannya beliau menghulurkan tangan untuk memberi salam. Di kala itu juga, datanglah seorang pramugari mendekati pakcik tadi, dan berkata " Tempat duduk pak cik ni sebenarnya di belakang bukan di depan". Berulang-kali pramugari meminta pakcik bertukar tempat tetapi pakcik tersebut hanya mendiamkan diri dan membisu seribu kata. Hampa dengan kejadian tadi, pramugari tadi lalu berjumpa dengan pramugara dan pramugara tadi mencuba sekali lagi telah menerangkan pak cik bukan sepatutnya duduk disini. PakCik tadi seperti biasa dan teringat kata anaknya terus membisukan dirinya. Oleh kerana gagal memujuk pakcik tadi.. Pramugara dan pramugari tadi berjumpa dengan pilot untuk menyelesaikan masalah pakcik tadi.. Lalu pilot mendekati pak cik tadi dan berkata " Oh masalah ini".....
P/S: Apakah perkataan yang bakal diajukan untuk pakcik tersebut..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
Flights to Colombo | Cologne Flights | |
Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight |
eemmm lepas makan cendul nanti sy fikir yer.........
betul..betul... kita pakat gi makan cendol dulu baru fikir jawapan tu. Lepas fikir, makan cendol lagi... baru kita fikir jawab.
kita minum dulu
ala.. x dpt ber pk la.. myb dia cakap,pkcik kt mtpt ni de bom..hehehehe
Pak cik tu buat dono jugak.. kan anak dia dah cakap sebelum ni.. Tapi jawapan tu dah ada kaitan sikit la
Pilot tu akan cakap: "Pakcik,di sini tempat duduk orang bisu,tempat duduk orang yang dapat bercakap di belakang".Mesti p.cik tu beralih tempat.Betul tak??
jawapan kurang tepat... sila cuba lagi.. Pak cik tu pun buat tak tahu jugak.
Pilot kata "kalau duduk di sini tak sampai ke Pantai Timur, sekadar Genting Highland. Orang ke Pantai Timur duduk di belakang." Agaknya begitulah....
Kurang tepat juga saiee dris.. Takpe sila cuba lagi
pakcik neh kompom duduk kat tandas neh.. miahahah!!! name pun tandas duduk.. :P btoi tak?
Salah gak... takpe sila cuba di lain kali..
emm..maybe pilot tu ckp kat pacik tu anak die suh pacik tu dok bakang..ekekeke..
pilot tu akan cakap "pakcik, kalau duduk sini nanti kapal terbang terhempas, kena duduk belakang baru OK" :D betul tak gamemaster? :)
Pakcik tu masih juga buat pekak je.. ada jawapan yang menarik lagi.. hehehe.. Jgn putus asa lagi..
ape ek???alaa...soalan peksa pun tak susah cmnie tawaw =p
lerr..
citer bersambung ke??
adeshh..
ye ke? pakcik tu still buat pekak? hmmm...kena suruh sapa2 kencing kat situ kot? baru pakcik tu bangun! hahahahahhaha:D :D betul tak?
Jawapan akan di beri pada malam ini.. Masih sempat lagi kot nak jawab soalan ni.. hehehe.. Takpe banyak lagi soalan yang saya ada ni
huhu..
dh puas pk ni tak jupe2 gak jawapan die..
siap tanye ank murid lagik..huhu
Jawapan akan diberikan malam ni.. Tunggu.. hehehe
Saya akan beri jawapan pada soalan ini.. Jawapan dia.. Lalu pilot tersebut mendekati pakcik dan memberi salam dan meminta pakcik tadi mengeluarkan tiket kapal terbang. Dengan tersenyum menanyakan pakcik nak pergi ke kuala lumpur ke. Pakcik dengan senyum menjawab ya nak. Dan pilot berkata "oh pakcik salah duduk ni, Sebenarnya tempat dihadapan ini untuk ke Johor baru dan tempat duduk pakcik di belakang sana. Kalau pakcik duduk didepan, pakcik takkan jumpa anak pakcik kat KL. Dengan pantasnya pakcik tadi bangun lalu pergi ke tempat duduk belakang beserta 2 orang pramugari tadi. Maka dengan tersenyum pilot pun berkata siapa pandai..
lorr...tue ke jwpnnye.
tade lam clue pun.mne aci cmnie =p
eh bukan dah ada ke dalam cerita tu.. pakcik tu nak pegi kl jumpa anak dia.. hehehe.. Takpe pada masa akan datang soalan macam ini akan diperbanyakkan lagi.. Tq
laaa ye ke jawapan dia mcm tu? soalan susah, tapi jawapan senang je.heheheheeh
Jawapan dia tak susah cuma pening sikit je. heheheh
salah jawapan gamemaster tu...
patutnya pilot tu ckp cani..oh masalah ni senang je, ok sangat la klu pakcik nak dok kat kerusi depan, bleh la pakcik gantikan sy jd pilot, sy bleh la rest kat krusi kat blakang tu...hehe...
Jawapan tu tak kena la inabu. Pakcik tu buat dono je.. Dengar je duduk situ tak pegi kl pakcik tu terus bangun