Salam, hari ini saya hendak menceritakan sejenis siput yang kita boleh dapati dimusim sawah padi. Siput ini juga terkenal dengan nama "KELINBUAI" dikampung ayah saya.. Siput ini hidup di sawah-sawah padi yang mengeluarkan padi muda. Siput ini berwarna hitam dan berukuran sebesar ibu jari kaki sehinggalah sebesar bola ping pong. Makanan asasi siput ini ialah rumput-rumput dan batang padi. Siput ini membiak dengan cepat semasa padi diubah. Untuk menikmati daging siput ini, kita perlulah memungut siput ini di empangan air sawah dan terusan air sawah. Apabila kita sudah kumpulkan, kulit siput ini agak licin dan berlumut sikit dan perlu dibasuh dahulu. Kemudian kita rebus dengan air biasa seperti kita merebus kerang. Siput ini ada mukanya yang tersendiri. Apabila dah direbus, kita kena kopek kulit siput tadi dan isinya terpaksa dicungkil menggunakan pisau atau batang lidi sate. Setelah habis dikupas, kita perlu membuang bahagian yang lembik dan kita hanya perlu ambil isinya sahaja. Bersihkan dengan air garam dahulu dan kemudiannya dicampur dengan kunyit dan digoreng. Isinya agak liat sedikit, apabila sudah digoreng rasanya agak manis. Lebih enak lagi, boleh digoreng kering bercili ataupun dibuat sambal tumis seperti sambal tumis kerang. Boleh dimakan dengan nasi ketika panas.. Ini sahaja resepi untuk hari ini.
P/S: Siput ini dikatakan juga sebagai mengurangkan penyakit semput. Orang-orang dulu kata lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
Flights to Colombo | Cologne Flights | |
Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight |
oh.. maaf. saya tak pandai makan siput even siput sedut.
Tak nak cuba try ke
Ohh?? macam mana rupa siput tuh? Strange but true...
Bentuk dia bulat-bulat dan bewarna hitam.. Senang didapati disawah.
bole mkn ker??uishh dulu combi dok kt sawah padi gak..tp x prnah dgr org mkn siput ni..
bole ekk :p
Boleh.. Ada keluar sekali kat tv.. tak silap majalah 3 ada kot..
JEMPUTAN UTK MENYERTAI JL BLOGGER MANIA, sila layari www.jomlayan.com utk maklumat lanjut. TX
waaaa, mcm sedap je,huhu..tapi tak taula plak rupe bentuknye,huhu..tak pernah duduk kat sawah padi,hehee
nanti saya akan cuba carikan gambar siput nihh
nak tgk gambar siput tu..heehe
~ kalau blk kg En. Mat6 kat belah pntai timur, diorg mmg mkn siput sedut ni...masak lemak. saya tak pernah mkn...tak biasa...
~ geliiii tgk siput tu bergerak-gerak...:-P
kat tempat saya di Perlis siput ni orang panggil kelemboi... kecik2 dulu selalu juga makan...makanan org kmpg yg agak miskin... isi di hiris2 spt cendawan bulat...saya dah lupa bagaimana rasanya. Tapi, masa miskin rasanya sedap sekali... kadangkala sedih & insaf mengenang masa lalu...bagaimana ibu bapa berusaha membesarkan kita dalam kemiskinan. siput, ubi & daun menjadi menu harian.....
Walau macam mana susah pun mereka, pasti mereka tak pernah berputus asa untuk memberi anak mereka makan ..
ada tak org yg nak beli siput gondang ni? dengarnya kat hulu sel ada. ada sesape tau tak?
Great and I have a keen provide: Whole House Renovation Cost Calculator house renos