Salam, ku tanam padi tumbuhnya lalang, itu peribahasa orang-orang dulu yang masih relevan hingga sekarang. Maksud peribahasa ini adalah mengharapkan yang baik tetapi sebaliknya yang datang. Ada lagi orang kata "Engkau bagaikan lalang" yang bermaksud pendirian seseorang tidak tetap. Lembu dan kambing pun tak suka lalang. Tetapi di sebalik keburukan lalang ini ada satu perkara yang ada tidak tahu.. Untuk hari ini saya berkongsi pengalaman dengan arwah nenek saya yang diturunkan kepada ayah saya tentang kebaikkan lalang ini.
Kalau anda pergi ke padang-padang yang terbiar yang dipenuhi dengan lalang, cuba cabut lalang yang tua usianya atau yang besar dan tentukan ada satu akar tunjang di mana apabila kita kupas kulitnya akar tadi ia berwarna putih. Kumpulkan seberapa banyak akar tunjang yang boleh dan dibasuh bersih-bersih dijemur sehingga kering. Apabila dah kering, ambillah semangkuk air dijerang didalam periuk bersama ketulan gula batu dan rebus sehingga mendidih. Apabila sudah sejuk, minum seperti minum air biasa. Khasiatnya ia boleh melegakan rasa panas dalam badan. InsyaAllah diizinkan tuhan sekiranya ada sakit-sakit yang lain akan diubati juga. Cubalah.
P/S: Jangan sangka lalang tiada gunanya.. hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
Flights to Colombo | Cologne Flights | |
Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight |
Semua yang dijadikan Allah di muka bumi ni berguna. Hanya manusia sahaja tidak tahu kerana tiada ilmu. Benarlah seperti firman Allah: Tidak Ku berikan ilmu melainkan sedikit...
Betul tu abg putra.
antara satu tujuan Allah menumbuhkan lalang2 di tanah bumi-Nya ialah untuk menyedarkan tuan tanah tu bahawa beliau dah lama tak jenguk2 tanah tu.
semakin tebal dan tinggi lalang, melambangkan masa yang cukup lama dibiarkan.
Itu sebab adanya lalang supaya tanah tidak kering kontang. Apabila tiadanya lalang, sekiranya hujan turun dengan lebat, akan membuatkan tanah runtuh. Setiap makhluk disisi Allah ada gunanya.
nice one. even lalang ada gunanya.. manfaat bt mrk yg mahu mengambil iktibar.
salam.sy pernah dengar ade sorg ibu yang sangat miskin. die cabut lalang hingga ke akar nya. akar dikeringkan dan direbus untuk bagi anak2 makan sebab akar lalang boleh ganti gula. percaya tak? ibu tua yang tak tau sains pun tau hal ni, hehehe..
Tu saya tak tahu pulak.. Mungkin ada benarnya juga
tp saya suka pokok dan menghargainya biarpun pokok lalang sekalipun......di rumah sypun banyak lalang...lalang ni biarpun di tiup angin melintuk liuk ttp akarnya ttp teguh......salam hari minggu..salam singgah...........