KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kembali berkuasa tetapi dengan majoriti yang kurang dan kalah mengejut di Pulau Pinang.
Barisan Nasional juga terlepas kerajaan negeri Kedah dan mengikut keputusan tidak rasmi, kalah di Selangor dan Perak kepada pakatan pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
Parti pemerintah juga gagal merampas Kelantan daripada Pas yang menguasai negeri itu sejak 1990.
Pada pilihan raya 2004, BN menang besar apabila menguasai 199 daripada 219 kerusi.
Memburukkan lagi keadaan ialah tiga parti komponennya juga tumpas — Gerakan, MIC dan PPP.
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden PPP Datuk M Kayveas ketiga-tiganya kalah.
Perdana Menteri dan pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas sementara timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak menang dengan jumlah majoriti yang besar di Pekan.
Abdullah sementara itu menafikan desas desus beliau akan meletak jawatan.
“Saya tak tahu siapa kena tekan tapi tidak, saya tidak letak jawatan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra awal pagi ini.
Ditanya sama ada ada keputusan kali ini menunjukkan pengundi tidak percaya kepada kepemimpinan beliau, Abdullah berkata: “Tidak...ini adalah pendirian rakyat untuk melihat kekuatan mereka untuk tidak beri kami kemenangan dua pertiga.”
Mengenai kekalahan beberapa menteri Kabinetnya, beliau menyifatkannya sebagai kekalahan biasa.
Abdullah yang menjadi Perdana Menteri sejak November 2003, berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Isnin mengenai penubuhan kerajaan baru.
Selain daripada Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya, turut kecundang ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Seri Zainuddin Maidin (Penerangan) dan Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah). — Bernama
Sumber: Bernama
tahniah pada yg menang..ini bermakna tanggung jwp akan bertambah..so tak bule goyang2 kaki laa ekk :p
Memang sengit betul pertandingan malam tadi
seluruh negeri ada peningkatan peralihan kepada pembangkang!. mana kewibawaan Pak Lah? Kalau Pak Lah macam Pak lah yang sekarang, 5 tahun lagi, Malaysia akan diperintah oleh pembangkang dan mungkin anuar Ibrahim jadi PM! percayalah..
Cabai Burung
Tu la pasal.. Mungkin BN ni terlalu selesa dengan rekod 2004. Tapi kali percaturan tidak menjadi.
padan muka bn, hikhik... cuma tun mahathir yg trbaik mmerintah wlaupun dia ada wat salah. slumber je tun kutuk paklah...