Berdoa Dengan Cara Yang Betul..

Posted by GameMaster | 7/15/2008 | 5 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:


Salam.. ramai ada diantara kita yang selalu berdoa tetapi kurang dimakbulkan... Apakah puncanya ?.. Kita berdoa dan hanya tuhan yang menentukan.. Jika tuhan kabulkan doa kita alhamdulillah.. Tetapi tahukah anda jika kita meminta sesuatu daripada tuhan, pastilah kena dengan caranya seperti berdoa selepas sembahyang atau kita sedang ditimpa kesusahan..

Contoh doa yang sering orang gunakan selepas sembahyang, " Ya Allah permurahkanlah rezeki keluarga hambamu ini Ya Allah", Dari ayat permurahkan itu mungkin rezeki kita akan menjadi murah.. Ingat jika kita minta rezeki kita dipemurahkan.. Mungkin tuhan akan membalas dengan kawan belanja minum kopi RM 1 kerana kita telah salah meminta.. Seeloknya kita harus menukarkan perkataan pemurah itu kepada permudahkan rezeki.. Permudahkan bermaksud kita mudah mencari rezeki jika diizinkan tuhan..

Lagi satu, kenapa harus kita malu ketika hendak meminta sesuatu dariNya.. Contohnya anda mempunyai keinginan untuk mendapatan sebagai contoh saya katakan anda inginkan RM 5000, berdoa dan minta supaya di berikan keizinan dan insyaAllah anda akan dapat RM 5000 tersebut..

P/S: Kita perlu ingat setiap ayat yang kita keluarkan dari mulut kita kadang-kadang di nyatakan sebagai doa.. Contoh memanggil nama anak anda dengan nama yang baik..

5 comments

  1. Anonymous // July 15, 2008 at 2:40 PM  

    bila terbaca post ni, teringat buku yang telah saya baca. Ia adalah karangan imam besar sheikh abdul qadir jailani.

    Beliau menyatakan bahawasanya, wahai manusia yang "bodoh"! kenapa kamu meminta2 kepada manusia padahal ia tidak dapat menolong kamu kecuali tabib dan imam besar.

    Maksudnya jangan kita meminta2 pada manusia. Kalau rasa nak duit, mintak pada Allah. Jangan mintak pada manusia kerana manusia ni ciptaan Allah. Ia sangat lemah. Allah jua yang maha kuasa...

  2. Anonymous // July 15, 2008 at 2:57 PM  

    Yup... tu betul..

  3. IamYonna // July 16, 2008 at 6:59 AM  

    kata-kata merupakan doa :)
    jadi sentiasalah berkata-kata dan berdoa dengan ayat2 yang baik..

    err awk..
    blog awk ni byk sgt pop up la :)

  4. Anonymous // July 16, 2008 at 8:03 AM  

    banyak sponsor kot.. saya pun tak tahu macam mana nak stop popup ni..

  5. Anonymous // July 25, 2008 at 11:39 AM  

    berdoa berpadanan la dgn usaha. berdoa tanpa usaha tanpa amal kan lain jadi yer

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight