BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dengan 15,524 undi, manakala Hanafi yang juga Presiden Akim hanya memperoleh 92 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, pada jam 10.12 malam. Baca Selanjutnya Disini..
Sumber: Berita Harian..
Selesai sudah pilihanraya yang penuh debaran ini.. Apa-apa pun tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim..
lihat pula apa akn jadi lepas ni
berdebar jugak ni
Awat berdebar..
Salam to GM.. Yahooo....anwar menang..hehehe...
Salam to shakira juga.. Tu la dia suara rakyat namanya.. :D
Lmbt betul Media2 kita pada malam tu. bygkan kalo arifshah mng..
mesti awl2 lg depa tunjuk dh
Bukan setakat tunjuk.. Seminggu tak habis kat tv.. :D