PUTRAJAYA: Berkuatkuasa 1 September ini, harga runcit petrol akan
diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan dan subsidi akan
dikekalkan pada kadar 30 sen seliter, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, hari ini.
Perdana Menteri berkata harga runcit petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.
“Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan
melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
setelah mengkaji secara teliti kebelakangan ini harga minyak mentah
yang menunjukkan trend menurun.
Selasa lalu, harganya ialah AS$122 setong berbanding harga
purata bagi Jun AS$132 setong, dan kerajaan menanggung subsidi petrol
sebanyak 64 sen seliter. - Bernama
Sumber: Berita Harian
rakyat bukan nak dengar cerita pasal penyelarasan. kita nak dengar pasal turun harga minyak. dan lepas tu macam mana pulak dengan harga tambang bas yang katakanya akan dinaikan...
Memang tu la yang dinantikan oleh rakyat sekarang ni.. Agak2 berapa la turun nanti
Aku dah serik dengan tipu helah kerajaan sekarang ni
nampak sangat nak tarik pengundi kan. hehe :)
Hehehe biasa la tu bro
Agak agak la kan, bape harga baru dia ekk??
Kalau boleh tu bior le turun harga asal.. RM 1.92 sen.. Penuh tank minyak motor tu nanti