Salam.. Hari ni saya nak bagi sedikit tips untuk membuang air kotor di akuarium.. Pasti ada diantara anda semua yang membela ikan didalam akuarium.. Betul tak.... Jadi hari ni tipsnya senang sahaja.. Selalu kalau anda membuang air kotoran di akuarium bagaimana.. Ada yang menyedut paip untuk membuang air.. Ada yang menggunakan gayung.. Macam-macam kan..
Jadi tips yang senang disini adalah.. Semasa anda hendak mencuci air kotoran di akuarium menggunakan batang paip.. Mula-mula hujung paip tersebut hendaklah diletakkan di dalam akuarium.. Dan yang pangkalnya anda letakkan di kepala paip air.. Kemudian anda buka paip air tersebut sehingga hujung paip yang di dalam akuarium berbuih.. Kemudian cabutkan pangkal paip di kepala paip air dan biarkan air tersebut keluar.. Senang je..
Berapa kerapkah anda mencuci akuarium anda..
satu lagi ilmu..bagusnye..t.kasih GM
Sama-sama..
itulah cara yg sy buat...hehehe
mak saya ajar dulu... hujung a letak dalam air akuarium... hujung b sedut kuat-kuat sempai airnya mengikut dan biarkan air tu terkeluar sendiri... pasti boleh...mamamia5
Yang sedut tu payah skit.. Ni sambungkan je kat paip air tu lepas tu cabut kan.. terus automatik dia keluar.. :D