KUALA LUMPUR - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) meminta pihak polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mempercepatkan siasatan mengenai salah laku dan penyelewengan dalam badan itu yang membabitkan urusan bernilai RM20 juta.
Yang Dipertua Angkasa, Profesor Diraja Ungku Aziz mendedahkan jumlah itu merupakan urusan sehari melibatkan ketidakpatuhan kewangan dan pentadbiran dalam Angkasa.
"Kita anggap penyelewengan ini serius kerana ia membabitkan proses kelulusan pinjaman dan pembayaran balik melalui potongan gaji oleh Angkasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambah Ungku Aziz, pihaknya juga mahu mengetahui perkembangan siasatan laporan yang dibuatnya mengenai sikap tamak sesetengah ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JKT) Angkasa yang mengumpul elaun antara RM15,000 dan RM25,000 seorang.
Beliau menegaskan, isu penyelewengan dalam Angkasa bukan sesuatu yang baru kerana ia telah dilaporkan dan mula disiasat pada 25 Januari lalu.
Mengulas lanjut, pihaknya bimbang dengan apa yang disifatkannya sebagai siri penyelewengan dalam Angkasa terutama dalam tempoh peralihan kuasa membabitkan dirinya dengan pihak pengurusan baru.
Beliau merujuk kepada tindakan sekumpulan ahli jawatankuasa yang bertindak melucutkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Angkasa disusuli usul undi tidak percaya ke atasnya pada 24 Mac lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
Flights to Colombo | Cologne Flights | |
Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight |
saper belajo bisnes ,
mesti belajo selok belok angkasa ...
cemn lh leh jd gini ???
lagu ciptaan dr asri yg d'gam oleh RTM mmg patut d'tujukn kpd mrk2 yg songlap duit sesuka ati ...
camana leh ilang 20 juta camtu je..pelik tul
Mmg benar terdapat penyelewegan oleh pihak berkepentingan dalam ANGKASA berhubung dengan isu potongan gaji peminjam melalui Sistem Potogan Gaji ANGKASA (SPGA). Ini bukan hanya membabitkan soal kepimpinan ANGKASA, tetapi melibatkan soal integriti, ketelusan dan kebajikan ahli.Potongan gaji yang dibuat tidak mengikuti prosedur di dalam ISO serta pekelilingyang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Malah sebelum ini Kementerian Kewangan menolak permohonan yang dibuat oleh pengurusan ANGKASA yang bertanggung jawab ke atas BPA untuk meningkatkan jumlah potongan sedia ada yang dibenarkan iaitu 60%. Kementerian kewangan menolak cadangan itu atas alasan untuk mengelak beban keberhutangan yang tinggi oleh penjawat awam. Oleh kerana terdapat potongan yang melebihi 60% siasatan itu diarahkan oleh Ungku Aziz melibatkan pihak atasan ANGKASA. Malangnya beliau telah dipecat dari jawatannya oleh JKT.ANGKASA ibarat lembah yang berisi emas. Tentu sahaja ini menarik banyak minat pihak untuk menikmatinya. Ungku Aziz pula ibarat peneroka yang menjumpai lubuk emas ini.