KUALA LUMPUR – Gara-gara mat rempit, Malaysia mungkin kehilangan satu pingat emas pada temasya Sukan SEA di Laos Disember ini.
Atlet olahraga negara, K. Amran Raj (gambar) yang menjadi prospek negara meraih emas pada temasya Sukan SEA Laos terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandu rakannya, S. Mathialagan terbabas berhampiran stesen LRT Bukit Jalil di sini Jumaat lalu.
Semasa kejadian, Mathialagan terlanggar pembahagi jalan gara-gara ingin mengelak daripada merempuh sekumpulan mat rempit yang keluar dari satu simpang secara tiba-tiba.
Akibat kemalangan itu, Amran patah kaki dan terpaksa menjalani pembedahan bagi memasukkan besi manakala Mathialagan bernasib baik hanya cedera ringan.
“Saya memang sedih dan marah dengan golongan mat rempit ini.
“Mereka keluar dari simpang secara tiba-tiba dan bergerak secara berkumpulan tanpa memikirkan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain,” kata Amran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
Flights to Colombo | Cologne Flights | |
Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight |
Dia orang ni dah semakin melampau. Sakit hati opah mendengarnya. Memang parasit yang merosakkan negara.