Apa Pula Jawapan Anda

Posted by GameMaster | 2/09/2008 | 4 comments »



Mari Kita dengar apa jawapan anda pada kedua-dua soalan ini..

1.Salam, hari ini saya nak menguji anda dengan satu soalan yang agak simple, tetapi memerlukan jawapan yang bernas. Ok... Soalannya begini, kenal tak anda pada busut, bukit dan gunung. Diantara ketiga-tiga ini, yang manakah yang paling tinggi. Kalau anda dapat jawapannya, jawablah dengan sejelas-jelasnya supaya semua orang faham dan tahu.. Selamat mencubo..

2. Pantang larang orang tua, orang-orang dulu kata, kalau orang perempuan panjat pokok, pokok tersebut cepat mati.. Dapatkan jawapannya k.

P/S: Sila jawab kedua-dua soalan ini ya...



Salam, hari ini saya ada terbaca satu iklan, produknya berkaitan pengesan kamera tersembunyi.. Kegunaan alat ini dapat mengesan kamera-kamera tersembunyi yang dipasang. Lagi satu berhati-hati jika tidak gerak geri anda akan dimasukkan dalam youtube..

Untuk maklumat lanjut sila layari link ini: Pengesan Kamera Tersembunyi Berbentuk Pen

Kena Tag Ngan Angriani...

Posted by GameMaster | 2/07/2008 | 0 comments »



Salam,, hari ni saya nak beritahu la serba sedikit tentang diri saya. Saya di tag oleh blogger angriani.. Dan tag tersebut nak 8 je perkara tentang diri yang kena tag.. 8 je tak boleh lebih yee..

The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they’ve been tagged by leaving them a comment on their blogs.


1. Anak pertama dari empat adik beradik..
2. Di lahirkan di hospital besar Melaka.
3. Masih study dalam jurusan Diploma Multimedia Application..
4. Makanan Favourite- masakan emak saya..
5. Kurang bercakap.. Tapi kalau jumpa kawan mulut mesti bising.
6. Tak reti nak berenang.
7. Minat filem berkisarkan tentang sci-fiction..
8. Seorang Peminat Anime.. Macam-macam anime saya suka tengok.
9. Peminat Kelab Fulham Fc.. (terlebih satu pulak)

P/S: Ni nak tag 8 lagi ni.. apistatik, cendawan, hidupmatiarsenal, rijanfe, pakngah, kelat, firdauspenang, sorensen,

Selamat Pulang Ke Kampung

Posted by GameMaster | 2/06/2008 | 2 comments »



Salam, Sempena musim cuti sekolah berikutan Perayaan Tahun Baru Cina ini. Pasti ramai diantara anda semua ingin mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Oleh itu saya ucapkan selamat pulang ke kampung anda dengan selamat..

P/S: Disini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada pembaca saya yang berbangsa cina..

Gagahnya Orang Melayu.

Posted by GameMaster | 2/04/2008 | 13 comments »



Salam, bercerita tentang kuat, yang anda belum ketahui adalah orang melayu adalah orang yang terkuat didunia. Sama ada anda percaya atau tidak terpulang pada anda semua. Anda fikir-fikirkan lah. Disini kita berkongsi fakta yang mungkin anda boleh mempercayainya. Yang dikatakan kuatnya orang melayu terutamanya tentang cara makan mereka. Kalau tak percaya cuba tengok fakta yang pertama ini..

1. Orang melayu boleh makan besi- Faktanya, kebanyakkan orang melayu boleh makan belimbing besi. Untuk melarutkan belimbing besi ini, mereka terpaksa minum air batu. Kalau tawar tambah gula pasir dan juga gula batu.

2. Parang pun orang melayu boleh makan- Faktanya orang melayu boleh makan ikan parang masak lemak cili api, asam pedas, asam pindang, asam rebus dan lain-lain.

3. Makan kayu- Faktanya, makan ikan kayu dibuat nasi kerabu diterenganu, ubi kayu dibuat pengat, kerepek, mentalam, lepat dan lain-lain.

4. Kekuatan orang melayu dikategorikan sebagai orang yang gagah kerana masih dalam segi makanan lagi iaitu makan kereta kebal. Tahu tak apa itu ikan kereta kebal atau namanya glamornya ialah ikan pari.

5. Yang ini amat mengerikan dan faktanya ialah, memakan cermin iaitu memakan ikan bawal cermin.

Minuman dari segi perubatan.

1. Dari segi minuman, kekuatan orang melayu terletak pada tongkat Tok Ali.
2. Minuman seterusnya adalah untuk wanita-wanita pula ialah diberi minuman KACIP.
3. Untuk awet muda, diberikan minuman jarum emas.

P/S: Pada keseluruhannya kita tidak boleh nafikan kekuatan orang melayu. Itu sebab laksamana Hang Tuah selain kekuatan terletak pada huruf "T". Pesanan hang tuah berpesan "takkan melayu hilang didunia".

Lulus Tak..

Posted by GameMaster | 2/03/2008 | 20 comments »



Salam, ini kisahnya teman saya yang mana dia sentiasa mengikut petua orang tua. Dia memulakan perjalanan dengan didahului langkah kanan. Suatu hari tibalah masanya untuk dia mengambil lesen memandu. Dengan gerak gerinya setiap langkah kanan, dia lulus ujian komputer dengan jayanya. Dia memulakan perjalannya dengan melangkah kanan, belajar memandu dan dia percaya dengan petua ini dan tidak bermasalah dalam belajar memandu kereta. Akhirnya tibalah masa dia diuji oleh pegawai JPJ. Untuk menguji parking, naik bukit dan akhir sekali jalan raya. Pegawai yang menguji beliau sentiasa memerhatikan dia sambil menggaru kepala.

Di akhir ujian, semua cara-cara memandu ditandakan oleh pegawai tersebut dengan baik akan tetapi ada satu perkara yang membuatkan pegawai tersebut kerut kepalanya dan sambil berkata "anda mendapat markah yang baik tetapi anda gagal dalam ujian ini kerana......" Dengan terperanjatnya kawan saya menanti jawapan tadi.. Lagi sekali saya meminta bantuan bloggers yang bijak pandai untuk menjawab soalan trivia ini..

P/S: Sila jawab ya..

Lalang

Posted by GameMaster | 2/01/2008 | 8 comments »



Salam, ku tanam padi tumbuhnya lalang, itu peribahasa orang-orang dulu yang masih relevan hingga sekarang. Maksud peribahasa ini adalah mengharapkan yang baik tetapi sebaliknya yang datang. Ada lagi orang kata "Engkau bagaikan lalang" yang bermaksud pendirian seseorang tidak tetap. Lembu dan kambing pun tak suka lalang. Tetapi di sebalik keburukan lalang ini ada satu perkara yang ada tidak tahu.. Untuk hari ini saya berkongsi pengalaman dengan arwah nenek saya yang diturunkan kepada ayah saya tentang kebaikkan lalang ini.

Kalau anda pergi ke padang-padang yang terbiar yang dipenuhi dengan lalang, cuba cabut lalang yang tua usianya atau yang besar dan tentukan ada satu akar tunjang di mana apabila kita kupas kulitnya akar tadi ia berwarna putih. Kumpulkan seberapa banyak akar tunjang yang boleh dan dibasuh bersih-bersih dijemur sehingga kering. Apabila dah kering, ambillah semangkuk air dijerang didalam periuk bersama ketulan gula batu dan rebus sehingga mendidih. Apabila sudah sejuk, minum seperti minum air biasa. Khasiatnya ia boleh melegakan rasa panas dalam badan. InsyaAllah diizinkan tuhan sekiranya ada sakit-sakit yang lain akan diubati juga. Cubalah.

P/S: Jangan sangka lalang tiada gunanya.. hehehe

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight