Tips Penjagaan Rambut

Posted by GameMaster | 7/23/2008 | 12 comments »




Salam.. Hari ini saya akan berikan sedikit tips.. Sudah lama blog ini tidak diisi dengan tips-tips lama.. Ok hari ni saya akan memberikan tips bagaimana untuk menjaga rambut.. Saya akan senaraikan dua tips sahaja buat masa ini..

1. Gunakan telur ayam..

Ketika anda hendak mandi atau membasahkan kepala... Ambil sebiji telur ayam dan lumurkan di rambut anda sehingga semua bahagian kena... Selepas itu tunggu ia meresap dan kemudian barulah boleh dicuci dengar air ataupun shampoo.. InsyaAllah rambut anda akan menjadi hitam berkilat...

2. Jangan letak sikat didalam poket..

Kepada orang lelaki diluar sana.. Tips ini mungkin kena dengan anda kot... Ok.. Jangan selalu kerap meletakkan sikat didalam poket anda.. Kerana apa.. kerana ia mungkin akan membuatkan rambuat anda gugur dan kepala anda menjadi botak sikit demi sikit.. Alasannya.. Saya pun masih kurang pasti tetapi ini adalah nasihat orang-orang tua...

P/S: Banyak lagi tips untuk menjaga rambut ni.. Jadi dua tips ni sahaja saya dapat bagi kepada anda..

Pop Up Ads Di Blog..

Posted by GameMaster | 7/21/2008 | 11 comments »


Salam.. hari ni saya akan terangkan secara ringkas apa itu pop up ads.. Pop-up Ads ini adalah salah satu iklan yang diiklankan oleh syarikat pengiklanan untuk rangkaian internet.. Terdapat beribu-ribu pop-up ads yang terdapat didalam dunia internet ini.. Ada diantaranya yang membawa unsur tidak senonoh dan kadang-kala membawa anda ke laman virus..

Jika anda pengguna blog, kemungkinan untuk anda hadapi pop-up ads ini adalah tinggi.. Termasuk lah juga blog saya.. Jadi setelah saya mencari sedikit jawapan diinternet.. Saya telah membuang beberapa kod yang berpotensi untuk menyerang blog saya..

Memang benar, kadang-kala ramai orang yang melayari blog anda merasa sukar untuk dilayari kerana gangguan dari pop-up ads ini lah.. Jadi saya akan berikan sedikit tips untuk menghidarinya..

Cara-caranya..

1. Jangan gunakan counter atau stats yang kurang berguna.. Kalau dulu saya gunakan compteur.cc.. sila buangkan kod ini jika anda menggunakannya secara percuma..
2. Jika anda menggunakan shoutbox jenis cbox.. Kalau boleh anda gunakannya dengan membeli perkhidmatan ini, jika tidak ianya juga akan membawa pop-up ads ke blog anda.. Sebab itu saya gantikan dengan shoutmix..
3. Stats dari motigo jika boleh elakkan meletaknya diblog anda kerana sama seperti yang diatas..
4. Gunakan popup stopper jika anda ingin melayari blog orang lain..

P/S: Ramai diantara sana yang blognya diserang pop-up ads ni.. Jadi saya harap dengan sedikit penerangan ini boleh membantu anda..


PUTRAJAYA: Sebanyak 40,231 pemilik teksi dan kereta sewa berenjin petrol di seluruh negara akan menikmati kemudahan petrol bersubsidi pada harga RM1.92 seliter dengan kuota bagi setiap kenderaan sebanyak 720 liter sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata berikutan keputusan itu, kerajaan menyediakan peruntukan kira-kira RM271 juta setahun bagi membiayai subsidi berkenaan.

Beliau berkata, pemilik teksi dan kereta sewa berenjin petrol boleh mengemukakan permohonan mendapatkan surat tawaran kelayakan subsidi petrol di semua pejabat kementerian di seluruh negara mulai Isnin ini.

Source: Berita Harian..

Kucing Bulu Tebal..

Posted by GameMaster | 7/17/2008 | 9 comments »


Salam.. hari ni saya kongsikan sedikit berkenaan dengan kucing yang berbulu tebal ini.. Memang tidak dinafikan kucing ini nampak comel dan saya juga memiliki kucing jenis ini.. Apa yang saya perhatikan ialah, kucing ini walaupun bulu dia tebal atau lebat atau panjang... Terdapat sedikit kekurangan bagi kucing berjenis ini kerana...

1. Mudah kena kotoran, lebih-lebih lagi kucing berbulu tebal bewarna putih..
2. Nampak kucing ni macam gemuk, tetapi bila disiram dengan air kurus nampak kucing ni..
3. Kucing ini mempunyai masalah untuk membetulkan bulunya sendiri kerana sering kali terjilat bulunya sendiri..
4. Selalunya jadi tarikan orang ramai berbanding kucing kampung..
5. Mempunyai masalah kurang mendapat kawan berbanding kucing lain..

P/S: warna kucing ni saya ada warna kuning putih..

Berdoa Dengan Cara Yang Betul..

Posted by GameMaster | 7/15/2008 | 5 comments »


Salam.. ramai ada diantara kita yang selalu berdoa tetapi kurang dimakbulkan... Apakah puncanya ?.. Kita berdoa dan hanya tuhan yang menentukan.. Jika tuhan kabulkan doa kita alhamdulillah.. Tetapi tahukah anda jika kita meminta sesuatu daripada tuhan, pastilah kena dengan caranya seperti berdoa selepas sembahyang atau kita sedang ditimpa kesusahan..

Contoh doa yang sering orang gunakan selepas sembahyang, " Ya Allah permurahkanlah rezeki keluarga hambamu ini Ya Allah", Dari ayat permurahkan itu mungkin rezeki kita akan menjadi murah.. Ingat jika kita minta rezeki kita dipemurahkan.. Mungkin tuhan akan membalas dengan kawan belanja minum kopi RM 1 kerana kita telah salah meminta.. Seeloknya kita harus menukarkan perkataan pemurah itu kepada permudahkan rezeki.. Permudahkan bermaksud kita mudah mencari rezeki jika diizinkan tuhan..

Lagi satu, kenapa harus kita malu ketika hendak meminta sesuatu dariNya.. Contohnya anda mempunyai keinginan untuk mendapatan sebagai contoh saya katakan anda inginkan RM 5000, berdoa dan minta supaya di berikan keizinan dan insyaAllah anda akan dapat RM 5000 tersebut..

P/S: Kita perlu ingat setiap ayat yang kita keluarkan dari mulut kita kadang-kadang di nyatakan sebagai doa.. Contoh memanggil nama anak anda dengan nama yang baik..

Extreme- More Than Word

Posted by GameMaster | 7/13/2008 | 5 comments »



P/S: Layan

Makanan Orang Malaysia: Popia

Posted by GameMaster | 7/12/2008 | 5 comments »

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum yang dicanai nipis. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya.

Bahagian isi pula terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun, taugeh,dan sengkuang yang dihiris-hiris. Kuahnya pula berbentuk sos mengandungi lada kering dan kacang tanah yang dikisar. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkangaram sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap.

Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng. Bagi penduduk Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.

Sumber: Wiki

P/S: Mesti ramai yang suka popia, betul tak

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight