Blog Baru Di Buka

Posted by GameMaster | 5/11/2009 | 0 comments »

Salam. Dengan ini saya mengisytiharkan blog ini akan ditutup secara beransur-ansur berikutan blog baru saya sudah pun siap dibina. Kesemua post disini tidak akan dipindahkan ke blog baru kerana segala tips dalam blog ini sudahpun diindex oleh google.

Dengan blog baru tersebut, semua kandungan boleh dikatakan 90% fresh dan akan ditambah dengan pelbagai informasi dari seluruh pelusuk dunia.

Klik logo dibawah untuk masuk ke blog baru.



Saya tidak akan menggunakan direct link untuk membawa pelawat blog hakzin ke blog baru.

Mengenali Penulis Kabelduitonline.com

Posted by GameMaster | 5/10/2009 | 0 comments »



Salam. Hari ni saya nak buat review mengenai satu blog yang mungkin dapat membantu anda yang gemar menggunakan internet untuk mencari duit melalui internet. Memang tidak dinafikan yang beliau memang mahir membuat duit melalui internet.

Jika sebelum ini saya pernah menulis posting mengenai beliau pada posting yang terdahulu. Kali ini beliau muncul kembali dengan domain yang baru walaupun masih lagi menggunakan platform yang lama. Beliau yang sering menggunakan nama samaran seperti yakuza666, newacx, dan russia agent ketika berurusan diinternet.

Beliau yang pernah menerbitkan ebook raja bidvertiser pada tahun 2008 dan sambutan terhadap ebook tersebut sangat memberangsangkan.

Jika dapat dilihat dari gaya penulisan blog beliau, ramai yang menyangka blog ini ditulis oleh orang yang sudah berkerja walhal penulis masih lagi seorang penuntut diinstitus pengajian.

Jadi kepada yang baru nak mengenali penulis ebook rajabidvertiser ini. Anda bolehlah melayari blog beliau dan anda juga boleh meminta tips-tips dari beliau bagaimana hendak menjana pendapatan melalui internet seperti ebay, affiliates sebab penulis seorang yang pakar tentang perkara ini.

Mas Selamat ditahan di Skudai

Posted by GameMaster | 5/09/2009 | 0 comments »



PUTRAJAYA - Pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI), Mas Selamat Kastari yang diburu selepas meloloskan diri daripada kawalan polis di sebuah pusat tahanan Singapura tahun lepas, akhirnya berjaya ditangkap berhampiran Skudai dekat Johor Bahru.

Kejayaan itu hasil intipan pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 April lalu.

Penangkapan itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar semalam.

"Ya, saya mengesahkan dia (Mas Selamat) di bawah tahanan kita dan sedang disiasat sekarang tetapi saya tidak boleh menghuraikan lebih lanjut kerana ia isu sensitif kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia.

"Ia juga membabitkan agensi perisikan di bawah tiga kerajaan dan ia merupakan sesuatu yang saya tidak mahu ia menjadi ancaman dan ia juga membabitkan pihak lain,'' katanya.

Beliau memberi jaminan Malaysia akan memastikan Mas Selamat tidak akan melarikan diri untuk kali kedua dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Singapura.

Bernama pula yang memetik satu sumber berkata, operasi pemantauan dan penangkapan Mas Selamat itu dilakukan sepenuhnya oleh polis Malaysia.

"Kita mengetahui dia (Mas Selamat) mempunyai saudara-mara yang tinggal di sekitar kawasan Skudai itu,'' kata sumber yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang operasi penangkapan ketua JI itu.

Difahamkan bahawa Mas Selamat telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa negara ini tetapi ketua pengganas itu belum dihantar ke Pusat Tahanan di Kamunting, Taiping yang khusus untuk tahanan ISA.

Blog Akan Ditutup.

Posted by GameMaster | 5/07/2009 | 3 comments »



Salam. Seperti tajuk diatas. Blog hakzinblog.com berkemungkinan akan saya tamatkan perkhidmatannya pada bulan 6 nanti kerana tarikh luput blog ini adalah pada 5.6.2009. Dan kemudiannya akan kembali menggunakan nama asal blog ini iaitu kurama87.blogspot.com.

Ini disebabkan kerana saya tidak akan menggunakan blog ini lagi untuk menulis blog lagi. Kerana blog baru bagi menggantikan blog ini dalam proses pembinaan dan ianya menggunakan platform wordpress. Pada waktu ini blog tersebut sedang dalam proses memasang rupanya, content, dan apabila sudah cukup tarikh tersebut. Blog tersebut akan dilinkkan disini.

Dimaklumkan bahawa blog kali ini adalah blog kedua yang menggunakan platform wordpress. Blog saya yang sebelum ini yang lebih kepada genre anime dan manga. Jadi ianya sesuai untuk dibaca oleh penggemar-penggemar anime dan manga ni.

Untuk mendapatkan komen dan pandangan anda terhadap blog baru ini. Anda boleh melayarinya di Bukan Sekadar Blog V2

Buat masa ini saya menggunakan theme yang sama dengan blog anime kerana theme ni senang sedikit nak handle berbanding theme wordpress yang lain.

Traffic Light

Posted by GameMaster | 5/05/2009 | 4 comments »



Hari ni kita bercerita tentang trafik light yang boleh dilihat dikebanyakkan jalanan. Terdapat pelbagai jenis dan rupa bentuk trafik light. Ada yang berupa digital, berwarna terang dan macam-macam lagi.

Terdapat juga trafik light yang menggunakan sensor yang kita lihat fungsinya pada waktu tengah pagi. Ianya akan bertukar automatik pada giliran lain jika tiada kenderaan dikawasan bertentangan.

Pernahkah anda mengalami dimana, trafik light tersebut tidak bertukar giliran walhal anda telah lama menunggu untuk giliran anda. Ini mungkin disebabkan.

1. Tiada kereta atau kenderaan lain dibelakang anda atau anda keseorangan menunggu giliran trafik light.
2. Anda telah melebihi garisan putih yang menyebabkan trafik light tersebut tidak dapat mengesan kehadiran anda.

Tujuan trafik light ini adalah untuk mengawal lalu lintas dijalan raya serta mengurangkan kemalangan yang membawa maut.

P/S: Jika terdapat sebarang kerosakkan trafik light ditempat anda, sila laporkan pada jabatan yang berkenaan.

Satu emas hilang angkara mat rempit

Posted by GameMaster | 5/04/2009 | 1 comments »



KUALA LUMPUR – Gara-gara mat rempit, Malaysia mungkin kehilangan satu pingat emas pada temasya Sukan SEA di Laos Disember ini.

Atlet olahraga negara, K. Amran Raj (gambar) yang menjadi prospek negara meraih emas pada temasya Sukan SEA Laos terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandu rakannya, S. Mathialagan terbabas berhampiran stesen LRT Bukit Jalil di sini Jumaat lalu.

Semasa kejadian, Mathialagan terlanggar pembahagi jalan gara-gara ingin mengelak daripada merempuh sekumpulan mat rempit yang keluar dari satu simpang secara tiba-tiba.

Akibat kemalangan itu, Amran patah kaki dan terpaksa menjalani pembedahan bagi memasukkan besi manakala Mathialagan bernasib baik hanya cedera ringan.

“Saya memang sedih dan marah dengan golongan mat rempit ini.

“Mereka keluar dari simpang secara tiba-tiba dan bergerak secara berkumpulan tanpa memikirkan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain,” kata Amran.

Selamat Hari Pekerja 2009

Posted by GameMaster | 5/01/2009 | 2 comments »



Saya disini ingin mengucapkan selamat menyambut hari buruh kepada semua pekerja-pekerja yang berkerja disektor awam, swasta mahupun bekerja sendiri. Jika anda ingin pulang balik ke kampung, pandu denga cermat sempena cuti awal bulan 5 ini.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight