CCleaner 2.07.575

Posted by GameMaster | 4/29/2008 | 0 comments »



Salam, hari ni saya nak bagi lagi software percuma untuk anda semua.. Saiz software ni tidaklah besar sangat. Jadi ianya sesuai untuk didownload dan digunakan bagi memudahkan lagi penggunaan pc anda..

Kalau diikutkan, windows xp yang lama pasti tiada software ccleaner.. Perisian ini hanya untuk win XP yang baru sahaja.. Tapi anda boleh menggunakannya disemua platform.. Jadi saya akan berikan sedikit penerangan tentang perisian ini..

CCleaner 2.07.575 adalah perisian yang mengoptimiskan sistem dan peralatan persendirian. Ianya membuang fail yang tidak digunakan didalam sistem dan ia akan meningkatkan lagi prestasi komputer anda.. Ia dapat memberikan sistem anda ruang yang berharga untuk digunakan untuk perisian lain.. Selain itu iannya juga dapat membuang kesan-kesan aktiviti online seperti internet history...

Download link disini: CCleaner 2.07.575

Perbandingan Dua Motor

Posted by GameMaster | 4/28/2008 | 5 comments »





Salam, hari ni saya ingin memberi sedikit pandangan terhadap motorsikal yang digunakan dijalan raya.. Jadi hari ni saya nak berikan perbezaan dua motorsikal di Malaysia..

Seperti yang kita tahu, banyak kemalangan yang melibatkan penunggan motorsikal di Malaysia.. Jadi apakah punca kemalangan dari kalangan penunggang kerap berlaku.. Jadi saya nak berikan sedikit pandangan dan meminta pula apa pendapat anda tentang motorsikal yang akan saya jelaskan nanti..

Adakah kita selalu mendengar motorsikal berkuasa besar selalu terlibat dalam kemalangan.. Jarang kita dengar.. betul tak.. Mengapa motorsikal berkuasa besar ni jarang terlibat dengan kemalangan.. Motorsikal ini lagi laju berbanding motorsikal yang biasa digunakan oleh penunggang rakyat di Malaysia ini.. Mungkin faktor pembuatan motorsikal mengambil ciri2 keselamatan bagi penunggang..

P/S: Macam mana pun kita sendiri yang patut menjaga keselamatan diri terlebih dahulu..

Hujan Dan Sejuk

Posted by GameMaster | 4/26/2008 | 3 comments »



Salam... berikutan cuaca di Malaysia yang tidak menentu ni.. Hujan turun tanpa disangka walaupun sudah diberikan ramalan cuaca.. Tapi semuannya kehendak tuhan, tiada siapa yang boleh lawan.. Jadi hari ni saya nak bercerita tentang hujan dan sejuk..

Pasti anda perasan bila time hujan je mesti korang semua rasa lapar. Kenapa korang semua rasa lapar dan asyik nak fikir makanan.. Jawapannya. Ketika hujan, badan kita menjadi sejuk dan perlukan haba untuk memastikan suhu badan kita dalam keadaan terkawal. Jadi jika anda mengambil makanan semasa hujan, ianya boleh menambahkan lemak dalam badan anda dan sekaligus menambahkan haba dalam badan anda. Jadi bila time hujan je sila-silalah prepair makan macam maggie ke, kopi ke..

Bila dah hujan pasti anda rasa sejuk, walaupun tak hujan jika anda duduk dalam kawasan penghawa dingin pasti anda terasa ingin membuang air.. Sebab apa ia berlaku. Disini saya ingin berikan sedikit pendapat mengenai fenomena buang air setiap kali sejuk.. Bila badan sudah sejuk.. pasti tiada peluh keluar.. jadi peluh tersebut akan menjadi bahan buangan sebagai tempat menjadi pengganti kulit ketika sejuk..

P/S: kalau panas pula macam mana.. kalau panas dan kekurangan air makan badan anda akan mengalami penyahidratan.. Parah ni..

Nokia..

Posted by GameMaster | 4/24/2008 | 4 comments »




Salam, hari ni saya nak ceritakan serba sedikit mengenai nokia. Mengikut poll yang saya buat baru baru ni nokia menjadi pilihan utama pengguna sebanyak 52% diikuti dengan Sony ericsson sebanyak 40% dan lain-lain sebanyak 8%.. Nokia memang jenama yang telah dikenali dunia..

Jadi tahukah anda sejarah nokia.. Nokia pada asalnya adalah sebuah kilang kayu.. Disini saya letakkan sedikit info pasal sejarah nokia..

Worksyop Getah Finland
(Finnish Rubber Works), nama asal Nokia, telah ditubuhkan sebagai sebuah kilang pulpa oleh Knut Fredrik Idestam, seorang Sweden-Finland, di tebing Jeram Nokia pada tahun 1865. Firma ini kemudian menubuhkan kilang-kilangnya di tempat yang berhampiran pada permulaan abad ke-20, dan memulakan penggunaan nama Nokia sebagai jenama. Tidak lama selepas Perang Dunia I, Worksyop Getah Finland memperoleh kilang-kilang kayu Nokia bersama-sama dengan Worksyop Kabel Finland (Finnish Cable Works), sebuah pengeluar kabel telefon serta telegraf, dan kemudian menggabungkan ketiga-tiga syarikat ini menjadi Perbadanan Nokia pada tahun 1967.

Perbadanan Nokia yang ditubuhkan oleh penggabungan 1967 melibatkan diri dalam banyak sektor, termasuk pengeluaran produk-produk kertas pada satu masa atau yang lain, basikal dan tayar kereta, kasut (termasuk but wellington), komputer peribadi, kabel komunikasi, dan televisyen, serta pengeluaran elektrik, dan sebagainya.(sumber wikipedia)

P/S: Saya pun guna nokia... hehehe

Tips Penjagaan Motorsikal Anda..

Posted by GameMaster | 4/23/2008 | 4 comments »



Salam, dah lama blog ni tidak diupdatekan dengan tips. Jadi hari ni saya ingin berikan sedikit tips untuk menjaga motorsikal anda supaya anda boleh menunggangnya dengan selamat ketika menunggang diatas jalan raya..

Motorsikal perlulah dijaga bagi memastikan ianya tidak membebankan si pengguna jika ia mengalami kerosakkan. Yang paling penting sekali ialah menjaga enjinnya.. Kerana jika enjin tidak dijaga maka tidak boleh berjalanlah motor anda.. Jadi hari ni saya akan senaraikan tips-tips bagi menjaga motor anda..

Tips-tips penjagaan motorsikal:

1. Memastikan minyak 4t anda sentiasa ditukar dalam masa yang ditentukan(mengikut jenis motor anda)
2. Menukar spark-plug motor anda dari menggelakkan enjin motor anda dari semput..
3. Menukar tayar motorsikal anda jika terdapat kekurangan bunga kerana ia memainkan peranan pentin dijalanraya
4. Pastikan air bateri motor anda dalam keadaan yang penuh..
5. Isikan minyak pada rantai anda bagi menggelakkan rantai menjadi panjang dan sporket menjadi tumpul..

Dalam penjagaan motorsikal, motor yang mempunyai 4 lejang perlulah dijaga enjinnya kerana ia motorsikal yang susah dijaga sikit berbanding dengan motor yang mempunyai 2 lejang kerana ianya menggunakan minyak 2t dan 4t..

P/S: Balik sila periksa enjin motor anda.. hehehe

Chef...

Posted by GameMaster | 4/21/2008 | 7 comments »




Salam, hari ni kita cerita pasal tajuk diatas iaitu chef.. Chef bermaksud orang yang memasak secara professional.. Kalau dihotel mesti ada kepala chef yang memantau masakan anak buah.. Biasanya chef jenis ini hanya merasa makanan atau mengambil bauan sudah pasti tahu kualiti makanan tersebut.. Dan biasanya gaji chef ni sangat mahal..

Jadi berbalik pada chef.. Adakah kedai makan menggunakan chef.. Ya sudah pasti.. walaupun sekadar gerai makanan ditepi jalan.. Ia dipanggil tukang masak.. Selalunya tukang masak akan memberi sedikit ilmu makanan kepada pekerja yang memasak digerai tersebut bagi memastikan rasa dan kualiti makanan sama sahaja..

Persoalan saya pada hari ini.. Adakah chef akan berpuas hati dengan masakan diri sendiri.. Kebanyakkan chef selalunya kurang gemar memakan masakan sendiri dan akan membeli makanan dari orang lain yang memasak...

Apa-apa pun kalau mengikut statistik chef dalam dan luar negara, kebanyakkannya orang lelaki yang menjadi chef.. Ini bermakna orang lelaki adalah orang yang paling hebat memasak berbanding perempuan.. (jangan marah..)

P/S: Apa-apa pun masakan ibu adalah yang paling terbaik dan best....

Makanan Orang Malaysia- Cucur Udang

Posted by GameMaster | 4/19/2008 | 4 comments »




Salam, hari ni saya nak beri sedikit info tentang makanan orang Malaysia kita pada hari ini.. Makanan untuk minggu ini ialah cucur udang...

Jemput-jemput udang atau juga dikenali sebagai cucur udang, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Jemput-jemput udang mendapat nama kerana bahan perisa tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut iaitu udang kering atau segar. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

Cucur udang sering dimakan dengan kuah lada, kuah kacang atau dimasak bersama rojak, mi goreng mamak atau pasembur. Sumber Wikipedia..

P/S: Mesti ramai yang gemar makan cucur udang betul tak..

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight