Niat Puasa Dan Berbuka

Posted by GameMaster | 8/31/2008 | 6 comments »

Niat Puasa


Niat Berbuka

Salam.. Sudahkah anda menonton tv hari ini.. Jika belum.. Esok adalah hari bermulanya tarikh berpuasa kita untuk tahun 2008 atau 1429 hijrah bersamaan 1 ramadhan atau dalam kalender biasa 1.9.2008.. Jadi saya akan letakkan niat puasa di sini manalah tahu ada yang diantara anda lupa.. Maklumlah dah dekat setahun.. :D

P/S: Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..

Keypad Handphone Anda

Posted by GameMaster | 8/30/2008 | 2 comments »



Salam, hari ni saya berkongsi pulak topik berkaitan dengan handphone.. Handphone telah menjadi sebahagian daripada hidup anda masing-masing.. Kalau takde handphone tu lain macam je rasanya... Ye la mana taknya nak telefon kawan la, business la dan macam-macam lagi..

Kini penggunaan handphone di Malaysia telah meluas penggunaannya.. Sehinggakan budak berumur 7 tahun pun sudah mula menggunakan handphone(mungkin main game je kot).. Jadi bukan pasal penggunaan handphone yang saya nak ceritakan hari ni.. Ceritanya senang je.. Keypad handphone anda.. Apa yang tak kena dengan keypad handphone ni..

Cuba anda perhatikan keypad anda baik-baik.. Jika anda jarang menukar casing ataupun housing handphone anda.. Anda akan dapat melihat nombor keypad handphone anda kabur ataupun hilang akibat penggunaan yang kerap dalam mendail nombor mahupun menulis mesej.. Jadi apakah nombor-nombor yang selalu hilang dari pandangan keypad tu...

Dari penggunaan handphone.. Nombor yang kebanykkannya hilang ialah no 2, no 4, no 5, no 7 dan no 8.. Nombor-nombor ini semuanya menjadi mangsa kerana mungkin kuku panjang kot.. Sebab apa nombor-nombor ni selalu hilang.. Sebab no 2 mempunyai abjad abc manakala no 5 jkl dan nombor-nombor lain hinggalah membentuk ayat..

P/S: Handphone ni kat Malaysia mungkin orang Malaysia je kenal kot.. Sbb luar negara tak panggil handphone ni handphone.. Mereka memanggilnya dengan nama cellphone...

Ayam Goreng KFC

Posted by GameMaster | 8/28/2008 | 16 comments »


Gambar Sekadar Hiasan


Salam, hari ni saya akan berkongsi resepi ringkas untuk anda semua... Senang je.. Yang dah tahu tu komen-komen la kat sini.. Hari ni resepinya ialah ayam goreng ala-ala kfc.. Senang je resepinya..

Bahan-bahan..

1. Ayam seekor atau ikut citarasa anda..
2. Tepung kentucky joji..
3. Telur Ayam.. (Amik yang putih telur sahaja)
4. Sedikit Garam..

Cara-caranya..

1. Rendam ayam dan potong kulit..
2. Ambil telur putih dan campurkan tepung tadi.. Gaul hingga sebati..
3. Masukkan sedikit garam...
4. Gaulkan ayam bersama adunan tadi...
5. Perap ayam dalam masa 30 minit..
6. Goreng.. Dah siap..

P/S: Bau pun dah sodap..

Anwar menang majoriti undi 15,671

Posted by GameMaster | 8/26/2008 | 6 comments »



BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dengan 15,524 undi, manakala Hanafi yang juga Presiden Akim hanya memperoleh 92 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, pada jam 10.12 malam. Baca Selanjutnya Disini..

Sumber: Berita Harian..

P/S: Selesai sudah pilihanraya yang penuh debaran ini.. Apa-apa pun tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim..

Final Exam Week..

Posted by GameMaster | 8/26/2008 | 4 comments »



Salam.. Mulai 26 hb sampai 29 haribulan ogos, GM akan menghadapi peperiksaan akhir.. Peperiksaan ni tak lama just selang dua hari je paper 1 dan paper 2.. Dan berita lainnya ialah ini adalah semester terakhir sebelum buat final project lepas ni.. Hehe dah takde periksa lagi lepas ni..

Post yang disediakan telah ditulis terlebih dahulu jika saya tak dapat menulis post.. Guna draft schedule... Jadi kepada anda-anda semua yang melawati blog ni.. Boleh la jenguk-jenguk posting yang lama atau posting tips-tips yang anda tidak sempat cari dahulu..

P/S: Hoh.. Dah nak abis study dah rupanya..

Buat Duit Online..

Posted by GameMaster | 8/25/2008 | 10 comments »



Salam, hari ni saya cerita pasal matched.co.uk.. Ramai orang kata program ni banyak memberikan manfaat kepada penggemar pencari duit di internet... Dan salah satunya adalah program matched.co.uk ni la.. Mereka membayar dengan menggunakan pound sterling.. Kira la kalau RM 7 = Pound 1.. Banyak tu..

Ramai juga yang telah berjaya dengan menggunakan matched.co.uk ni... Dan diorang telah pun menunjukkan buktinya kepada penggemar buat duit dari internet ni.. Saya pun masih dalam proses untuk mendapat kelulusan dari matched.co.uk ni.. Dah masuk 10 kali dah ni dalam proses verified.. Jadi kepada sesiapa berminat bolehlah klik kat bawah tu..

Register: Matched.co.uk

Antara yang telah berjaya dengan matched.co.uk ni adalah bro kabelduit, earncent dan mereka2 ini semua otai buat duit online..

P/S: Saya kalau dah approved mungkin saya akan tunjukkan payment kat sini.. Ada orang kata tips nak dapatkan iklan guna keyword insurance, debt, dgn business.. Anda cuba lah

Harga petrol, diesel turun mulai esok: PM

Posted by GameMaster | 8/23/2008 | 6 comments »



PUTRAJAYA: Harga diesel dan petrol akan turun antara lapan sen dan 22 sen seliter mulai esok, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.

Beliau berkata Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

"Harga runcit diesel akan dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter," katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Sumber: Berita Harian

P/S: 15 sen pun 15 sen la.. Janji turun.. :D

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight