Harga: RM13,000 boleh negotiate/discount up to 10%. Cash & carry sebelum 14
January 2009.
Lokasi: Muar, Johor
Contact Number: Noraini (013-9550226)
Accessories: Kenwood CD player, new aircond compressor, new radiator,new
starter, sunroof, sport rims, EG9 front & back seat, NARDI genuine leather
steering
Reason jual.. Owner nak sambung belajar kat Dublin
KUALA PILAH: Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dengan Istiadat Pemasyhuran baginda diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, jam 3.46 petang ini.
Pemilihan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru itu diadakan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman kerana angin ahmar, pagi kelmarin.
Pemilihan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru diputuskan oleh Datuk Undang Yang Empat, iaitu Datuk Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Undang Luak Johol, Datuk Undang Luak Jelebu dan Datuk Undang Luak Rembau mengikut Perlembagaan Negeri.
Pelantikan pengganti Almarhum Tuanku Ja'afar membabitkan di kalangan Putera Yang Empat iaitu terdiri daripada Tunku Mukhriz; Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nazaruddin Tuanku Ja'afar.
SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira jam 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.
"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.
Lagi berita disini
Salam.. hari ni saya akan berkongsi dengan anda, bagaimana hendak mencuci habuk kipas siling yang dah lama tak cuci sampai hitam warna kipas tu.. :D ok.. Selalunya kalau anda biasa cuci anda menggunakan sabun dan mengelapnya terus..
1. Perkara pertama yang perlu anda lakukan dahulu ialah.. Menggunakan kain kering atau berus kering dan membuang habuk dahulu.. Ini memudahkan anda untuk mencucinya dengan kain basah..
2. Selepas itu, lap bahagian atas kemudian lapkan dibahagian bawahnya..
3. Setelah di lapkan dengan air sabun.. Pastinya pasti akan ada kesan warna hitam sikit.. Jadi ambil sedikit clorox dan sapukan pada kain basah dan lapkannya..
Ni sesuai untuk kipas siling warna putih.. Yang kayu atau besi tu saya belum cuba lagi.. :D
Ni sebenarnya entri takde idea ni.. :D
SYDNEY 24 Dis. - Seekor kucing terselamat selepas terjatuh dari tingkat 34 dari sebuah bangunan apartmen di sini kelmarin.
Kucing jenis moggy yang diberi nama Voodoo berusia tujuh tahun itu hilang dari kediaman tuannya, Sheree Washington di apartmen di Gold Coast, timur Queensland kelmarin dan dijumpai di kawasan semak-samun di bawah apartmen itu.
Washington memberitahu Badan Penyiaran Australia (ABC), Voodoo gemar berdiri di beranda apartmennya dan melihat ke bawah.
"Rasanya dia telah menjenguk ke bawah dan terjatuh dari tingkat 34, tetapi bernasib baik kerana terjatuh ke atas semak-samun yang saya rasa telah menyelamatkannya.
"Kami telah melihat tempat dia terjatuh dan salah satu ranting pokok yang patah mempunyai bulu kucing terlekat padanya. Kucing ini amat bertuah," ujarnya.
Voodoo hanya mengalami calar dan luka pada tapak kaki.
- AFP
KUALA LUMPUR - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) meminta pihak polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mempercepatkan siasatan mengenai salah laku dan penyelewengan dalam badan itu yang membabitkan urusan bernilai RM20 juta.
Yang Dipertua Angkasa, Profesor Diraja Ungku Aziz mendedahkan jumlah itu merupakan urusan sehari melibatkan ketidakpatuhan kewangan dan pentadbiran dalam Angkasa.
"Kita anggap penyelewengan ini serius kerana ia membabitkan proses kelulusan pinjaman dan pembayaran balik melalui potongan gaji oleh Angkasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambah Ungku Aziz, pihaknya juga mahu mengetahui perkembangan siasatan laporan yang dibuatnya mengenai sikap tamak sesetengah ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JKT) Angkasa yang mengumpul elaun antara RM15,000 dan RM25,000 seorang.
Beliau menegaskan, isu penyelewengan dalam Angkasa bukan sesuatu yang baru kerana ia telah dilaporkan dan mula disiasat pada 25 Januari lalu.
Mengulas lanjut, pihaknya bimbang dengan apa yang disifatkannya sebagai siri penyelewengan dalam Angkasa terutama dalam tempoh peralihan kuasa membabitkan dirinya dengan pihak pengurusan baru.
Beliau merujuk kepada tindakan sekumpulan ahli jawatankuasa yang bertindak melucutkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Angkasa disusuli usul undi tidak percaya ke atasnya pada 24 Mac lalu.
Salam.. Hari ni saya nak kongsikan dengan anda tentang beberapa laman web penyedia image hosting online ini.. Fungsi image hosting ini adalah bagi anda yang gemar memuatnaik gambar ke internet dan memerlukan kod html untuk diletakkan di blog, myspace, friendster, forum dan lain-lain. Ok.. Antara image hosting yang baik dan sesuai untuk digunakan ialah..
1. Imageshack
2. Photobucket
3. Tinypic
4. Picoodle
5. Imgplace
6. Imageuploading
7. Josten
8. Imagehost
9. Picamatic
10. Upload A Dingit
11. Flickr
| fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
| Flights to Colombo | Cologne Flights | |
| Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight | |