Yang Mana Paling Sakit..

Posted by GameMaster | 2/29/2008 | 13 comments »




Salam, untuk kali ini saya nak bagi anda semua dengan soalan perah otak.. Soalannya begini kalau sebiji tembikai jatuh menghempap kepala dengan dengan sebiji buah kelapa muda hempap kepala, yang manakah yang paling sakit. Jadi anda fikir-fikirkan jawapannya ya..

P/S: Ha sila-sila jawab-jawab

Pokok Lemba

Posted by GameMaster | 2/28/2008 | 13 comments »

Pokok Lemba atau nama saintifiknya Cucurligo Latifolia

Salam, untuk kali ini saya hendak menceritakan serba-sedikit tentang sejenis tumbuhan yang agak sukar dijumpai dan ia hidup di kawasan hutan-hutan kecil ataupun semak-semak kecil. Pohonnya tidak beberapa besar yang berukuran lebih kurang 2 kaki tinggi dan berdaun kelihatan seperti buluh tetapi dan lebih lebar serta berwarna hijau.. Apabila ia berbuah, buahnya boleh didapati dicelah-celah daun dan ianya boleh dimakan. Istimewanya buah lemba ini, apabila dimakan ia terasa macam susu, buahnya berbiji halus berwarna hitam dan apabila kita makannya ianya mempunyai kandungan manis yang agak lama jika ia melekat dilidah hinggakan kita minum air putih kosong terasa manisnya.

Untuk pengetahuan anda semua, buah ini juga menjadi kegemaran pelanduk, tenggiling dan juga landak. Kalau anda terjumpa diladang getah, cuba-cubalah..

P/S: Saya bernasib baik dapat jumpa gambar pokok ni.. Dalam bahasa lain pokok ni bernama Cucurligo Latifolia..

Ibu

Posted by GameMaster | 2/26/2008 | 8 comments »



Salam, Sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Lagu ibu nyanyian Exits dan lagu terawal untuk ibu dinyanyikan oleh P.Ramlee. Jadi ibu satu perkataan murni kepada semua insan didunia ini tak kiralah ibu itu dipanggil mama,emak, mummy. Disini saya ingin menerangkan keistimewaan perkataan ibu ini.

1. Kalau kita tengok pada diri sendiri, kita 4 ibu jari. Ada tak orang panggil bapa jari.
2. Kalau kita pergi KL apa kita panggil kat KL tersebut.. Kita panggil ibu kota.
3. Sampai di KL dan terasa lapar, beli roti dan roti di buat daripad Ibu Roti.
4. Apa tujuan pergi KL.. Nak lapor diri- Kat mana- Ibu Pejabat Polis.
5. KL ialah apa.. KL adalah Ibu Negara Malaysia.
6. Dari KL kita nak ke langkawi. Kita naik apa.. Kita Naik Ibu Pesawat Mas.
7. Kalau nak meniaga- Kita guna Ibu Duit...

P/S: Kalau ada tambahan nanti saya tambah lagi..

PC Analyser

Posted by GameMaster | 2/24/2008 | 9 comments »

PC Analyser

Salam, hari ni saya ingin berceritakan tentang PC Analyser.. Apa itu PC analyser ?. PC Analyser merupakan satu peralatan yang mampu mengesan kerosakkan pada motherboard komputer meja anda (laptop tak pasti). Jika motherboard anda tidak berfungsi atau anda tidak tahu apa masalah motherboard anda, anda hanya perlu masukkan PC Analyser (seperti kad grafik) ke dalam slot motherboard pc anda.. Setiap masalah yang dikenal pasti akan diberikan dalam bentuk nombor di L.E.D pada pc analyser anda.. Setiap nombor yang dikeluarkan adalah masalah yang dihadapi pada pc anda.. Anda boleh merujuknya pada nota yang diberikan..

Dengan adanya teknologi seperti ini, anda boleh melakukannya dirumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membaiki komputer anda. Lagi satu, kad ini juga harganya dalam lingkungan bawah RM 50. Penggunaannya amat mudah dan ringkas. Pada pengguna komputer anda boleh cari benda ni di kedai komputer ataupun di Lelong.com.my

P/S: Dengan adanya teknologi yang canggih sekarang ni, penggunaan komputer makin menjadi senang.

Walkie Talkie

Posted by GameMaster | 2/23/2008 | 8 comments »



Salam, hari ni saya akan bercerita info tentang walkie talkie.. Walkie talkie memang banyak kegunaannya dan ianya memudahkan komunikasi dalam jarak pertengahan. Walkie talkie kita sering lihat di upcara atau majlis seperti konsert, majlis orang kahwin dan lain-lain acara. Tapi tahukah anda, untuk memiliki walkie talkie ini anda memerlukan lesen daripada polis kalau tak silap.. Kenapa perlu meminta lesen untuk memiliki walkie-talkie ini.. Antara sebab-sebabnya ialah:

1. Kerana ia akan menggangu signal komunikasi di udara..
2. Sebagai contoh, jika anda menggunakan walkie talkie, dan pada masa yang sama ada orang lain menggunakan walkie talkie dan ia akan menyebabkan gangguan.
3. Boleh menggangu kerja polis ketika dalam proses penyiasatan..

P/S: Ya tak ya juga kan.. Gangguan signal akan berlaku jika terdapat dua atau lebih pengguna walkie talkie dalam jarak yang hampir..

Mari Belajar Magic Bersama Gamemaster

Posted by GameMaster | 2/21/2008 | 8 comments »



P/S: Teknik ni senang je nak buat.. Cuba perhatikan betul-betul kad tu macam mana di letak dan dibuat.. Saya dah buat teknik ni kat rakan-rakan saya menjadi.. Anda pula bagaimana

Belimbing

Posted by GameMaster | 2/19/2008 | 12 comments »



Salam, hari ini saya masih lagi menceritakan makanan-makanan lama terdiri daripada buah belimbing buluh, Sekiranya anda ingin mengetahui 2 jenis belimbing buluh yang ditanam. Satu yang berjenis besar saiznya. Jenis ini berwarna putih dan agak kurang masam. Belimbing yang kedua pula bewarna kehijauan dan lebih masam. Untuk jenis hijau, ia sesuai untuk membuat halwa dan juga sesuai untuk dibuat gulai lemak telur ikan, gulai lemak telur itik. Pada masa dulu, jenis belimbing yang hijau ini, banyak dibuat jeruk.

Apabila sudah menjadi jeruk. Ia amat enak dimakan bersama dengan belacan panggang ataupun belacan goreng dicampur dengan cili api. Seperti mana yang saya katakan dulu, Bunga belimbing boleh dibuat sirap untuk mengurangkan batuk. Usia pokok belimbing boleh bertahan sehingga 100 tahun. Daun belimbing juga boleh digunakan untuk ubatan tradisional untuk demam campak. Daunnya digiling lumat dicampur dengan sedikit beras dan mata kunyit dan disapu dibadan yang kena demam campak.. InsyaAllah akan sembuh penyakit..Selamat Mencuba..

XnView Shell Extension 2.0

Posted by GameMaster | 2/18/2008 | 4 comments »



Salam.. hari ni nak beri download percuma untuk anda semua.. Seperti tajuk diatas software ini bertujuan untuk membenarkan anda melihat paparan imej yang anda pilih dalam bentuk imej thumbnail. Anda juga boleh mengecilkan atau membesarkan dan menukar format.

Download Link: XnView Shell Extension 2.0

P/S: Selamat Mencuba..

Nasi Goreng Orang Bujang

Posted by GameMaster | 2/17/2008 | 12 comments »



Salam, hari ni kita cerita pasal masakan pulak ya.. Hari ni resepi saya adalah khasnya untuk orang-orang bujang terutamanya lelaki yang sangat malas nak beli makanan kat kedai.. Resepi ni amat mudah dan senang untuk dicuba..

Bahan-Bahan.

1. Perencah nasi goreng kampung. (Terdapat dikedai..)
2. Nasi sejuk (Nasi dimasak semalaman lagi bagus.)
3. Sayur campur yang dalam paket tu.. ( Terdapat dikedai juga)
4. Minyak masak.
5. Ayam atau Daging.
6. Sedikit garam.
7. Perencah maggi kari.
8. Bawang putih.

Cara-caranya..

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging atau ayam yang dipotong kecil. Kacau sehingga sebati
3. Masukkan sayur campur tadi dan gaulkannya.
4. Masukkan nasi putih tadi dan sebatikan..
7. Bubuh perencah nasi goreng kampung dan perencah maggi kari.
8. Gaul hingga sebati.
9. Masukkan sedikit garam.
10. Sudah sedia untuk dihidangkan.. (Tambahan goreng telur untuk dijadikan hiasan ya)

P/S: Sudah terhidang makanan untuk dimakan.. Cubalah

Dodol

Posted by GameMaster | 2/15/2008 | 6 comments »



Salam, selamat bertemu kembali.. Kepada bloggers yang dah cukup umur jangan lupa membuat semakan dan pilihlah yang anda berkenan untuk diundi. Kalau dipanjangkan umur sampai ke bulan ramadhan sekali kita jumpa hari raya aidilfitri. Tetapi kita tak perlu nak tunggu hari raya nak makan dodol. Disini saya akan berkongsi 2 cara untuk membuat dodol style orang-orang dulu.

Yang pertama, dodol yang menggunakan tepung pulut. Untuk membuat tepung pulut. Pulut direndam semalaman kemudian kisarkan pulut menjadi halus. Tapi pada zaman moden ini sudah ada tepung pulut anda boleh beli sahaja. Dahulu kita ukur menggunakan gantang untuk menyukat pulut manakala ukuran gula ikut kati dan kelapa mengikut biji.

Kita akan memulakan masak dodol dengan memasak tepung pulut terlebih dahulu dan kemudian dimasukkan santan dan masukkan garam secukup rasa. Kemudian dikacau sampai mendidih sehinggan menjadi "mertebak". Kawalan api adalah penting, api tidak perlu besar dan kemudian masukkan gula. Kacau sehinggan pekat. Untuk mengetahui dodol tersebut sudah masak ambil daun pisang letakkan diatas dodol tadi dan angkat daun pisang tadi dan kalau tak melekat dodol tersebut sudah masak. Dodol dulu memakan masa sekurang-kurangnya 6 jam untuk benar-benar masak itu sebab dodol dahulu tahan lama.

Yang kedua, Beras pulut direndam semalaman dan terus masukkan kedalam kawah atau kuali dan masukkan air secukupnya dan masak ia sehingga menjadi bubur dan masak ia sehinggan halus. Dan kemudian masukkan santan dan kacau dan dimasukkan garam sedikit. Masukkan gula(apa jenis gula) dan kacau sehingga masak. Untuk menentukan dodol tersebut sudah masak letakkan daun pisang seperti kaedah pertama dan kalau tak melekat maka masakalah dodol tersebut. Anggaran masa memasak dodol ini adalah lingkungan 6 jam. Dulu kita membungkus dengan daun pisang untuk beberapa minggu. Untuk menyimpan lebih lama lagi kita boleh menyimpan didalam bakul yang dipanggil "Tampin" bakul yang dianyam dari mengkuang.

P/S: Selamat Mencuba..

My Adorable Friends Award...

Posted by GameMaster | 2/14/2008 | 3 comments »

Salam, hari ni takde post hendak ditulis, saya ada masuk blog rakan saya dan saya telah dianugerahkan award My Adorable Friend Award dari rakan bloggers Angriani.. TQ kepada bloggers Angriani..

P/S: Nanti saya pun nak buat award sendiri la.. Beri penghargaan kepada bloggers yang menyokong saya.. :D


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.


Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 tengah hari ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.


Katanya beliau sudah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Ketika pengumuman yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Katanya jentera BN sudah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Senarai calon sudah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi.

Menurut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Bagaimanapun beberapa pilihan sebelum ini diadakan dalam tempoh 16 hingga 20 hari dari tarikh pembubaran. - Bernama


P/S: Pada yang dah cukup umur tu sila-silalah mengundi.. Saya belum cukup umur lagi

Tips Menjaga Laptop

Posted by GameMaster | 2/12/2008 | 10 comments »



Salam, hari ini saya ingin memberikan sedikit tips bagaimana hendak menjaga laptop anda.. Pada zaman ini pasti ramai yang menggunakan laptop tak kiralah businessman, pelajar, guru dan sebagainya. Laptop mudah dibawa ke sana dan ke mari kerana saiznya yang mudah dibawa dan ringan.. Tapi perasankah anda jangka hayat laptop akan menurun jika penggunaan yang kerap tanpa pengawasan..

Antara penyebab laptop rosak adalah..

1. Penggunaan laptop yang lama..
2. Tidak menjaga laptop dengan baik dari segi luaran atau dalaman.
3. Tidak membuat servis..
4. Tidak melindungi laptop anda dari serangan virus..

Antara langkah-langkah untuk menjaga laptop anda..

1. Jika anda kerap menggunakan laptop dalam jangka masa yang panjang, saya galakkan anda membeli notepad cooler di kedai komputer..
2. Penggunaan komputer yang lama juga akan menyebabkan hard disk dan processor menjadi panas dan akan menyebabkan kerosakkan.
3. Beli anti-virus yang boleh menangani virus daripada menular ke dalam laptop anda. Ada jenis virus yang dapat memusnahkan hard disk jika ia merebak ke laptop anda.
4. Seeloknya-eloknya buatlah pemeriksaan pada laptop anda setiap bulan bagi mengenalpasti prestasi laptop anda..

Masalah kerosakkan yang kerap berlaku kepada laptop..

1. Screen tidak menyala..
2. Hard-disk tidak berfungsi.
3. Motherboard cepat rosak.
4. Pengunaan jangka hayat bateri yang pendek..

P/S: Kepada geng-geng saya kat kolej tu yang laptop dia seperti diatas sila-silalah bawa ke kedai. :D

Ebook Kedua Saya

Posted by GameMaster | 2/10/2008 | 9 comments »



Salam kepada bloggers semua, saya bercadang untuk menghasilkan satu lagi ebook panduan untuk bloggers semua. Tajuk buku ini adalah Panduan Asas Tenaga Pengajar Untuk Pekerja-Pekerja Industri. Sebelum saya melancarkan ebook kedua ini, saya ingin mendapatkan sokongan dari anda sekiranya ada permintaan dan berminat untuk mendapatkan buku ini, saya akan teruskan menulis dan melancarkan buku ini.

Daripada pengalaman penulis iaitu En Johari Hj Hamid yang berkelulusan Diploma In Training Anda Developement yang diperolehi dari kerjasama antara Motorola University dan Institute Personal Developement (IPD London). Disamping itu beliau ditambahkan juga ilmu dalam Motorola Instructor Workshop 1, TTT (train the trainer) untuk bahagian teknikal juga mendapat ilmu pengetahuan di C.I.A.S.T, Shah Alam, Selangor. Dan juga latihan-latihan tambahan untuk menjadi tenaga pengajar yang berketerampilan dalam latihan industri pembuatan elektronik..

P/S: Saya berharap dapat sokongan dari bloggers dalam hasil kerja saya ini..

Apa Pula Jawapan Anda

Posted by GameMaster | 2/09/2008 | 4 comments »



Mari Kita dengar apa jawapan anda pada kedua-dua soalan ini..

1.Salam, hari ini saya nak menguji anda dengan satu soalan yang agak simple, tetapi memerlukan jawapan yang bernas. Ok... Soalannya begini, kenal tak anda pada busut, bukit dan gunung. Diantara ketiga-tiga ini, yang manakah yang paling tinggi. Kalau anda dapat jawapannya, jawablah dengan sejelas-jelasnya supaya semua orang faham dan tahu.. Selamat mencubo..

2. Pantang larang orang tua, orang-orang dulu kata, kalau orang perempuan panjat pokok, pokok tersebut cepat mati.. Dapatkan jawapannya k.

P/S: Sila jawab kedua-dua soalan ini ya...



Salam, hari ini saya ada terbaca satu iklan, produknya berkaitan pengesan kamera tersembunyi.. Kegunaan alat ini dapat mengesan kamera-kamera tersembunyi yang dipasang. Lagi satu berhati-hati jika tidak gerak geri anda akan dimasukkan dalam youtube..

Untuk maklumat lanjut sila layari link ini: Pengesan Kamera Tersembunyi Berbentuk Pen

Kena Tag Ngan Angriani...

Posted by GameMaster | 2/07/2008 | 0 comments »



Salam,, hari ni saya nak beritahu la serba sedikit tentang diri saya. Saya di tag oleh blogger angriani.. Dan tag tersebut nak 8 je perkara tentang diri yang kena tag.. 8 je tak boleh lebih yee..

The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they’ve been tagged by leaving them a comment on their blogs.


1. Anak pertama dari empat adik beradik..
2. Di lahirkan di hospital besar Melaka.
3. Masih study dalam jurusan Diploma Multimedia Application..
4. Makanan Favourite- masakan emak saya..
5. Kurang bercakap.. Tapi kalau jumpa kawan mulut mesti bising.
6. Tak reti nak berenang.
7. Minat filem berkisarkan tentang sci-fiction..
8. Seorang Peminat Anime.. Macam-macam anime saya suka tengok.
9. Peminat Kelab Fulham Fc.. (terlebih satu pulak)

P/S: Ni nak tag 8 lagi ni.. apistatik, cendawan, hidupmatiarsenal, rijanfe, pakngah, kelat, firdauspenang, sorensen,

Selamat Pulang Ke Kampung

Posted by GameMaster | 2/06/2008 | 2 comments »



Salam, Sempena musim cuti sekolah berikutan Perayaan Tahun Baru Cina ini. Pasti ramai diantara anda semua ingin mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Oleh itu saya ucapkan selamat pulang ke kampung anda dengan selamat..

P/S: Disini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada pembaca saya yang berbangsa cina..

Gagahnya Orang Melayu.

Posted by GameMaster | 2/04/2008 | 13 comments »



Salam, bercerita tentang kuat, yang anda belum ketahui adalah orang melayu adalah orang yang terkuat didunia. Sama ada anda percaya atau tidak terpulang pada anda semua. Anda fikir-fikirkan lah. Disini kita berkongsi fakta yang mungkin anda boleh mempercayainya. Yang dikatakan kuatnya orang melayu terutamanya tentang cara makan mereka. Kalau tak percaya cuba tengok fakta yang pertama ini..

1. Orang melayu boleh makan besi- Faktanya, kebanyakkan orang melayu boleh makan belimbing besi. Untuk melarutkan belimbing besi ini, mereka terpaksa minum air batu. Kalau tawar tambah gula pasir dan juga gula batu.

2. Parang pun orang melayu boleh makan- Faktanya orang melayu boleh makan ikan parang masak lemak cili api, asam pedas, asam pindang, asam rebus dan lain-lain.

3. Makan kayu- Faktanya, makan ikan kayu dibuat nasi kerabu diterenganu, ubi kayu dibuat pengat, kerepek, mentalam, lepat dan lain-lain.

4. Kekuatan orang melayu dikategorikan sebagai orang yang gagah kerana masih dalam segi makanan lagi iaitu makan kereta kebal. Tahu tak apa itu ikan kereta kebal atau namanya glamornya ialah ikan pari.

5. Yang ini amat mengerikan dan faktanya ialah, memakan cermin iaitu memakan ikan bawal cermin.

Minuman dari segi perubatan.

1. Dari segi minuman, kekuatan orang melayu terletak pada tongkat Tok Ali.
2. Minuman seterusnya adalah untuk wanita-wanita pula ialah diberi minuman KACIP.
3. Untuk awet muda, diberikan minuman jarum emas.

P/S: Pada keseluruhannya kita tidak boleh nafikan kekuatan orang melayu. Itu sebab laksamana Hang Tuah selain kekuatan terletak pada huruf "T". Pesanan hang tuah berpesan "takkan melayu hilang didunia".

Lulus Tak..

Posted by GameMaster | 2/03/2008 | 20 comments »



Salam, ini kisahnya teman saya yang mana dia sentiasa mengikut petua orang tua. Dia memulakan perjalanan dengan didahului langkah kanan. Suatu hari tibalah masanya untuk dia mengambil lesen memandu. Dengan gerak gerinya setiap langkah kanan, dia lulus ujian komputer dengan jayanya. Dia memulakan perjalannya dengan melangkah kanan, belajar memandu dan dia percaya dengan petua ini dan tidak bermasalah dalam belajar memandu kereta. Akhirnya tibalah masa dia diuji oleh pegawai JPJ. Untuk menguji parking, naik bukit dan akhir sekali jalan raya. Pegawai yang menguji beliau sentiasa memerhatikan dia sambil menggaru kepala.

Di akhir ujian, semua cara-cara memandu ditandakan oleh pegawai tersebut dengan baik akan tetapi ada satu perkara yang membuatkan pegawai tersebut kerut kepalanya dan sambil berkata "anda mendapat markah yang baik tetapi anda gagal dalam ujian ini kerana......" Dengan terperanjatnya kawan saya menanti jawapan tadi.. Lagi sekali saya meminta bantuan bloggers yang bijak pandai untuk menjawab soalan trivia ini..

P/S: Sila jawab ya..

Lalang

Posted by GameMaster | 2/01/2008 | 8 comments »



Salam, ku tanam padi tumbuhnya lalang, itu peribahasa orang-orang dulu yang masih relevan hingga sekarang. Maksud peribahasa ini adalah mengharapkan yang baik tetapi sebaliknya yang datang. Ada lagi orang kata "Engkau bagaikan lalang" yang bermaksud pendirian seseorang tidak tetap. Lembu dan kambing pun tak suka lalang. Tetapi di sebalik keburukan lalang ini ada satu perkara yang ada tidak tahu.. Untuk hari ini saya berkongsi pengalaman dengan arwah nenek saya yang diturunkan kepada ayah saya tentang kebaikkan lalang ini.

Kalau anda pergi ke padang-padang yang terbiar yang dipenuhi dengan lalang, cuba cabut lalang yang tua usianya atau yang besar dan tentukan ada satu akar tunjang di mana apabila kita kupas kulitnya akar tadi ia berwarna putih. Kumpulkan seberapa banyak akar tunjang yang boleh dan dibasuh bersih-bersih dijemur sehingga kering. Apabila dah kering, ambillah semangkuk air dijerang didalam periuk bersama ketulan gula batu dan rebus sehingga mendidih. Apabila sudah sejuk, minum seperti minum air biasa. Khasiatnya ia boleh melegakan rasa panas dalam badan. InsyaAllah diizinkan tuhan sekiranya ada sakit-sakit yang lain akan diubati juga. Cubalah.

P/S: Jangan sangka lalang tiada gunanya.. hehehe

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight