Posted by GameMaster | 7/21/2015 | , , | 4 comments »



Salam. Lama tak update blog ni.. Apa2 pun. skarang ni admin tgh aktif buat komuniti forum. Kalau korang minat bule join kitorang kat portalkini.com

Apa2 hal jumpa kat sana eh.

Jom ke Portalkini - Portal Informasi Terkini

Gus Dur Meninggal Dunia

Posted by GameMaster | 12/31/2009 | 3 comments »

JAKARTA 30 Dis. - Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.

Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia.

"Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang," kata Gus Sholah dipetik detikcom. - Utusan

N. Sembilan ulangi sejarah 1948

Posted by GameMaster | 11/09/2009 | 0 comments »




NEGERI SEMBILAN menamatkan penantian selama 61 tahun untuk muncul juara Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir melakukannya pada 1948.

Kejayaan itu diukir selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


Ia merupakan hadiah paling istimewa sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir pada 26 Oktober lalu.

Bagi Kelantan, hasrat mereka untuk menjulang piala berprestij itu buat kali pertama terus musnah setelah tiga kali melangkah ke perlawanan akhir termasuk pada tahun 1955 dan 1970.

Final Piala Malaysia edisi ke-83 bermula dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran 85,000 penonton yang memenuhi setiap ruang di Stadium Nasional itu. Yang pasti, 70 peratus daripadanya terdiri daripada penyokong Kelantan.

Sebaik perlawanan bermula, Kelantan dilihat lebih bertenaga dengan gerak yang agak terancang.

Penguasaan mereka terserlah di bahagian tengah namun mereka tidak mampu untuk meloloskan diri daripada kawalan pertahanan lawan.

Namun, segala-galanyanya berubah pada minit ke-17.

Sudahkah Anda Berpindah Ke Wordpress

Posted by GameMaster | 10/02/2009 | 1 comments »



Walaupun blog ini sudah tidak digunakan lagi, ianya tetap akan ada kerana semua database lama ada didalam blog ini, jadi saya tidak bercadang untuk membuangnya. Jadi tajuk diatas sudahkah anda berpindah ke wordpress.

Bagi mereka yang sudah mahir guna blogspot tu kira anda dah bolehlah bertukar ke wordpress self hosting pula sebab memang best ada hosting sendiri nih, jadi saya bagi sedikit tips untuk berpindah.

Berpindah jika anda rasa anda sudah mampu dari segi kewangan, masa, komitmen. Ini kerana, sekiranya anda berpindah ke self hosting. Terdapat banyak cabaran yang anda akan hadapi contohnya ialah:

1. Mengupdate plugin.
2. Mengupdate Wordpress ke versi yang baru.
3. Maintanance hosting anda.

Jadi anggap ianya perkara yang baru dan saya boleh jamin anda boleh memahirkan semua ini dalam masa satu bulan. Percayalah. Pilih satu hosting, dan anda boleh bergerak sendiri.

Kat forum saya ada sedikit review: Hosting Local Yang Best

Perlawanan ulangan esok

Posted by GameMaster | 7/19/2009 | 0 comments »



MUNGKIN ia bonus buat pemain skuad kebangsaan selepas mempamerkan persembahan membanggakan ketika tewas tipis 2-3 kepada Manchester United di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam selaku penganjur Jelajah United ke Asia mengumumkan (selepas perlawanan semalam) bahawa satu lagi perlawanan antara Manchester United dengan skuad negara akan berlangsung di stadium yang sama malam esok.

"Perlawanan kedua antara Malaysia dan United ini diadakan bagi menggantikan perlawanan antara Pilihan Indonesia dengan United yang dijadualkan berlangsung di Jakarta pada Isnin (esok) tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

"Jadi perlawanan ini akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam Isnin (esok)," katanya pada sidang media sejurus selepas perlawanan semalam.

Tiket-tiket bagi perlawanan malam esok berharga RM58 bagi semua tempat duduk kecuali RM308 bagi tempat duduk grand- stand.

"Apabila melihat 85,000 penonton membanjiri stadium hari ini (semalam), kita memberi peluang semula kepada mereka yang mahu menonton lagi perlawanan ini dan juga mereka yang tidak berkesempatan menonton hari ini (semalam)," jelasnya.

Tiket-tiket akan mula dijual di semua outlet TicketPro mulai hari ini dan juga di Pintu Hijau Stadium Nasional pada hari ini (12 tengah hari hingga 7 petang) dan esok dari pukul 12 tengah hari sehingga perlawanan bermula.

"Tiket grandstand RM308 hanya dijual secara online menerusi www.ticketpro.com.my dan juga outlet Ticket- Pro. Ia tidak dijual di stadium," katanya.

Sementara itu, Julian berkata, pihaknya akan menyediakan 3,000 tempat duduk untuk peminat yang telah membeli tiket pertemuan Indonesia-United.

"Mereka yang telah membeli tiket untuk aksi di Jakarta, Indonesia itu boleh menukar tiket mereka di kaunter khas di Stadium Nasional pada hari Isnin bermula pukul 12 tengah hari hingga 7 petang," ujarnya.

Ikon permotoran AS isytihar bankrap

Posted by GameMaster | 6/02/2009 | 0 comments »




WASHINGTON - Simbol permotoran Amerika Syarikat (AS), General Motors (GM) mengisytihar muflis semalam dalam perkembangan yang disifatkan sebagai tamparan hebat ke atas industri automotif negara berkenaan.

Berikutan pengumuman tersebut, kerajaan AS akan mengambil alih pengurusan GM yang sejak bertahun-tahun lalu merupakan syarikat terbesar di dunia dan merupakan mercu tanda kemakmuran ekonomi AS.

"Perisytiharan itu membawa impak besar ke atas AS kerana GM lebih daripada

sekadar sebuah syarikat, ia dianggap ikon negara," kata seorang profesor Universiti Clark, Gary Chaison.

Semalam, beberapa pegawai kanan AS berkata, mereka berharap proses pertukaran pengurusan itu akan berjalan lancar dan memakan masa di antara 60 hingga 90 hari.

Selepas tempoh tersebut, GM akan bebas daripada perlindungan muflis dan muncul sebagai sebuah syarikat yang lebih tersusun.

Kerajaan AS akan menyuntik dana tambahan AS$30.1 bilion (RM104.4 bilion) bagi membantu penstrukturan semula GM di bawah perlindungan mahkamah dan akan mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut.

Sebelum ini kerajaan AS sudah memberikan pinjaman mencecah AS$19.4 bilion (RM67.2 bilion) kepada GM.

Turut menyumbang bantuan kewangan termasuk kerajaan Kanada dan kerajaan wilayah Ontario yang memiliki beberapa kilang syarikat berkenaan. - AFP

Lagi imej misteri muncul

Posted by GameMaster | 5/26/2009 | 0 comments »



ATAS:NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka.

Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya.

"Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer.

"Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori.

Sementara itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil, Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight