Kereta Lama, Kereta Baru

Posted by GameMaster | 4/29/2009 | 1 comments »



Salam. Jika anda memandu di lebuhraya atau jalan perseketuan, anda akan dapat melihat kebanyakkan kenderaan yang rosak adalah kenderaan yang baru. Kenapa ini berlaku. Sepatutnya kereta baru jarang rosak berbanding dengan kereta lama.

Puncanya kerana pengguna kereta ini sering mengabaikan untuk memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Maklum lah kereta baru. Kebanyakkan kereta yang tersadai atau mengalami kerosakkan di tepi bahu jalan raya berpunca dari kekurangan air di radiator atau minyak hitam tidak mencukupi.

Jadi, jika anda ingin mengelakkan situasi diatas, periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Nak tips tentang kenderaan, anda boleh memeriksanya di posting yang terdahulu.

Perkhidmatan Siar Raya

Posted by GameMaster | 4/27/2009 | 4 comments »



Salam. Sempena musim cuti sekolah yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kami di Hakzin Enterprise ingin mempromosikan perkhidmatan yang sesuai dengan pakej bagi mereka yang ingin melansungkan perkahwinan mereka sempena musim cuti sekolah nanti.

Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah.

1. Perkhidmatan P.A Sistem.(sistem set karaoke)
2. Perkhidmatan Video Kamera.
3. Perkhidmatan Fotografi.


Kami beroperasi di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Selain itu juga, sesiapa yang mempromosikan kami ditempat anda, anda akan diberikan duit kopi atau duit minyak sebagai penghargaan terhadap anda yang mempromosikan kami.

Berminat.

Boleh hubungi:

1)En. Johari di 012-3490753 @ 06-6793763.
2)En. Kamarruzaman di 017-3967711


Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk majlis keramain selain dari majlis perkahwinan seperti nasyid, Rumah terbuka.

Selesema babi cetus kebimbangan global

Posted by GameMaster | 4/27/2009 | 0 comments »



HONG KONG - Pegawai-pegawai kesihatan di Asia berada dalam keadaan berjaga-jaga semalam ketika penyakit selesema babi yang membunuh puluhan orang di Mexico kini menular ke New Zealand sekali gus meningkatkan risiko berlakunya wabak global.

Kerajaan rantau Asia yang pernah bergelut dengan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung, meningkatkan pengawasan di lapangan-lapangan terbang dan menggesa orang ramai supaya berwaspada.

Langkah itu susulan pengumuman Menteri Kesihatan New Zealand, Tony Ryall semalam bahawa 10 pelajar negara itu yang baru-baru ini melawat Mexico dijangkiti selesema babi.

"Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai kesihatan bahawa mereka disyaki menghidap selesema babi," katanya.

Menurutnya, sampel darah semua pelajar itu sudah dihantar ke makmal Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Melbourne bagi mendapatkan kepastian.

Sementara itu, pegawai-pegawai Mexico memberitahu, angka kematian akibat wabak baru itu meningkat kepada 81 orang di mana 10 daripada mereka dipercayai dijangkiti di Amerika Syarikat, dua di Perancis dan seorang di Israel.

Penularan cepat itu dipercayai berpunca daripada perjalanan udara di peringkat antarabangsa. Lagi

Soalan Trivia: Gear Lima

Posted by GameMaster | 4/24/2009 | 0 comments »



Salam. Hari ni saya ingin berikan soalan trivia yang rinkas sahaja hari ini. Kenapa orang memanggil gear lima kenderaan anda sebagai gear ekonomi.

Sila berikan jawapan anda pada komen.

Iklan Teks

1. Cipta pahlawan online anda.
2. Komuniti Online Anda.

Demam Kuning

Posted by GameMaster | 4/22/2009 | 4 comments »



Salam. Hari ni saya nak bagi sedikit tips bagi mengurangkan kesan demam kuning ini. Antara punca demam kuning ini berkemungkinan kekurangan vitamin didalam badan. Jadi terdapat pelbagai cara untuk mengubati rawatan ini termasuk berjumpa doktor di klinik atau hospital.

Bagi yang sendiri ingin mencuba untuk mengubatinya, caranya senang sahaja. Anda pergi ke kedai yang dimana terdapat susu kambing dan beli susu kambing tersebut untuk diminum. Bagi dikawasan mereka yang senang untuk membeli susu kambing ini yang selalunya berada di kawasan kampung, susu kambing ini masih lagi segar dan elok untuk diminum bagi mengurangkan kesan penyakit demam kuning ini.

Selain itu juga, amalan ini juga bagus untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

MyBrute.com

Posted by GameMaster | 4/21/2009 | 6 comments »



Salam. Hari ni update ringkas-ringkas sahaja. Jom kita release kan tension sambil melayan blog jom layan pemainan online ini. Permainan yang menggunakan flash player ini tidak memerlukan anda untuk mendaftarnya.

Anda hanya perlu memasukkan nama karakter anda dan pilih pahlawan atau watak anda dan kemudian pilih warna yang sesuai untuk pahlawan anda. Dan kemudian masuk ke arena perlawanan dan berlawan dengan karakter yang lain. Game ni lebih kurang macam myminicity tapi ni versi lawan.

Jom layan: MyBrute

Ni saya punya link: Gamemaster

Mendung Cuaca

Posted by GameMaster | 4/19/2009 | 4 comments »



Salam. Pernah anda mengalami panas yang amat sangat ketika anda berada dirumah. Panas atau bahang ini boleh dirasai apabila ketika pada waktu malam. Normalnya, suhu yang panas didalam rumah anda mungkin berkait dengan cuaca ditempat anda.

Jika anda mengalami perkara diatas tersebut. Berkemungkinan kawasan anda akan mendapat hujan. Ini bukanlah satu ramalan mengenai hujan dimana kita hanya manusia biasa tidak mempunyai apa-apa kelebihan untuk menentukan hujan turun ataupun tidak. Tetapi sebagai manusia yang peka dengan alam sekitar. Suhu yang meningkat ini boleh dijadikan sebahagianya sebagai panduan.

Soal siasat kejam era Bush

Posted by GameMaster | 4/18/2009 | 0 comments »



WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin mendedahkan cara soal siasat kejam yang dilakukan ketika George W. Bush berkuasa.

Antara soal siasat kejam itu adalah seperti menutup mata tahanan, kaki dirantai dan diterbang ke pusat-pusat penyiasatan secara rahsia.

Bangunan yang menjadi lokasi siasatan itu sunyi sepi dan tahanan-tahanan dibogel dan gambar mereka dirakam selain janggut mereka dicukur.

Bagaimanapun, jika tahanan-tahanan itu enggan bekerjasama, cara soal siasat ketika era Bush akan ditingkatkan.

Beberapa tahanan menjadi saksi kepada proses itu yang direka untuk mendapatkan maklumat daripada suspek selepas serangan pengganas berlaku pada 11 September 2001 di AS.

Bush berundur menjadi Presiden pada 20 Januari lalu dan digantikan oleh Obama.

Teknik siasatan kejam itu dilakukan oleh anggota-anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) dengan membiarkan tahanan tidur dalam keadaan bogel.

Pakaian dan makanan akan diberikan kepada tahanan yang memberikan kerjasama.

Menampar tahanan di muka dan perut adalah dibenarkan.

Turut dibenarkan adalah memegang tahanan dengan kasar di bahagian kolar dan menghantukkan mereka ke dinding.

Hos air digunakan untuk 'melemaskan' seketika tahanan selama beberapa minit.

Terdapat teknik psikologi yang lebih kejam tetapi tidak digunakan didedahkan oleh Jabatan Pertahanan AS di bawah pentadbiran Obama.

Kaedah itu adalah dengan menunjukkan tahanan sebuah kotak yang mengandungi ulat bulu.

Namun, Obama menyatakan beliau memberi jaminan bahawa anggota-anggota kerajaan yang terlibat dalam soal siasat itu tidak akan didakwa. - Agensi

Buang Autorun Dengan Ninja Pendisk !

Posted by GameMaster | 4/15/2009 | 3 comments »



Salam. Tahukah anda, komputer pada masa kini mudah terdedah terhadap serangan virus. Ini disebabkan penggunaan pendrive yang meluas tanpa mengira usia dan masa. Disebabkan itu juga, pendrive anda berkemungkinan membawa virus tanpa anda sedari. Tapi anda semua jangan risau.

Pastikan anda memasang Ninja Pendisk untuk menjaga PC anda. Fungsi Ninja Pendisk ini adalah, jika anda memasukkan pendrive anda ke USB. Jika terdapat sebarang fail autorun yang berupaya merosakkan PC anda. Ninja Pendisk akan detect terlebih dahulu dan akan membuangnya secara automatik.

Download Link: Ninja Pendisk

Teaching English - Ah-Ha

Posted by GameMaster | 4/14/2009 | 0 comments »

Mozilla Lab Personas

Posted by GameMaster | 4/12/2009 | 5 comments »



Berita baik untuk pengguna browser firefox. Pengguna firefox kini boleh menukar kulit atau skin browser anda dengan menggunakan Personas. Terdapat pelbagai pilihan rekabentuk dan warna untuk dipilih mengikut citarasa anda.

Selain itu juga, anda juga boleh menggunakan image anda sendiri jika anda berasa tidak sesuai dengan gallery yang sedia ada. Dengan perubahan yang baru ini, Mozilla firefox akan tetap menjadi pujaan hati bagi mereka yang menggunakan browser ini.

Download Link: Mozilla Lab Personas

Ulser Mulut

Posted by GameMaster | 4/10/2009 | 8 comments »



Salam. Adakah anda pernah mengalami ulser mulut dimana, terdapat sedikit tompokan putih di bibir anda dan pastinya ia mengundang rasa yang sakit ketika anda hendak menjamah makanan. Apakah punya sebenar penyakit ulser mulut ini. Ada yang mengatakan ianya berpunca dari kekurangan zat, stress, jangkitan, Rawatan radiasi.

Tetapi dari pendapat saya sendiri, punca terjadinya ulser mulut ini berkemungkinan berpunca dari berus gigi yang telah lusuh dimana ianya dimasuki bakteria dan kerap mengunyah air batu yang sejuk.

Bagaimanakah cara-caranya untuk mengatasi masalah ini. Kalau diikutkan lumrah alam. Ianya akan baik dalam masa seminggu dan kalau lebih dari sebulan tu. Kena bawa pergi hospital.

Cara-cara mengatasi.

1. Gunakan perubatan seperti gel untuk penyakit ulser ini yang boleh didapati dari farmasi atau klinik.
2. Minum air yang bersih dan dimasak.
3. Kurangkan makanan yang boleh mengundang pedih ulser mulut seperti makanan bersambal dan bergaram.
4. Kumur mulut dengan air suam-suam panas atau gunakan listerin.
5. Ini cara saya.. Gunakan air campuran garam dan kumurkan. Kalau nak lebih best. Letak garam di tempat ulser tersebut. Pedih akan hilang dalam masa 10 - 15 minit. Lepas tu pedih balik.
6. Counter balik penyakit ini dengan menjaga kebersihan.

P/S: Sebenarnya baru je minggu ni kena.. Dah nak baik dah.. Tu yang teringat nak berkongsi post ni.

Fast and Furious 4 Trailer

Posted by GameMaster | 4/08/2009 | 2 comments »

Harga ayam naik

Posted by GameMaster | 4/08/2009 | 2 comments »

KUALA LUMPUR 7 April - Harga ayam hidup naik daripada RM3.30 sekilogram kepada RM3.70 sekilogram, harga borong ayam hidup naik daripada RM4 sekilogram kepada RM4.40 sekilogram.

Harga runcit ayam hidup naik daripada RM4.70 sekilogram kepada RM5.10 sekilogram.

Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata harga borong ayam bersih naik kepada RM5.20 daripada RM4.70 sekilogram. Harga runcit ayam bersih (standard) dengan kaki, kepala, hati dan hempedal naik kepada RM6 sekilogram daripada RM5.55 sekilogram.

Harga runcit ayam bersih (super) tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal berharga RM6.70 sekilogram.

Menurut kenyataan itu harga runcit ayam bersih dengan sijil Tanda Kesihatan Veterinar (VHM) Super tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal berharga RM7.40 sekilogram.

Harga terbaru ayam ini berasaskan pada faktor permintaan dan bekalan semasa. - BERNAMA

Bukit Gantang

Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.

Batang Air


LUBOK ANTU: Calon Barisan Nasional (BN), Malcolm Mussen Lamoh menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air dengan memperoleh majoriti 1,854 undi mengalahkan pencabarnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang.

Malcolm Mussen memperoleh 3,907 undi, manakala calon PKR, Jawah Gerang hanya mendapat 2,053 undi.

Pengumuman keputusan pilihan raya itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nelson Mujah Girie tepat jam 7.45 malam di Pusat penjumlahan undi Kompleks Sukan Lubok Antu, di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada BN pada 24 Februari lalu, selepas sembilan bulan koma akibat serangan angin ahmar.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Datuk Dublin Unting Ingkot menang dengan majoriti 3,295 undi mengalahkan Nicholas Bawin Anggat daripada SNAP dengan 2,489 undi.

10 Stadium Terbesar Di Dunia

Posted by GameMaster | 4/05/2009 | 5 comments »


Salam. hari ni saya nak kongsikan info menarik iaitu 10 Stadium Terbesar Di Dunia.

1. Stadium Rungnado May Day dengan kapasiti 150,000 orang.
2. Stadium Salt Lake dengan kapasiti 120,000 orang.
3. Stadium Eztadio Azteca dengan kapasiti 114,465 orang.
4. Stadium Michigan dengan kapasiti 107,501 orang.
5. Stadium Beaver dengan kapasiti 107,282 orang.
6. Stadium Jonalista Mario Filho dengan kapasiti 102,045 orang.
7. Stadium Ohio dengan kapasiti 102,329 orang.
8. Stadium Neyland dengan kapasiti 102,037 orang.
9. Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti 100,200 orang
10. Stadium Melbourne Cricket Ground dengan kapasiti 100,000 orang.

Sumber: Majalah Apo?

Abdullah serah tugas kepada Najib

Posted by GameMaster | 4/03/2009 | 4 comments »



PUTRAJAYA: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan nota serah tugas kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru pada majlis khas di Pejabat Perdana Menteri di sini pada jam 4.50 petang tadi.

Majlis simbolik itu melengkapkan peralihan kuasa secara aman antara beliau dan Najib yang dianggap hadiah amat berharga daripada seorang pemimpin berjiwa besar kepada rakyat.

Hadir sama menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah isteri Abdullah, Tun Jeanne Abdullah, dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pagi tadi, Najib mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Abdullah dan Jeanne pula masing-masing dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara dan Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong.

Telinga Di Masuki Air

Posted by GameMaster | 4/02/2009 | 3 comments »



Salam. Adakah anda mengalami masalah air memasuki telinga anda ketika berenang, mandi. Jika ya ada cara mudah untuk mengatasi masalah ini.. Caranya dengan menggunakan air juga..

Jika telinga anda telah dimasuki air, ambir setitis air ditangan anda dan titiskan ke tempat lubang telinga yang dimasuki air. Dan anda akan rasa sedikit haba dan selepas itu anda sudah mengatasi masalah anda. Ulang perkara yang sama jika terdapat lagi sedikit sisa air ditelinga anda. Kedudukan kepala mestilah air yang dititiskan tadi dapat memasuki lubang telinga anda tadi.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight