Feedjit

Posted by GameMaster | 2/27/2009 | 2 comments »



Salam.. Tahukah anda, dengan memasang widget feedjit anda boleh mendapatkan trafik dari luar blog anda.. Feedjit befungsi sebagai widget yang mencatatkan pelawat ke blog anda dari seluruh dunia.. Ianya mudah dipasang dan amat sesuai digunakan oleh semua pemilik blog..

Selain itu, feedjit juga boleh mengesan pelawat yang datang ke blog anda dari sumber yang mana.. Kepada peminat adsense, ianya juga mampu mengesan jika ada seseorang yang melakukan fraud click di blog anda.

Jika anda perasan dibawah Live Traffic Feed akan tertera kawasan blog yang anda gunakan.. Sebagai contoh.. Saya dikategorikan sebagai Melaka Top Blog. Mungkin ianya mengikut ip address anda.. Jika anda klik link tersebut.. Ianya akan membawa anda ke laman blog popular yang lain.. Jika anda juga popular.. Anda juga akan tersenarai dan ianya akan membawa sedikit sebanyak visitor.

Bagi yang belum memasang.. Anda boleh melakukannya disini: Feedjit

KUALA LUMPUR: Beberapa wakil rakyat malah seorang Timbalan Menteri terkejut dengan pengumuman kenaikan kadar tol di lima lebuh raya bermula 1 Mac ini.

Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyifatkan kenaikan kadar tol padamasa kini tidak wajar.

"Baru-baru ini sudah diberitahu bahawa kerajaan akan beri keutamaan kepada rakyat dalam apa saja keputusan bila ada syarikat konsesi meminta kenaikan tol, tapi saya terkejut bila dapat maklumat harga tol akan dinaikkan bermula Ahad ini," katanya.

Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan 68 sen dan 50 sen.

Puad berkata kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tol sehingga mini bajet dibentangkan pada 10 Mac ini.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) tidak menafikan merasai bebanan kenaikan tol biarpun memahami akan perjanjian yang dibuat kerajaan bersama syarikat konsesi lebuh raya.

Netanyahu kian hilang sabar

Posted by GameMaster | 2/25/2009 | 0 comments »

BAITULMAQDIS - Pemimpin Parti Likud, Binyamin Netanyahu semakin hilang sabar terhadap Parti Kadima dan Parti Buruh yang berdolak-dalik bagi menyertai pembentukan kerajaan baru pimpinannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Netanyahu yang dalam satu majlis terbuka kelmarin bagaimanapun berikrar untuk mengadakan langkah terbaik bagi membentuk satu kerajaan campuran bersama Kadima atau Parti Buruh.

Bakal Perdana Menteri itu memberi taklimat kepada anggota parti Likud setelah beberapa mesyuarat bersama pemimpin Kadima, Tzipi Livni Ahad lalu dan pemimpin Buruh, Ehud Barak kelmarin menemui jalan buntu.

Mesyuarat pertama itu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perbezaan antara Livni dan Netanyahu berhubung isu-isu diplomatik.

Isu kedua yang dibincangkan banyak menyentuh mengenai keselamatan dan politik.

Bagaimanapun, mesyuarat itu gagal membawa kepada pembentukan kerajaan campuran.

Parti Kadima memperoleh kelebihan satu kerusi berbanding Parti Likud dalam pilihan raya Israel yang diadakan pada 10 Februari lalu. - Agensi

Tips Bina PC Anda Sendiri

Posted by GameMaster | 2/23/2009 | 2 comments »



Salam. Hari ni saya nak bagi tips kepada mereka yang hendak membina komputer meja design anda sendiri. Berbanding dengan membeli pc yang sudah siap dikedai, membina pc sendiri di rumah lebih menyeronokkan kerana anda boleh menentukan spec pc yang anda mahukan selari dengan budjet anda.. Walaupun kos pembinaan komputer sendirian berhad ini lebih mahal dari yang dibeli dikedai.. Anda dapat mempelajari komponen-komponen asas dalam komputer seperti motherboard, Ram, cd-drive dan lain-lain.

Tempat yang anda boleh pergi untuk mencari barangan komputer yang murah adalah di Plaza Low Yatt di Kuala Lumpur. Disana terdapat beratus gerai komputer dan anda hanya perlu membuat survey sebelum membeli barang disana.

Nanti saya updatekan versi kedua apa barang-barang keperluan yang perlu anda beli dan budjet yang mencukupi

Tarian Bollywood jadi kegilaan di AS

Posted by GameMaster | 2/20/2009 | 0 comments »



DENVER - Kelas tarian Bollywood yang disesuaikan dengan pergerakan hip-hop mendapat sambutan menggalakkan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS).

Sekolah Bollywood Barat di sini terpaksa mencari studio lebih luas selepas semakin ramai menyertai kelas tarian itu yang diadakan selama empat hari seminggu.

"Saya mengajar tarian ini di New York dan apabila saya berpindah ke sini, saya berasa ragu-ragu. Namun, saya kini menggandakan bilangan kelas dalam tempoh sebulan," kata pengajar tarian itu, Renu Kansal yang membuka kelas itu sejak tahun 2006.

Seorang akauntan, Tina Striegel berkata, dia jatuh cinta dengan filem Bollywood selepas melihat filem Slumdog Millionaire yang mengandungi adegan tarian.

"Saya mahu sesuatu yang berlainan," katanya.

Di Houston, terdapat lima cawangan kelas tarian Bollywood dibuka kepada orang ramai.

Seorang pengajar tarian Bollywood di bandar Naperville, Illinois, Bhagya Nagesh berkata, tarian itu semakin dikenali kerana filem-filem Bollywood. - AP

Ruginya Berkalau

Posted by GameMaster | 2/17/2009 | 1 comments »



Salam.. Hari ni cerita pasal motivasi sikit.. Kebanyakkan orang kita lebih suka berkalau berbanding untuk menjadikan ianya kenyataan.. Macam mana tu. Perkara ini boleh dikatakan memang selalunya berlaku di dunia ini..

Pernahkan situasi berikut berlaku pada anda.

1. "Kalau la aku dapat kereta mercedes ni kan best"
2. "Kalau la gaji aku besar, mesti senang hidup aku"
3. "Kalau la dapat jadi chef kan best"

Perkataan kalau sering digunakan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.. Tahukah anda orang yang menyebut perkataan kalau ini sebenarnya orang yang tidak mahu mengambil cabaran untuk mengatasi masalah seperti diatas.

Cara nak mengubahnya senang sahaja.. Kita kena ubah cara pemikiran kita untuk menepuh cabaran. Kita amik situasi diatas.

1. "Alangkah gembiranya kerana mercedes ini telah dapat kumiliki hasil duit simpanan dalam tabung selama 15 tahun."
2. "Nak dapat gaji besar, saya mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat gaji besar"

Jika boleh tukar perkataan kalau dengan perkataan lain yang boleh menaikkan semangat untuk memiliki sesuatu benda.

Dragonball : Evolution 2009 - trailer

Posted by GameMaster | 2/15/2009 | 0 comments »

Senat lulus AS$787b

Posted by GameMaster | 2/15/2009 | 0 comments »



WASHINGTON - Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) kelmarin meluluskan pakej pemulihan berjumlah AS$787 bilion (RM2.8 trilion) yang dilihat Presiden Barack Obama bakal merangsang ekonomi negara itu yang semakin tenat.

Pelan yang sebelum ini memerlukan beberapa pindaan kecil akan dihantar ke pejabat Obama untuk ditandatangani sebelum pelaksanaannya.

Pakej itu termasuk peruntukan AS$120 bilion (RM434 bilion) bagi tujuan prasarana seperti membaik pulih jambatan, bangunan kerajaan dan jalan raya.

Sebanyak AS$100 bilion (RM361 bilion) diberikan untuk pendidikan, AS$30 bilion (RM108 bilion) untuk tenaga dan AS$212 bilion (RM766 bilion) bagi potongan cukai manakala AS$267 bilion (RM965 bilion) adalah untuk makanan serta faedah hilang pekerjaan.

Pejabat Belanjawan Kongres menjangka pelan itu akan menjana sehingga tiga juta pekerjaan baru.

Undian 60-38 oleh 100 anggota dewan yang bermula pada pukul 5.30 petang waktu tempatan itu mengambil masa selama beberapa jam.

Sejumlah anggota Parti Republikan dalam dewan itu melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa membaca rang undang-undang perbekalan setebal 1,000 muka surat dalam tempoh singkat.

"Parti Demokrat tidak boleh berbuat sesuka hati hanya kerana Republikan menghabiskan banyak wang selepas kejadian 11 September dan ekoran masalah kewangan semasa," kata seorang wakil Republikan.

Sementara itu, Obama menyatakan tindakan Senat meluluskan pelan itu merupakan langkah penting dalam pemulihan ekonomi AS.

"Pelan itu bukan wang Monopoly. Ia perlu dibayar semula oleh anak dan cucu kita," kata Obama. - Agensi

Geng: Pengembaraan Bermula Trailer

Posted by GameMaster | 2/13/2009 | 0 comments »

Tarif elektrik, gas turun mulai 1 Mac

Posted by GameMaster | 2/12/2009 | 0 comments »



PUTRAJAYA - Tarif elektrik dan gas akan dikurangkan mulai 1 Mac ini.

Tarif elektrik diturunkan purata 3.7 peratus kepada 31.31 sen sekilowat jam (kwj) daripada 32.5 sen sekwj.

Para pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif sebanyak 2.54 peratus manakala pengguna komersial sebanyak 2.7 peratus dan pengguna industri 5 peratus.

Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengecualian pembayaran bil elektrik bagi bil berjumlah RM20 ke bawah diteruskan sehingga 31 Disember 2009.

"Pengurangan tarif ini akan melibatkan seramai 5.2 juta pengguna domestik, satu juta pengguna komersial dan 800,000 pengguna industri," katanya di sini semalam.

Sementara itu, harga gas bagi sektor elektrik dan bukan elektrik di Semenanjung Malaysia dikurangkan 32 peratus hingga 35 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dalam satu kenyataan menjelaskan, pengurangan harga RM7.06 hingga RM8.53 itu dapat membantu sektor industri dalam suasana ekonomi yang tidak menentu kini.

Jom Join

Posted by GameMaster | 2/11/2009 | 2 comments »



Salam.. Setelah dibina semula pada minggu lepas akibat kerosakkan pada server lama, Jadi Friend Korner yang baru telah dibina semula.. Oleh kerana masih baru dan memerlukan ahli bagi memastikan forum ini terus meriah.. Jadi kepada yang masih baru dengan Friend Korner ini.. Anda boleh rujuk post yang terdahulu.. Taip je friendkorner kat search box..

Reward yang mendaftar awal sehingga minggu ini.. Anda akan diberikan jawatan moderator yang berfungsi untuk menjaga topik atau thread dikawasan yang telah ditetapkan..

Jom Join Forum: Friendkorner

Gadis Malaysia cuba dilacur

Posted by GameMaster | 2/10/2009 | 3 comments »



KUALA LUMPUR - Seorang gadis Malaysia terpaksa meredah hutan, sawah dan kubur pada waktu malam semata-mata melarikan diri daripada dijadikan pelacur di Modung, Jawa Timur Indonesia baru-baru ini.

Itulah pengalaman yang ditempuh Iswatun Hasanah Musbahuddin, 17, dari Pantai Dalam di sini yang dilarikan selama 24 hari ke negara jiran itu sejak 12 Januari lalu.

Semasa berada dalam 'tahanan', gadis yang masih belajar di tingkatan lima itu dikurung di dalam dua buah rumah selama sembilan hari.

Gadis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati lokasi dia dikurung kerana kedudukan rumah tersebut yang jauh terletak di dalam hutan selain dia dibawa ke situ pada waktu malam.

Sebaik dapat melarikan diri, dia terus ke Balai Polis Polsek Modung yang terletak kira-kira 20 kilometer iaitu mengambil masa selama tiga jam perjalanan untuk sampai dari lokasi dia dikurung.

Dia kini selamat dan berada di satu lokasi yang dirahsiakan di Indonesia sebelum dihantar pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

Ketika dihubungi, Iswatun berkata, dia mulanya dibawa oleh seorang lelaki yang dikenalinya menaiki bas dari Puduraya pukul 10 malam pada 13 Januari lalu menuju ke Johor Bahru.

"Ketika itu, saya tidak tahu yang dia hendak bawa saya ke Indonesia kerana dia hanya memberitahu dia hendak membawa saya ke suatu tempat yang dirahsiakan kononnya untuk membuat kejutan,'' katanya.

96 maut kebakaran di Australia

Posted by GameMaster | 2/09/2009 | 0 comments »



KINGLAKE - Sekurang-kurangnya 96 orang maut manakala sejumlah bandar hangus dijilat api dalam kebakaran hutan terburuk di Australia yang disifatkan oleh Perdana Menteri Kevin Rudd semalam bagaikan api dari neraka.

Sejumlah mangsa meninggal dunia di dalam kereta ketika mereka cuba melarikan diri dari api yang menggunung itu manakala sesetengahnya rentung dijilat api.

Setakat semalam terdapat 26 kebakaran hutan masih berlaku di sekitar bandar Victoria, dalam negeri Melbourne manakala 53 kebakaran lagi berlaku di negeri jirannya, New South Wales.

Beberapa kebakaran itu yang bermula di sini, kira-kira 15 kilometer dari Victoria, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Lebih 700 buah rumah hangus dalam kebakaran hutan itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Victoria, Kieren Walshe, sebahagian kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat.

Beliau memberi amaran pencetus kebakaran hutan itu akan didakwa kerana melakukan pembunuhan jika ditangkap.

Kebakaran hutan di tenggara Australia itu telah memusnahkan kawasan sekitar 3,000 kilometer persegi atau lebih tiga kali ganda saiz pulau Hong Kong.

Beribu-ribu anggota bomba bertungkus lumus cuba mengawal api daripada terus merebak dalam kebakaran yang masih belum dapat dikawal itu.

Beribu-ribu mangsa bersesak-sesak mencari perlindungan di dewan orang ramai, sekolah dan tempat-tempat lain ketika askar dan anggota bomba bergelut cuba memadamkan kebakaran.

"Keadaan di sini seperti di Hiroshima atau selepas letupan bom nuklear," kata seorang penduduk Kinglake, Chris Harvey.

Ketika kebakaran hutan melanda tenggara negara itu, utara Australia pula menghadapi banjir akibat hujan lebat dengan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika membawa anjingnya bersiar-siar. - Agensi

Membina Jenama Anda Di Internet

Posted by GameMaster | 2/07/2009 | 0 comments »



Salam. Hari ni saya akan berkongsikan apa itu membina jenama anda di internet.. Memang ramai yang kita tahu, mereka telah menggunakan dunia blog sebagai tempat untuk menjalankan perniagaan.. Disitu juga mereka telah membina sebuah nama untuk produk mereka tersebut.. Dan pastinya ianya menggunakan laman web/blog.

Jadi, kini ramai generasi muda-mudi telah menggunakan blog sebagai satu tempat untuk mereka mencari rakan dan pelbagai lagi. Penggunaan nama domain yang sesuai juga turut akan membantu anda membina jenama anda diinternet.. Jika nama domain yang anda inginkan telah digunakan.. Carilah nama domain yang sesuai bagi membina jenama anda..

Digalakkan menggunakan nama sendiri jika anda seperti ilhamilham.com ke abuali.net ke.. Ianya lebih komersial digunakan kerana ianya menggunakan nama anda.. Kenapa saya tak menggunakan nama sendiri untuk blog ni.. Saya sebenarnya menggunakan nama hakzin ni sempena nama syarikat kecil-kecilan saya.. Terdapat juga brand-brand lain yang saya telah cipta antaranya ialah.

1. Friendkorner (Forum Friendkorner terpaksa di jenamakan semula kerana mengalami masalah. Tetapi ianya tidak mengambil masa yang lama.)
2. Variety-Animanga

800,000 pelajar IPT ada kerja

Posted by GameMaster | 2/05/2009 | 1 comments »



IPOH - Kementerian Pengajian Tinggi percaya lebih 800,000 pelajar yang sedang mengikuti kursus di institusi pengajian tinggi (IPT) akan mendapat pekerjaan walaupun pertumbuhan ekonomi negara bakal menyaksikan kemelesetan pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluang pekerjaan dan perniagaan baru masih dibuka di negara ini walaupun sektor swasta sudah mula bertindak mengurangkan kos pengeluaran dan membuang pekerja mereka.

Katanya, berasaskan kajian kementerian sejak beberapa tahun lalu menunjukkan kira-kira 80 peratus graduan berkelulusan diploma dan ijazah sarjana muda sudah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian masing-masing.

"Sebenarnya, graduan bidang kesusasteraan yang membuat pengkhususan Geografi menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan sehingga kini.

"Jadi semua universiti digalakkan mengadakan program keusahawanan di kalangan pelajar kerana peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan dalam negara masih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) di sini semalam.

Apa Itu FrostBite?

Posted by GameMaster | 2/03/2009 | 0 comments »



Salam.. hari ni saya akan kongsikan apa itu frostbite.. Frostbite adalah salah satu penyakit yang menyebabkan kecederaan kritikal pada kulit dan lain-lain tisu oleh kerana disebabkan kesejukan yang melampau.

Berlakunya frostbite ini adalah pada permukaan yang terdedah dan luas.. Terdapat beberapa peringkat untuk frostbite ini.. Salah satunya ialah frostnip yang biasa berlaku pada pendaki-pendaki gunung yang mendaki dalam altitud yang tinggi dan sejuk.

Cara-cara untuk memulihkannya bergantung kepada kecederaan seseorang.. Jika boleh diselamatkan.. Ianya boleh dilakukan dengan memanaskan tempat serangan frostbite pada tubuh anda..

Pernah juga try masa buat ais.. Bila nak keluarkan dari bekas.. Try pegang lama-lama ais tersebut ianya akan melekat ditangan anda..

Penduduk gempar dengan penemuan 'pocong'

Posted by GameMaster | 2/01/2009 | 3 comments »



KOTA TINGGI - Penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini digemparkan dengan satu kejadian aneh lewat petang kelmarin, ekoran penemuan lima objek menyerupai 'pocong' terdampar di tebing Sungai Johor.

Menurut dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, dari Kampung Tembioh dekat sini, mereka terkejut apabila terlihat objek tersebut yang tiba-tiba timbul dan 'melanggar' paha kanannya ketika sedang asyik menjala ikan di tebing sungai berkenaan.

Mohd. Izzuddin berkata, sudah menjadi kebiasaan bila ada masa terluang beliau bersama rakannya akan menjala ikan di tepi sungai itu tetapi belum pernah terjumpa perkara aneh seperti itu sebelum ini.

Menurutnya, mereka mula turun menjala kira-kira pukul 6 petang dan sebaik tiba di tebing berhadapan dewan badminton di sini, tiba- tiba dia terhidu bau yang agak wangi seakan- akan bunga kemboja atau kapur barus tetapi tidak mengendahkannya.

"Apa lagi, saya dan rakan (Mohd. Razif) bagaikan tergamam seketika dan bergegas naik ke darat ekoran terperanjat sebaik terlihat benda itu,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.

"Ekoran kejadian itu saya terus menceritakannya kepada rakan-rakan lain tetapi mereka tidak mempercayainya sehinggalah muncul empat lagi objek yang serupa semalam tidak jauh dari tempat 'pocong' pertama ditemui."

Menurut Mohd. Izzuddin lagi, kelima-lima objek itu kelihatan seolah-olah seperti mayat yang telah lengkap dikafan dengan kain putih.

Sumber: Kosmo

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight