Rumah Pangsa untuk DiJual

Posted by GameMaster | 12/31/2007 | 3 comments »

Sekadar Hiasan

Sempena pada tahun baru ini saya ingin meminta pertolongan bloggers semua supaya war-warkan pada yang lain kerana saya ingin menjual rumah pangsapuri 3 bilik milik ayah saya yang berharga RM 50,000 (harga boleh runding). Yang beralamat di blok J, 14-20 Taman Desaria, Taman Medan Petaling Jaya. Sila hubungi En.Johari di talian 06-6793763@012-3490753. Ada saguhati sesiapa yang dapat menjual rumah saya. Terima Kasih.

Tinggal beberapa jam dari sekarang, kita akan menyambut tahun baru. Oleh itu menjelang tibanya tahun baru ini, kita pasang niat dalam hati untuk memajukan diri kita pada tahun akan datang. Memang sedih untuk kita meninggalkan tahun yang banyak memberi kenangan saat duka gembira. Jadi pada sesiapa yang belum lagi dapat menunaikan hajat pada tahun ini silalah bawa ke tahun 2008, mana tahu rezeki anda di tahun baru.. Ok apakah azam anda pada tahun baru ini..


Countdown Clocks at WishAFriend.com

P/S: Pada saat ini anda bolehlah memberi ucapan kepada rakan bloggers yang lain sehingga tengah malam ini..

Bisanya ular sawa

Posted by GameMaster | 12/29/2007 | 4 comments »


Salam kepada semua bloggers sekalian. Ini adalah cerita dari zaman dulu-dulu kala dari zaman nenek moyang saya. Ceritanya bolehlah dijadikan sebagai panduan kepada manusia, walaupun ianya cerita binatang. Ular sawa sebenarnya adalah ular yang paling berbisa dalam dunia. Ia menjadi raja segala ular didunia ini. Boleh dikatakan bisanya melampaui batas. Boleh mematikan seseorang manusia hanya dengan mematuk KESAN TAPAK KAKI MANUSIA. Nak dijadikan cerita telur ular sawa adalah telur yang paling baik sekali untuk digunakan manusia sebagai ubat. Pada suatu hari ketika ular sawa keluar dari sarang untuk mencari makan. Beberapa orang manusia telah mencuri telur ular sawa tersebut. Ketika pulang ular sawa mendapati telurnya telah hilang. Dengan perasaan sedih dan marah, ular tersebut memerhatikan keadaan sekeliling dan mendapati kesan-kesan@bekas tapak kaki manusia lalu dengan geramnya mematuk-matuk bekas tapak kaki tersebut. Begitulah manusia begitulah binatang ada perasaan hasad dengki. Oleh kerana kehebatan ular sawa yang tidak boleh ditandingi, sekumpulan gagak yang sememangnya tidak disukai oleh kumpulan binatang yang lain kerana tersisih sebab tidak ada keistimewaan pada diri gagak, lalu memerhati gerak geri ular tersebut lalu memberitahu kepada ular sawa tadi berkenaan manusia yang mencuri telur ular tersebut. Lalu memberitahu kepada ular tersebut bisanya tidak berbisa langsung, lalu menceritakan pencuri telur ular sawa masih hidup lagi padahal sejurus sahaja ular tersebut mematuk bekas tapak kaki tadi, pencuri tersebut serta-merta mati. Lalu ular sawa bersumpah tidak lagi menggunakan bisanya untuk membunuh ataupun menjaga keselamatan lalu memuntahkan segala bisanya ke tanah dengan hati yang lega sekumpulan gagak tadi membasuh muncungnya dengan bisa tadi. Sebab itulah muncung gagak berbisa ketika mematuk. Selepas itu gagak tersebut bergembira dan memberitahu kepada binatang-binatang yang lain supaya memakan bisa ular sawa yang dimuntahkan tadi supaya dapat hasil yang sama seperti gagak. Tetapi ada seekor binatang yang diberi nama ulat bulu datang menangis bergolek diatas bekas-bekas bisa tadi mengatakan dirinya terlambat untuk memilik bisa dari ular sawa tadi. Akhirnya ulat bulu tadi dapat sedikit dari manfaat bisa ular sawa tadi. Dari semenjak itu ular sawa hanya menggunakan kekuatan belitan untuk mencari makan dan membunuh musuhnya.

P/S: Jadi kepada bloggers semua cerita ini banyak memberi tauladan dan jadilah manusia yang berhati mulia dan jangan berhasad dengki untuk kepentingan diri sendiri. Yang penting adalah segala usaha yang menentukan kejayaan kita.. Sekian...

Nasi Lemak

Posted by GameMaster | 12/27/2007 | 4 comments »



Salam, hari ini saya ingin menceritakan tentang nasi lemak. Pasti anda makan nasi lemak kan.. Nasi lemak merupakan makanan sarapan pagi yang terkenal di Malaysia. Nasi lemak diperbuat dari santan dan kemudian dicampurkan kedalam beras. Bukan pasal resepi nasi lemak yang saya nak ceritakan hari ini tetapi kenapakah nasi lemak mesti ada timun.

Timun berfungsi sebagai.

1. Dapat meneutralkan lemak-lemak dari nasi lemak tersebut seperti minyak dan kacang..
2. Sebagai Hiasan..
3. Dapat menghilangkan rasa pedas..
4. Dapat mengurangkan kolestrol ketika makan nasi lemak..

P/S: Timun juga berfungsi sama seperti diatas ketika kita makan sate..

Brainstorming pasal Mat Rempit

Posted by GameMaster | 12/26/2007 | 5 comments »



Salam hari ini saya berkesempatan lagi untuk memberi update.. Hari ini kita akan berkongsi idea dan pendapat mengenai isu mat rempit yang masih berleluasa di negara kita.. Saya akan cuba mencadangkan beberapa idea yang boleh mengurangkan kemalangan dari mat rempit ini.. Pada pendapat saya, syarikat pengeluar motor haruslah mengeluarkan motor yang berkuasa rendah.. Ini akan dapat mengurangkan kelajuan motor walaupun di modified.. Lagi satu saya cadangkan syarikat pemotoran keluarkan lah motorsikal seperti vespa mahupun skuter. Tak laju mana pun motor ini.. Cadangan anda bagaimana pula..

Meh kita cuci mata sikit..

Posted by GameMaster | 12/24/2007 | 6 comments »



Sebenarnya duit tu memang dah ada kat dalam cawan tu.. Cara-caranya dia menggunakan dua cawan. Di bawah cawan tersebut terdapat cawan yang satu lagi dan berfungsi untuk menolak duit tersebut keluar.. Orang tua tu gimik je kot.. Duit free... Boleh percaya ke magik ni.. terpulanglah pada anda

Pantun

Posted by GameMaster | 12/23/2007 | 0 comments »



Salam disini saya akan menyediakan pantun untuk tahun baru...

Dapatkan santan perahlah kelapa,
Penyedap makanan masakan melayu,
Azam tahun ini sudahkah sempurna,
Nak buat azam lagi ke di tahun baru.

Anak ayam tetasnya lima,
Mencari makan di tepi tangga,
Musim sekolah dah nak mula,
Belanja ibu-bapa macam mana pula.

Pergi ke pekan menaiki kereta,
Singgah di kedai membeli baja,
Yang nak pergi sekolah tentu gembira,
Yang tak sekolah nak buat apa.

P/S: Sila jawab pantun ini ya...

Soalan Trivia

Posted by GameMaster | 12/22/2007 | 4 comments »


Hari ini kita main kuiz trivia sikit. Tolong bezakan blogger-blogger sekalian antara poket dengan kocek dan kenapa poket baju atau t-shirt selalunya sebelah kiri. Mari kita sama-sama fikirkan jawapanya.

Kerang Dan Ketam

Posted by GameMaster | 12/21/2007 | 2 comments »




Salam. Kerang dan ketam makanan laut yang digemari penduduk Malaysia tak kira lah bangsa apa pun, pasti menggemari kerang dan ketam. Tetapi tahukah anda rahsia memilih kerang dan ketam yang berisi. Kerang dan ketam mempunyai isi yang padat ketika bulan penuh, Bulan penuh ini bermaksud mengikut ikut bulan dalam islam. 15 hb dan keatas. Masa-masa ini amat sesuai untuk membeli kerang dan ketam. Satu lagi petua, kalau nak memilih ketam, pilihlah yang betina kerana yang betina lebih banyak isi daripada yang jantan. Nak mengenali yang mana satu betina dan mana satu jantan ialah ketam betina saiznya lebih besar dari ketam jantan. Itu lah sahaja tip untuk hari ini. Selamat mencuba

Pokok Sena

Posted by GameMaster | 12/19/2007 | 0 comments »



Pokok Sena adalah jenis pokok kampung. Selalu orang kampung mengganggap pokok ini adalah singahan hantu-hantu. Sekiranya pokok ini bersaiz besar. Tapi anda mungkin anda tidak tahu rahsia pokok ini. Apabila pokok ini ditoreh kulitnya, ia akan mengeluarkan getah yang bewarna merah-kemerahan. Kegunaanya sebagai ubat untuk memulihkan keadaan bibir yang pecah-pecah. Selain itu dahan-dahan pokok sena yang sesuai, orang-orang dulu buat sebagai kayu pagar..

Kambing

Posted by GameMaster | 12/19/2007 | 0 comments »



Salam, suka makan kari kambing. Kadang-kadang kita bau hamis kambing, kadang-kadang kita tak bau langsung. Nak tahu tak macam rahsia menyembelih kambing tidak berbau. Petua orang-orang dulu. Pisau yang digunakan untuk menyembelih kambing mestilah pisau yang tajam. Ketika membaca doa sembelih kambing dan hendak mula sembelih kambing, kita kena tahan nafas sehingga selesai menyembelih. Ada orang petuanya, apabila pisau sembelihan diangkat dileher sembelihan kambing tadi. Mereka akan membuat pergerakan bibir lebih kurang macam kita andaikan makanan sedap la bunyinya. Itu dilakukan selepas kambing tadi disembelih. InsyaAllah akan tidak berbaulah daging ketika memasak kari.

P/S: Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha...

Durian

Posted by GameMaster | 12/17/2007 | 7 comments »


Ok, semua kenal durian dan suka makan durian. Tahu nak kopek durian? dan tahu tak resepi resepi durian. Ini adalah senarai resepi buah durian.

1. Lempuk durian.
2. Bubur ataupun pengat durian.
3. Wajik durian.
4. Dodol durian.
5. Talam durian.
6. Nasi durian.


Hari ini saya akan ceritakan bagaimana resepi nasi durian.

Bahan-bahan
1. Isi durian yang bagus. (tiada sukatan)
2. Santan Kelapa. (tiada sukatan)
3. Gula Melaka. (tiada sukatan)
4. Gula Pasir.
5. Garam secukup rasa.
6. Nasi panas. (Mengikut kemampuan anda makan)

Cara-caranya.
1. Sediakan nasi yang panas.
2. Curahkan setengah cawan santan atau lebih ke atas nasi yang panas tadi.
3. Ambil gula melaka yang telah dihancurkan beserta dengan sedikit gula pasir.
4. Kacau santan dengan gula hingga sebati.
5. Letak secubit garam mengikut citarasa anda.
6. Masukkan isi durian ke dalam bahan tadi dan gaulkan hingga sebati. Anda boleh menggunakan tangan ataupun sudu.

Sekiranya ada bahan yang kekurangan anda bolehlah tambah sedikit demi sedikit. Tapi letakkan lebih isi durian. Cubalah.

Selamat Hari Raya AidilAdha

Posted by GameMaster | 12/16/2007 | 4 comments »


Assalamualaikum, Hari ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha yang akan disambut pada hari khamis 20.12.2007 bersamaan 10 Zulhijah. Selamat menyambut hari raya aidiladha..



Assalamualaikum, pada hari ini pula saya akan memberikan tips bagaimana hendak menjaga enjin kenderaan kereta anda. Pasti anda pernah lihat kereta yang baru dibeli pun kadang-kadang mempunyai masalah teknikal. Antara penyebabnya ialah:

1. Tidak memeriksa minyak hitam sebelum memulakan perjalanan yang jauh.
2. Tidak memanaskan enjin kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
3. Tidak memeriksa sama ada air didalam radiator masih mempunyai air ataupun tidak.
4. Tidak mencuci spark plug ketika plug berada dalam keadaan yang berminyak.
5. Anda tidak digalakkan memulakan perjalanan dengan menekan pedal minyak dengan kuat kerana dikhuatiri menyebabkan enjin anda menjadi bermasalah.

P/S: Enjin kenderaan ini seperti badan manusia. Enjin hendaklah di panaskan dahulu sebelum memulakan perjalan. Macam badan kita, bila hendak memulakan sebarang aktiviti macam sukan, kita haruslah memanaskan badan dahulu ye tak.

Ulam-ulaman Yang Boleh Dimakan Terus

Posted by GameMaster | 12/13/2007 | 3 comments »



Salam, Petang ini saya akan senaraikan jenis ulaman yang boleh dimakan terus tanpa dimasak. Sekiranya ada yang kurang tolong updatekan boleh sama-sama kita kongsi.

1. Ulam Raja.
2. Ulam Pegaga.
3. Pucuk Kedondong.
4. Bendi Muda.
5. Daun Salem.
6. Ulam Kacang Bengok.
7. Ulam Pucuk Gajus.
8. Ulam Pucuk Kari.
9. Taugeh Mentah.
10. Daun Sawi.
11. Kobis Bulat.
12. Cili Merah, cili akar, dan cili api.
13. Bawang Merah.
14. Limau Kasturi.
15. Kacang Panjang Yang Hijau.
16. Timun

Jika ada tambahan saya akan tambah pada masa akan datang.

Ada Beza

Posted by GameMaster | 12/11/2007 | 3 comments »



Salam... tentu anda kenal petai, tapi kenalkah anda pada kedaung. Ia sama seperti petai tapi ada perbezaan . Antaranya ialah...

1. Kedaung saiznya lebih panjang daripada petai biasa.
2. Ketebalan kulitnya lebih tebal dari kulit petai biasa.
3. Matanya lebih besar dari petai biasa.
4. Rasanya lebih maung(pahit) daripada petai biasa.
5. Kedaung jarang digunakan dalam masakan.
6. Kedaung boleh didapati didalam hutan.

P/S: Jangan terkeliru ketika membeli petai....

Mari Berpantun...

Posted by GameMaster | 12/09/2007 | 5 comments »



Sempena musim cuti sekolah ini, pasti banyak pasangan yang melangsungkan perkahwinan.. Di sini saya akan menyedia 2 rangkap pantun khusus untuk penggemar pantun yang suka berbalas pantun dengan tuan rumah semasa musim perkahwinan.. Pantunnya berbunyi:

Rendang-rendang pokok belimbing,
Cantik bunganya berwarna merah,
Melihat pengantin duduk bersanding,
Mengapa Pak Long tak tentu arah.

Pokok kelulut dahan bercabang,
Tersentuh buah melekat dibaju,
Kami dijemput, kami dah datang,
Untuk raikan pengantin baru.

P/S: Sesiapa yang kat sini pandai pantun silalah balas pantun tersebut..

Jaga keselamatan anda ketika musim hujan..

Posted by GameMaster | 12/09/2007 | 0 comments »



Salam, Pasti anda sudah dengar berita yang mengatakan musim hujan sudah bermula.. Baru-baru ini 4 negeri di Semenanjung telah dilanda banjir. 4 Negeri yang telah dilanda banjir ialah Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Jadi anda diingatkan sentiasa bersedia dengan cuaca yang tidak menentu sekarang..

Daging Lembu Rebus

Posted by GameMaster | 12/06/2007 | 2 comments »



Ok.... Zaman dahulu daging adalah makanan utama semasa hari perayaan baik hari raya aidilfitri mahupun hari raya korban. Memakan daging adalah satu kepastian. Untuk mengelakkan kolestrol yang tinggi apa yang kita boleh buat belilah daging sekilo ataupun lebih. Kalau nak potong besar ke potong kecil ke ikut suka anda. Kalau tak potong pun takpe, bersihkan daging tersebut bersih-bersih dan tenggekan air panas dan masukkan daging tersebut. Rebuskan daging tersebut hingga empuk jangan lupa isikan sedikit garam secukup rasa. Ambil kicap dibancuh dengan cuka(kalau boleh makan cuka isikan). Cuka boleh digantikan dengan air limau kasturi. Rasa masin-masin masam. Kalau hendak pedas tambahlah cili api. Ambil daging yang dah empuk tadi. Boleh guna tangan untuk meleraikan daging tadi ataupun menggunakan pisau untuk memotong daging tersebut. Cicah ia kedalam kuah kicap tadi. Disitulah akan nampak kehebatan rasa daging tersebut. Kuah rebusan daging tadi bolehlah dibuat sup atau dibuat makan dengan nasi. Cubalah.

Tayar

Posted by GameMaster | 12/05/2007 | 4 comments »



Tahukah anda tayar yang tidak berbunga atau botak boleh menyebabkan penggunaan minyak kenderaan anda meningkat. Kenapa ?... Ini kerana tayar yang tidak berbunga tersebut mengambil lebih banyak putaran berbanding tayar yang berbunga. Tayar yang botak ini akan menyebabkan kurangnya geseran antara tayar dengan permukaan jalan. Ianya akan membuat putaran yang banyak lebih dari tayar yang berbunga. Tekanan angin juga merupakan perkara yang penting bagi menggelakkan tayar cepat haus dan akhirnya akan kehilangan bunga. Jika tayar anda mempunyai simptom-simpton tersebut silalah bawa kenderaan anda ke tempat servis tayar yang berdekatan.

Segmen I.T

Posted by GameMaster | 12/03/2007 | 0 comments »



Senarai top 10 Anti Virus Yang Berada Di Pasaran.

1. BitDefender.
2. Kaspersky.
3. ESET Nod32.
4. TrendMicro(PC-Cilin).
5. F-Secure Anti Virus.
6. McAffee VirusScan.
7. Norton AntiVirus.
8. AVG Anti-Virus Pro.
9. CA Antivirus.
10. Norman AntiVirus Control.

Sumber: http://anti-virus-software-review.toptenreviews.com/

Jering

Posted by GameMaster | 12/01/2007 | 3 comments »



Tangkai Jering maksudnya terlampau kedekut atau orang yang kedekut, tetapi jering adalah makanan yang terbaik untuk orang sakit batu karang, kencing manis, dan lawas kencing.

1. Jering muda boleh dibuat ulam. Untuk lawaskan kencing hendaklah dimakan kulit ari jering. Rasanya agak pahit sedikit dan pedas sedikit tapi itulah ubat.

2. Jering tua tak boleh digigit tak boleh dibuat ulam tetapi boleh dibuat masak lemak pedas ikan bilis. Sebelum dimasak jering yang tua tadi ditumbuk agar jering tersebut dalam keadaan merekah, Di tumbuk menggunakan lesung batu. Dulu-dulu kita gunakan batu sengakalan untuk merekahkan jering yang keras. Ini kerana memudahkan kuah lemak tadi meresap kedalam rongga-rongga jering. Untuk melembutkan lagi, perlulah direbus dahulu sehingga lembut.

3. Selain daripada ulam dan masak lemak ikan bilis. Jering tua ini juga boleh dimakan sebagai kuih. Pertama, seperti diatas tadi. Jering perlu ditumbuk dan direbus hingga lembut. Setelah direbus, toskan jering sehingga kering air rebusan tadi. Ambil kelapa parut(kelapa inti) dicampur garam dan campur gula pasir sesedap rasa. Ambil jering yang telah dikeringkan dan diletakkan dalam piring dan ambil kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam dan gula tadi diatas jering tadi. Makanan tadi segera dimakan.

4. Kalau masih nak dibuat ulam, jering yang terlalu tua tadi, hendaklah ditanam kedalam tanah dan biarkan ia didalam tanah seminggu atau sebulan. Untuk dijadikan ulam, pastikan jering tadi telah bercambah urat-urat kecil yanng berwarna kehijau-hijauan. Dengan ini jering ini lebih lembut daripada yang ditanam tadi dan ia sedia dibuat ulam. Orang-orang tua kata makan jering tanam, baunya kurang enak. Tetapi ia penawar kepada kencing manis, batu karang dan tak lawas kencing. Selamat mencuba.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight