Niat Puasa Dan Berbuka

Posted by GameMaster | 8/31/2008 | 6 comments »

Niat Puasa


Niat Berbuka

Salam.. Sudahkah anda menonton tv hari ini.. Jika belum.. Esok adalah hari bermulanya tarikh berpuasa kita untuk tahun 2008 atau 1429 hijrah bersamaan 1 ramadhan atau dalam kalender biasa 1.9.2008.. Jadi saya akan letakkan niat puasa di sini manalah tahu ada yang diantara anda lupa.. Maklumlah dah dekat setahun.. :D

P/S: Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..

Keypad Handphone Anda

Posted by GameMaster | 8/30/2008 | 2 comments »



Salam, hari ni saya berkongsi pulak topik berkaitan dengan handphone.. Handphone telah menjadi sebahagian daripada hidup anda masing-masing.. Kalau takde handphone tu lain macam je rasanya... Ye la mana taknya nak telefon kawan la, business la dan macam-macam lagi..

Kini penggunaan handphone di Malaysia telah meluas penggunaannya.. Sehinggakan budak berumur 7 tahun pun sudah mula menggunakan handphone(mungkin main game je kot).. Jadi bukan pasal penggunaan handphone yang saya nak ceritakan hari ni.. Ceritanya senang je.. Keypad handphone anda.. Apa yang tak kena dengan keypad handphone ni..

Cuba anda perhatikan keypad anda baik-baik.. Jika anda jarang menukar casing ataupun housing handphone anda.. Anda akan dapat melihat nombor keypad handphone anda kabur ataupun hilang akibat penggunaan yang kerap dalam mendail nombor mahupun menulis mesej.. Jadi apakah nombor-nombor yang selalu hilang dari pandangan keypad tu...

Dari penggunaan handphone.. Nombor yang kebanykkannya hilang ialah no 2, no 4, no 5, no 7 dan no 8.. Nombor-nombor ini semuanya menjadi mangsa kerana mungkin kuku panjang kot.. Sebab apa nombor-nombor ni selalu hilang.. Sebab no 2 mempunyai abjad abc manakala no 5 jkl dan nombor-nombor lain hinggalah membentuk ayat..

P/S: Handphone ni kat Malaysia mungkin orang Malaysia je kenal kot.. Sbb luar negara tak panggil handphone ni handphone.. Mereka memanggilnya dengan nama cellphone...

Ayam Goreng KFC

Posted by GameMaster | 8/28/2008 | 16 comments »


Gambar Sekadar Hiasan


Salam, hari ni saya akan berkongsi resepi ringkas untuk anda semua... Senang je.. Yang dah tahu tu komen-komen la kat sini.. Hari ni resepinya ialah ayam goreng ala-ala kfc.. Senang je resepinya..

Bahan-bahan..

1. Ayam seekor atau ikut citarasa anda..
2. Tepung kentucky joji..
3. Telur Ayam.. (Amik yang putih telur sahaja)
4. Sedikit Garam..

Cara-caranya..

1. Rendam ayam dan potong kulit..
2. Ambil telur putih dan campurkan tepung tadi.. Gaul hingga sebati..
3. Masukkan sedikit garam...
4. Gaulkan ayam bersama adunan tadi...
5. Perap ayam dalam masa 30 minit..
6. Goreng.. Dah siap..

P/S: Bau pun dah sodap..

Anwar menang majoriti undi 15,671

Posted by GameMaster | 8/26/2008 | 6 comments »



BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dengan 15,524 undi, manakala Hanafi yang juga Presiden Akim hanya memperoleh 92 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, pada jam 10.12 malam. Baca Selanjutnya Disini..

Sumber: Berita Harian..

P/S: Selesai sudah pilihanraya yang penuh debaran ini.. Apa-apa pun tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim..

Final Exam Week..

Posted by GameMaster | 8/26/2008 | 4 comments »



Salam.. Mulai 26 hb sampai 29 haribulan ogos, GM akan menghadapi peperiksaan akhir.. Peperiksaan ni tak lama just selang dua hari je paper 1 dan paper 2.. Dan berita lainnya ialah ini adalah semester terakhir sebelum buat final project lepas ni.. Hehe dah takde periksa lagi lepas ni..

Post yang disediakan telah ditulis terlebih dahulu jika saya tak dapat menulis post.. Guna draft schedule... Jadi kepada anda-anda semua yang melawati blog ni.. Boleh la jenguk-jenguk posting yang lama atau posting tips-tips yang anda tidak sempat cari dahulu..

P/S: Hoh.. Dah nak abis study dah rupanya..

Buat Duit Online..

Posted by GameMaster | 8/25/2008 | 10 comments »



Salam, hari ni saya cerita pasal matched.co.uk.. Ramai orang kata program ni banyak memberikan manfaat kepada penggemar pencari duit di internet... Dan salah satunya adalah program matched.co.uk ni la.. Mereka membayar dengan menggunakan pound sterling.. Kira la kalau RM 7 = Pound 1.. Banyak tu..

Ramai juga yang telah berjaya dengan menggunakan matched.co.uk ni... Dan diorang telah pun menunjukkan buktinya kepada penggemar buat duit dari internet ni.. Saya pun masih dalam proses untuk mendapat kelulusan dari matched.co.uk ni.. Dah masuk 10 kali dah ni dalam proses verified.. Jadi kepada sesiapa berminat bolehlah klik kat bawah tu..

Register: Matched.co.uk

Antara yang telah berjaya dengan matched.co.uk ni adalah bro kabelduit, earncent dan mereka2 ini semua otai buat duit online..

P/S: Saya kalau dah approved mungkin saya akan tunjukkan payment kat sini.. Ada orang kata tips nak dapatkan iklan guna keyword insurance, debt, dgn business.. Anda cuba lah

Harga petrol, diesel turun mulai esok: PM

Posted by GameMaster | 8/23/2008 | 6 comments »



PUTRAJAYA: Harga diesel dan petrol akan turun antara lapan sen dan 22 sen seliter mulai esok, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.

Beliau berkata Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

"Harga runcit diesel akan dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter," katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Sumber: Berita Harian

P/S: 15 sen pun 15 sen la.. Janji turun.. :D

Dugaan Menjadi Seorang Posmen..

Posted by GameMaster | 8/21/2008 | 7 comments »



Salam, hari ni kita cerita pulak pasal posmen.. Seperti umum yang kita ketahui, kerja seorang posmen ialah menghantar surat ke rumah, office, mahupun sekolah.. Jadi hari ni kita kongsikan sikit tentang pengorbanan abang posmen.. :D

Jadi kita cerita pulak dugaan seorang posmen bukan sahaja menghantar surat tetapi ada kerja lain pulak yang dilakukannya.. Jika dahulu saya ada letak video pasal mat descpatch... Jom kita bincang kan..

Dugaan menjadi seorang posmen..

1. Terpaksa menghantar surat ke rumah dimana tuannya memiliki anjing.. Kadang kala anjing mengejar abang posmen tersebut..
2. Terpaksa meredah lumpur dan hujan untuk sampai ke destinasinya..
3. Kadang kala surat yang dihantar tidak berpunya..
4. Yang paling best, terpaksa membaca surat untuk nenek-nenek yang berada dikampung kerana mungkin nenek tersebut tidak dapat membaca..



P/S: Penulis bukan kerja posmen pun.... Tapi dari segi pemerhatian boleh jadi kot.. :D

Rambut Panjang Boleh Demam..

Posted by GameMaster | 8/19/2008 | 13 comments »



Salam.... Haa jangan terperanjat dengan tajuk tu.. Bukan untuk orang perempuan tetapi untuk orang lelaki je.. Mari kita jawab sama-sama soalan ni..

Jika anda ingat ada orang-orang dulu kata orang lelaki ni kalau bela rambut panjang mesti akan dapat penyakit seperti demam.. Sejauh mana kebenaran ini.. Jom bincang sama-sama.. Jika diikutkan, bukan semua orang lelaki yang bela rambut panjang akan demam.. Macam diri saya sendiri, memang akan demam bila rambut dah mula panjang..

P/S: Anda rasa macam mana pulak..

Chong Wei gagal raih pingat emas

Posted by GameMaster | 8/17/2008 | 4 comments »



BEIJING 17 Ogos - Harapan negara untuk memenangi pingat emas pertama berkubur selepas Lee Chong Wei tewas straight set kepada pemain tuan rumah, Lin Dan 21-12, 21-8 dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik.

Chong Wei hanya berjaya meraih pingat perak selepas tidak mampu memberi tentangan kepada pemain nombor satu dunia itu yang begitu bersemangat beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Sumber: utusan..

P/S: At least kita punya badminton dah sampai final.. Kira ok dapat perak daripada tak dapat apa-apa.. Tahniah

Tips Menghilangkan Pening Atau Migrain...

Posted by GameMaster | 8/17/2008 | 9 comments »



Salam.. hari ni saya akan berikan tips yang ringkas dan senang dilakukan oleh anda semua.. Tak perlu menggunakan masa dan wang.. Tips ini sesuai untuk orang yang tiba-tiba sakit kepala atau pening...

Pertama sekali anda haruslah menggunakan kedua-dua ibu jari anda... Letakkan kedua-dua ibu jari anda di lengkungan bawah kening mata anda... Letakan kedua-dua ibu jari anda diantara hidung dan mata anda.. Kemudian tolak@urut dengan perlahan ibu jari anda mengikut lengkungan mata anda..

Ulang langkah tersebut sampai anda rasa lega...

P/S: Mungkin orang yang buat pertama kali urutan ini mungkin rasa sakit sikit la..

Jenis-Jenis Mouse

Posted by GameMaster | 8/15/2008 | 9 comments »



Salam, hari ni saya open cerita pasal Mouse komputer pula, Apakah yang mouse yang digunakan dirumah mahupun dipejabat.. Adakah ia jenis yang lama iaitu mempunyai bola dibawah atau anda menggunakan mouse jenis optical yang ada cahaya merah dibawahnya..

Antara jenis-jenis mouse yang terdapat dipasaran ialah..

1) Serial Mouse
2) USB Mouse
3) Cordless Mouse
4) Optical Mouse
5) Touch Pad
6) Track Ball

Saya lebih selesa menggunakan mouse berjenis bola ini kerana ianya lebih mudah dikawal berbanding dengan optical mouse kerana jika tersalah membeli mouse optical ini anda sendiri susah untuk menggerakkan cursor pada monitor anda..

Kenapa mereka memanggil tetikus atau mouse saya pun tak pasti.. Tapi sebab size dia seakan tikus yang sebenar kot.. Nanti saya cerita pasal keyboard pula jika ada kesempatan..

P/S: Anda pula macam mana.. Mana satu pilihan anda

Memasang Page Navigation Di Blog Anda

Posted by GameMaster | 8/14/2008 | 14 comments »



Salam, saya ada terjumpa satu tutorial berkenaan dengan page navigation yang diguna pakai oleh platform blogspot sekarang ni.. Jika anda selalu buka posting yang lama, anda kena klik older post untuk memeriksanya... Jadi dengan tutorial ni anda boleh memasang nombor sahaja tanpa perlu ada lagi older post atau new post..

Bukan tak nak tunjuk tutorial kat sini.. Nanti berjela panjangnya.. Jadi saya bagi link untuk tutorial ni.. Senang je.. Saya dah apply kat blog anime saya..

Link Tutorial 1: Page Navigation
Link Tutorial 2: Page Navigation

Credit to bloggerbuster and rias techno

P/S: Cuba jangan tak cuba


fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Dubai Cologne Flights
Flights to Malaga Click Here

Catering Vs Gotong Royong

Posted by GameMaster | 8/12/2008 | 16 comments »



Salam, dekat dah nak masuk bulan Ramadhan ni jadual saya sebagai technician Speaker padat.. Jadi saya baru balik function kat orang kahwin hari ni.. Jadi hari ni kita akan buat perbandingan antara catering vs gotong royong.

Jika anda selalu pergi ke jemputan orang kahwin, masakan manakah anda suka. Catering atau masakan gotong royong.. Memang tidak dinafikan ramai orang yang tinggal dibandar sekarang ni kurang menggunakan khidmat jiran-jiran untuk bergotong royong.. Alternatifnya ialah menggunakan caterer..

Jika dahulu masakan gotong royong ni dilakukan bersama-sama oleh jiran-jiran, saudara-mara, sahabat dari pagi hinggalah malam.. Ini dapat mengukuhkan silaturahim antara para saudara dan jiran..

P/S: Apakah pilihan anda.. Catering atau gotong royong..

Scribe Fire

Posted by GameMaster | 8/10/2008 | 9 comments »



Salam.. Pasti anda berasa bosan untuk sign in di sistem blog anda setiap kali untuk menulis post.. Jadi disini saya akan berikan sedikit pandangan mengenai ScribeFire bagi anda yang malas nak sign in ke dalam blog anda..

ScribeFire adalah satu plugin khas dari firefox bagi anda menulis post tanpa keluar dari firefox.. Dengan sistem menulis post yang lebih kurang sama dengan interface sistem blog anda tak kiralah wordpress, blogger, blogdrive mahupun sistem blog yang lain..

Anda hanya perlu masuk ke laman scribefire dan installkan plugin tersebut dan anda boleh menulis tanpa memerlukan anda sign in ketika hendak menulis post..



Download: ScribeFire


fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Dubai Cologne Flights
Flights to Malaga Click Here

Olimpik Beijing 08.08.08

Posted by GameMaster | 8/08/2008 | 0 comments »



Salam, menjelang pada malam nanti bertarikh 08.08.08 bermulalah perasmian secara langsung yang akan disiarkan di tv mengenai sukan olimpik Beijing.. Acara gilang gemilang ini akan disaksikan berjuta rakyat Cina dan dunia termasuklah rakyat malaysia sekali..

Ok.. kepada atlit-atlit Malaysia yang berjuang untuk sukan olimpik ni diharap anda berusaha dan teruskan usaha untuk mencapai kejayaan di sukan olimpik ini..

P/S: Jom kita tengok stadium kat Beijing ni..

Mitos Gajah Dan Tikus

Posted by GameMaster | 8/07/2008 | 5 comments »



Salam, pasti anda pada masa dahulu pernah dengar cerita-cerita dari orang dahulu berkaitan dengan gajah dan tikus ni.. Walapun gajah ni badannya besar tetapi takut jugak dengan tikus... Tak caya.. Layan video ni..

P/S: Apa Pendapat Anda

Bulan Merdeka 2008

Posted by GameMaster | 8/06/2008 | 2 comments »


Salam, pada bulan ini kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 51, jadi bagi menghangatkan lagi hari patriotik saya menyeru supaya kepada rakan-rakan bloggers yang lain menulis post berkaitan merdeka ini di blog anda..

Selamat Menyambut hari kemerdekaan yang ke 51

P/S: Anda pula macam mana..

PC Tips Part 2

Posted by GameMaster | 8/05/2008 | 2 comments »


Salam.. Hari ni saya ingin memberikan sedikit tips dalam penjagaan komputer part 2.. Seperti umum yang kita tahu, ramai yang mengadu komputer menjadi semakin lembap sekian hari... Apakah puncanya... Disini saya akan memberikan sedikit tips untuk melajukan komputer anda..

Antara langkah-langkahnya..

1) Menggunakan sistem defragment tool.
2) Gunakan CCleaner untuk membuang cache dari internet..
3) Memasang anti spyware.
4) Pastikan anda mengemas kini data supaya ia tidak berserabut..
5) Jika pc anda menjadi lambat.. Cuba periksa kipas didalam pc anda.. Jika penuh dengan habuk, bersihkan ia..
6) Sedut habuk pc anda dengan vaccum cleaner sebulan sekali..

P/S: Diharap dengan maklumat ringkas ini dapat membantu anda

POP Peeper 3.3.1.0

Posted by GameMaster | 8/03/2008 | 2 comments »



Pop peeper adalah satu perisian yang membolehkan anda melihat email anda secara alert... Jika terdapat sebarang email masuk ia akan menghantarkan alert kepada anda.. Sesuai untuk digunakan ke semua jenis email..


Features:


  • Easy Setup - accounts created from your existing email client(s)

  • Compatible with the following Server Types: POP3, HotmailMSN, Yahoo, Mail.com, MyWay, Excite, Lycos.com, RediffMail

  • Read and delete email without opening your email client

  • HTML Email Support

  • Password Protection

  • Message protection features including security from viruses and web bugs

  • Save or Open File attachments

  • No account limit -- notifies you of an unlimited number of accounts

  • Be notified of new email with visual andor audible indicators

  • Extensive Help with useful tips and information

Download Link: POP Peeper 3.3.1.0


PUTRAJAYA: Berkuatkuasa 1 September ini, harga runcit petrol akan
diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan dan subsidi akan
dikekalkan pada kadar 30 sen seliter, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, hari ini.

Perdana Menteri berkata harga runcit petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.

“Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan
melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdullah berkata kerajaan membuat keputusan itu
setelah mengkaji secara teliti kebelakangan ini harga minyak mentah
yang menunjukkan trend menurun.

Selasa lalu, harganya ialah AS$122 setong berbanding harga
purata bagi Jun AS$132 setong, dan kerajaan menanggung subsidi petrol
sebanyak 64 sen seliter. - Bernama

Sumber: Berita Harian

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight