
PUTRAJAYA 14 Okt. - Harga runcit petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter, berkuatkuasa 15 Oktober ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel pula akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.
``Petrol RON92 pula akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan
P/S: Jom Layan Lagu Klasik..

Salam.. Hari ni saya ingin memberikan sedikit tips lagi untuk anda semua.. Tips ni kena la pada masa time raya ni.. Ok.. Anda pasti membuat air batu di rumah anda sendiri betul tak.. Yang beli tu tak boleh guna tips ni.. Yang membuat air batu sendiri anda mesti menggunakan mangkuk plastik untuk membuat air batu.. Setelah ia menjadi keras.. Sudah pasti ia sukar untuk dikeluarkan.. Betul tak..
Cara-caranya senang sahaja.. Setelah air batu anda keras dan anda ingin membuat air minuman untuk pengunjung.. Jadi caranya ialah bawa bekas yang berisi air batu tadi ke paip sinki anda.. Kemudian balikkan ke bekas atau mangkuk plastik tadi dan alirkan air paip tadi dibawah bekas anda tersebut.. Ketuk perlahan-lahan bekas tersebut dan air batu tadi akan jatuh.. Selamat mencuba
Time-time camni mesti ada ramai saudara yang datang kat rumah
Panglima TLDM, Shah Rukh terima gelaran Datuk Wira, Datuk
Posted by GameMaster | 10/10/2008 | 3 comments »
MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.
Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
Sumber: Berita Harian
Hoh.. SRK dapat datuk.. Macam mana la nama dia nanti.. Datuk Shah Rukh Khan kot..

Salam.. Hari ni saya nak bagi sedikit tips untuk membuang air kotor di akuarium.. Pasti ada diantara anda semua yang membela ikan didalam akuarium.. Betul tak.... Jadi hari ni tipsnya senang sahaja.. Selalu kalau anda membuang air kotoran di akuarium bagaimana.. Ada yang menyedut paip untuk membuang air.. Ada yang menggunakan gayung.. Macam-macam kan..
Jadi tips yang senang disini adalah.. Semasa anda hendak mencuci air kotoran di akuarium menggunakan batang paip.. Mula-mula hujung paip tersebut hendaklah diletakkan di dalam akuarium.. Dan yang pangkalnya anda letakkan di kepala paip air.. Kemudian anda buka paip air tersebut sehingga hujung paip yang di dalam akuarium berbuih.. Kemudian cabutkan pangkal paip di kepala paip air dan biarkan air tersebut keluar.. Senang je..
Berapa kerapkah anda mencuci akuarium anda..

Salam.. Disebabkan kita masih dalam mood raya.. Jadi post diblog ni juga akan berkurang sampailah ke minggu depan untuk kembali aktif semula.. Jadi hari ni saya ingin mencari member-member baru untuk dijadikan moderator di forum saya.. Forum ini sudah mencecah angka yang ditetapkan dan saya ingin menjadikan forum ini salah satu tempat untuk beriadah dan juga tempat untuk galleri ilmu kepada anda semua..
Jadi sesiapa yang dah daftar tu.. Terus-teruskan berforum.. Jadi kepada yang sesiapa yang belum menjadi ahli, kedatangan anda amatlah dialukan dan saya berbesar hati jika anda menyertai kami.. Kepada sesiapa yang nak register tu.. Boleh klik kat link dibawah.. Jika anda mempunyai reputasi yang baik di friendkorner.. Anda akan dinaikkan pangkat dan akan dapat jawatan di FK..
Register keahlian: Friendkorner
Singkatan FK adalah untuk friend Korner
Subscribe to:
Posts (Atom)
| fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
| Flights to Colombo | Cologne Flights | |
| Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight | |











