Harimau Oh Harimau

Posted by GameMaster | 10/24/2007 | 1 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:


Kisah ini kisah benar. Datangnya dari maklang saya. Umur 62 tahun, Anda tahulah orang dulu2 kerjanya menoreh getah, Tahun 70an, tiada kemudahan seperti elektrik, jalan raya kurang. Pekerjaannya di mulakan pada pukul 5.30 pagi.Tahulah pokok getah banyak semak samun. Peralatan menoreh seperti pisau getah atau calong (tin yang diikat dipinggang untuk mengutip getah sekerap).

Kira-kira pukul 6 pagi atau sudah terang tanah... tiba-tiba, Maklang saya terdengar sesuatu memijak ranting. Bunyinya seperti ranting patah. Rupa-rupanya apabila Maklang tertoleh sesuatu benda bergerak hampir dengan Maklang kira-kira 2 meter, Maklang tergamam seketika. Lalu dia melihat harimau yang besar yang matanya tertutup berjalan melintasi Maklang( Agaknya harimau tu mengantuk kot), kira-kira hampir 30 meter daripada maklang, harimau itu masih berjalan sambil menutup mata. Maklang memerhatikan harimau itu dari belakang yang sedang berlalu, Dengan ekornya yang panjang yang mencecah ke tanah. Dengan tak diduga. Maklang menjerit dan mengetuk tin yang berada dipingganya.

Apabila harimau itu terdengar bunyi bising yang amat kuat, harimau itu berlari dengan sekuat-kuatnya akibat terperanjat yang amat sangat, tetapi... Harimau itu berhenti dan menoleh ke arah Maklang saya.. Maklang tergamam dan berserah kepada Allah. Oleh kerana Allah masih sayangkan Maklang, maka harimau itu berlalu tanpa mengapa-apa kan Maklang. Akhir kata dari Maklang.. Harimau itu terlewat bangun pagi (kesiangan). Sampai sekarang Maklang masih ingat cerita itu lagi.

1 comments

  1. apis // October 25, 2007 at 5:45 PM  

    Patutnye maklang ko senyap je...apedaa pg jerit...hehehehe jgn marah maklang...

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight