Jering

Posted by GameMaster | 12/01/2007 | 3 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



Tangkai Jering maksudnya terlampau kedekut atau orang yang kedekut, tetapi jering adalah makanan yang terbaik untuk orang sakit batu karang, kencing manis, dan lawas kencing.

1. Jering muda boleh dibuat ulam. Untuk lawaskan kencing hendaklah dimakan kulit ari jering. Rasanya agak pahit sedikit dan pedas sedikit tapi itulah ubat.

2. Jering tua tak boleh digigit tak boleh dibuat ulam tetapi boleh dibuat masak lemak pedas ikan bilis. Sebelum dimasak jering yang tua tadi ditumbuk agar jering tersebut dalam keadaan merekah, Di tumbuk menggunakan lesung batu. Dulu-dulu kita gunakan batu sengakalan untuk merekahkan jering yang keras. Ini kerana memudahkan kuah lemak tadi meresap kedalam rongga-rongga jering. Untuk melembutkan lagi, perlulah direbus dahulu sehingga lembut.

3. Selain daripada ulam dan masak lemak ikan bilis. Jering tua ini juga boleh dimakan sebagai kuih. Pertama, seperti diatas tadi. Jering perlu ditumbuk dan direbus hingga lembut. Setelah direbus, toskan jering sehingga kering air rebusan tadi. Ambil kelapa parut(kelapa inti) dicampur garam dan campur gula pasir sesedap rasa. Ambil jering yang telah dikeringkan dan diletakkan dalam piring dan ambil kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam dan gula tadi diatas jering tadi. Makanan tadi segera dimakan.

4. Kalau masih nak dibuat ulam, jering yang terlalu tua tadi, hendaklah ditanam kedalam tanah dan biarkan ia didalam tanah seminggu atau sebulan. Untuk dijadikan ulam, pastikan jering tadi telah bercambah urat-urat kecil yanng berwarna kehijau-hijauan. Dengan ini jering ini lebih lembut daripada yang ditanam tadi dan ia sedia dibuat ulam. Orang-orang tua kata makan jering tanam, baunya kurang enak. Tetapi ia penawar kepada kencing manis, batu karang dan tak lawas kencing. Selamat mencuba.

3 comments

  1. Dr Azwan // December 2, 2007 at 12:34 AM  

    Assalamualaikum.
    Thanks sebab melawat blog saya. Artikel yang menarik pasal jering. Yang menarik pasal jering bg saya ialah, orang asli kat Pahang ramai yang patah tulang belakang sebab jatuh dari pokok jering yang tinggi. Terus jadi lumpuh. Itu yang paling saya ingat pasal jering.
    hehe.. lari topik sket :) Dr Azwan

  2. GameMaster // December 2, 2007 at 1:13 PM  

    Terima kasih kerana memberi komen. Saya ada dengar cerita banyak orang asli jatuh semasa mengambil buah di pokok. Sebab tu diorang jual buah ada yang mahal dan ada yang murah mengikut pokok yang mereka panjat... hehe..

  3. Anonymous // September 19, 2023 at 5:36 PM  

    kencing saya jadi tak lawas bile makan jering atau petai jadi bau busuk

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight