Page ini telah dilawat sebanyak:



Salam.. Anda kenal tapai.. Tapai adalah makanan istimewa semasa majlis perkahwinan orang dulu-dulu. Tapai diperbuat daripada pulut,ragi dan juga gula. Ia dibungkus dalam daun pisang dan boleh juga dibungkus dalam balik angin dan juga daun rambai. Untuk menentukan tapai menjadi atau sebaliknya, tidak dibenarkan orang perempuan yang datang bulan untuk bersama membuat tapai. Katanya kalau ada perempuan yang datang bulan, pulut tapai tidak menjadi putih tetapi menjadi merah dan masam. Air tapai tidak boleh diminum. Jadi pantang larangnya disini, untuk membuat tapai yang cantik, pembuat tapai mestilah bersih dari segala kekotoran..

P/S: Tapai ni memang sedap dimakan ketika waktu tengah hari..

14 comments

  1. eqbalzack // January 12, 2008 at 3:41 PM  

    tapai?? mmg favourite abg eq esp tapai pulut..

  2. GameMaster // January 12, 2008 at 3:45 PM  

    tapai pulut memang makanan popular..

  3. Kiubrubik // January 12, 2008 at 4:13 PM  

    pantang mak n nenek aku : masa buat (mbungkus kt daun), tak leh bersuara. masa budak2 aku slalu buat bising n kacau, haha marah tul mak aku.

    tp 2 la knangan.

    p/s: nk buat tapai yg sdap kna ada 'ragi' yg bagus

  4. TokNabe // January 12, 2008 at 4:25 PM  

    Tapai... saya ada patang jugak. Pantang jumpa... lebih2 lagi tapai pulut!!!!

  5. GameMaster // January 12, 2008 at 4:36 PM  

    Takpe la semua tu kenangan.. mesti best masa tu kan.. Tok Nabe memang pantang jumpa tapai ke

  6. PakTeh // January 12, 2008 at 9:44 PM  

    salam.. tapai mmg sedap. ada PakTeh dengar, terdapat pembuat tapai yg menyorokkan periuk tapainya dari pengetahuan anak2 dan org lain. Malah ada yg sorok bawah katil atau almari kabinet di mana2. Masa buat juga tak cerita pada sesiapa. Konon, nanti akan tak sedap seperti diharapkan.

    Tapi PakTeh rasa, sebabnya ialah agar tudung periuk atau apa2 bekas simpanan tapi tu sensitif. Kalau dibuka, akan mengundang kandungan udara masuk dan mengganggu tindakbalas kimia dalam proses penapaian tu. Allahu a'lam. Cemanapun, tapai memang sedap!

  7. GameMaster // January 13, 2008 at 12:09 AM  

    memang sedap pak teh

  8. HAPPYIRFA // January 13, 2008 at 11:36 AM  

    salam kunjung balas dr saya..
    pasai tapai ni sy tahu makan je nak buat tak reti.tp mula2 dulu x percaya..tp bila berlaku depan mata baru percaya..mak sy dtg bulan dan buat tapai.satu besen tapai jd merah..buang jer.

  9. GameMaster // January 13, 2008 at 11:49 AM  

    yupp banyak jugak kes yang berlaku macam ni.. thanks kerana melawat

  10. SANU // January 13, 2008 at 10:50 PM  

    Salam..itulah yang dikatakan disiplin membuat tapai, dari dulu hingga sekarang, pantang larangnya jangan di langgar.
    Tetapi..dizaman moden serba canggih sekarang ni ada tak cara lain (cara moden) untuk membuat tapai tanpa pantang larang tertentu..?
    Wbp, saya memang penggemar tapai lebih2 lagi tapai pulut...

  11. GameMaster // January 14, 2008 at 1:48 AM  

    Terima Kasih kerana memberi komen Sanu.. Memang betul la tu.. Orang tua cakap macam tu mesti ada sebab

  12. jem@ri men@ri.. // January 16, 2008 at 10:32 PM  

    ha'aa mak aku pon pnh gak ckp masa piyed tak bleh wat tapai kang tapai x menjadik..huhu..

  13. Anonymous // March 11, 2009 at 6:43 PM  

    aku suka sangat tapai macam tu

  14. Anonymous // April 20, 2013 at 4:01 PM  

    Tapi kawan sy kata tapai yang cantik..
    refer pada ragi yang bagus dan cantik...
    tp wallahualam...

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight