Uniknya Rumah Orang Melayu Melaka

Posted by GameMaster | 1/03/2008 | 5 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



Salam, Ini sejarah yang masih kini terdapat di kampung-kampung orang melayu Melaka. Yang dikatakan unik adalah rumahnya diperbuat daripada papan beratapkan rumbia. Mempunyai beberapa bahagian besar, yang pertama di panggil SENGKUAP. Yang kedua ialah rumah ibu, yang ketiga rumah dapur. Rumah dapur ada 2 bahagian. Yang pertama ruang tamu dan yang kedua untuk bahagian memasak. Yang seterusnya ada anjung dan yang terakhir pangkin. Rumah orang melayu Melaka boleh dimasuki melalui beberapa pintu besar. Yang pertama melalui anjung, melalui pangkin, melalui pintu dapur. Anjung adalah tempat laluan masuk ke sengkuap dan terus ke rumah ibu. Selalunya anjung ini adalah tempat bersembang untuk orang-orang dahulu. Di situ ada sebuah anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Tingginya mengikut tinggi rumah tersebut. Anak tangganya antara lima hingga ke tujuh anak tangga. Oleh kerana rumah orang melayu Melaka agak tinggi, Ada ruang di bawah dipanggil antara tanah dan lantai bawah rumah. Sengkuap adalah tempat untuk orang berkumpul untuk kenduri-kendara. Sengkuap juga ada sebuah para kecil untuk menyimpan barang-barang seperti perkakasan berkebun. Uniknya lagi, rumah orang Melaka hanya ada satu bilik tidur. Ia terletak diruang tengah rumah ibu. Di situ ada 3 pintu besar untuk ke sengkuap, untuk ke bilik, untu ke dapur. Ada tiga tingkap, 2 diruang tengah dan 1 didalam bilik tadi. Selalunya biliknya agak besar dan ruang tengah tadi pun agak besar juga. Kalau majlis perkahwinan, biasanya pelamin di bina disini. Untuk ruang dapur, kita boleh memasuki ruang dapur dibahagian ruang tamu dengan menaiki pangkin, sebelum naik pangkin kita akan jumpa satu tempayan di tepi tangga yang berisi air. Tujuannya untuk membasuh kaki sebelum menaiki ruang tamu tadi melalui pintu besar. Di kawasan ini, kita dapati ada dibuat sebuah loteng tinggi dan tangga yang disediakan mempunyai 7-9 anak tangga mengikut ketinggian rumah. Loteng ini boleh digunakan untuk menyimpan periuk-periuk belanga dan perkakas rumah yang lain. Ada kala loteng ini dibuat tempat tidur, ada cerita juga kalau pemuda-pemuda datang, anak-anak dara dahulu boleh melihat orang-orang yang datang dari atas loteng. Ada jugak dibuat menyimpan barang-barang hantaran. Ruang bawah pula digunakan untuk tempat bersantai. Selain itu kita ada juga para untuk menyimpan barang-barang, dapur untuk memasak, dan juga para-para kecil untuk menyimpan mangkuk. Untuk ke dapur kita juga ada 3 anak tangga. Satu kebaikkan rumah orang Melaka ini adalah, ia tiada tandas dalam rumah. Daun pintu dan daun tingkap banyak diukir berbentuk kerawang bunga. Kalau cermin tingkap di hiasi dengan pelbagai warna. Dan yang terakhir sekali yang agak moden, tangganya tangga batu di sengkuap.

P/S: Untuk bloggers semua nak tahu lebih lanjut, silalah datang ke kampung Melaka terutamanya di Kampung tangga batu.

5 comments

  1. dahirisaini // January 3, 2008 at 12:50 PM  

    tuan, tkasih kerna singgah blog saya, isteri sya lama menatap di melaka, belajar dan ada fmili angkat kat sana, salam dpt kita bertukar pengalaman k,

  2. GameMaster // January 3, 2008 at 2:05 PM  

    Sama-sama dahirisaini.. Boleh sahaja

  3. deennasour // January 3, 2008 at 7:11 PM  

    napa nama ko gamemaster?
    erm,,suma umah2 kat malaysia aku dah tgk kat Mini Malaysia di Melaka~

  4. GameMaster // January 3, 2008 at 8:26 PM  

    Nama gamemaster ni saje-saje je letak.. takde maksud apa-apa pun..

  5. Anonymous // March 26, 2009 at 1:40 PM  

    saya ni baru beli tanah kat nyalas so nak buat rumah melaka dah beli kayu( guna kayu rumah lama) design rumah melaka so tangga kena buat lain tapi x de loteng ingat nak buat loteng la

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight