Page ini telah dilawat sebanyak:


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.


Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 tengah hari ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.


Katanya beliau sudah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Ketika pengumuman yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Katanya jentera BN sudah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Senarai calon sudah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi.

Menurut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Bagaimanapun beberapa pilihan sebelum ini diadakan dalam tempoh 16 hingga 20 hari dari tarikh pembubaran. - Bernama


P/S: Pada yang dah cukup umur tu sila-silalah mengundi.. Saya belum cukup umur lagi

6 comments

  1. umi_e // February 14, 2008 at 3:02 PM  

    Ini kali pertama nak mengundi sebab sebelum2 ni asyik tak berpeluang je... dari 'cukup umur' time mengundi kebetulan berada di luar negera :( ada satu tahun tu 90an nak undi tetiba nama tak ada dlm list padahal masa buat semakan ada (siap print lagik!!!)isshhkkkkk3x masa tu memang bengang... habis kena sumpah mereka yg bertugas hehehehehe ye ler baru 1st time ada dlm negara mada PRU tetiba depa buat hal... lepas2 tu pun tak dpt sebab ada kat luar lagi :S

    jeng3x kali ini sure awal2 lagi dah nak keluar mengundi... undi siapa??? UNDI ITU RAHSIA! hehehehe (tapi betul ke rahsia????)

  2. Aku Ramarama // February 14, 2008 at 5:48 PM  

    da cukup tapi tak daftar = xbley mengundi..

  3. mae // February 15, 2008 at 1:44 AM  

    sama lah kite...x daftar..undi itu rahsia..kalu x de no.siri..x bleh detect ke?

  4. amei79 // February 17, 2008 at 11:15 AM  

    sedih, saya belum lagik register sbg pengundi walaupun dah byk kali "cukup umur" utk mengundi...lolz

  5. GameMaster // February 17, 2008 at 11:38 AM  

    Kenapa tak register lagi amei79

  6. Anonymous // February 17, 2008 at 12:10 PM  

    Pesta lagi. Di blog saya http://saieedriss.blogspot.com ada kamus khas untuk memahami istilah pilihanraya.

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight