Pokok Lemba

Posted by GameMaster | 2/28/2008 | 13 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:

Pokok Lemba atau nama saintifiknya Cucurligo Latifolia

Salam, untuk kali ini saya hendak menceritakan serba-sedikit tentang sejenis tumbuhan yang agak sukar dijumpai dan ia hidup di kawasan hutan-hutan kecil ataupun semak-semak kecil. Pohonnya tidak beberapa besar yang berukuran lebih kurang 2 kaki tinggi dan berdaun kelihatan seperti buluh tetapi dan lebih lebar serta berwarna hijau.. Apabila ia berbuah, buahnya boleh didapati dicelah-celah daun dan ianya boleh dimakan. Istimewanya buah lemba ini, apabila dimakan ia terasa macam susu, buahnya berbiji halus berwarna hitam dan apabila kita makannya ianya mempunyai kandungan manis yang agak lama jika ia melekat dilidah hinggakan kita minum air putih kosong terasa manisnya.

Untuk pengetahuan anda semua, buah ini juga menjadi kegemaran pelanduk, tenggiling dan juga landak. Kalau anda terjumpa diladang getah, cuba-cubalah..

P/S: Saya bernasib baik dapat jumpa gambar pokok ni.. Dalam bahasa lain pokok ni bernama Cucurligo Latifolia..

13 comments

  1. eedany // February 28, 2008 at 4:16 PM  

    hai mohd hakim.

    dah try makan buah itu tak? :)

    mesti sedap kan?

  2. Vondereich // February 28, 2008 at 4:21 PM  

    belom lagi... :D

  3. Syam // February 28, 2008 at 9:18 PM  

    salam..

    macam mana ya bentuk buah tu..?

  4. GameMaster // February 28, 2008 at 9:54 PM  

    akan diusahakan ya syam

  5. Idham // February 28, 2008 at 10:18 PM  

    korang makan la buah tu saya takdok..
    saya nak makan daging pelanduk ajer
    Cabai Burung

  6. zino // February 28, 2008 at 10:55 PM  

    mana buah dia , macam mana rupa dia.. bagaimana rasanya..

  7. echah_syed // February 29, 2008 at 9:48 PM  

    kat kundasang byk pokok ni..subur dlm kawasan redup & lembap kan..:D

  8. GameMaster // March 1, 2008 at 12:27 AM  

    yupp betul tu

  9. Jie // March 3, 2008 at 3:21 PM  

    sy ade tanam pokok ni dalam pasu kat rumah ..dah lebih 2 thn tapi tak berbuah pun..berbunga adalah...mgkn sebab sepokok je kot
    masa dulu2 kt kampung...kami makan buah dia..manis..

  10. Anonymous // July 21, 2008 at 6:23 AM  

    boleh tak saya dapatkan lagi maklumat ttg pokok lemba lagi..

  11. Anonymous // August 26, 2008 at 2:52 PM  

    Buah ni walaupun manis tapi dia tanpa calory sesuai bagi org2 yg menghidapi diabetis

  12. Anonymous // April 14, 2009 at 2:21 PM  

    buah ni boleh wat ubat batuk..masa aku kecik2 dulu kalau batuk ayah aku cari buah lemba ni buat ubat..mujarab

  13. GM // April 14, 2009 at 4:46 PM  

    Pohon pun memainkan peranan dalam dunia perubatan..

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight