Katak Oh Katak

Posted by GameMaster | 3/21/2008 | 7 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



Salam, ini cerita saya dapat ilham dari kawan-kawan saya. Kisah yang berlaku yang tanpa kita sedari. Suatu hari dua ekor katak yang bersahabat baik bersiar-siar mencari makan. Tiba-tiba dengan kedua-dua katak tersebut tak perasan jatuh ke dalam lubang. Kedua-dua ekor katak tersebut terperanjat apabila melihat sekeliling dengan tulang-tulang katak yang telah mati. Oleh kerana kedua-dua katak itu ketakutan,

Ok saya namakan katak A dan katak B. Mulalah mereka melompat-lompat. Untuk melepaskan diri daripada kawasan tersebut. Pada pemikiran katak A dan katak B, kalau mereka tak keluar dari lubang ini, nasib mereka akan serupa dengan katak-katak yang telah mati tadi. Katak A dan Katak B mulalah melompat untuk keluar daripada lubang. Sementara katak B terus melompat, katak A memberitahu supaya berehat sebentar kepada katak B. Katak B terus melompat manakala katak A hanya berehat sebentar.

Apabila melihat katak B terus melompat, katak A pun terus melompat sama. Bila sudah penat, katak A menegur katak B suruh berehat. Katak B teruskan juga melompat dan katak A sering berehat. Akhir sekali dengan usaha katak B, lompatan yang terakhir. Katak tersebut berjaya juga melepaskan diri dan selamatlah katak B. Katak A mati didalam lubang tersebut..

Soalannya kenapa katak B boleh terselamat dan kenapa katak A tidak boleh selamatkan diri seperti katak B.

P/S: Ha jawab jangan tak jawab..

7 comments

  1. echah_syed // March 21, 2008 at 12:38 AM  

    tgu org lain jwp dulu ekk :p

    ~ combi alergic katak..adehh rase cam kaki tak jejak tanah kalo jumpa katak ! ~

  2. GameMaster // March 21, 2008 at 1:03 AM  

    Kaki tak jejak tanah tu bukan orang tu.. hehehe.. Katak kat malaysia kira cantik gak la..

  3. echah_syed // March 21, 2008 at 1:50 PM  

    tu la pasal katak buat hal org bole tuka jadi mnde lain..:p

    combi pernah nmpk show omputih..katak dia sebeso kucing..adehh !

    combi rase nak pitam tym tue.. :(

  4. GameMaster // March 22, 2008 at 1:56 AM  

    Katak besor kucin.. Katak tu gemuk tak.. hehe

  5. Anonymous // March 23, 2008 at 3:26 PM  

    moral of the story,
    dalam life kena rajin berusaha, mesti akan berjaya. kalu malas, mmg tak leh berjaya. kalau tak berjaya jadilah katak A. huhu..!!

  6. GameMaster // March 23, 2008 at 10:39 PM  

    Agak2 apa dia jawapannya

  7. Unknown // March 25, 2008 at 4:30 PM  

    hahaha.. pasal katak b pegi lompat atas katak a dan lompat lagi keluar.. sape suh katak a duk je kn da katak b dapat batu loncatan berjenama katak! wakakakaka...

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight