Segmen Selongkar...

Posted by GameMaster | 3/25/2008 | 4 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



Salam, hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai kurangnya perhatian antara sesama jiran. Seperti yang kita tahu ramai diantara kita pada masa kini hanya mementingkan kerja . Mana taknya keluar pagi hingga terbit matahari barulah pulang. Apakah punca pada masalah ini..

Jika diikutkan pada zaman dahulu, ikatan kejiranan sangat kuat walaupun jiran duduk jauh di rumah kawan. Tak kisah la walaupun jiran kita suka sibuk nak tahu hal orang lain, yang penting ianya memberi perhatian kepada jirannya. Jika anda ingat lagi pada minggu lepas, rancangan 360 ada menyiarkan tentang kurangnya perhatian kepada jiran.. Kadang kala jirannya disebelah rumah pun tidak dikenali.. Jika diambil kira, ianya perlu kerana ia dapat merapatakan silaturahim diantara kedua-dua belah pihak.. Ambil contoh, jika anda ingin pulang ke kampung. Anda boleh suruh jiran memerhatikan rumah anda ketika anda tidak ada dirumah.. Jika ada masalah, jiran akan menghubungi anda..

Jika anda perasan, kenapa orang kampung dapat mengekalkan silaturahim sehingga kini.. Ikatan pertalian sebagai saudara sangat penting dikampung kerana ianya dituntut dalam islam. Memang hidup dikampung lebih seronok jika terdapat majlis seperti majlis tahlil, orang kahwin, berkhatan dan macam-macam lagi. Orang kampung pasti akan turun membantu bagi memeriahkan suasana.

Disini saya ingin cadangkan satu contoh untuk mengembalikan semula ikatan kejiranan yang semakin pudar.. Antara cadangannya ialah, adakan majlis seperti family day bagi taman tersebut.. Mewujudkan satu suasana kekeluargaan setiap jiran. Jika taman anda, disetiap bloknya kadang-kadang diwujudkan satu pertubuhan seperti memberi nama kawasan tempat tinggal anda.. Pergi jika terdapat aktiviti yang dilakukan..

P/S: Jika anda mempunyai pelbagai cadangan silalah beri komen..

4 comments

  1. shafarina // March 26, 2008 at 10:30 AM  

    Sebenarnya kan, yg buatkan org kampung lebih rapat ialah sifat "jaga tepi kain orang" mereka, tapi yg positif la. Orang bandar, mcm kat apartment @ teres, time kenduri kendara aje jumpa jiran². Kalau tak buat hal masing².

    Taman sy ni pun ada persatuan. OK lah...

  2. de_kerinchi // March 26, 2008 at 6:24 PM  

    Semangat kejiranan di kampung juga hampir meniru acuan bandar...

    ramai yang tak suka orang lain ambik tahu tentang kelurga kita...sam juga bila guru menegur cepat melenting....

    kenapa semua ini berlaku...? sebab ego...kerana berangggapan mereka semuanya berpelajaran, maha tahu dan yang terpandai tak perlu diajar..maka hasil nya sendiri mahu ingatlah....

  3. echah_syed // March 26, 2008 at 10:51 PM  

    4 tahun yg lalu taman combi ok jer..tapi perubahan mase sbb bila dtg 'org baru' setelah org2 lame berpindah sikap kejiranan dah takde..

    dorang ni kebanyakkan cikgu2 yg baru kawen..muda2 belaka jadi combi nmpk sikap tak kisah mmg sgt menebal..lalu depan umah pun tak pandang..balik keje kunci pagar..kdg tatau ade ke idak org dlm umah..

    combi buat kesimpulan..sume berpunca dari sikap & didikan parents..:)

    dulu2 org ckp bangsa asing yg bersikap cam gini..skrg dah berjangkit :p

  4. GameMaster // March 26, 2008 at 10:55 PM  

    Tak tahu la nak buat macam mana lagi.. Kalau macam ni berterusan, malaysia dah takdelah orang yang amik tahu pasal jiran

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight